Kata orang waktu tengah mengandung macam-macam perkara dan makanan yang diidamkan. Ada yang mudah dan ada pula yang sukar. Tetapi mahu tidak mahu, kenalah penuhi mak buyung kan. Bimbang nanti kempunan pula.
Jika ada ibu-ibu yang tengah teringin nak makan Sangkaya tapi tidak mahu beli. Sebaliknya mahu rasa hasil air tangan sendiri tak perlu bimbang. Anda boleh cuba sendiri di rumah. Ikut sahaja resipi yang dikongsikan ini.
Resipi Sangkaya Home Made
Bahan-Bahan:
6 helai daun pandan -ambil airnya sahaja
1 biji telur
250ml susu cair
250ml air
150gm gula pasir
Ads
2 sudu makan tepung jagung
Secubit garam
Cara Memasak:
1. Kisarkan daun pandan bersama air secukupnya dan tapiskan. Ambil airnya sahaja.
2. Campurkan telur bersama gula. Kacau sebati.
Ads
3. Masukkan susu, air daun pandan, tepung jagung dan sedikit garam. Gaulkan hingga sebati.
4. Tuangkan ke dalam periuk dan masak dengan api kecil selama 20 minit. Pastikan adunan sentiasa dikacau.
5. Apabila ia menjadi pekat, tutup apinya dan sejukkan.
6. Ketika menghidang, letakkan sedikit susu cair di atasnya untuk rasa lebih umphh.
7. Roti pula pastikan ia dikukus untuk mendapatkan hasil yang lembut seperti Sangkaya.
Ads
Kongsi Tip
# Jangan Kukus Lama
Jangan kukus roti terlalu lama kerana akan membuatka roti terlalu lembik. Cukup hanya 5 hingga 10 minit sahaja dan lihat samada roti yang anda kukus lembut atau tidak.
# Kacau Sentiasa
Pastikan adunan sentiasa dikacau ketika berada di atas api. Ini bagi mendapatkan hasil adunan yang lebih sebati dan enak rasanya.
# Gunakan Api Kecil
Api perlahan membolehkan adunan dimasak dengan lebih baik. Paling penting tidak hangus dan terlalu pekat.
# Tapis Daun Pandan
Daun pandan yang dikisar pula pastikan ditapis sebanyak dua kali. Ini bagi membolehkan kesemua hampasnya tidak tertinggal malah lebih bersih.
# Warna Berlebih
Jangan letak pewarna berlebihan sebab warna hijau yang ‘kuat’ buat rasa pandannya sedikit pahit. Cukup sahaja warna hijau lembut malah rasanya lebih elok.
Foto: Viral Oh Viral
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sangka seorang suami yang rasa gembira menanti saat-saat kelahiran anak keempat bertukar menjadi kisah sedih dalam hidupnya apabila isteri kesayangan yang selamat melahirkan terpaksa pergi jua setelah bertarung nyawa 13 hari melawan Covid-19.
Norieszah Ishak meninggal dunia, Ahad lalu, tanpa sempat menatap wajah anak keempatnya yang selamat dilahirkan pada 21 Julai lalu.
Memetik laporan di myMetro, Norieszah, 31, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 2 pagi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.
Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sirih, di sini, kira-kira jam 7 malam, Isnin lalu.
Suaminya, Muhamat Azuwan Jemain, 36, berkata, pemergian Norieszah meninggalkan kesan mendalam buat dirinya apabila tidak dapat menatap dan menguruskan jenazah isterinya itu buat kali terakhir.
“Sehingga kini saya masih sukar untuk menerima hakikat isteri sudah tiada namun cuba reda dengan ketentuan Allah kerana siapa kita untuk melawan takdir.
“Tambah menyedihkan apabila hanya dapat melihat jenazahnya dikebumikan dari luar pagar tanah perkuburan kerana tidak dibenarkan turut serta walaupun saya ada kelengkapan pakaian perlindungan diri (PPE).
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana urusan arwah isteri berjalan lancar dan tidak mengambil masa lama kerana sehari selepas kematiannya kira-kira jam 4 petang, saya dipanggil membuat pengecaman mayat sebelum jenazah dibawa keluar dari hospital ke tanah perkuburan,” katanya ketika dihubungi.
Tunggu Hari
Bercerita lanjut, Muhamat Azuwan berkata, isterinya sedang sarat hamil dan hanya menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata keempat mereka.
Dia yang juga pengusaha bengkel berkata, isterinya dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan tetapi dengan tiba-tiba mengadu tidak sihat dan demam pada 19 Julai lalu.
“Mulanya saya bawa isteri ke klinik swasta tetapi doktor merujuknya ke HTAR untuk rawatan lanjut.
“Keesokan harinya, kami ke klinik rawatan ibu dan anak HTAR tetapi diminta pulang dahulu kerana katil penuh, jadi saya belikan isteri ubat di farmasi.
“Pada jam 4 pagi, 21 Julai lalu, isteri mengadu sakit perut sebelum tumpah darah, jadi saya bergegas membawanya ke hospital dan dia selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Zayyan pada jam 6 pagi secara pembedahan,” katanya.
Menurutnya, doktor ada beritahu keadaan isterinya yang kemungkinan positif Covid-19 tetapi hanya mengesahkannya lima hari kemudian pada 26 Julai lalu selepas diminta memberi penjelasan lanjut berhubung status sebenar.
Katanya, Muhammad Zayyan yang sebelum itu ditahan di wad kerana menunggu keputusan ujian saringan Covid-19 sudah dibawa pulang pada 28 Julai lalu.
“Arwah masih sedar dan kami ada berhubung termasuk menerusi panggilan video namun pada 30 Julai lalu, doktor beritahu saya ada jangkitan pada paru-paru isteri dan paras oksigennya menurun, jadi perlu jalankan prosedur intubasi untuk tidurkannya.
“Selepas dua hari, arwah kembali sedar dan sempat menghubungi saya memaklumkan mahu pulang ke rumah selepas stabil tetapi dia ditidurkan semula sebelum sedar tiga hari kemudian pada 5 Ogos lalu.
“Itu kali terakhir kami berhubung menerusi panggilan video dan dia ada beritahu tidak tahan kerana sakit, jadi saya minta arwah berehat.
“Pada 7 Ogos lalu, doktor hubungi saya maklumkan keadaan isteri sudah nazak kerana paru-paru dan buah pinggangnya semakin teruk serta mereka buat panggilan video bagi membolehkan saya bersama keluarga membacakan Yasin untuk arwah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir pagi esoknya,” katanya.
Muhamat Azuwan berkata, anak sulungnya, Ahmad Nabil, 14, yang bersekolah di pusat tahfiz faham ibunya sudah tiada.
Bagaimanapun, katanya, cabarannya adalah untuk menjelaskan perkara sebenar kepada dua lagi anaknya, Farah Aqila, 6, dan Muhamad Rayyan, 2.
“Anak terutama anak kedua dan ketiga memang ada bertanya berikutan sudah lama tidak nampak kelibat ibu mereka di rumah dan saya cuba jelaskan tetapi mereka tidak faham kerana masih kecil.
“Apa pun saya cuba jalankan amanah dan tunaikan permintaan terakhir arwah sebelum ditidurkan kali kedua untuk menjaga anak dengan baik.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan arwah,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Sejak kebelakangan ni banyak isu memperkatakan wanita mengalami kemurungan. Paling menakutkan ia boleh menjadi pencetus kepada tindakan untuk mencederakan diri atau orang lain termasuk anak sendiri! Malah ada bunuh diri!!
Dalam fikiran suami, nampak simple aje bila isteri mengadu penat, sedangkan boleh berehat aje dan bertenang.
Namun, yang biasa-biasa inilah akan jadi parah bila isteri memendam rasa. Tak luahkan.
Sebagaimana yang dinyatakan melalui perkongsian oleh puan Norzi Malek seorang Terapi menjelaskan bagaimana situasi kemurungan, tekanan seorang wanita yang di biarkan tanpa prihatin dari suami. Malah perkongsianya telah mendapat share lebih 3K. Jelas membayangkan kerisauan diri dikalangan kita.
ISTERI MENGADU RASA STRESS
”Saya rasa lost la abang. Rasa stress, rasa kosong sejak duduk rumah jaga anak ni. Saya rasa serabut hidup saya. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Serabutlah”. Luah Alia pada suaminya.
Amir pandang lama-lama isteri yang dinikahi sejak 5 tahun yang lalu. Terbit rasa sesal dalam dada.
”Sayang, sayang kena dekatkan diri pada Tuhan. Banyakkan mengaji, berzikir. Sayang jadi macam ni sebab sayang tak buat amal ibadat banyak. Jauh dari Tuhan.
Buat banyak sikit amalan. Jangan asyik belek handphone saja siang hari”.
Dan perbualan mati di situ.
SUAMI ANGGAP BIASA AJE, BERI NASIHAT
Alia rasa nak menjerit apabila mendengar suaminya nasihat benda yang sama berulang kali setiap kali Alia luahkan gelodak di jiwa yang Alia sendiri tidak mampu uruskan.
Sejak Alia berhenti kerja menjaga anak-anak di rumah, putaran hidup Alia berubah sama sekali.
Matlamat Alia berhenti kerja cuma satu. Nak menjaga anak-anak di depan mata. Nak anak-anak membesar mengikut acuan yang Alia sendiri tetapkan.
Alia mula berbisnes online untuk mencari side income. Selama Alia bekerja sebelum ini, Alia tidak pernah tiada duit. Semua kehendak dan keinginan Alia, akan diusahakan sendiri. Itulah kepuasan hidup Alia.
Namun, berbisnes tidak semudah yang disangka. Ada pasang surut. Tidak semuanya indah. Ada ketika umpan mengena, ada ketika langsung tiada.
Alia mula merasakan dirinya tidak berguna apabila tiada duit. Setiap kali berkeinginan sesuatu, Alia perlu melalui suaminya untuk pelepasan duit.
MULA RASA SUNYI
Apabila ada perjumpaan keluarga, saudara mula bertanya aktiviti Alia sejak berhenti kerja. Dari sebesar-besar soalan hingga ke soalan sensitif, Alia banyak terasa.
Alia dapat rasakan saudara mara mula memandang rendah padanya dan dia tiada nilai dalam keluarga itu disebabkan statusnya hanya suri rumah.
Kalau dahulunya Alia banyak berkomunikasi dengan rakan-rakan sekerja, sekarang dunia Alia hanya anak-anak. Alia rasa sunyi. Kosong. Tiada kawan.
Apabila suaminya balik dari kerja, Alia berharap suaminya menjadi rakan baik yang akan berkongsi apa sahaja cerita tentang dunia luar. Akan mendengar keluh kesah Alia dalam menjaga anak-anak yamg semakin lasak.
Tapi ada ketikanya, hanya sepatah sepatah yang diterima daripada suaminya. Bergantung pada mood suami. Kalau suaminya penat bekerja, pendeklah ayat berbicara.
BERUBAH SIKAP
Alia mula berubah. Dia semakin garang pada anak-anak. Terjerit-jerit setiap kali bercakap dengan anak.
Penampilan Alia juga berubah. Alia dah tak peduli tentang penampilan dirinya. Dia dah tidak kira mandi atau tidak. Dia mula termenung dan bercakap seorang diri untuk menaikkan semangatnya supaya sentiasa positif.
Rutin tidur Alia juga berubah. Malam-malam Alia sukar tidur, namun apabila siang hari Alia mampu tidur dari pagi hingga ke penghujung senja.
SUAMI ANGGAP BIASA AJE BILA ISTERI MEMGADU PENAT
Perkara ini berlaku selama berbulan-bulan sehinggalah suatu ketika, Amir mendapat panggilan daripada ayah mertuanya.
‘Amir, kau tolong bawak Alia jumpa doktor. Ayah tengok makin pelik Alia ni sejak dua menjak ni’
Amir meyakinkan ayah mertuanya yang Alia masih ok dan hanya penat uruskan anak-anak dan hal rumahtangga.
Balik rumah, Amir nasihatkan lagi Alia. Dekatkan diri pada Tuhan. Minta berzikir selalu. Amir juga bawak balik air penawar yang ustaz bacakan untuk ketenangan hati Alia.
” Sayang, dekatkan diri pada Tuhan. Sayang stress sebab sayang jauh dari Tuhan”.
‘BISIKAN SUARA’
Alia diam.
Pagi yang hening, Alia bercakap lagi seorang diri. Untuk menaikkan semangat dia. Dia rasa kosong. Tiada siapa faham apa yang dia rasakan.
Tiba-tiba dia terdengar suara berbisik,”cuba lompat dari tingkap ini. Semua masalah akan selesai”.
Alia menuju ke tingkap apartment rumahnya yang berada di tingkat 9. Lalu dia pon melompat terjun kerana dia mendengar nasihat hanya dengan melompat dari situ, semua masalahnya akan selesai.
TEKANAN BUKAN PETANDA JAUH DARI TUHAN
Nota kaki : Depression adalah penyakit yang perlu dirawat. Depression bukan petanda seseorang itu jauh dari TuhanNya.
Depression bukan hanya berlaku pada suri rumah, depression boleh berlaku dimana-mana dan pada sesiapa sahaja. Malahan pelajar, fakir miskin, artis dan jutawan juga boleh mendapat depression.
Mempunyai Coping skill yang baik akan membantu anda mengawal depression dari menjadi semakin buruk.
Ketahui tahap depression anda serta dapatkan rawatan therapy dan bagaimana untuk mengawalnya.
Depression tidak mengenal usia, jantina, bangsa dan agama.
“Are you ok today?”
Perkongsian dari pakar terapi ini adalah sebuah kisah benar melalui hastagenya #DepressionIsReal dan #KisahBenar.
Moga kita muhasabah dan banyakkan komunikasi dengan suami. Jangan memendam rasa. Masa dah suntuk jika kita biarkan bisikan itu menguasai diri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
60,000 Saksi Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman
Datuk Seri Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara ini merupakan satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.
Semalam 28/9/2023), Datuk Seri Siti Nurhaliza memukau hampir 60,000 orang penonton ketika menyanyikan lagu klasik Tamil di konsert A. R Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kalau suara dah sedap, nyanyi lagu apa pun sedap. Begitulah penyanyi tersohor negara yang dipuji ramai apabila menyampaikan lagu klasik Tamil berjudul Munbe Vaa secara berduet bersama A.R Rahman sebagai legenda muzik India.
Lebih mengejutkan, rata-rata audiens memberikan tepukan berdiri (standing ovation) usai menyanyikan lagu ciptaan pemuzik legenda A. R Rahman itu. Hebat!
Muat naik terkini penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram dan Pengurus peribadi, Rozi Abdul Razak atau dikenali dengan gelaran Rozi Sangdewi di TikTok menarik perhatian ramai peminat aktres ini di media sosialnya.
Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan isi hatinya mengenai konsert berkenaan. Katanya walaupun perasaan berdebar namun akhirnya bersyukur apabila dapat melakukan nyanyian lagu klasik Tamil dengan baik.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Saya nervous juga tu..tapi happpyyyyyyy sangat!!”
“Alhamdulillah. Start First Dah Betul Note Tu, Semua Ok.”
“Seronok Tengok Penonton Bangun,”
Untuk makluman, menurut sumber Harian Metro, persembahan mega anjuran DMY Creation Sdn. Bhd. yang turut menampilkan ramai bintang handalan industri muzik India lain itu menjadi konsert berlangsung di tanah air dengan jumlah penonton terbesar di stadium ikonik tersebut pasca pandemik Covid-19 setakat ini.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.