Dalam kita membesarkan anak-anak, kita akan mendapati kita mungkin kekurangan tidur dan rehat. Sebenarnya, kekurangan kedua-dua ini boleh menyebabkan seseorang hilang kebolehan berfikir dengan waras dan di dalam banyak situasi menjadikan seorang itu mudah hilang sabar.
Diri fizikal kita memerlukan tidur yang nyenyak (deep sleep) di dalam sesuatu hari itu. Namun, bila seseorang Ibu tidak mendapat tidur nyenyak yang cukup, maka dia akan mudah lupa, mudah stress, mudah hilang sabar dan sebagainya.
Oleh itu sesiapa yang bersama ibu itu berusahalah memberi ibu itu masa dalam seminggu untuk dia dapat berehat dengan baik sekurang-kurangnya untuk 2-3 jam.
Jika anda adalah salah seorang ibu yang sering tidak dapat berehat, kerana beranak kecil, maka berusahalah mendisiplinkan anak-anak untuk tidur awal, supaya anda ada masa untuk berehat semasa mereka sudah tidur.
Ads
Ibu tahu mungkin ada diantara anda yang mengatakan ianya payah kerana anda bekerja dan sebagainya.
Jawapan Ibu ialah ya, memang susah kerana anda mengambil dua tugas penting. Namun, Ibu yakin anda juga boleh kerana ada kata-kata orang bijak pandai yang berbunyi begini;
“Jika anda mahukan sesuatu kerja itu dilaksanakan, berilah kepada orang yang sibuk.”
Ads
Kebanyakan orang yang sibuk sebenarnya telah menguasai satu skil penting, iaitu merancang kerja mereka. Mereka bijak untuk memprioritikan kerja mereka.
Seorang yang mahu menyelesaikan masalah mereka, mereka tidak mengeluh tetapi mereka akan mencari jalan penyelesaian dengan bertanya diri soalan yang betul. Contohnya, jika anda merasakan anda tidak ada peluang untuk berehat dan mendapat tidur yang nyenyak berminggu-minggu; soalan yang hendak anda tanya bukanlah ‘susahlah macamana nak dapat rehat?….tapi bertanya, ” Apa perkara positif yang saya boleh saya lakukan untuk saya mendapat rehat yang lebih.”
Ramai yang suka makan kentang. Ada yang beli dengan jumlah yang banyak tapi akhirnya kentang tak sempat masak.
Kentang yang disimpan lama boleh bertunas. Namun tidak ramai tahu kesan jika makan kentang bertunas. Ikuti perkongsian pakar kimia, Dr Fatimah Salim mengenai kentang yang telah bertunas.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Benar, ubi kentang (Solanum tuberosum) yang bertunas atau berwarna hijau menunjukkan kehadiran bahan kimia semulajadi yang bersifat toksin iaitu alkaloid glikosida seperti solanin (struktur kimia di bawah 👇🏻).
Selain daripada ubi kentang, bahan kimia toksin ini juga terdapat pada tomato (Solanum lycopersicum), terung (Solanum melongena), iaitu tumbuhan dari genus Solanum.
Kehadiran bahan kimia toksin ini dapat dilihat dengan adanya warna hijau pada ubi kentang. Warna hijau ini sebenarnya disebabkan oleh kehadiran bahan kimia klorofil, namun meningkatnya klorofil ini menandakan banyaknya bahan kimia solanin terbentuk di situ.
Selain daripada warna hijau dan tunas sebagai penanda, bahagian kentang ini juga berasa pahit. Dan semakin tinggi terang warna hijau, semakin tinggi juga kandungan toksin yang wujud. Bahan kimia toksin ini sebenarnya dihasilkan pada tunas sebagai salah satu cara (aka mekanisma) pertahanan ubi kentang untuk memastikannya tidak dimakan, serta tumbuh dan membesar dengan jayanya. Sama seperti rebung atau pucuk sayuran lain. Boleh baca ulasan saya mengenai rebung di pautan ini
Bahan kimia toksin semulajadi ini tidak akan termusnah dengan haba memasak, namun kandungannya akan berkurangan sekiranya direbus dan air rebusan dibuang. Antara kesan keracunan toksin ini ialah gatal pada mulut, pening, loya, muntah, cirit-birit, sakit perut… yang mana boleh berlarutan kepada radang, sakit sendi serta mampu menyebabkan lumpuh, kecatatan kepada bayi dalam kandungan dan kematian.
Pun begitu, kesan-kesan ini adalah bergantung kepada jumlah (aka dos) toksin yang wujud dan ketahanan sistem badan individu. Ada yang boleh terkesan dengan jumlah yang hanya sedikit, ada pula yang tidak. Bagi keracunan dengan simptom ringan, badan kita mampu detox sendiri.
Jadi ubi kentang ini sudah tidak boleh makan?
BOLEH, dengan membuang bahagian yang ditumbuhi tunas atau bahagian yang berwarna hijau. Ini kerana bahan kimia toksin ini hanya tertumpu pada tunas dan berhampiran kulit kentang yang berwarna hijau sahaja.
Perasan tak tabiat kita sebagai mak-mak ni, pantang ada makanan yang tidak habis pasti akan kita masukkan ke dalam peti sejuk untuk disimpan. Kalau boleh semuanya hendak disumbat di dalam peti sejuk agar tahan lama dan bolehlah dimakan bila perlu.
Namun, sedar atau tidak sebenarnya tindakan itu boleh mengundang bahaya kerana kita gagal mematuhi cara penyimpanan yang sebenarnya agar makanan tersebut selamat dimakan untuk suatu jangka masa yang tertentu.
Melalui perkongsian seorang doktor yang dikenali sebagai Hani Mynis di akaun fbnya, diharapkan penjelasan ini memberi pencerahan kepada kita untuk lebih faham dan peka tentang hal ini.
Jom semak perkongsiannya itu.
Pengurusan peti ais yang betul utk bahan-bahan:
SOS (sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka)
Ada yang suka simpan kat luar tapi cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis “refrigerate after opening”.
Ini utk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bhgn pintu peti ais.
SUSU
Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dlm peti ais dibhgn pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpn dgn tin2 sekali dlm peti ais, sbb kita tahu dlm peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason ? tu belum lg kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang
Susu segar/ susu kotak simpan kat bhgn dalam, jgn simpan kat bhgn pintu. Bhgn pintu suhu nya pling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cpt rosak
TELUR
Cara menyimpan telur dengan betul
Ada dua cara:
1. Simpan di luar peti ais
Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang2nya sebelum best before date)
Jangan dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan utk menghalang bakteria masuk dlm telur dan percepatkan proses telur rosak
Simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan skjp pnas sekejap sejuk
2. Simpan dalam peti ais (chiller)
Jangan disimpan di bhgn pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bhgn dalam peti (bahagian shelf) sbb pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cpt rosak.
Kalau disimpan bhgn dlm peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat utk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jgn dibasuh for same reason as above) dgn makanan lain dlm peti ais
Jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh.
UBAT-UBATAN
Ramai yang suka letak ubat dlm peti lagi-lagi bhgn pintu peti ais,kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bhgn pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada. Ubat2 cecair sngt sensitif dgn haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasan nya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye. Memadai dlm kabinet yang jauh dr cahaya matahari dan agak dingin.
So nak simpan kat mana, simpan je dlm kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpn je dlm pntry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu. Detail Pengurusan kabinet ubat hani nnt hani update.
Semoga perkongsian bermanfaat
Sumber : Hani Mynis
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihat kebesaran Allah SWT dengan melancong ke luar negara adalah satu kesempatan yang ingin diraih semua. Pun begitu, bukan semua percutian meninggalkan kenangan indah, tragedi adakalanya datang tanpa kita jangka.
Pengalaman Puan Nor Aziah Abd Aziz, 56, bekas guru Sains dan Matematik, Sekolah Kebangsaan Dengkil yang telah pun menamatkan perkhidmatannya sejak tahun 2014 ini mengakui ada hikmah sebalik kejadian yang menimpanya dan suaminya, Hashim Ahmad, 58 ketika bercuti ke Tehran, Iran.
Dipukau ketika sedang beratur di kaunter tukaran wang adalah sesuatu yang tak mungkin terjangka oleh sesiapa sahaja. Namun inilah yang dilalui oleh pasangan yang sudah menjelajah ke lebih 30 destinasi seluruh dunia ini.
“Saya dan suami memang sedia maklum kes-kes penipuan sebegini kalau bercuti ke Iran. Banyak blog bercerita hal ini dan minta berhati-hati ketika berada di Iran tapi kami langsung tak sangka kami terkena secepat itu, iaitu ketika di lapangan terbang.
Ketika itu saya dan suami sedang beratur di kaunter tukaran wang di lapangan terbang kerana di negara kita tak ada wang Iranian Rials (IRR) Iran, jadi memang terpaksa ditukarkan di sana.
Ketika duit sudah ditukar, suami saya pegang duit tersebut untuk mengira kerana keliru dengan jumlah juta dan kosongnya yang sangat banyak.
Ketika sedang memegang wang, datang seorang pemandu teksi lelaki terus ambil dua keping wang di tangan suami dan mahu menghantar kami terus ke hotel.
Peliknya ketika itu saya dan suami langsung tak marah bila wang diambil dari tangan dan kami terus menuju ke teksinya. Katanya, bayaran tambang yang dikenakan 250 ribu IRR. Kami berborak seperti biasa ketika di dalam teksi dan sebaik tiba kami berikan dia 50 USD sebagai baki bayaran.
Ketika di dalam bilik barulah kami sedar yang dia telah mengambil dua keping wang bernilai 2 juta IRR dan juga termasuk 50 USD. Saya dan suami terdiam dan terkesima dengan apa yang berlaku. Ketika itulah baru kami sedar kami seolah-olah dipukau. Langsung tiada reaksi dari saya dan suami ketika itu.
Itulah detik paling meninggalkan kesan buat saya dan suami. Sedih tak terkata, jumlah yang begitu banyak kami serahkan sebaik menjejak bumi Iran.”
Dibaling Batu Di India
Tidak hanya dipukau, ketika bercuti ke Kashmir, India, pasangan ini juga pernah disekat dipertengahan jalan ketika perjalanan dari Serinagar ke Gulmarg. Semuanya disebabkan adanya sekatan jalan raya dan rusuhan yang dilakukan oleh pengangkutan awam.
“Bas berkumpul dan buat tunjuk perasaan di bandar, akibatnya kami terpaksa ikut jalan kampung. Ketika melalui sebuah kampung kami disekat oleh penduduk kampung yang cuba membaling batu ke arah van kami.
Cemas juga ketika itu kerana belum pernah alami suasana begini, apa lagi di negara orang. Setelah berbincang, kami dilarang melalui jalan tersebut dan terpaksa berpatah balik.
Dek kerana kami bertegas untuk Gulmarg juga, sudahnya kami terpaksa diiringi oleh anggota tentera India yang mengiringi konvoi 5 buah kereta kami hingga selamat tiba di pergunungan. Dua buah kereta askar setia mengiringi di hadapan dan belakang konvoi kami demi memastikan kami selamat sampai,” luahnya lagi.
Di Tahan Di China
Lain pula kesnya ketika keluarga ini bercuti ke Xian, China. Menurut Aziah lagi, anak bongsunya yang berusia 16 tahun ketika itu disekat daripada memasuki negara itu gara-gara pastport yang dimilikinya ketika berusia 12 tahun.
“ Ketika dilapangan terbang, anak saya disekat kerana rupa parasnya yang tidak sama seperti di dalam pastport. Maklum sahaja pastport itu dibuat ketika usianya 12 tahun dan kini dia sudahpun remaja dan berusia 16 tahun. Dia di bawa ke satu tempat dan saya minta untuk mengiringinya.
Lama kami ditahan. Pihak kastam China mahu saya buktikan bahawa dia anak saya. Kad pengenalan kita juga tidak diterima oleh pihak kastam.
Akhirnya saya buka kesemua video anak bongsu saya ketika dia masih kecil dan tunjukkan pada mereka. Itu sahaja cara yang saya ada untuk membuktikan dia anak saya. Mujur usaha saya diterima atas budi bicara mereka. Langsung tak sangka video yang sekecil itu sangat membantu ketika dalam situasi genting sebegini,” katanya lagi yang bakal bercuti ke Balkan pada penghujung tahun ini.
Jejak Langkah Ke 30 Destinasi Dunia
Bercerita mengenai kisah pasangan ini yang suka melancong ke luar negara memang buat kita rasa terinspirasi.
Pasangan ini memulakan langkah untuk melihat dunia luar ciptaan Allah SWT ketika tahun 1986. Ketika mereka ke Medan, Indonesia dan anak pertama yang baru berusia 1 tahun ditinggalkan.
Seterusnya ibu kepada Amir Hakim, 32, Amirah Halwa, 31, Ammar Hazwan, 29, Akhmal Hafiz, 18 dan Aqilah Hanis, 17 tahun ini mula mengorak langkah lebih jauh.
Sehingga kini pasangan ini telahpun menjejakkan kaki ke 30 destinasi dunia. Antara negara yang dilawati mereka termasuklah Turki, negara-negara
Eropah seperti Belgium, Amsterdam, Paris dan London. Tidak ketinggalan juga Korea, Japan, India, New Zealand, Australia, Cairo, Iran, Lubnan, Dubai, Vietnam serta tidak ketinggalan Los Angeles, California, Amerika Syarikat.
Menariknya pasangan ini hanya sesekali sahaja menggunakan travel agensi untuk menguruskan percutian mereka, selebihnya mereka lebih senang menguruskan sendiri dan bergerak sendiri sepanjang percutian ke lebih 30 buah negara ini.
“Bagi saya melancong ke luar negara bukan hanya release tension tetapi paling penting dapat melihat budaya dan tempat orang. Bila lihat tempat orang buat kita lebih menghargai negara kita sendiri. Saya langsung tak fikirkan soal beli belah tetapi dapat lihat ciptaan Allah dan lihat budaya orang lain, itu yang lebih penting,” katanya yang menjadikan koleksi frame dari setiap negara sebagai buah tangan wajib yang dikumpulkansetiap kali melancong.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...