Bercerita tentang rezeki, pastinya semua antara kita  mahukan rezeki yang luas dan melimpah-ruah. Bahkan untuk mendapatkan rezeki, kita akan terus berkerja keras .

Pun begitu, dalam usaha menambah baik kehidupan selain perlu gigih dan rajin berkerja  terdapat pelbagai  cara lain yang  boleh lakukan yang mana mungkin ada yang terlepas pandang.

Salah satu caranya adalah dengan membahagiakan pasangan dan anak-anak seperti apa yang dipraktikan melalui perkongsian seorang suami ini bolehlah jadikan panduan.

“Kalau Down Takda Sale. Balik Rumah Jumpa Anak Isteri”-Menjemput Rezeki, Rupanya Begini Lelaki Ni Buat!

Semasa saya tak tahu nak buat kerja apa selepas di berhentikan kerja, Saya hanya pinjam duit isteri RM10 dan ke Plaza Imbi dan Low Yat. Kalau anak isteri tanya saya ke mana dan buat apa,

“Ayah ada kerja”

“Ada orang minta tolong di kedai”

Berbekalkan duit itulah, buat tambang pergi balik RM4.80 dan baki beli roti dan air. Balik nanti InsyaAllah adalah kadang RM50 atau RM30 duit belanja.

Bertahun-tahun begitulah sampai saya rasa macam nak berhenti sahaja kerja-kerja begini. Penatnya tak tahu nak cerita macamana. Kadang bosan datang, saya tidur saja di surau.

Nak dapatkan kerja tetap, kebanyakan kedai masa tu dah ada pekerja, tapi ada seorang bos kedai yang baik. Dia kata boleh tolong-tolong. Dia bagi upah.

Satu hari saya datang tolong kemaskan laptop dan komputer baru sampai, bos tiba-tiba tarik pagar nak tutup kedai. Sedangkan baru buka.

“Bos, tutup ke?”

“Yelah. Sudah satu minggu tak jalan. Laptop satu pun tak dapat jual ni. Jomlah ikut saya”

IKLAN

Saya pun ikut saja.

Dia naik kereta. Saya duduk sebelah dia. Dia telefon isteri.

“Jom pergi makan. Bawa anak-anak sekali”

Sepanjang perjalanan dia diam je. Saya pun ikut diam sekali. Pening mungkin tiada jualan. Nak hujung bulan.

Mesti banyak hal nak diselesaikan.

Sampai rumah dia, anak-anak isteri naik. Kami pergi ke shooping mall. Dia belanja makan. Bawa isteri anak-anak belikan apa mereka suka. Saya perhati je.

Dia sembang gelak-gelak dengan isteri dia. Macam tiada masalah, sedangkan kat kedai murung je.

Selesai semua, dia hantar saya ke stesen bas. Kami pun berpisah.

IKLAN

Esoknya dia telefon awal pagi.

“Abu, datang awal boleh? Tolong saya”

“Kenapa bos?”

“Ada orang order 50 komputer ni. Kena siapkan semua. Saya kasi lebih duit lah. Ok?”

Ya.

Apa yang saya belajar dengan bos ni? Sebab saya tanya dia. Pelik rasa. Bila tiada jualan, rasa down, mesti dia tutup kedai dan bawa anak isteri berjalan.

Pesan dia yang saya ingat sampai sekarang, “Kalau kita down, takde sale, penat, tutup sebentar perniagaan. Baliklah rumah. Jumpa anak isteri. Hiburkan mereka.

IKLAN

 

Sebab kadang takde sale bukan sebab apa, mungkin kita terlalu sibuk sampai kita lupa, apa yang kita buat ni sebenarnya untuk apa.

Kita cari duit untuk keluarga kan? Tapi duit itu tak pernah cukup untuk kita. Tapi bila cari rezeki untuk keluarga, dan kita yakin Allah yang bagi, jadi kita takkan penat dan kita ada masa untuk berehat”

“Kalau Down Takda Sale. Balik Rumah Jumpa Anak Isteri”-Menjemput Rezeki, Rupanya Begini Lelaki Ni Buat!

Rupanya begitu.

Selepas bertenang, selepas menghiburkan ahli keluarganya, Allah balas esoknya juga pada dia. Dan itulah yang saya ikut dan buat.

Kalau dah penat sangat, sibuk sangat, saya “pause” sebentar, dan pergi kepada keluarga saya. Kerana sesungguhnya, Di mana ada bahagia, disitu pasti ada keluarga.

Wahai Allah, jadikanlah rumahtangga kami syurga sebelum syurga. Jadikanlah rumahtangga kami masjid untuk kami mengingatiMu.

Tempat sumber kekuatan dan hiburan, serta ketenangan.

Amin.

Sumbe: Abu Hurairah Roslan

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI