Merancang untuk mengubah mood kediaman keluarga agar nampak lebih menarik dan bergaya, dan bertepatan pula beberapa bulan lagi pasti kediaman kita akan dikunjungi sanak saudara dan rakan taulan bersempena sambutan Hari Raya.
Tentunya, kita mahukan ruang kediaman kita cantik dan selesa. Lalu apa kata, kita berikan sentuhan dekorasi wainscoting menghiasi ruangan dinding. Impaknya cukup luar biasa walaupun dengan rekaan yang ringkas.
Menyentuh soal kos, usah bimbang kerana percaya atau tidak dengan RM200, wanita ini membuktikan ianya boleh dibuat.
Jom kita ketahui lanjut perkongsian wanita ini.
Hari ni free sikit saja nak share cara diy wainscoting pasal ramai pm tanya harga dantempah kat sapa.. cek buat sendiri dan modal pun dalam RM 200 sahaja, so jangan cakap orang perempuan tak boleh buat semua kerja ni sendiri okay. Dekat setiap gambaq ada cara-cara.. good luck dan selamat menaikkan muscle lengan anda.
Ada dua jenis patern yang cek buat. Ni yang 1st.. atas guna wallpaper kaison.. panel kayu bawah sekali tak buh sebab dah ada border tile. Tapi nampak cacat sikit sebab border tu tak sampai hujung.
Bahan-bahan yang perlu disediakan
Panel kayu ni google ja sebab hari tu tak dan snap gambar.. yang penting ukur dulu panjang wall yang kita nak buat.. pi kedai mintak tolong dia potong panjang mana kita nak takut tak muat nak sumbat dalam keta.. keta kami kena rebahkan seat belakang jugak la.
Kayu no 1 kena lekat atas skali.. no2 buat frame, no3 letak bawah sekali kat lantai.. yang tanda X tu tak payah buh pun tak pa so, tah yah pikiaq.
Ads
Ni rupa kayu-kayu tu.. bawak balik rumah kena licinkan dulu guna kertas pasir.. layang-layang ja pon tak pa tak yah licin sangat.. asalkan tak dak tajam-tajam kat permukaan kayu. So bila cat nampak licin ja.
Ni gam pengganti paku. Cek tak guna paku langsung. Semua ni beli kat DIY.. dia punya melekat macam pakai paku.. sekali lekat memang tak leh cabut dah. Dah siap licinkan lekat ja terus.
Benda ni sebetulnya guna kat tile. Tapi cek buh kat ruang yang gap di antara kayu dan dinding.. wujudnya ruang tersebut akibat dinding yang tak rata.. so kita sumbat ja benda ni untuk tutup ruang tu.. function macam filler la.. kt Mr Diy pun ada jual tapi bukan tajuk ni.. kat Mr diy cari nama filler bentuk macam gam tadi.
Ads
So rupa dia camni bila dah sumbat filler tu.. agak mencabar sikit sebab tangan mesti belemoeh punya lah.. tapi bila cat nanti nampak bercantum elok ja dan tak nampak gap dah. Part ni penting kena buat. Kalau tidak memang dah siap nanti tengok lubang-lubang tu nampak sangat keja cincai.
Dinding akan comot bila buh filler tu tapi tak apa.. sat gi kita cat elok-elok naa..
Taraa… dah siap cat kayu atas bawah.. masa ni frame beli tak cukup so hari lain baru buh frame lak..silap bajet.
Ads
Wallpaper kaison.. RM 16.90 kot kalo tak silap. Tak ingat beli lama dah.. ni buh kat dinding atas wainscoting.. saiz dinding cek tu guna 1 roll ja.. memang dinding akan nampak sangat mewah. Try la tengok.
Yang ni patern ke 2 paling senang.. guna finishing dengan cat gold ja.. frame tengah-tengah tu beli frame gambaq kat DIY. Blk umah buang gambaq amek bingkai dia ja.. pastu lekat.. malu org tau dah rahsia.
Ni cek buat lining atas kayu yang dah buh finishing tadi.. RM 7.90 ja beli kat kedai cat jalan langgar.. terus nampak exclusive bila buh gold ni… diri sendiri pun macam tak prcaya cek mampu buat smua ni sorang-sorang dibantu sorang anak menakan lepas SPM (perempuan jugak).
Dapat memiliki kabinet dapur yang lengkap di rumah adalah antara satu kegembiraan besar buat semua wanita bergelar isteri.
Apa lagi kabinet ini dipasang sebaik memasuki rumah baru. Rasa hari lebih lengkap dan sempurna. Satu kejayaan besar buat diri sendiri.
Maklum sahaja hendak memasangnya bukan hanya perlukan keinginan semata-mata tetapi memerlukan kos yang tinggi.
Kabinet dengan material biasa-biasa sahaja paling kurang menelan belanja 5 ribu dan ke atas, inikan pula lengkap dengan segala fungsi serta menggunakan material yang tahan lasak. Tidak hairanlah ada kabinet yang dipasang dengan harga berpuluh ribu.
Kalau begini harganya, dapur pastinya menjadi ruang yang cukup disayangi. Perlu dijaga sebaiknya supaya ia kekal lebih lama. Soalnya bagaimana?
Sebenarnya tidak sukar menjaga permukaan kayu kabinet dapur kita. Anda patut cuba dua cara ini. Mudah sahaja!
Cuka + Air
Guna dua bahan ini yang cukup murah dan mudah untuk jaga kabinet kita. Campurkan sedikit cuka ke dalam air dan kacau hingga sebati. Kemudian ambil kain atau tuala pengelap dan mulakan menyental seluruh permukaan kayu kabinet dapur. Sental lebih sikit pada permukaan yang kehitaman. Biarkan kering. Lakukan cara ini setiap kali kabinet nampak kotor.
Sapu Minyak Zaitun
Selain menyental dengan cuka, cara lain untuk memastikan kabinet terjaga dengan cantik adalah dengan cara menyapukan minyak zaitun pada permukaan kayu kabinet dapur.
Selepas pembersihan menggunakan cuka dan air, biarkan kering sebentar kemudian sapukan sedikit minyak zaitun di seluruh permukaannya. Hasilnya kayu akan lebih berkilat dan terlindung daripada dimamah usia. Insyaallah kayu kabinet akan tahan lama. Lakukan proses ini setiap 6 bulan sekali.
Tip Lindungi Kabinet Dapur
1. Apabila terdapat kesan resapan air di ruang kabinet terutama bahagian sinki, ini menandakan silikon yang digunakan sebagai penebat air sudah terbuka atau rosak. Cepat-cepat perbaiki sebelum merebak permukaan hadapan kabinet.
2. Cahaya matahari yang berlebih-lebihan pada kabinet kayu juga kurang sesuai. Sifat kayu yang bertindak balas dengan kepanasan buat kabinet akan terjejas. Jadi perlu langsir dan kesan cahaya yang minima, kabinet pasti tahan lama.
3. Kesan minyak tumisan daripada proses memasak juga sangat meninggalkan kesan pada kabinet dapur. Jika tak pasang hud perangkap minyak, sentiasalah bersihkan permukaan kayu yang terkena minyak. Kesan minyak yang melekat lama kelamaan akan menebal dan meninggalkan kesan pada tekstur kayu.
4. Suhu dan kelembapan juga banyak mainkan peranan pada kabinet dapur kayu. Keadaan kering dan kepanasan suhu akan menyebabkan kayu mengecut kerana kekurangan kelembapan. Sebaliknya jika terlebih lembap, kayu akan mengembang, retak dan merekah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tahi lalat pada baju biasanya disebabkan oleh kulat yang tumbuh pada baju akibat tidak kering sepenuhnya atau lembap. Masalah ini berlaku jika pakaian diperuk dalam keadaan basah, ataupun baju direndam dengan air yang sedikit.
Ditambah pula jika ibu-ibu melambat-lambatkan proses untuk dibilas sehingga beberapa hari. Keadaan ini menyebabkan tahi lalat ini akan muncul pada baju.
Agar baju yang terkena tahi lalat ini tidak terbuang anda boleh praktikkan cara ini untuk menghilangkan bintik hitam ini pada pakaian.
1. Campur cuka ke dalam setengah liter air.
2. Rendam pakaian anda yang memiliki tahi lalat tersebut ke dalam air campuran cuka tadi. Rendam selama semalaman.
3. Keesokan harinya cuci dengan menggunakan sabun atau detergen seperti biasa.
4. Siapkan air panas yang telah dicampur dengan lemon.
5. Bilas pakaian anda tadi dengan air panas dan campuran lemon.
6. Biarkan pakaian beberapa ketika di dalam air tersebut.
7. Kemudian cuci kembali menggunakan sabun.
8. Bilaslah menggunakan air biasa
9. Jika tahi lalat masih ada silakan ulangi langkah 5-8 sampai semua tahi lalatnya hilang.
10. Kemudian jemur hingga kering.
Cara Mencegah Tahi Lalat Muncul Pada Baju
Setiap kali selepas selesai melakukan aktiviti yang mengeluarkan banyak peluh sebaiknya rendam atau terus cuci baju anda, Jangan peruk baju tersebut dalam bakul.
Jika anda merendam baju, jangan biarkan ia direndam terlalu lama kerana ia akan menyebabkan pembentukan bintik hitam dengan lebih cepat.
Jika baju hari ini ingin dipakai kembali pada besok hari, sebaiknya jemur terlebih dahulu bajunya sebelum digantung.
Alat memasak seperti kuali, periuk dan sebagainya yang biasa dan sudah lama digunakan pasti karat dan hitam.
Pun begitu, ia masih elok untuk digunakan. Cuma bila lama digunakan pasti akan melekat kerak hitam atau karat baik di kuali mahupun periuk. Jadi, sayang pula kan nak buang. Apa kata cuba kaedah yang dikongsikan oleh Amy Rosina
Alhamdulilahhh ya Allah syukur setelah 10 tahun jadi isteri baru jumpa cara terbaik cuci kerak2 kuali periuk yang seusia pekahwinan 😅😅😅😅 tak perlu susah payah sental bagai nak putus urat lengan sampai luka jari2… tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang….. maii sy share unt suri semua sama2 kita bahagia
hangpa cuma perlu kapoq makan.. kapoq yang india makan dgn sirih tu… berus dawai tu dgn pisau… step angpa ikut kat bawah naa..