Senario semasa dengan melihat berlakunya kenaikan mendadak pelbagai harga barangan, nyata terkesan kepada semua.

Peniaga menahan rasa dibelenggu delima dalam menaikkan harga dan pengguna pula terpaksa menanggung beban dan mengeluh tanpa sudahnya.

Namun berbeza pula kisahnya dengan seorang peniaga di Kedai Lama Rantau Panjang ini, meskipun sana sini harga barang naik namun dia masih nekad mengekalkan harga jualan mi celup di gerainya hanya RM2 semangkuk. Manakala segelas air hanya 50 sen!

Sikapnya ini harus diberi pujian,  di saat harga bahan mentah naik mencanak, dia masih mampu meraih ‘untung’ dengan harga yang sebegitu.

Jual Mi Celup RM2 & Air 50 Sen Je!-Peniaga Ni Niatkan Bersedekah, Ramai Yang Puji

Niatkan Sedekah

Ini sebagaimana memetik laporan di Sinar Harian, difahamkan Zuraini Abdul Samad, 52, berkata, walaupun berdepan risiko pertambahan kos, dia mahu menukarkannya kepada bentuk sedekah bagi membolehkan golongan kurang berkemampuan merasai hidangan itu.

IKLAN

Jual Mi Celup RM2 & Air 50 Sen Je!-Peniaga Ni Niatkan Bersedekah, Ramai Yang Puji

“Awalnya ramai yang tidak percaya saya mampu menjual makanan serta minuman tersebut dengan harga sedemikian dalam keadaan sekarang.

“Bukan tidak mahu untung, tetapi niat saya mahu membantu meringankan beban orang ramai yang sudah terbeban dengan kenaikan harga ayam, sayur, minyak dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Menurutnya, mi celup yang dijual dengan harga RM2 semangkuk itu dilengkapi dengan isi ayam, bebola daging, sayur kangkung, tauge dan hirisan limau nipis.

IKLAN

Katanya, manakala air sirap dan teh o ais pula dijual dengan harga 50 sen segelas.

Tawaran Istimewa

Ibu kepada empat anak itu berkata, harga murah tersebut hanya ditawarkan pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Jual Mi Celup RM2 & Air 50 Sen Je!-Peniaga Ni Niatkan Bersedekah, Ramai Yang Puji

Zuraini berkata, bagi hari-hari lain, mi celup dijual dengan harga biasa iaitu RM3 hingga RM6 semangkuk mengikut lauk yang diminta oleh pelanggan seperti tambahan telur, perut lembu dan lain-lain.

IKLAN

“Alhamdulillah, seronok bila tengok pelanggan datang bersama ahli keluarga menjamu selera.

“Kebanyakan penduduk di sini bekerja sendiri, jadi dengan harga yang ditawarkan mereka dapat berjimat untuk keperluan lain,” katanya.

Menurutnya, kedai yang beroperasi dari jam 12 tengah hari hingga 7 malam itu dibantu oleh tiga anaknya serta dua pembantu.

Sumber : Sinar Harian

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Jual Mi Celup RM2 & Air 50 Sen Je!-Peniaga Ni Niatkan Bersedekah, Ramai Yang Puji

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI