Siapa sangka seorang suami yang rasa gembira menanti saat-saat kelahiran anak keempat bertukar menjadi kisah sedih dalam hidupnya apabila isteri kesayangan yang selamat melahirkan terpaksa pergi jua setelah bertarung nyawa 13 hari melawan Covid-19.
Norieszah Ishak meninggal dunia, Ahad lalu, tanpa sempat menatap wajah anak keempatnya yang selamat dilahirkan pada 21 Julai lalu.
Memetik laporan di myMetro, Norieszah, 31, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 2 pagi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.
Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sirih, di sini, kira-kira jam 7 malam, Isnin lalu.
Suaminya, Muhamat Azuwan Jemain, 36, berkata, pemergian Norieszah meninggalkan kesan mendalam buat dirinya apabila tidak dapat menatap dan menguruskan jenazah isterinya itu buat kali terakhir.
“Sehingga kini saya masih sukar untuk menerima hakikat isteri sudah tiada namun cuba reda dengan ketentuan Allah kerana siapa kita untuk melawan takdir.
“Tambah menyedihkan apabila hanya dapat melihat jenazahnya dikebumikan dari luar pagar tanah perkuburan kerana tidak dibenarkan turut serta walaupun saya ada kelengkapan pakaian perlindungan diri (PPE).
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana urusan arwah isteri berjalan lancar dan tidak mengambil masa lama kerana sehari selepas kematiannya kira-kira jam 4 petang, saya dipanggil membuat pengecaman mayat sebelum jenazah dibawa keluar dari hospital ke tanah perkuburan,” katanya ketika dihubungi.
Tunggu Hari
Bercerita lanjut, Muhamat Azuwan berkata, isterinya sedang sarat hamil dan hanya menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata keempat mereka.
Dia yang juga pengusaha bengkel berkata, isterinya dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan tetapi dengan tiba-tiba mengadu tidak sihat dan demam pada 19 Julai lalu.
“Mulanya saya bawa isteri ke klinik swasta tetapi doktor merujuknya ke HTAR untuk rawatan lanjut.
Ads
“Keesokan harinya, kami ke klinik rawatan ibu dan anak HTAR tetapi diminta pulang dahulu kerana katil penuh, jadi saya belikan isteri ubat di farmasi.
“Pada jam 4 pagi, 21 Julai lalu, isteri mengadu sakit perut sebelum tumpah darah, jadi saya bergegas membawanya ke hospital dan dia selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Zayyan pada jam 6 pagi secara pembedahan,” katanya.
Menurutnya, doktor ada beritahu keadaan isterinya yang kemungkinan positif Covid-19 tetapi hanya mengesahkannya lima hari kemudian pada 26 Julai lalu selepas diminta memberi penjelasan lanjut berhubung status sebenar.
Katanya, Muhammad Zayyan yang sebelum itu ditahan di wad kerana menunggu keputusan ujian saringan Covid-19 sudah dibawa pulang pada 28 Julai lalu.
“Arwah masih sedar dan kami ada berhubung termasuk menerusi panggilan video namun pada 30 Julai lalu, doktor beritahu saya ada jangkitan pada paru-paru isteri dan paras oksigennya menurun, jadi perlu jalankan prosedur intubasi untuk tidurkannya.
“Selepas dua hari, arwah kembali sedar dan sempat menghubungi saya memaklumkan mahu pulang ke rumah selepas stabil tetapi dia ditidurkan semula sebelum sedar tiga hari kemudian pada 5 Ogos lalu.
“Itu kali terakhir kami berhubung menerusi panggilan video dan dia ada beritahu tidak tahan kerana sakit, jadi saya minta arwah berehat.
Ads
“Pada 7 Ogos lalu, doktor hubungi saya maklumkan keadaan isteri sudah nazak kerana paru-paru dan buah pinggangnya semakin teruk serta mereka buat panggilan video bagi membolehkan saya bersama keluarga membacakan Yasin untuk arwah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir pagi esoknya,” katanya.
Muhamat Azuwan berkata, anak sulungnya, Ahmad Nabil, 14, yang bersekolah di pusat tahfiz faham ibunya sudah tiada.
Bagaimanapun, katanya, cabarannya adalah untuk menjelaskan perkara sebenar kepada dua lagi anaknya, Farah Aqila, 6, dan Muhamad Rayyan, 2.
“Anak terutama anak kedua dan ketiga memang ada bertanya berikutan sudah lama tidak nampak kelibat ibu mereka di rumah dan saya cuba jelaskan tetapi mereka tidak faham kerana masih kecil.
“Apa pun saya cuba jalankan amanah dan tunaikan permintaan terakhir arwah sebelum ditidurkan kali kedua untuk menjaga anak dengan baik.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan arwah,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Sotong Goreng Celup Tepung antara menu yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Rasanya yang rangup, enak dan isinya yang lembut membuatkan anak-anak makan tak cukup tangan.
Tapi nak dapat sotong yang bersalut dengan tepung memang agak susah, Kadang-kadang tak menjadi, tepung relai tidak mahu melekat pada sotong. Itu yang membuatkan ibu-ibu kecewa dengan hasilnya kan.
Admin kongsikan cara wanita ini menggoreng sotong celup tepung yang sedap dan cantik kejadiannya. Resipi ini dimuat naik oleh puan Meens Yusoff menerusi laman facebooknya. Selamat mencuba!
Sebelum ni peluh tiyok dok dapur buat benda ni aje mkn berejam.. Dah tau cara, bila anak minta, layan kan aje.. Nah sy bagi tips mudah buat sotong celup tepung cara saya🤭#8k+
Cara membuat:
Potong sotong guna gunting pun boleh.Perap sotong dengan tepung bestari dengan air duluSelepas 10 minit, masukkan telur sebiji.Sediakan bancuhan tepung kering iaitu tepung bestari dan tepung beras sikit sahaja.Pindahkan ke tepung kering.Tutup bekas dan goncang-goncang ia supaya sekata.Ini hasil selepas digoncang.Goreng dalam minyak yang panas.Siap.
Johan Qariah Antarabangsa Farhatul Fairuzah Genggam Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah, Raih CGPA 3.90. Johan Qariah Majlis Tilawah al-Quran dan Hafazan peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut, dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Johan Qariah Antarabangsa Farhatul Fairuzah Genggam Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah
Nor Farhatul menamatkan pengajian Sarjana Muda itu dengan memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.90. Memulakan pengajian di UKM pada 2020 selepas tamat tingkatan enam dalam bidang syariah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan, Nor Farhatul sebelum ini pernah menjadi pengacara dalam program Gema Haflah terbitan TV AlHijrah.
Raih CGPA 3.90
Berikut perkongsian Nor Farhatul di laman Instagramnya;
Terima kasih ya Rabb.. Terima kasih mak dan keluarga, semua guru-guru, lecturer Farha yang sangat Farha sanjungi. Kawan-kawab yang sangat Farha sayangi. Banyak memberi support system sepanjang Farha menempuh pembelajaran di Uni.. doakan Farha untuk masa mendatang.
Setiap perjalanan pasti ada cabarannya.. yang penting yakin pada Allahh kita mampu laluiNya.
Sebagaimana firman Allah SWT: لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. [Al-Baqarah:286] Sungguh, ujian itu diberikan pada yang mampu.
Perkongsian Nor Farhatul mendapat respon di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen rakan selebriti dan warga maya:
Dalam satu hantaran yang lain pula, Nor Farhatul turut memberi penghargaan kepada keluarga dan kawan-kawannya yang telah banyak memberi sokongan kepada dirinya.
My soul.Terima kasih keluarga dan kawan-kawan. Tulang belakang saya selama ini.
Tidak hanya cemerlang akademik, juara Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan untuk empat tahun berturut-turut (2014 hingga 2017) itu baru-baru ini menerima tauliah mengajar sekali gus menjadikan beliau pendakwah dan penceramah pada usia 24 tahun!
Nampak segar dan sihat tanaman kubis walaupun di depan rumah sendiri. Malah, bentuknya seakan bunga itu mencantikkan lagi laman rumah anda.
Jadi, kalau yang rajin tu bolehlah cuba tanam sendiri, cara mudah dan bila dapat kutip hasil memang puas hati.
Jom belajar melalui perkongsian puan Siti Bazla Kamilah. Dia mula tanam kubis bulat sewaktu PKP 3.0 dan kini sudah mendapat hasilnya.
Ramai yang saya tengok mula tanam kobis bulat. Saya baru je tuai hasil kobis sy. Mula tanam masa PKP 3. Kalau kira² adalah dalam 3 bulan saya tanam. Kobis tak leceh pun nak jaga, cuma kena sabar untuk tunggu hasil. Kalau nak puas hati, tanam banyak². Boleh kutip hasil banyak.
Sy guna baja subur dari Prof Nasnan beli di shopee. Gandingkan dengan baja ajinamoto homemade. Sekali sekala sy sembur racun organic. Sekarang ada 4 pokok sy baru try bagi MOL Ikan.
Kobis sy ni pernah layu terkulai macam nak mati. Tapi, dapat survive dengan pemberian air dan baja serta tambahan media tanam.
Media tanam sy guna tanah 6 in 1 Laman Raja.
Kawasan kobis pula, sy letak kawasan panas 16jam. Tak ada masalah ulat atau serangga. Semoga kawan² lain dapat juga tuai hasilnya nanti. Walaupun tak besar, tapi feel makan sayur tanam sendiri ni lain.
“Pengebumian enam beranak tragedi Sungai Korok paling penyayat Hati"- Setiausaha Masjid kongsi detik sayu. Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan Islam Masjid At-Taqwa apabila enam sekeluarga yang ditemukan lemas dalam kereta di Sungai Korok dikebumikan serentak dalam satu liang lahad, baru-baru ini.