“Dekat rumah saya sekarang ada ibu dan mak mentua, baru sahaja ibu Zain tinggal bersama kami sekitar dua bulan lalu.”
Itulah pengakuan pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, kepada Media Hiburan yang menjelaskan bahawa ibu suaminya yang juga merupakan pelakon, Zain Saidin, iaitu Siti Aisyah Abdullah baru sahaja jalani pembedahan dan penting untuknya mempunyai penjaga bagi memastikan keadaannya terjaga.
“Saya beritahu suami, saya terbuka sekiranya Mummy (panggilan kepada ibu mentua) tinggal bersama-sama. Saya percaya rezeki dan memuliakan orang tua. Tambahan pula ada di antara anaknya yang kini sudah bekerja di luar negara.
“Jadi Zain pujuk ibunya supaya tinggal bersama kami sekeluarga. Syukur Mummy pun tiada masalah dan saya gembira kerana sekurang-kurangnya dapat melihatnya di depan mata.
“Cuma kadang-kadang rasa seronok juga tengok ibu saya dan Zain bersembang. Seorang cakap bahasa Melayu, seorang lagi cakap Inggeris, terhibur jadinya. Adalah mereka kawan untuk mengisi masa bersama.
Ads
“Ibu Zain baru-baru ini terjatuh dan pinggulnya retak hingga terpaksa jalani pembedahan. Jadi lebih baik sekiranya dia tinggal bersama. Umurnya pun sudah 76 tahun,” katanya.
Dalam pada itu, Che Ta juga tak kurangnya memberikan pendapat mengenai spektikal bahawa menantu pasti rasa tak selesa sekiranya ada mentua menghuni kediaman sama.
“Dia macam ni, bila kita sayangkan suami, sudah tentu kita mahu dia pun dapat pahala atas asbab dengan apa yang kita lalukan. Pada masa sama, kita perlu sayang ahli keluarga suami, macam famili sendiri.
Ads
“Jadi pada saya tiada istilah susah untuk ibu mentua tinggal bersama menantu perempuan contohnya. Ibu mentua pun seorang yang mudah diuruskan dan bukan cerewet.
“Kalau ada isu sekalipun, lebih kurang tu halalkan lah. Kita tidak boleh nak berkira atau rasa dia boleh terima kita seratus peratus. Begitu juga sebaliknya. Yang penting bagi saya bertolak ansur.
“Lain orang mungkin berbeza pandangannya. Cuma di sini saya bertuah kerana mempunyai ibu mertua yang tak cerewet” katanya lagi.
Ads
Sumber : Media Hiburan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semua rakyat Malaysia melahirkan kegembiraan pada minggu lepas setelah bayi Ainul Mardhiah.selamat menjalani pembedahan yang amat berisiko buat dirinya yang masih bayi. Kejayaan para doktor yang menguruskan perubatan di London termasuk Dr Amalina turut menjadi isu hangat apabila segelintir netizen mempertikaikan kehebatan doktor-doktor di Malaysia.
Malah ada juga komen yang menuduh ibu bapa bayi berkenaan melakukan rawatan kepada Ainul mengikut hawa nafsu semata.
Biarpun, pelbagai perkara yang dijadikan bahan komen oleh warga net di laman sosial, bagi ibu bapa Ainul Mardhiah, apa yang dilakukan inginkan yang terbaik buat anak tersayang.
Menerusi perkongsian terbaru mengenai Ainul Mardhiah, Ahmad Saifuddin Ahmad Razak, 24, berkata keputusan yang dilakukan bukan mudah malah pelbagai risiko yang perlu diambil, bukan untuk kepentingan diri tetapi demi masa depan Ainul Mardhiah.
Apa yang pasti keputusan berisiko itu mendatangkan kebaikan terhadap Ainul Mardhiah yang kini selamat dibedah dengan bantuan doktor pakar dan izinNya.
Selain pembedahan yang terlalu berisiko, untuk membawa ainul ke sini juga adalah salah satu risiko yang besar perlu untuk ainul tempuhi.
Tahukah anda, 3 hari selepas ainul tiba di sini, Dia terus dimasukkan ke PICU kerana infection? Bacaan oksigennya dari 100% turun ke 50% serta merta, Ainul tiba tiba jadi sesak nafas dan keluar darah dari mulutnya.
Ya, mengikut kata doktor, Ainul kena infection disebabkan perjalanan yang panjang dan berada lama di dalam kapal terbang.
Keputusan Xray mendapati seluruh tubuh badannya dipenuhi virus ( 80% putih ) bermaksud dalam badannya tidak ada udara kerana telah dipenuhi virus.
Jadi, jika kami dikatakan membuat keputusan untuk ke sini kerana mengikut hawa nafsu kami, maka tuduhan itu adalah tidak berasas kerana untuk membawa ainul ke sini pun satu risiko yang besar buat dirinya.
Alhamdulillah, seminggu pertama ainul betul betul struggle lawan infection berkenaan dan dia berjaya!
TIDAK LUPA JASA DOKTOR DALAM NEGARA DAN LUAR NEGARA YANG MERAWAT AINUL
Terdahulu beliau juga dalam posting terbaru di facebooknya turut menjelaskan bahawa tidak bermaksudh untuk mengecilkan usaha doktor di Malaysia. Namun, anaknya diberi peluang untuk menjalani rawatan di luar negara.
Sebelum ainul dibedah, Doktor yang merawatnya pun tidak pasti sama ada boleh dibedah atau tidak walaupun MRI telah dibuat. Hal ini berlaku kerana kes ainul ini terlalu complicated.
Sehari sebelum hari pembedahan berlaku, Doktor telah memberitahu tentang risiko-risiko yang sedia menanti.
1. Hilang banyak darah
2. Darah masuk ke paru-paru
3. Paling utama, boleh menyebabkan kematian.
Sebelum masuk ke dewan bedah, Doktor memberitahu, boleh jadi selepas mereka buka ” Kulit ” ainul dan mendapati ianya terlalu kompleks (kerana tempat berkenaan banyak salur darah utama) mereka akan menghentikan serta merta pembedahan tersebut dan ainul tidak akan dibedah.
Ya, bermacam risiko yang ainul perlu ambil sehingga lah risiko melibatkan kematian.
Tapi kami sebagai ibu bapa boleh buat apa?
Jalan yang ada cuma bedah dan buang sahaja.
Dan mereka (doktor) sedar, mahu bedah ainul yang kecil ini bukan sedikit risikonya, tapi mereka juga sedar bahawa itu sahaja jalan yang ada. Mahu tak mahu, risiko itu perlu diambil untuk kebaikannya.
Alhamdulillah, Allah izinkan pembedahan itu berjaya tanpa sebarang komplikasi. Salur darah utama yang paling dirisaukan doktor bedah itu pun tidak rosak akibat pembedahan.
Post ini tidak lah bermaksud saya mengangkat tinggi usaha doktor di sini dan merendah-rendahkan doktor di malaysia, sebaliknya jika kami diberi peluang dan ruang, kami mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua doktor yang telah merawat ainul sepanjang sembilan bulan ini.
Percaya lah, anda semua adalah Doktor yang hebat dan anda adalah Doktor Ainul Mardhiah yang terbaik kerana sentiasa mahu yang terbaik buat ainul.
Harapan kami, mudah mudahan ketumbuhan itu tidak lagi datang menganggu kehidupan puteri sulung kami ini.
Dan,
Mudah-mudahan Allah memberikan kesembuhan secara total buat Ainul Mardhiah.
Rakyat malaysia pun sangat baik hati. Tanpa sumbangan dan doa kalian, mungkin Ainul tidak akan sampai ke tahap ini ( dengan izinNya ).
Akhir sekali, sepanjang saya menulis kisah Ainul di media sosial, saya mohon maaf jika ada kata kata saya telah menyebabkan anda semua terguris hati.
Saya cuma insan biasa, seorang lelaki, suami dan seorang ayah yang mahukan terbaik buat anak kami ini.
Dan saya yakin, ibu bapa di luar sana juga akan buat perkara yang sama untuk anak mereka.
Selagi Allah izin, kami akan usaha sedaya upaya. Jika Allah berkehendak sebaliknya, maka tiada satu tangan pun dapat mengubahnya.
Redha. Itu perkara yang paling terbaik kerana Allah jua lah yang Maha Mengetahui.
Ainul, besar nanti jika boleh ( tanpa mama dan walid paksa ), Ainul jadi lah Doktor supaya Ainul boleh bantu ramai orang seperti mana orang membantu Ainul hari ini.
Atau jika tidak doktor, jadi lah insan yang sentiasa memberi manfaat dan memudahkan urusan orang lain.
Mudah-mudahan Allah beri mama dan walid peluang untuk membesarkan ainul menggunakan kaki dan tangan kami sendiri.
Moga adik Ainul dapat membesar dengan sempurna kanak-kanak lain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihat daripada aspek keibubapaan, tentunya cara didikan dan pendekatan orang dulu-dulu untuk membentuk keperibadian anak-anak berbeza pandangannya dengan ibu ayah hari ini.
Pun begitu, sama ada kita sedar atau tidak perbezaan pandangan tersebut cukup berbeza dan ini disenaraikan oleh saudara Najmi Nawawi untuk dijadikan panduan bersama.
Ini perkongsiannya.
Orang dulu vs Orang sekarang
Kata orang dulu (1) :
“Anak sekarang rapat dengan ayah kan. Zaman dulu rapat dengan ibu sahaja.”
Jawab orang sekarang (1) :
“Tak, anak rapat dengan kedua-dua ibu dan ayah. Cuma favaurite person itu bertukar-tukar.”
Kata orang dulu (2) :
“Kakak gosokkan baju abang dan adik. Diorang tak pandai gosok tu.”
Jawab orang sekarang (2) :
“Tak, orang lelaki pun boleh gosok baju mereka sendiri.”
Kata orang dulu (3) :
“Senanglah ada anak perempuan, boleh bantu masak-masak.”
Jawab orang sekarang (3) :
“Tak, orang lelaki pun boleh memasak juga.”
Kata orang dulu (4) :
“Isteri solehah buat semua benda untuk pastikan suami gembira.”
Jawab orang sekarang (4) :
“Tak, suami isteri yang soleh dan solehah sama-sama buat semua benda untuk masing-masing gembira.”
Kata orang dulu (5) :
“Untunglah ada orang rumah, rumah kau mesti terurus.”
Jawab orang sekarang (5) :
“Tak, kalau tiada orang rumah pun. Rumah aku tetap terurus.”
Kata orang dulu (6) :
“Jadi suri rumah, kerja menghabiskan duit laki dia la tu.”
Jawab orang sekarang (6) :
“Tak, tapi kalau dia nak habiskan pun apa salah dia. Ada hak untuk dia dalam bahagian nafkah. Suami dia, bukan suami orang.”
Kata orang dulu (7) :
“Anak biar ramai, supaya kita ramaikan orang islam.”
Jawab orang sekarang (7) :
“Tak, ramai itu maksudnya yang berkualiti bukan sekadar kuantiti. Tak guna ramai kalau jadi buih-buih di lautan sahaja.”
Kata orang dulu (8) :
“Kena nasi kangkang la tu, duduk ikut telunjuk isteri sahaja.”
Kata orang sekarang (8) :
“Tak, islam kan ajar kita hormati pasangan. Termasuk pandangan dan pendapat, segalanya keputusan bersama.”
Kata orang dulu (9) :
“Kau itu perempuan kena bangun awal, abang kau itu lelaki. Tak apalah dia nak lambat pun.”
Jawab orang sekarang (9) :
“Tak, orang lelaki atau perempuan, tak kisah. Dua-dua bagus bangun awal.”
Kata orang dulu (10) :
“Nanti nak kahwin kan, orang perempuan kena la pandai masak, basuh pinggan, basuh baju, lipat kain dan semua.”
Jawab orang sekarang (10) :
“Tak, sama sahaja lelaki dan perempuan. Bahkan keutamaan perlu diberi kepada lelaki kerana dia akan memimpin keluarga.”
Kata orang dulu (11) :
“Anak perempuan kena banyak beli mainan pinggan mangkuk, main masak-masak. Anak lelaki tak boleh. Malulah kalau anak lelaki main masak-masak.”
Jawab orang sekarang (11) :
“Tak, anak lelaki pun tak salah beli mainan masak-masak. Jangan letak label permainan memasak untuk perempuan sahaja.”
Kata orang dulu (12) :
“Orang perempuan kena jaga aurat sempurna. Nanti orang lelaki tengok.
Kata orang sekarang (12) :
“Tak, orang lelaki kena tunduk pandangan. Orang perempuan jaga aurat. Sama-sama, bukan semua perempuan sahaja.”
Kata orang dulu (13) :
“Malulah anak lelaki nangis. Macam perempuan.”
Jawab orang sekarang (13) :
“Tak, biarlah anak lelaki menangis. Jangan keraskan hati mereka. Ingatlah hati keras akan membawa kepada ego yang tinggi melangit. Sikap sombong.”
p/s: Begitulah. Budaya yang telah lama sebati dalam masyarakat yang pastinya sukar untuk diubah.
Kisah adik Bella yang menjadi mangsa dera mendapat perhatian ramai. Rata-rata meluahkan rasa sedih dan sebak melihat penderitaan yang ditanggung kanak-kanak kecil ini. Apatah lagi mendengar bagaimana dia Didera dengan begitu kejam.
Seorang jururawat yang berpeluang merawat Bella di dalam wad semasa dia dibawa ke hospital sebelum ini turut berkongsi kisah Bella. Menurutnya, hampir setiap malam kanak-kanak malang ini menjerit dan tidak lena tidur.
Dia juga tidak boleh mendengar bising dan perlu ditepuk sambil berzikir untuk memastikan kembali tenang serta tertidur semua.
Wanita yang membahasakan dirinya Mizz Syaza juga memberitahu,Bella merupakan anak yang baik dan suka membantu jururawat ketika di dalam wad walaupun ada ketika dia seakan takut-takut.
Jururawat itu turut berkongsi momen melayani kanak-kanak istimewa berkenaan kerana perasan yang dia amat memerlukan perhatian.
Malah dia turut berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan insan-insan yang sentiasa menyokong dan mendoakan agar urusan kes perbicaraan untuk mendapatkan keadilan buat Bella berjalan dengan lancar.
Walau bagaimanpun, dia menjelaskan yang video berkenaan adalah video lama iaitu pengalamannya ketika menjaga Bella yang dirawat di hospital selepas ditemui dengan pelbagai kesan kecederaan sewaktu di Rumah Bonda.
Perkongsian meruntun jiwa Itu buat ramai sebak dan terharu.
@Ina Mohd:dia tahu siapa yg ikhlas dgn dia… dia happy kt hospital. bella, maafkan kami bella. kami akan dptkan keadilan utk bella. (kami – rakyat msia)
@Sallyforshort.:Allahu sebaknya, terima kasih doc & nurse jaga dia 😢
@🌿BUKANSIAPA”🌿:trauma die. 4 bulan kut. smpai ada luka yg dh jadi parut. aku kn. klo tringat kt pelaku. aku rasa ey2 je. sabar dik bella. kami sokong dik bella.🥺
@Syaiful Nizan:Budak baik budak pandai 🥺🥺Jatoh air mata jantan melihat dirimu dik semoga Allah SWT permudahkan urusan mu dik🤲😭😭😭
@_.Fieyynaaaaa:Alhamdulillah 🥺 bella budak kuat . Kuat sangat . Terharu dn bangga dgn dia 🥺 terima kasih doc & nurse jagakan bella ❤️
@shielaiela1987:Allahuakbar..berlinang ayaq mta tgk keadaan Bella..anak istimewa mulia disisi Allah..knpa ada yg sggop sakiti dia😭semoga ada keadilan utk Bella..
@sheryyzainal:tibe keluar airmata . bella ni ank yatim ke ? sedih klu mak ayah die tgk 😔😢
@Noorfathiah Mohd Noo:@Noorfathiah Mohd Noo:Syabas pada jururawat yg melayan bella.. Sesungguhnya kalian adalah yg terbaik🥰
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.