Ada di antara ibu yang kreatif sehingga mempraktikkan resipi yang ditulis di dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun Dua. Paling seronok, resipi tersebut menjadi dengan jayany.
Inilah yang dikongsikan oleh puan Mieyzah Razak menerusi Group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN), resipi kek mentega istimewa yang dicuba mengikut buku anaknya itu menjadi dengan ‘gebu’ sehingga menarik perhatian ramai warganet. Ada yang pernah mencuba, tak kurang yang berkongsi tip berkenaan kek tersebut.
kejadian hari ni..ambik resepi dalam buku teks ank darjah 2..Jadi lah kek..
Cara membuat:
Ayak tepung ke dalam bekas.
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telur dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kemudian, kacau adunan sehingga sebati.
Masukkan esen vanila
Panaskan ketuhar pada suhu 170’c
Sapukan minyak pada loyang dan tuangkan adunan.
Bakar adunan selama 45 minit.
Cuti-cuti ni boleh lah cuba masakan baru untuk keluarga. Salah satunya boleh cuba resipi yang popular di kalangan orang pantai timur.
Resipi Laksam yang mudah dibuat ini hanya menggunakan sukatan cawan ajer. Kuah pun pekat. Tentu anak—anak dan suami suka. Boleh cuba resipi ni yang dikongsi oleh Wan Muhammad Hafiz Satar.
Ikuti perkongsian ini.
Bahan bahan:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sudu kecil garam
Cara cara:
Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk memudahkan di tuang ke dalam bekas.
Panaskan pengukus sehingga mendidih. Letakkan tudung periuk atau apa apa bekas yang leper ke dalam pengukus dan sapukan minyak.
Kacau supaya adunan tidak mendap dan tuangkan setengah dari tudung periuk dan tutup tudung pengukus dalam 5-10 minit sehingga adunan menjadi menggelembung.
Angkat dan dengan menggunakan pisau atau garpu, balik sambil digulung gulung dengan menolak perlahan lahan ke tepi.
Terus menggulung dan menolak sehingga ke penghujung tudung periuk dan terus golekkan ke dalam bekas supaya kita tidak menyentuh dengan tangan.
Sapu minyak pada bekas tadi dengan tak perlu dibasuh. Masukkan ke dalam pengukus dan ulang proses yang sama sehingga selesai.
Bahan Kuah
1 kg ikan – rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)
Dikisar
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 btg serai – ketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 keping asam keping
Garam
Gula secukup rasa.
Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula.
Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.
Ulam
Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis
Mendirikan rumah tangga dalam usia yang cukup muda, namun pelakon berdarah kacukan Siam ini cukup bijak membawa diri sebagai isteri dan juga menantu.
Menggalas tanggung jawab sebagai isteri, menantu dan ibu tiri, akui Mawar Rashid, isteri kesayangan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob ini, kehidupannya cukup membahagiakan dan sangat bersyukur serta berterima kasih kepada suami dan familinya.
“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apa pun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang. Dalam usia 23 tahun saya sudah menggalas tanggung jawab sebagai isteri dan juga ibu tiri.
“Bila dah ada anak kehidupan suami isteri sudah berbeza. Sebab itu saya seboleh mungkin tak nak ‘miss’ momen anak, Raden Muhammad Rafael membesar. Kebetulan anak kami masih kecil jadi tak semua tawaran berlakon saya terima. Walaupun ini kerjaya yang saya minat, namun keluarga adalah keutamaan.
“Saya memang suka dengan keluarga besar jadi apabila suami cakap dia nak tiga lagi anak dengan saya, memang tak ada masalah sebab saya sendiri datang dari keluarga yang besar. Walaupun ramai tapi hubungan kami sangat rapat. Itulah yang ingin saya praktikkan dalam rumah tangga kami. Kalau sebelum ini saya dan suami, Raf Yaakob cadang nak tambah ahli keluarga lepas anak dah lebih 3 tahun, tapi sekarang kami dah tak mahu rancang. Jika ada rezeki kami terima,” ulas Mawar lagi.
Bukan mudah bergelar ‘ibu segera’ pada anak-anak, Rayyan dan Raysaa yang dah besar sebab tanggung jawab cukup berat. Bila anak buat salah, Mawar akui akan tegur dengan berhemah.
“Suami banyak main peranan dalam membantu mendidik saya dan anak-anak. Alhamdulillah, keluarga kecil kami sangat bahagia. Walaupun dulu saya meletakkan sasaran mendirikan rumah tangga di kala usia 28 tahun, tetapi saya tidak menyesal. Sebaliknya saya bertuah kerana mendapat suami yang penyayang dan bertanggung jawab.
“Memang saya akui agak takut dan gementar untuk menggalas tanggung jawab besar ini, tetapi suami dan ahli keluarga lain banyak beri sokongan. Tak timbul soal tak boleh enjoy sebaliknya saya rasa bertuah kerana sejak dulu saya sangat mementingkan keluarga. Malah bagi saya keluarga itu membahagiakan saya,” ujar Mawar lagi yang mengakui menjadi seorang ibu kena ada sifat sabar yang tinggi dan tidak pilih kasih antara anak-anak.
Kemesraan bukan dibuat-buat
Melihatkan kemesraan pasangan ini di media sosial, ramai yang memuji tak kurang ada mulut nakal yang mengatakan itu sekadar kemesraan yang dibuat-buat. Namun, bagi empunya diri, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid tidak suka mengambil peduli akan kata-kata orang.
“Saya tidak kisah dicemuh dan dikutuk warganet kerana saya dan suami diajar hidup berkasih sayang oleh keluarga masing-masing, sejak kecil lagi. Acuan kehidupan kami sama. Sebab itu antara saya dan Raf cepat serasi. Selepas kenal enam bulan, kami mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.
“Kalau warganet mahu mengata saya dan Raf suka menunjuk-nunjuk, itu terserah. Ia sama sekali tidak menyekat saya untuk terus memuat naik gambar atau video di laman sosial. Bagi saya, laman Instagram (IG) adalah diari kehidupan yang boleh dijadikan kenangan dan tatapan anak cucu pada masa depan,” ujar pelakon Tq Captain ini lagi.
Bakal keluar produk kosmetik
Mengulas lanjut mengenai kerjaya masing-masing, Ujar Mawar mereka kini dalam proses untuk mengeluarkan produk kosmetik sendiri.
“Walaupun sibuk dengan berlakon dan juga keluarga, namun saya mahu cuba benda baru. Jadi, saya memilih untuk membuka bisnes dan perancangan ini adalah bersama dengan ahli keluarga. Soal aktif berlakon taka da masalah kerana itu memang minat saya sejak dahulu lagi. Memang saya akan teruskan walaupun sudah ada bisnes kelak.
“Mungkin keluarga yang akan uruskan manakala saya lebih fokus soal pemasaran produk ini kelak Tetapi tak bermakna saya buat sambil lewa kerana dalam menjayakan sesuatu kita kena fokus dan ada usaha ke arah itu. Sebab itulah saya sanggup masuk kelas belajar tentang ilmu bisnes kerana selain mahu menjadi pelakon versetail, saya juga mahu tampil sebagai seorang usahawa yang berjaya,” jelas Mawar lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kesedapan rasa karipap bukan sahaja dipengaruhi oleh enaknya rasa intinya malah menghasilkan kulit karipap yang rangup dengan menggunakan resipi yang betul juga akan menjadikan karipap yang dimakan bertambah sedap dan enak.
Pun begitu untuk mendapatkan kulit karipap yang rangup seperti yang kita inginkan, agak sukar sedikit melainkan kita telah dapat resipi yang tepat untuk hasilkannya.
Jadi buat yang baru ingin mencuba untuk membuat karipap dan mahukan kulit karipap yang kekal rangup walaupun setelah lama digoreng, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Azzura Ismail ini yang juga merupakan peniaga kuih karipap.
Jadi jom lihat cara dan resipi yang dikongsikan olehnya itu.
“Ikhlas kabo, kalau kulit karipap tekstur dia dok gini. Dok lembut,dok rangup sampai petang.
“Pada sayalah, pada orang lain mungkin berbeza. Saya dok pukul rata neh.Terpulanglah pada selera masing-masing.Tapi ini cara saya, teknik saya dan rezeki saya.
“Harap paham seleng Teganun saya. Alhamdulillah pengalaman lebih 5 tahun mencari rezeki dalam jual karipap homemade.
Resepi Doh Karipap
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
200 gm Planta
½ cawan minyak masak
2 cawan air sejuk ditambah bersama 3 sudu teh garam
1 sudu air kapur
Cara buat doh karipap
1.Panaskan planta dan minyak masak sampai betul-betul panas.
2.Kemudian terus tuangkan dalam gandum tadi.
3.Gaul rata semua.
4.Air kapur tuang satu sudu dalam tepung tadi.
5.Air 2 cawan dan garam kacau sampai hancur garam.
6.Tuang perlahan- lahan dalam gandum tadi sampai boleh uli jadi doh. Jangan tuang semua sampai boleh canai jadi bulat.
7.Siap
Ektra info :
Saya leperkan guna kayu, lepastu masuk mesen karipap gelek takat no 6. ( Makin nipis,makin rangup makin sedap ye?
Hati-hati ye masa nak angkat goreng karipap ni sensitif lembut sangat-sangat.. tangan mesti betul-betul kering. Goreng separuh masak dan jangan terus simpan mentah macamni ye..tak cantik nanti.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.