Bagusnya cara ibu ini mendidik anak menjadi seorang yang berdisplin. Dengan menyediakan jadual membersihkan tandas di rumah ini adalah salah satu cara pendekatan dalam mendidik anak menjadi seorang yang bertanggungjawab. Jom semak cara perkongsian di laman facebook puan Azie Surip. Sungguh inspirasi! Boleh lah ibu bapa cuba cara ini.
Ads
Salah satu cara mendidik anak supaya lebih bertanggungjawab adalah dgn suruh diaorg buat kerja rumah..
Mak buat mcm ni, ada jadual cuci toilet seminggu 2x. Kalau date yg diberikan tak boleh buat kena ganti hari lain. Tapi mesti buat. Lepas cuci mak akan check & bagi rating. Kalau dpt C kena cuci semula
Cara rating ABC diberikan, kalau semua ✔ maknanya A, ada 1 ✖ dpt B, 2✖ dpt C
Score card. Hari tu Harris dpt B so dia kena cuci semula bahagian yg mak ✖ tu. Hari ni Adam cuci dpt A sbb semua ✔Lantai2 mesti kena berus betul2 kalau nampak kotor je dpt lah ✖ lps tu diaorg kena berus semulaSemua mesti cuci & susun elok-elok
Jom, kita ikut cara puan Azie ni. Sungguh inspirasi kan!
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengalaman seorang frontliner yang belum menjadi ayah, menjaga baby di hospital tatkala ibunya sedang bertarung nyawa di ICU cukup menyentuh hati ramai.
Walaupun belum berkahwin, namun keprihatinan lelaki ini terhadap bayi yang memerlukan perhatian cukup dikagumi. Si kecil dilayan bak anak sendiri biarpun tiada pengalaman sebagai seorang ayah.
Kisah ini dimuat naik menerusi laman zayan.my memaparkan fronliner berkenaan sedang menjaga dan melayani si kecil dengan penuh sabar.
Sekarang ini tular isu keganasan rumah tangga penyanyi dari Indonesia, Lesti dan Billar. Masih tidak dapat dilupakan sehingga kini, kejadian keganasan rumah tangga yang berlaku di negara kita iaitu kisah seorang ibu dan juga seorang penjawat awam, Jahidah Nordin, terlantar kaku dalam keadaan koma sejak lebih setahun lalu.
Adiknya, Fauziah Nordin, 40, memuat naik gambar imbas kembali ketika majlis perkahwinan kakaknya itu menerusi media sosial dua hari lalu dan rata-rata netizen memuji Jahidah sebagai seorang wanita cantik.
Fauziah berkata, kakaknya itu kini di bawah jagaannya di Sendayan dekat sini, selain turut bertanggungjawab membesarkan Ehsan Nufail, anak lelaki kepada Jahidah.
“Memang keadaan fizikal sudah banyak berubah tidak seperti dulu. Kecederaan yang dialaminya akibat dipukul menyebabkan muka jadi seperti sekarang.
“Rahangnya patah, tempurung kepala juga terpaksa dibuang. Kejadian ini bukan sahaja menarik keceriaan kakak, malah kami sekeluarga, namun kami redha dengan ujian tuhan,” katanya.
Fauziah berkata, tiada banyak perubahan yang berlaku kepada kakaknya dan kini masih lagi terlantar di katil dan tidak mampu memberikan respons.
“Dari segi kesihatan kak Jahidah sekarang semakin baik, namun tiada banyak perubahan. Dia tidak boleh lagi bagi tindak balas apa yang kami cakap, bagaimanapun sebelum ini dengar dia menangis sebelum ini.
“Disebabkan sudah lama terlantar, badan dan pergerakannya macam kaku. Bulan November nanti kakak akan dimasukkan ke wad rehabilitasi sebab doktor mahu pantau keadannya,” katanya.
Ditanya mengenai keadaan Ehsan Nufail yang kini sudah berusia 10 bulan, Fauziah berkata, bayi berkenaan masih tidak boleh duduk kerana tulangnya masih lembut dan perlu mendapatkan fisioterapi bermula pertengahan bulan ini.
“Saya selalu letakkan Nufail di sebelah kakak, ada kalanya kakak mengeluarkan air mata. Mungkin dia sedih, namun tidak dapat meluahkannya,” katanya.
Video yang dimuatnaik menerusi laman Tiktok itu menarik lebih sejuta tontonan dan lebih 2,000 komen yang kebanyakan mendoakannya kesihatan Jahidah, selain melahirkan rasa simpati.
Media pada Mei tahun lalu melaporkan penjawat awam berusia 43 tahun itu dikejarkan ke hospital di Johor Bharu selepas dipercayai dicederakan suaminya pada 4 Mei 2021.
Ketika kejadian, umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan tahun lalu dan mereka sekeluarga tidak dapat menikmati Aidilfitri seperti orang lain kerana keadaan Jahidah yang kritikal ketika itu.
Bercerita tentang rezeki, pastinya semua antara kita mahukan rezeki yang luas dan melimpah-ruah. Bahkan untuk mendapatkan rezeki, kita akan terus berkerja keras .
Pun begitu, dalam usaha menambah baik kehidupan selain perlu gigih dan rajin berkerja terdapat pelbagai cara lain yang boleh lakukan yang mana mungkin ada yang terlepas pandang.
Salah satu caranya adalah dengan membahagiakan pasangan dan anak-anak seperti apa yang dipraktikan melalui perkongsian seorang suami ini bolehlah jadikan panduan.
Semasa saya tak tahu nak buat kerja apa selepas di berhentikan kerja, Saya hanya pinjam duit isteri RM10 dan ke Plaza Imbi dan Low Yat. Kalau anak isteri tanya saya ke mana dan buat apa,
“Ayah ada kerja”
“Ada orang minta tolong di kedai”
Berbekalkan duit itulah, buat tambang pergi balik RM4.80 dan baki beli roti dan air. Balik nanti InsyaAllah adalah kadang RM50 atau RM30 duit belanja.
Bertahun-tahun begitulah sampai saya rasa macam nak berhenti sahaja kerja-kerja begini. Penatnya tak tahu nak cerita macamana. Kadang bosan datang, saya tidur saja di surau.
Nak dapatkan kerja tetap, kebanyakan kedai masa tu dah ada pekerja, tapi ada seorang bos kedai yang baik. Dia kata boleh tolong-tolong. Dia bagi upah.
Satu hari saya datang tolong kemaskan laptop dan komputer baru sampai, bos tiba-tiba tarik pagar nak tutup kedai. Sedangkan baru buka.
“Bos, tutup ke?”
“Yelah. Sudah satu minggu tak jalan. Laptop satu pun tak dapat jual ni. Jomlah ikut saya”
Saya pun ikut saja.
Dia naik kereta. Saya duduk sebelah dia. Dia telefon isteri.
“Jom pergi makan. Bawa anak-anak sekali”
Sepanjang perjalanan dia diam je. Saya pun ikut diam sekali. Pening mungkin tiada jualan. Nak hujung bulan.
Mesti banyak hal nak diselesaikan.
Sampai rumah dia, anak-anak isteri naik. Kami pergi ke shooping mall. Dia belanja makan. Bawa isteri anak-anak belikan apa mereka suka. Saya perhati je.
Dia sembang gelak-gelak dengan isteri dia. Macam tiada masalah, sedangkan kat kedai murung je.
Selesai semua, dia hantar saya ke stesen bas. Kami pun berpisah.
Esoknya dia telefon awal pagi.
“Abu, datang awal boleh? Tolong saya”
“Kenapa bos?”
“Ada orang order 50 komputer ni. Kena siapkan semua. Saya kasi lebih duit lah. Ok?”
Ya.
Apa yang saya belajar dengan bos ni? Sebab saya tanya dia. Pelik rasa. Bila tiada jualan, rasa down, mesti dia tutup kedai dan bawa anak isteri berjalan.
Pesan dia yang saya ingat sampai sekarang, “Kalau kita down, takde sale, penat, tutup sebentar perniagaan. Baliklah rumah. Jumpa anak isteri. Hiburkan mereka.
Sebab kadang takde sale bukan sebab apa, mungkin kita terlalu sibuk sampai kita lupa, apa yang kita buat ni sebenarnya untuk apa.
Kita cari duit untuk keluarga kan? Tapi duit itu tak pernah cukup untuk kita. Tapi bila cari rezeki untuk keluarga, dan kita yakin Allah yang bagi, jadi kita takkan penat dan kita ada masa untuk berehat”
Rupanya begitu.
Selepas bertenang, selepas menghiburkan ahli keluarganya, Allah balas esoknya juga pada dia. Dan itulah yang saya ikut dan buat.
Kalau dah penat sangat, sibuk sangat, saya “pause” sebentar, dan pergi kepada keluarga saya. Kerana sesungguhnya, Di mana ada bahagia, disitu pasti ada keluarga.
Wahai Allah, jadikanlah rumahtangga kami syurga sebelum syurga. Jadikanlah rumahtangga kami masjid untuk kami mengingatiMu.
Tempat sumber kekuatan dan hiburan, serta ketenangan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.