Masalah kencing kotor boleh berlaku pada sesiapa pun, terutamanya kaum ibu lebih berisiko terkena jangkitan kuman pada saluran kencing.
Pun begitu, jangan pula ada yang menganggap penyakit itu lumrah dan sebaiknya ianya boleh dielakkan dengan amalkan petua lama ini.
Menariknya melalui perkongsian Noraini Madzin ini, petua diperolehi daripada seorang wanita berbangsa Cina berusia 72 tahun namun tetap sihat orangnya.
Jadi tidak salah untuk kita mencuba dan rasai manfaatnya daripada amalan tersebut. Jom semak.
Ads
Petua ini diajar oleh seorang wanita cina. Umur dah 72 tapi dia tiada apa-apa penyakit yang selalu dihidapi oleh orang di zaman moden ini. Dia menjaga kesihatan buah pinggang, sekali gus darah akan jadi bersih dan badan jadi sihat. Amalan dia dari muda dia kongsikan. Mudah je.
Caranya:
Ads
1. Sediakan satu ikat daun sup
2. Bersihkan
3. Potong halus
4. Masuk dalam periuk
5. Masuk air
6. Didihkan sepuluh minit
7. Sejukkan
8. Tapis
9. Masuk dalam botol
10. Simpan dalam peti ais
11. Minum segelas sehari pagi
Segala garam dan racun dalam badan akan keluar melalui air kencing. Darah akan bersih. Buah pinggang akan terjaga. Badan akan sihat. Bagus juga untuk yang mengalami kencing kotor.
Seronok dan puas hati rasanya bila dapat menghias kediaman agar nampak cantik dan selesa untuk didiami bersama seisi keluarga.
Kalau boleh di bahagian dinding tidak akan dibiarkan kosong, ada sahaja ingin digantung.
Dan untuk menggantung, Sitiawa berkongsi cara bagaimana dia gunakan semasa gantung hiasan tanpa menggunakan paku. Jom semak dan bolehlah dicuba pula.
Tip Gantikan Paku Dinding Dengan Nano Double-Sided Tape
Akhirnya misi dekorasi bilik bujang adik bongsu telah berjaya disempurnakan.
Penangguhan sejak tahun lepas adalah disebabkan oleh pencarian idea untuk mengelakkan penggunaan paku di dinding.
Korang boleh nampak kesan lama lubang akibat penggunaan paku pelbagai saiz. Sakit mata dibuatnya.
Cik Awa sarankan penggunaan ‘Multifunctional Strongly Sticky Double-Sided Adhesive Nano Tape’ sebagai ganti penggunaan paku. Korang boleh lekat nano tape ini di setiap sudut bingkai, cermin, remote control, peralatan bilik air dan barang dekorasi.
Sangat sesuai digunakan di dalam rumah sewa yang mana tuan tanah tidak membenarkan sebarang tebukkan di dinding rumah mereka. Mesti selama ini korang tahan hati nak berdekorasi di dinding rumah kan?
Kekuatan nano tape ini bergantung kepada jenis dinding. Paling berkesan di jubin, marmar dan sewaktu dengannya.
Dinding yang gunakan cat kapur dan permukaan yang tidak rata memang tak sesuai guna nano tape ini.
Cik Awa guna tape bersaiz 3 sentimeter lebar dan 3 meter panjang. Harga cuma RM9.11 segulung.
Kelebihan menggunakan nano tape ini adalah:-
1. Kekuatan gam yang melekat kuat.
2. Warnanya lut sinar.
3. Sangat mudah dibuka semula tanpa menanggalkan cat dinding (bergantung jenis dinding).
Cukup puas hati.
Barang dekorasi dan perabot kebanyakannya dibeli dari Eco Shop, Mr. D.I.Y, Kaison, Romantika, KK Home Deco, Starbucks dan Ikea.
Melihat kuningnya warna nangka dan disumbat pula dengan pulut di dalamnya, nampak cukup menyelerakan.
Resipi istimewa ini telah dikongsikan oleh Puan Zalipah, dan mengetahui lanjut disebalik kisah Nangka Pulut ini, tentu ada yang menariknya pada keluarganya. Jom semak.
Duit sampingan
Pulut nangka nilah yang Kak Pah buat untuk jualan tapi bukanlah setiap hari Kak Pah berniaga. Kak pah cuma open order hari minggu sahaja sebab hari biasa Kak Pah terikat dengan mengurus anak sekolah.
Hasil jualan Pulut Nangka ni kadang-kadang dapatlah RM100 – RM200, bolehlah sekadar menambah pendapatan keluarga.
Kak Pah jual RM7 untuk 1 set di mana di dalamnya ada 5 ulas nangka yang disumbat bersama pulut.
Unik & Enak
Istimewanya pulut nangka ini sebenarnya terletak pada kuah / sos dia tu. Sebab dalam kuah itu kita blender isi nangka bersama santan pekat. Memang rasa dia sedap sebab lemak-lemak santan ditambah rasa dan harum bau nangka itu.
Ragam selera
Kak Pah lah yang paling suka gabungan nangka dengan pulut ni. Anak-anak ada jenis yang makan nangka sahaja. Ada yang jenis makan pulut sahaja. Manakala suami pula sos pulut tu dia akan cicah dengan roti sebab pulut dia tidak boleh makan sangat.
Untuk itu di sini dikongsikan resipi untuk menyediakan Pulut Nangka yang nampak begitu menyelerakan.
Resipi Pulut Nangka
Bahan-bahan:
Nangka
Beras pulut (direndam 8 jam) kurang pun tak mengapa
Santan pekat( guna santan kotak pun lagi bagus pekat)
Garam dan gula
Daun pandan (optional)
Cara-cara :
1.Mula-mula toskan pulut yang direndam kukus dalam periuk kukus letak daun pandan nak bagi wangi.
2. Masuk santan pekat dalam bekas campur garam agak-agak rasa dengan tekak kacau bagi hancur gula.
3. Dah masak pulut yang dikukus angkat gaul dengan santan tadi sampai kering santannya.
4. Pastu masuk semula dalam periuk kukus sekali lagi kukus sampai keluar wap angkat tabur gula dalam pulut kaup balik pulut tadi dengan senduk bagi gula sekata. Biar sejuk cikit
siap bahagian pulut.
Utk nangka
1. Isi nangka dibelah buang biji jangan belah terus separuh sahaja.
2. Ambil pulut kepal-kepal masuk dalam perut nangka itu.
3. Sudah siap semua masuk nangka yang dah isi pulut dalam periuk kukus sekejap dalam 3-5 minit camtu untuk bagi nangka lembut sikit. Jangan lama nanti lembik tidak sedap. Kalau suka nangka yang ranggup camtu tak perlu kukus pun tak apa.
Utk sos
1. Santan pekat blend dengan isi nangka agak-agak jangan banyak sangat dalam 5 @ 6 ulas je.
2. Letak atas dapur masak dengan api sederhana sampai mendidih.
3. Masuk gula garam ikut citarasa
Kelazimannya, kita akan memilih makanan ringkas untuk dijadikan kudapan menahan lapar sebelum waktu makan utama atau sebelum tidur. Tetapi hati-hati jika ada yang memilih untuk makan biskut. Jangan tak percaya, sebenarnya menurut perkongsian daripada seorang doktor mengatakan bahawa ada 5 sebab biskut tak sihat.
Mesti ada yang terkejut dengan kenyataan doktor ini dan nak tahu detail, baca perkongsian penuh daripadanya di sini.
5 SEBAB BISKUT TAK SIHAT
Kesian kawan saya….susah betul nak terangkan kat mak-ayah, pakcik makcik yang dah biasa dinasihatkan makan biskut kering untuk sihat dan kurus.
Memang bukan semua biskut bahaya. Tapi untuk amalkan harian, jadi snacking food.. saya senaraikan 5 risiko kesihatan amalan harian biskut ni.
1) Menyumbat salur darah jantung, otak, organ-organ dalaman badan dan merosakkan saraf.
Lemak Trans biasa terdapat dalam sesetengah biskut menggunakan marjerin atau lemak bukan tenusu. Perhatikan label mengandungi (partially hydrogenated), jangan beli!
Lemak tiruan paling toksik ni sudah diharamkan banyak negara. Walaupun kandungannya sedikit, lemak trans ini membunuh badan dengan senyap dan perlahan.
2) Majoriti Biskut ialah Junkfood.
Biskut ni makanan tinggi proses. Nutrien rendah atau terhapus ketika pemprosesannya.
Pakar diet panggilnya “kalori kosong”. Bukan zero kalori. Tapi kalori dengan zat menghampiri kosong. Macam roti canailah.
Malah biskut ditambah pengawet, perisa, pewarna yang mungkin tidak sihat untuk badan.
3) Menggemukkan. Meninggikan Gula Darah.
Banyak biskut tinggi karbohidrat diperhalusi.. mengakibatkan penyerapan kanji yang tinggi dalam darah. Akibatnya, paras gula darah mencanak tinggi menyebabkan susah kurus. Susah nak kawal gula darah bagi penderita diabetes.
Kopi dan biskut kering (kraker), resepi ketagihan makanan. Agaknya, senang nak berhenti tak bila mula ambil makanan craving ni.
Punca masalah angin. Punca kebakaran dalaman (inflammation).
Tak hairan lepas makan biskut, refluks asid (GERD), kembung… Jadi gatal merah (ekzema,psoriasis, autoimun) lepas makan biskut.
5) Mengandungi Bahan Penyebab Kanser.
Aldehyde, peroxide, Acrylamide.
Sesetengah biskut menggunakan lemak tak sihat seperti minyak bunga matahari dan minyak soya. Minyak ini bila dipanaskan, digoreng atau dibakar menghasilkan aldehyde dan peroxide. Acrylamide pula terhasil apabila bijirin dipanaskan. Memang sikit, tapi lama-lama jadi bukit, bikin penyakit.
Bukan semua biskut teruk. Kita “cuma” perlu pilih biskut:
# Tanpa lemak trans
# Kurang aditif seperti pengawet, perisa, pewarna.
# Rendah kanji. “Low carb atau keto”
# Gluten free
# Pilih biskut dengan lemak sawit, elakkan biskut mengandungi sunflower dan soya untuk mengelakkan peroksida dan aldehyde. Acrylamide tak dapat buat apa.
Dulu saya belek label konon nak pilih biskut kurang mudarat.. Sekarang saya abaikan je sebab saya tak makan selalu..pada saya amalan harian memang jadi mudarat..
Saya makan biskut sebab sedap. Sekali sekala jadi kudapan kegembiraan. Tapi tidak sesekali amalan untuk sihat. Tidak sama sekali. Amalkan makanan sebenar elak penyakit belanar.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.