Seorang ibu muda tergamak menekup dan mencekik anak lelakinya berusia setahun enam bulan hingga mati.
Suspek berusia 20 tahun itu bagaimanapun ditahan bersama teman lelakinya di sebuah kondominium di Cyberjaya di sini, pada 12 Januari lalu.
Difahamkan, suspek bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta sedang dalam proses perceraian selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya seorang penganggur.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata dalam keterangan awal suspek mendakwa kononnya mangsa terjatuh dari sofa sebelum dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan.
“Sekitar jam 11.30 pagi doktor hospital itu menerima seorang pesakit kanak-kanak lelaki yang dihantar oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Hasil pemeriksaan awal, doktor itu mendapati ada pendarahan di kedua-dua belah anak mata yang berkemungkinan disebabkan kesan penderaan dan pesakit berada dalam keadaan kritikal,” katanya tadi.
Wan Kamarul berkata, pihaknya menerima laporan daripada pasukan perubatan Hospital Cyberjaya Ahad lalu, selepas kanak-kanak malang itu meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan.
Ads
Sejurus menerima laporan, polis cuba menghubungi kembali ibu mangsa yang juga suspek utama, namun gagal malah wanita itu juga tiada di alamat kediaman diberikan.
“Hasil maklumat risikan, polis menyerbu sebuah rumah flat di Putra Perdana, Dengkil dan menahan suspek sekitar jam 12.15 pagi pada 16 Januari. Suaminya turut ditahan pada hari sama,” katanya.
Hasil soal siasat suspek mengaku menekup muka mangsa menggunakan bantal semasa anaknya sedang tidur kerana mengalami tekanan perasaan akibat masalah rumah tangga serta keluarga.
Ads
“Bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada mangsa di bahagian pipi, gusi, dahi dan belakang pelipat kaki kanan.
“Terdapat juga kesan calar di pipi kiri serta lebam di leher dipercayai akibat dicekik.
“Punca kematian disebabkan asfiksia ataupun kekurangan oksigen dipercayai berpunca dari tindakan ibu mangsa menekup muka mangsa,” ujarnya.
Katanya, suami suspek yang berusia 20 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis kerana dipercayai tidak terlibat berikutan tiada di lokasi semasa kejadian berlaku.
Ads
“Teman lelaki suspek yang juga seorang pelajar kolej berusia 21 tahun bagaimanapun tidak mengaku terlibat.
“Dia hanya hadir ke rumah yang dijadikan rumah inap berkenaan untuk bermalam dengan suspek dan semasa kejadian lelaki berkenaan telah beredar,” katanya.
Beliau berkata, suspek dan teman lelakinya direman tujuh hari bermula 16 Januari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).
Sesungguhnya doa seorang ibu kepada anaknya, tiada hijab. Namun setelah kematian ibu, segala doa terhenti buat anak. Coretan seorang pemuda yang kehilangan ibu, telah beri impak pada dirinya tiada motivasi dalam diri. Sehinggalah mendapat mimpi, arwah ibunya bagaikan memberi semangat buat dirinya untuk bangkit kembali.
Bagaikan tidak percaya, kata-kata arwah ibunya menjadi inspirasi buat dirinya untuk meniti kejayaan. Sanggup meninggalkan kerjaya jurutera dengan gaji 6 hingga 7K, anak muda ini kini mengorak langkah ke bidang fotografi.
Perkongsian Twitter AbedenMung berkisar bagaimnan beliau mengharungi cabaran dalam hidupnya. Moga jadi motivasi buat diri kita.
Korang nak tau tak sedikit sebanyak pasal my life journey? Aku tak ready nak share sbb selalunya a successful person would do and I guess I haven’t reached any real success yet in life. But progressively, I think okayla.
Pendapatan lumayan hingga 7K sebulan
Kehilangan ibu, hidup mula stres
Mak datang dalam mimpi bersemangat
Semangat kembali. Mula sayang diri
Kena baiki hidup!
Motivasi diri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini pelakon, Fizo Omar berkongsi momen bersama anak perempuannya. dalam perkongsian tersebut, Fizo mengajar anaknya menaiki basikal.
ALA NAIK BASIKAL JER! . Nampak simple je kan, gambar anak naik basikal? . Perasaan seorang bapa pg ke kedai basikal utk belikan hadiah basikal kpd anak berbeza dgn pg ke kedai kereta utk beli kereta mewah utk diri sendiri.
. Syukur Allah masih beri peluang dan nikmat rasa dan perasaan utk menggembirakan hati si buah hati.bila tgk betapa excitednya si anak dpt basikal dan trying so hard utk kayuh dgn penuh perasaan, itulah nikmat sbgai seorang ayah yg tak dpt dibeli dgn nilai wang ringgit.si anak kecil tidak tahu menilai dari segi berapakah harganya, tapi moment yg dicipta oleh kita sendiri disebalik kesibukan mengejar dunia sehingga kita terlupa inilah nikmat yg paling ultimate bila bergelar ayah. . Kadang si Ayah terlupa apa yg si anak perlukan kerana ayah terlalu sibuk dgn ‘dunia’ ayah. . “Ayah berkerja siang malam, cari makan utk anak-anak”…. ye betul, tapi adakah hanya beri ‘makan’ akn terus membahagiakan anak2? Kadang simple effort in shot moment tu memberi impak yg besar terhadap anak2. Bila dah ada anak ni membuatkan kita sbgai ayah yg juga pernah bergelar anak,lebih menghargai jasa ibu bapa kita sebelum ni. . Ayah,daddy,baba,papa,abah dan sesiapa yg bergelar bapa, appreciate this moment sbb bila ianya berlalu dan takkan mungkin dpt berpatah balik.dunia yg dikejar takkan pernah dapat,tapi kebahagian yg dicipta akan mewarnai dunia.
Dalam pada itu, aksi anaknya Maryam berbasikal mengundang perhatian ramai, termasuklah bekas isteri Fizo iaitu Mawar. Dalam komennya Mawar menyebut tentang rambut Maryam yang serabai dan meminta bekas suaminya itu merapikan sedikit.
mawar_karim Ya ampun Maryam ,punggah awat rambut jadi lagu tu 😬🙄, adoi bapa Maryam please bg kemas sikat, tak mau la berlemoih raplah jingga Nanti 🤨
Lantas dibalas oleh Fizo yang memintanya relaks.
fizoomar@mawar_karim hhahhahaha..xpe maryam dok ngn bapa keno rock sikit.hahhahahhaha.relax la mummy!
Komen Mawar tersebut mengundang perhatian warganet, masing-masing mengkui lucu dan tak kurang yang mengatakan itulah beza antara si ayah dan ibu ketika menjaga anak.
annamahmud16Skali bace ayat daddy sayu je dgr. Skli bace komen mummy terus xjadi nk sayu.
isniissa@fizoomar tulah pengalaman yang paling best bila dpt besarkan anak depan mata,mummy kata lagu ni,mai bapa pula lagu lain pula kata dia…sorang rap,sorang rock😂😂😂.realiti hidup begitulah rentaknya…masing2 ada cara yang tersendiri namun saling lengkap melengkapi untuk anak belajar erti kehidupan.😍