Sekali sekala apa kata kita sediakan menu antarabangsa untuk keluarga kita dan di sini ada dikongsikan resipi untuk menyediakan salad buah mengikut resipi orang Filipina sepertimana yang dikongsikan oleh Marimar Mas.

Menurutnya resipi salad buah ini diperolehi daripada kawan sekerja yang berasal daripada Filipina dan apa yang lebih mengujakan katanya salad ini sangat sedap rasanya. Hinggakan bila disediakan untuk menu pencuci mulut di sebuah majlis, tetamu menikmatinya dengan penuh berselera hingga ada yang menganggap sald buah tersebut puding.

Jadi buat anda yang belum pernah mencuba rasanya, apa kata sediakan menu ini untuk dinikmati bersama keluarga. Bahan-bahan yang digunakan pun ringkas dan tidak rumit cara penyediaannya.

Sebelum itu, jom lihat detail bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakannya melalui perkongsian ini. Selamat mencuba!

Filipino Fruits Salad
Okay hari ini baru ada kesempatan nak share recipe “Filipino Fruits Salad” yang Mas dapat dari kawan Pinoy kat tempat kerja.. Rugi yakmat kalau anda tak try. Memang sedap ‘giler’ tau tak, tak percaya boleh tanya siapa yang dah makan ni.

Ni adalah 1st attempted Mas buat time majlis sembahyang hajat untuk Mas dan Baby haritu. Pak Haji yang baru turun Masjid pon boleh tergugat iman tau makan ni, sampai kan dorang bagitahu Abah “Sedapnye Puding buah ni”..

Wanita Ni Kongsi Resipi Salad Buah Cara Orang Filipina Buat, Memang Mantap Rasanya!

Anda juga boleh try buat kat rumah atau bila ada majlis  untuk dijadikan pencuci mulut.

Bahan-Bahannya adalah :-

Wanita Ni Kongsi Resipi Salad Buah Cara Orang Filipina Buat, Memang Mantap Rasanya!
1) Fruit Cocktail (Any brands will do)
2) Sweet Condensed Milk ( Any brands will do)
3) Cheddar Cheese
4) Nestle Cream (Compulsory)
5) Corn Kernel (Bukan Cream Corn tau)
6) Fresh Fruits (Depends Pada Korang nak letak buah apa, lagi banyak lagi sedap)

IKLAN

Cara-Cara Penyediaan adalah :-
1) Korang Basuh Semua Buah-buah yang baru dikeluarkan dari peti ais dan potong mengikut kesesuaian mulut korang. Kalau macam longan tu korang kupas kulit dia dulu dan buang biji kat dalamnya.

Wanita Ni Kongsi Resipi Salad Buah Cara Orang Filipina Buat, Memang Mantap Rasanya!
2) Potong Cheddar Cheese tu secara dadu.
3) Tapis Fruits Cocktail dan Corn Kernel tu dan buang air dia.
4) Mix kan Nestle Cream, Cheddar Cheese dan Sweet Condensed Milk tu bersama dan gaul. Sweet condensed milk tu anda letak 2 atau 3 teaspoon sahaja atau mengikut kemanisan yang diingini.
5) Mix kan semua buah-buahan dan kacau sampai  puas hati.
6) Dah siap, letak dalam bekas yang bersesuaian dan simpan dalam peti ais untuk dibuat makan sejuk-sejuk.

Okay untuk Kuantiti Nestle Cream tu anda boleh agak-agak sahaja  dengan Kuantiti buah-buahan. Tapi untuk Cheddar Cheese tu lagi banyak letak lagi sedap. Dan perlu ingat Sweet Condensed milk tu jangan letak banyak sangat nanti manis kang kena diabetes pula.

Dan Untuk Nestle Cream tu boleh cari di Aeon Mall atau Giant tau, kalau di Singapore bersepah je tapi kat Malaysia especially KB memang tak ada.

Wanita Ni Kongsi Resipi Salad Buah Cara Orang Filipina Buat, Memang Mantap Rasanya!

Selamat Mencuba

Sumber : Marimar Mas 

IKLAN

 

Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!

 

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Wanita Ni Kongsi Resipi Salad Buah Cara Orang Filipina Buat, Memang Mantap Rasanya!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI