Sebut sahaja kek coklat siapa yang tidak teruja untuk menikmatinya bukan? Apatah lagi bila ada yang berkongsi gambar kek coklat di media sosial hasil daripada air tangan sendiri, tentu sahaja bukan kecur air liur dibuatnya malah ada yang teruja untuk turut menyediakan menu tersebut.
Ini seperti resipi yang dikongsikan oleh Abby Razy iaitu Kek Coklat Ganache Cair Di Mulut. Memang nampak menyelerakan sungguh!
Resepi kek coklat moist simple dan ganache
Bahan-bahan:
Cawan (cawan minum kopi biasa)
Sudu kecil (sudu kfc)
Ayak
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam halus
bahan mix kembang gebu
5 biji telur
1sb ovalate
1 cawan gula
1sk emolco coklat / emolco coffee
dah kembang masukkan
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
matikan mixer
masukkan perlahan-lahan campuran tepung tadi kacau sebati. Kemudian tuang air 1/2 cawan panas sedikit demi sedikit sambil kacau.
Kemudian panaskan kukusan.
Guna loyang 8×8 atau 9×9 lapik baking paper. Tutup permukaan loyang dengan wraping plastik.
Kukus 40 hingga 45 minit dengan api besar. Siap tebalik kan atas board ye.
Ganache cair dimulut
300 g coklat beryls potong-potong(dark @ milk)
1 cawan whipping dairy
2sb butter
Satukan semua masukkan dalam pengukus dan tutup permukaan dengan plastik
Biar 10 minit dan keluakan whisk je siap
biarkan 1 hngga 2 jam.
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club