Anak merupakan kurniaan Ilahi yang paling berharga. Malah ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya”. Oleh itu, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk membentuk keperibadian anak-anak mereka.

Begitulah yang dikongsi oleh puan ini cara mendidik anaknya telah menarik perhatian warganet.

Ikuti lanjut perkongsian ini.

Untuk post saya yang sebelum ni ramai yang minta tips bagai mana saya mendidik anak-anak saya utk dengar cakap saya, rajin menolong saya. Saya mcm sahabat² semua juga. Saya didik anak-anak saya dari kecil lagi.

Dari anak² berumur 5 tahun saya dah mula ajar dia buat kerja kerja yg mudah mudah..
Contoh lepas main kemas mainan. Lepas makan bawa ke singki tak basuh tak apa..
Janji letak dalam singki. Seiring dengan usia dia makin meningkat saya ajar kerja² rumah yang mudah².

IKLAN

AMALKAN  SURAH 

Ibu Ini Dedah Rahsia Amalan Buat Anak Dengan Cakap Dan Lembut Hati. Salah Satunya Amalkan Surah Al Kausar Ketika Memasak. 

Dalam pada itu saya banyak berdoa utk anak².
Nak lembutkan hati anak2 bacalah selalu surah an-Naml ayat 30-31. semoga dgn berkat usaha ibu bapa & dgn izin Allah,anak2 akan mudah mndgr kata,lembut hati,penuh keinsafan,rajin solat & mnjadi anak yg soleh.

IKLAN

Semasa memasak saya akan baca surah al kausar ketika membuka api dapur. Dah siap masak nak tutup api saya akan baca lagi sekali surah al kausar. Ustaz kata dgn kita amalkan membaca surah ini ketika hendak memasak . Ini akan membuatkan satu ikatan kasih sayang yg kuat antara anak²..suami dgn kita. Semasa memasak saya juga amalkan ayat 200 surah al imran..kata ustazah itu ayat pengasih . 

MALAM JUMAAT
Pada malam jumaat saya akan baca surah yassin. Berzikir dan surah² pendek dan saya tiup pada air mineral. Air tu saya campur dalam botol² air kosong yg saya simpan dalam peti sejuk. Bila masak nasi saya akan campur kan dgn air tu. Buat teh ke kopi ke saya akan campurkan juga .

AMALAN SEBELUM TIDUR
Dan 1 lagi amalan saya anak² tidur saya akan pergi ke anak saya..saya akan duduk disebelah anak. Saya akan sebut apa saja keinginan saya pd anak. Contoh kalau saya akan sebut Syakir semoga jadi anak yg soleh..lembut hati bila mama tegur dan beri nasihat..
Mama ingin syakir menerima nasihat mama dgn hati yang tenang. Semoga syakir berjaya didunia dan juga diakhirat kelak. Saya akan cium ubun² dan usap rambut dia.

IKLAN

DIDIK ANAK JANGAN PENDAM 

Selain itu saya ajar anak² jangan pendam apa² jika tak puas hati.. bagi tahu je la saya.. dan saya juga lebih suka anak² boleh berkongsi masalah dgn saya. Saya tunaikan permintaan sahabat² yg msg saya minta tips..dalam komen juga ada yg minta saya buat post baru bagi tips semua tu..saya bukan la bijak pandai dalam mendidik anak² .. saya juga seperti sahabat² yang lain juga. Ada salah silap dan kelemahan juga ..
Yang baik itu datang dr Allah swt. Yang buruk itu datang dari diri saya yg dhaif ini…
Terima kasih semua yg sudi membaca coretan saya.

Sungguh inspirasi! Moga kita istiqomah dalam mendidik anak-anak.

Sumber: Timah Maanin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI