Ibu Ni Buat Kek Ikut Resipi Dari Buku Teks Anak Darjah 2. Bahan Simple Je Tapi Gebu-Gebas Hasilnya!

Share

Ada di antara ibu yang kreatif sehingga mempraktikkan resipi yang ditulis di dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun Dua. Paling seronok, resipi tersebut menjadi dengan jayany.

Inilah yang dikongsikan oleh puan  Mieyzah Razak menerusi Group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN), resipi kek mentega istimewa yang dicuba mengikut buku anaknya itu menjadi dengan ‘gebu’ sehingga menarik perhatian ramai warganet. Ada yang pernah mencuba, tak kurang yang berkongsi tip berkenaan kek tersebut.

kejadian hari ni..ambik resepi dalam buku teks ank darjah 2..Jadi lah kek..

Nak resepi tengok pada buku tu yee..
Corak atas saya reka je. Gebu gebas u all

Bahan-bahan:
4 biji telur
150 gm gula
230 gm mentega
200 gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanila

Cara membuat:
Ayak tepung ke dalam bekas.
Pukul mentega dan gula hingga kembang.


Masukkan telur dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kemudian, kacau adunan sehingga sebati.
Masukkan esen vanila
Panaskan ketuhar pada suhu 170’c
Sapukan minyak pada loyang dan tuangkan adunan.
Bakar adunan selama 45 minit.

Gebu gebas u allll

 

 

IKLAN