Lazimnya setiap sijil peperiksaan yang kita miliki pastinya sehingga kini masih tersimpan sempurna di dalam fail. Namun tidak dinafikan ada sebahagiannya sijil yang begitu dianggap penting, boleh hilang atau rosak atas sebab-sebab tertentu.

Terasa sayang pula tiada bukti untuk dijadikan kenang-kenangan, apatah lagi jika sijil tersebut diperlukan untuk urusan temuduga. Mesti terasa ralat jika sijil yang penting itu, tidak ada di dalam simpanan.

Jadi usah kecewa atau risau, anda masih berpeluang untuk mendapatkan sijil tersebut dengan cara memohon dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ini sebagai mana yang dilakukan oleh seorang isteri ini untuk mendapatkan sijil suaminya yang telah hilang bagi membolehkan suaminya menghadiri temuduga di PDRM.

Menurut Eim Ariepin, dia membantu suaminya untuk mendapatkan sijil PMR 2008 di mana sijil tersebut telah lama hilang daripada simpanan suaminya. Namun disebabkan suaminya ingin menghadiri temuduga PDRM, menjadi syarat untuk membawa sijil asal. Jadi nak tak nak, perlu usahakan untuk mendapatkan sijil tersebut.

Dapatkan Semula Sijil Peperiksaan Yang Hilang Atau Rosak Dengan Cara Mudah Ni. Tak Perlu Pening Kepala!

Jadi dia pun cuba menghubungi Lembaga Peperiksaan Malaysia dan bertanya lebih detail cara untuk memohon dan pegawai yang menjawab panggilan tersebut memberikan link website dan permohonan diproses dengan mudah.

IKLAN

Dapatkan Semula Sijil Peperiksaan Yang Hilang Atau Rosak Dengan Cara Mudah Ni. Tak Perlu Pening Kepala!

“Alhamdulillah, salinan keputusan original dari lembaga peperiksaan telah pun diterima dan siap ada tanda tangan pengarah Lembaga Peperiksaan lagi.  Alhamdulillah diterima lah masa suami pergi temuduga bulan lepas. Tapi dapat salinan keputusan sahaja lah, tak akan dapat sijil yang betul-betul macam asal dulu.”

Dapatkan Semula Sijil Peperiksaan Yang Hilang Atau Rosak Dengan Cara Mudah Ni. Tak Perlu Pening Kepala!

IKLAN

Jadi buat anda yang turut mengalami masalah sijil peperiksaan yang hilang, usah kecewa dan bolehlah lakukan seperti apa yang dikongsikan oleh wanita ini.

Dan jelasnya lagi, sekarang dah mudah tau nak minta salinan keputusan peperiksaan PMR / SPM / STAM dll. Pening pikir macam mana, bila interview nak tegok keputusan yang original, tak nak potostat punya..

Dapatkan Semula Sijil Peperiksaan Yang Hilang Atau Rosak Dengan Cara Mudah Ni. Tak Perlu Pening Kepala!

IKLAN

Buka je website https://elp.moe.gov.my/ , pastu pilih nak salinan keputusan apa, pastu isi sahaja  borang nya. Tak sampai seminggu, sijil tersebut akan kita terima.  Alhamdulillah, tapi, adalah sedikit caj dikenakan. Bayar untuk Lembaga Peperiksaan adalah RM30,  Postage RM10. Semua bayaran dibuat melalui  link bayaran menggunakan fpx lepas isi borang tersebut. Atau pun menurutnya, boleh juga terus call  call 0388843528 untuk pertanyaan lanjut.

Sumber : Eim Ariepin 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI