Bagi anda yang tengah berdiet, waktu bersahur tetap kena minum supaya esoknya bertenaga untuk berpuasa. Bagi ibu-ibu yang tidak suka ambil makanan berat, boleh cuba jus sihat ini untuk memastikan anda tyetap fit dan bertenaga di siang hari.
Perkongsian jus sihat ini mungkin boleh membantu ibu-ibu. Kaedah ini dipraktikkan oleh Sharinaz Redwan dengan hanya menggunakan 4 bahan asas sahaja. Antaranya, Epal Hijau, Timun, Lemon dan juga Madu.
Bahan-bahan ini pastinya boleh di dapati di dapur dan sememangnya memiliki banyak khasiat untuk kesihatan tubuh.
Menurut Sharinaz lagi, selepas minum anda akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh, rasa fit. Tunggu apa lagi, jom cuba!
Ads
Bahan Asas: timun epal hijau lemon madu.
TIMUN DAN KHASIATNYA Antara kelebihan timun ia mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh membuang toksin dalam badan dan berikan rasa sejuk dalam badan.
EPAL HIJAU DAN KHASIATNYA Epal hijau dapat mengurangkan tahap kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung. Sesiapa yang mempunyai masalah sembelit, elok amalkan makan epal hijau ni tau.
Ads
LEMON DAN KHASIATNYA Tidak dinafikan buah lemon lagi tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.
BAHAN-BAHAN: 1 biji epal hijau 1/2 biji timun 2 slice lemon, amik jus je 1-2 sudu besar madu Air suam untuk kisar
Ads
CARA-CARA:
Semua atas ni dikisar. Nak tapis boleh. Lagi bagus tak di tapis kerana hampas itu menjadikan fiber lebih tinggi. Minum macam tu je. Bila cantik dalam, baru lah terserlah kat luar. Nak cantik kena seimbang. Bukan jaga kulit ,tepek tu tepek ni, pemakanan pun kena jaga tau. Baru kebabom!
Sumber: Sharinaz Redwan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hulurkan bantuan ringankan beban, perkongsian wanita ini diharapkan boleh dijadikan inspirasi dalam kita membantu keluarga orang lain.
Tunai Niat
Sebenarnya ni rumah kawan baik saya. Dia agak gelandangan dari muda. Takde tempat tinggal yang tetap. Pindah sana sini.
Sekarang dia dah balik kampung duduk belakang rumah mak dia. Dia agak susah sikit. Salah sorang dari kru bridal yang berkhidmat untuk saya lebih kurang 2 tahun. Dia selalu cakap teringin nak ada tempat tinggal yang sempurna. Berhias macam rumah orang lain tapi tak mampu.
Saya memang dah lama berniat nak tolong hias rumah dia cuma masa agak terhad. Lepas raya ni ada masa sikit, saya ajak family bantu sama.
Serius sangat happy tengok dia happy. Nampak dia mula semangat nak hias rumah dan mulakan kehidupan yang baru. Just nak dia happy.
Misi kasi jiran kita happy. Bantu2 je mana mampu. Kalo orang happy, nanti kita pun happy.
Sana sini orang dok sibuk deco rumah.Beli itu ini. Ganti macam2.
Tapi ada jugak yang terpaksa pendam je sebab dia memang tak reti + takde budget.
So kami cuba bantu sehabis mampu. Kami cuba sehabis baik untuk guna budget ikut kemampuan + guna pakai barang2 yang dikitar semula.
Biasa laa… Kami kan pengutip tegar.
Lama gak study apa yang tuan rumah ni suka. Yelah, takkan kita nak deco ikut suka hati kita je kan kan kan..
Sangat mudah sebenarnya untuk sediakan barang hiasan untuk rumah yang berkeluasan sangat comel ni. cuma kekangan masa dari kami yang bz dengan rutin kerja dan sebagainya, menjadikan progres agak slow.
Hampir semua projek diy kami ajak tuan rumah joint sekali. Supaya mereka lebih menghargai penat lelah sendiri.
Nanti jangan kata patutnya macamtu, patutnya macamni..
Macam yang aye cakpa kita guna apa je yang ada.
Cat sea master glow 5 liter rm110 (utk 1 rmh)
Tikar getah maslino 14m x rm10
Langsir guna kain punji rm2.40 semeter. Guna 12 meter.
Eyelet curtain tape guna yg paling ringan rm15 ( 5 mtr)
( langsir saya jahit sendiri )
hook untuk rod langsir rm3.50. Guna 2 pcs bersamaan rm7 kami guna kayu penyapu panjang rm4.50 je beli kat hardware
1 liter cat putih dulux water base utk cat meja makan dan kerusi + lain2 rm22.00
cat wall gray setengah liter guna lebih cat wall rumah haku
kapet rm50 je beli kat sakan.
Lampu gantung + aksesori semua DIY guna apa je yg ada.
Yang lain2 tu kita guna tenaga jelah.
Setakat ni baru siap ruang makan. Tapi masih belum sepenuhnya.
Boleh la dah nak pemfiling makan macam kat tempat lain konooonnn…
Bangku tu guna kayu terpakai je. Anak bujang buat lepastu cat putih. Kurusi 2 ketul yang comel tu adik aye diy je. Dulu kat sini guna meja kedai yang kuning tu. Sekarang babai meja kuning.
Hanya sempat bergelar bapa selama tiga hari, penyanyi Azmi Saat dan isteri, Nazira Muhammad berkongsi berita duka bayi sulung mereka disahkan meninggal dunia.
Berita tersebut kongsikan sendiri Azmi atau nama lengkapnya Khairul Azmi Mohd. Saat, 34, menerusi hantaran terkini dalam Instagram miliknya.
“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya,” luah Azmi.
Afnan diuji dengan masalah kesihatan apabila dilaporkan mengalami masalah fungsi otak.
Ujar vokalis Caliph Buskers itu, Afnan terpaksa dipakaikan alat bantuan pernafasan sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu selepas doktor mengesyaki otak bayi itu tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak.
“Ikutkan perancangan, doktor sepatutnya melakukan ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) untuk melihat keadaan otak bayi itu, namun perancangan Tuhan mengatasi segalanya.
Andai dapat membawa seisi keluarga bersama-sama menunaikan umrah, itulah rezeki yang cukup bermakna kerana keluarga kita diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah dalam satu masa yang sama. Sewajarnya, peluang yang dianugerahkan ini perlu direbut dengan sebaik mungkin.
Lalu persiapan diri bagaimana pula harus kita lakukan? Ini dikongsikan oleh Encik Hairulnizam untuk info bersama.
Persiapan Rohani Sebelum Berangkat Umrah
Dengan rendah hati, saya ingin kongsikan persediaan-persediaan rohani untuk bakal-bakal tetamu Allah yang mungkin seperti saya juga, yang masih merasakan diri dan jiwa masih jauh dari Allah dan Rasulullah SAW, beberapa bulan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Apa yang saya ingin kongsikan ini adalah daripada tips-tips yang diberikan oleh sahabat-sahabat yang telah menjadi tetamu di Baitullah.
insyaAllah… semoga bermanfaat.
1. Perbaiki kualiti solat & Mencintai Masjid
Mulai dengan jaga solat 5 waktu dan kerap hadir ke masjid. Latih diri solat awal waktu, berjemaah dengan hadir ke masjid atau surau.
Boleh berlatih dengan mulakan dengan berjemaah Maghrib dan Isyak dahulu (balik kerja) kemudian upgrade kepada Zohor dan Asar berjemaah (jika ada peluang) serta Subuh berjemaah (ini yang paling mencabar).
2. Biasakan solat-solat sunat & Berdoa
Mulakan berlatih perbanyakkan solat-solat sunat Qobliyah dan Baa’diyah.
Juga biasakan solat Taubat, Dhuha, solat hajat dan solat Tahajjud jika mampu. Juga biasakan diri banyak berdoa dengan yakin di antara azan dan iqamah serta selepas solat.
Apabila kita berada di Madinah dan Mekah nanti, perkara utama dan yang paling banyak untuk kita lakukan ialah berulang-alik ke masjid untuk solat 5 waktu. Di sanalah nanti peluang untuk kita merebut ganjaran pahala 1,000 kali ganda solat di Masjidil Nabawi dan 100,000 kali ganda di Masjidil Haram.
Apabila sudah biasa dengan amalan solat awal waktu dan solat-solat sunat, insyaAllah, ia menjadi perkara yang paling dekat dan paling dicintai di hati kita untuk bangun awal sebelum Subuh, dan diikuti datang awal ke Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram setiap kali masuk waktu solat dan melakukan solat-solat sunat serta berdoa mohon kebaikan daripada Allah.
3. Belajar Bersabar dan Redha
Mulakan berlatih bersabar dan redha dengan setiap apa yang berlaku dalam aktiviti harian kita. Didik hati bahawa setiap perkara yang berlaku adalah dengan izin Allah, merupakan ujian dari Allah dan Rasulullah SAW pun menyuruh kita menjadi orang yang sabar dan menahan kemarahan.
Apabila hati dah mula biasa bersabar, insyaAllah, bila sampai di Tanah Suci nanti, segala macam dugaan seperti kelewatan imigresen, masalah hotel, masalah makanan, masalah bas atau sikap-sikap jemaah lain serta kerenah pasangan pun dapat kita hadapi dengan baik.
4. Belajar Jaga Tutur Kata
Mulakan latih diri bercakap perkara yang baik-baik sahaja sama ada dalam perbualan atau media sosial. Elakkan bercakap hal-hal buruk, hal orang lain atau bergurau menyebut seolah-olah akan jadi perkara tidak elok seperti “Jauh berjalan macam ni, boleh patah kaki…!”
Setiap tutur kita adalah doa. Dan di Tanah Haram, insyaAllah… akan dimakbulkan segera apa yang kita tuturkan atau detikkan dalam hati sama ada yang baik atau yang buruk.
Apabila sudah biasa mendidik lidah kita, insyaAllah, hanya perkataaan-perkataan baik sahaja yang akan keluar dalam bicara kita di sana.
5. Belajar Berbaik Sangka
Didik hati untuk berbaik sangka dengan orang lain terutamanya dengan orang minta derma, minta sedekah atau mohon bantuan.
Di Tanah Haram nanti kita akan bertemu dengan macam-macam peminta sedekah. Bila hati sudah dididik berbaik sangka, jika kita menolak untuk tidak memberi sedekah pun, kita akan tolak dengan baik dan dengan senyuman.
6. Banyakkan Membaca Sirah Nabi dan Bersalawat
Timbulkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dengan banyak membaca sirah-sirah nabi, kisah-kisah pengorbanan nabi berdakwah menyebarkan agama Islam.
Di Masjidil Nabawi nanti, itulah peluang terbaik kita untuk berziarah makam Rasulullah SAW setiap hari selepas solat dan memberi salam kepada baginda Rasulullah SAW.
Apabila hati sudah ditanam dengan kecintaan yang tinggi kepada baginda, insyaAllah…akan menitis air mata bila berziarah ke makam baginda.
7. Rendahkan hati, rasa diri banyak dosa
Kedatangan kita ke Baitullah adalah atas jemputan Allah. Kita ini hamba yang banyak berdosa. Namun, atas kasih sayang Allah, kita masih dijemputnya untuk ke sana.
Inilah peluang terbaik kita bertawaf depan Kaabah, solat taubat, solat sunat dan mohon keampunan kepada Allah, banyakkan berdoa, membersihkan diri untuk menjadi hamba-Nya dan umat nabi Muhammad yang lebih baik.
Semoga persiapan rohani kita dari awal sebelum berangkat ke Tanah Suci akan menjadikan kita benar-benar hamba-Nya yang berserah sepenuhnya kepada Allah sepanjang berada di Tanah Suci.
Tiada lain yang kita harapkan, hanyalah umrah yang mabrur serta dapat kita istiqamah dalam perkara ibadah-ibadah dan akhlak baik kita apabila kembali ke tanah air, insyaAllah…
Dan kepada sahabat-sahabat yang masih belum berpeluang ke sana, lakukanlah juga persiapan rohani seperti di atas. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, amalan dan istiqamah kita boleh menjadi asbab untuk kita dijemput ke Baitullah. Sesungguhnya Allah itu maha kaya , dia boleh jemput kita dengan pelbagai cara dan jalan yang tidak disangka-sangka.
“Allah tidak memanggil orang-orang yang mampu, tapi Allah memampukan orang-orang yang terpanggil”.
GM Klang melangkah ke era baharu dengan pelanjutan waktu operasi 10 pagi hingga 10 malam, menjadikannya lebih daripada pusat borong – kini sebagai hab komuniti dan gaya hidup moden yang hidup siang dan malam di Klang.