Berbanding ikan, anak-anak lebih memilih ayam sebagai sajian kegemaran. Walaupun anak suka makan ayam goreng, jangan sesekali tinggalkan lauk ikan kerana ia sangat bagus untuk perkembangan otak anak-anak.

Boleh dikatakan setiap hari mesti akan ada hidangan ayam goreng. Memang anak-anak suka bila dapat makan panas-panas. Namun sebagai ibu kita tentu mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

Banyak khasiat ikan untuk perkembangan otak. Boleh ajar anak-anak makan ikan tetapi pastikan buang tulangnya dahulu jika anak-anak masih kecil. Goreng panas-panas sedap!

Ibu Kalau Nak Anak Bijak, Biasakan Hidang Menu Berasaskan Ikan Dua Kali Seminggu
Kredit foto: Pexels

Ibu Kalau Nak Anak Bijak

Inilah yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan tentang khasiat ikan yang bagus untuk perkembangan otak anak berbanding ayam goreng mahupun lauk lain.

Sebagai mak ayah, biasakan anak kita dengan ikan, berbanding ayam, daging, sotong, udang, dan lauk pauk yang lain.

Pastikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu mesti kena ada menu ikan. Kalau lebih, lagi bagus.

IKLAN
Ibu Kalau Nak Anak Bijak, Biasakan Hidang Menu Berasaskan Ikan Dua Kali Seminggu
Kredit foto: Pexels

60 peratus daripada otak manusia terdiri daripada lemak. Separuh daripada lemak itu adalah DHA.

Anak kita akan bijak jika kandungan lemak dan DHA dalam otak mereka mencukupi. DHA bantu perkembangan fungsi otak anak-anak.

Biasakan Hidang Menu Berasaskan Ikan Dua Kali Seminggu

Sumber DHA Terbaik

IKLAN

Ikan adalah sumber DHA yang terbaik dan mudah untuk kita dapat dan beri pada anak-anak.

Buat singgang kosong, letak bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas, sampai habis nasi pun anak saya minta nak makan lagi.

Ibu Kalau Nak Anak Bijak, Biasakan Hidang Menu Berasaskan Ikan Dua Kali Seminggu
Kredit foto: Pexels

Bagus sangat kalau anak dapat hirup kuah singgang yang tinggi dengan DHA dari ikan, dan juga ramuan anti inflamasi dari bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas.

IKLAN

Tak perlu ikan kayangan, ikan sardin atau ikan kembung segar di pasar pun dah cukup banyak DHA yang ada. Sesuai sangat untuk anak-anak kita makan.

Kita cuba ya, perbanyakkan menu ikan untuk anak-anak, berbanding ayam goreng.

Sumber: Dr Mazliana Mazlan

Kredit foto: Pexels

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI