Tidak dinafikan, ajal maut jodoh dan pertemuan semua di tangan Allah. Siapalah kita untuk menghalangnya. Namun sebagai manusia biasa, kita tidak lari dari rasa sedih memikirkan apa terjadi.

Allah berfirman yang bermaksud: “Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.” (Surah an-Nisa’: 78).

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa seseorang manusia itu tidak boleh memisahkan dirinya dari ajal kematian. Paling menyedihkan apabila kita perlu menghadapi pemergian dan kehilangan orang yang kita kasihi buat selama-lamanya.

Bagi yang pernah melaluinya pastinya merasa perit dan rindu. Namun hati kena kuat dan sabar akan takdir Allah. Benar ia bukan perkara mudah. Sesungguhnya ia perlukan  kekuatan yang dalaman.

Apa yang pasti bukan mudah melalui kehidupan baru tanpa tersayang, namun hidup harus diteruskan demi anak-anak.

Seperti perkongsian ini buat warganet sebak. Suami ini berkongsi gambar keluarga bersama isteri dan setahun selepas tu tanpa isterinya. Paling menyentuh hati lokasi gambar di tempat yang sama.

Nak tahu rindu yang paling perit tak?” Tadi dok bersiap kami anak beranak nak bertolak balik Shah Alam. Masa dok loading barang dalam kereta, tengok lah laluan keluar ni di rumah Toktam Juru.

Spontan teringat yang raya tahun lepas kami sekeluarga pernah ambik gambar di sini. Dah alang-alang semua anak-anak ada. Kami acah-acah retake. Mama je takde. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.

“Rindu Paling Perit Pada Yang Pergi Buat Selamanya.” Gambar Keluarga Tanpa Isteri, Luahan Lelaki Ini Undang Sebak. 

Ini lah kehidupan kami anak-beranak sekarang. Up till now still survive walaupun tanpa Mama. Besar harapan dapat membesarkan anak-anak ni dengan baik walaupun hilangnya seorang ibu. Saya lah abah.

Saya lah Mama. Bil dah jadi macam ni, macam tersedar yang saya jadi lebih over protective dengan anak-anak . Nak tahu rindu yang paling perit tak? Rindu pada yang telah pergi buat selamanya.

Sumber: FB Nazri Ahmad

“Rindu Paling Perit Pada Yang Pergi Buat Selamanya.” Gambar Keluarga Tanpa Isteri, Luahan Lelaki Ini Undang Sebak. 

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Rindu Paling Perit Pada Yang Pergi Buat Selamanya.” Gambar Keluarga Tanpa Isteri, Luahan Lelaki Ini Undang Sebak. 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI