Menarik sungguh cara ini ibu ini tampal lencana guna double-side adhesive cloth. Maklumlah, minggu depan anak-anak memulakan sesi persekolah. Ketika ini tentunya ibu-ibu sibuk menyiapkan kelengkapan sekolah termasuk menggosok baju, beg sekolah, kasut dan kelengkapan penulisan anak-anak. Namun yang paling merumitkan pula perlu menampal lencana sekolah dan tanda nama pada baju anak.
Bayangkan jika mempunyai anak tiga orang atau lebih. Jika setiap anak ada tiga set baju (2 set lagi untuk pendidikan jasmani tak perlu tampal lencana) untuk sekolah kebangsaan dan agama. Banyak kan! Memang ada ibu yang memilih menjahit sendiri lencana dan tanda nama. Namun ada yang nak cepat dan mudah, sanggup mengupah tukang jahit, cuma kos agak mahal jika anak ramai. Selain itu, ada ibu yang menggunakan gam UHU. Manakala, bagi puan Norhasnita Mohd Anuar melalui paparan dilaman facebooknya, beliau pula memilih cara yang menggunakan kain double-side adhensive cloth. Memang mudah dan murah! Ikuti cara puan ini!
Beberapa hari sebelum buka sekolah ada orang share cara-cara nak gam lencana dan nametag sekolah. Tahun lepas akak guna gam uhu je. Tak rajin nak jahit. So far,guna gam uhu ok. Tak tercabut pun walau dah banyak kali basuh.
Tahun ni akak try guna double-sided adhesive cloth ni pulak. Nampaknya cara ni yang paling mudah dan cepat.
Ads
Mana nak cari? Korang pegi daiso yang berdekatan. Kat Shah Alam korang pegi kat Aeon Mall Seksyen 13 tu. Pastu cari kat bahagian craft.
Caranya senang sahaja. Potong double-sided adhesive cloth tu ikut saiz lencana dan nametag,lepas tu terus iron. Tak sampai 5 minit dah siap. Cara-caranya akak share juga dalam gambar.
Ads
Cara-caranya
Ads
Setting dulu nametag dan lencana. Sediakan double-sided adhesive cloth.
Potong ikut saiz nametag dan lencana.
Terus iron. Dah siap.Rak daiso atau kedai jahit pun ada
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umumnya di dalam keluarga, kita sering menghantar mesej antara satu sama lain untuk berkomunikasi, bertanya khabar mahu pun beri pesanan dan sebagainya. Tidak dinafikan juga, melalui hantaran mesej itu boleh membuatkan kita terasa dekat dan diingati selalu. Apatah lagi andai mesej daripada ibu ayah dan anak-anak yang disayangi.
Namun lain pula kisahnya terjadi pada keluarga ini, apabila di suatu pagi seorang anak yang dikenali sebagai Munirah Ezuddin menerima mesej daripada ibunya dengan ayat yang buat mereka adik beradik tergamam.
“Saya tak percaya mulanya bila ada orang hantar mesej guna telefon ibu beritahu pemilik telefon kemalangan dan meninggal dunia.
“Saya anggap mungkin telefon ibu tercicir dan harapkan orang itu tersalah, tapi terpaksa reda dengan ketentuan Allah apabila kehilangan ibu dan ayah serentak akibat dilanggar pemandu mabuk,” kata Munirah Ezuddin, 21, ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Jasin, hari ini.
Difahamkan menurut laporan myMetro, Munirah adalah anak kedua pasangan orang kurang upaya (OKU), Ezuddin Mohammad, 50, dan Surayah Muhamat, 48, yang maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh Perodua Myvi dipandu lelaki dipercayai mabuk dalam nahas jam 7.45 pagi tadi di Jalan Serkam Pantai, di sini.
Tak Sempat Merasa Tinggal Di Rumah Baharu
Munira berkata, ketika kejadian dia bersama empat lagi adiknya sedang tidur di rumah pusaka nenek mereka di Tambak Bugis, di sini, sebelum menerima kiriman WhatsApp sekitar jam 8 pagi berhubung kejadian.
“Biasanya, jika ibu dan ayah hantar mesej tidak begitu teratur, tapi mesej diterima cantik dan jelas serta disertakan dengan lokasi menyebabkan kami adik beradik terus bergegas pergi mencari.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya tergamam apabila melihat jenazah ayah dan ibu yang OKU bisu sudah terbujur kaku dan ditutup dengan kain.
“Hanya Allah yang tahu. Lebih menyedihkan apabila mengenangkan arwah ayah tidak sempat tinggal di rumah baharu di Sebatu, Sungai Rambai yang sudah 90 peratus siap.
“Itulah impiannya untuk tinggal bersama ibu sehingga ke akhir hayat selain hasratnya untuk menjadi nelayan selepas berhenti kerja di kilang membuat berus pada April lalu,” katanya.
Munirah berkata, ketika pulang daripada bersiar-siar di Bandar Melaka termasuk melawat Kota A Farmosa tengah malam tadi, ibunya ada memberitahu akan keluar untuk berjumpa semula rakan-rakan jam 8 pagi ini untuk sambung bersiar-siar di pusat beli belah.
“Ayah tidak menunjukkan perubahan sikap ketara dan ceria seperti biasa, begitu juga ibu.
“Arwah seorang penyayang dan kenangan yang tidak dilupakan dia gemar mencium kami dari kecil hingga kini,” katanya sebak.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Pengalaman seorang frontliner yang belum menjadi ayah, menjaga baby di hospital tatkala ibunya sedang bertarung nyawa di ICU cukup menyentuh hati ramai.
Walaupun belum berkahwin, namun keprihatinan lelaki ini terhadap bayi yang memerlukan perhatian cukup dikagumi. Si kecil dilayan bak anak sendiri biarpun tiada pengalaman sebagai seorang ayah.
Kisah ini dimuat naik menerusi laman zayan.my memaparkan fronliner berkenaan sedang menjaga dan melayani si kecil dengan penuh sabar.
Risaukan apabila anak demam lebih tiga hari. Apabila bagi ubat demam, masih tidak kebah demamnya. Jangan ambil mudah mengenai ini, hanya dengan memberi ubat demam sahaja. Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak–anak terutamanya kesihatan mereka. Jalan terbaik adalah segera membawa anaka berjumpa doktor.
Ikuti nasihat Dr Ezairy M.Sallih, Doktor Otorinolaringologi (ENT) moga menjadi panduan bersama supaya ibu bapa memantau kesihatan anak-anak.
KENAPA PESAKIT PERLU BERJUMPA DOKTOR?
“Doktor, anak saya sudah tiga hari demam, sakit tekak dan hari ini tak boleh makan, bahaya tak doktor?”
“Ibu saya dah dua bulan ada ketulan kat leher dia, tekan tak sakit, kena buang tak, doktor?”
Soalan-soalan seperti ini bukanlah jarang untuk saya temui. Setiap hari saya terima puluhan mesej di sini dan di emel berkenaan soalan-soalan seumpama ini. Saya akan jawab secara ‘general’ segala masalah yang dialami.
Perlu diingatkan, semua diagnosis secara tepat perlu kepada beberapa langkah yang mesti dilakukan. Kemudian, diagnosis tepat kepada pesakit dapat dikenalpasti.
Doktor perlu menjalankan langkah seperti berikut
1. History taking
Sejarah lampau pesakit perlu diketahui. Apa pesakit ada? Kencing manis, darah tinggi, serangan strok beberapa tahun lepas dan lain-lain. Ini semua penting supaya dokor dapat melakukan rawatan yang tepat dan wajar kepada pesakit.
Gejala dan simptom terkini pesakit juga perlu diketahui secara terperinci. Ini perlu supaya kami mampu mendapatkan diagnosis tepat kepada pesakit.
2. General examination
Doktor perlu melakukan pemeriksaan menyeluruh kepada pesakit. Ini termasuk keadaan keseluruhan pesakit seperti bagaimana pesakit mampu berjalan, menggunakan kerusi roda, cara pesakit bernafas, dan banyak lagi. Tanpa melihat sendiri keadaan pesakit, doktor tidak mampu melakukan kesemua ini.
3. Local examination
Apabila pesakit mengadu mengenai masalah telinga, tekak atau hidung contohnya. Doktor akan memeriksa lebih terperinci bahagian ini. ‘Local examination’ perlu dilakukan selepas doktor melakukan ‘general examination’ kepada pesakit. Pemeriksaan pada tekak contohnya, doktor perlu melihat warna tekak, apa-apa pembengkakan pada kawasan tekak, sekitar gigi, bagaimana pula struktur sekitar tonsil dan banyak lagi.
Doktor juga perlu melakukan ‘palpation’ untuk mengenalpasti lebih terperinci ciri-ciri sesuatu penyakit. Pembengkakan pada leher contohnya boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, kebarangkalian kanser, ketumbuhan benign dan berbagai-bagai lagi. Kesemua ini memerlukan pemeriksaan secara dekat oleh doktor.
4. Keputusan ujian darah dan lain-lain
Selepas memeriksa keadaan fizikal pesakit, seterusnya doktor akan mendapat idea tentang penyakit yang dialami oleh pesakit. Dari sini, kami akan melakukan beberapa ujian yang perlu. Ini seperti ujian darah, x-ray, skan dan lain-lain jika perlu. Namun, ada sesetengah kes hanya memerlukan diagnosis secara klinikal terhadap pesakit.
Oleh itu, jika anda ada sebarang masalah, jangan ragu-ragu mendapatkan pemeriksaan doktor. Tidak semua persoalan saya mampu jawab secara terperinci. Menjadi kesalahan bagi mana-mana petugas kesihatan melakukan konsultasi dan memberi diagnosis di media sosial tanpa melakukan pemeriksaan.
Moga tulisan saya ini bermanfaat. Sebarkan info ini semoga lebih ramai mereka yang kita sayang dapat berjumpa doktor selepas ini. Jom!
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak
Minta maaf jika soalan anda tidak berjawab di ruangan mesej. Anda boleh terus tulis pada ruangan setiap artikel. Saya akan jawab mana yang boleh.
*Gambar menunjukkan beberapa jenis pembengkakan pada leher. Ia memerlukan pemeriksaan oleh doktor di klinik atau hospital.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.