Biasanya kita akan makan pisang mentah atau yang digoreng. Malah pisang adalah kegemaran ramai termasuk kanak-kanak. Menariknya perkongsian kali ini, apabila kulit pisang dijadikan sebagai agar-agar koktail. Jika anak-anak lihat mesti mereka teruja.
Ikuti perkongsian oleh puan AJ Idris memang menarik dan kreatif.
Cubaan pisang untuk menyamar jadi agar-agar koktail. Ramai pulak yang nak tahu cara buat. Senang je, tak pakai acuan apa pun. Kalau pakai acuan takkan la lekat serat-serat pisang kat jelly tu ye dak?
Pisang, pastikan yang kulitnya tebal dan keras. Saya tak tau ni pisang apa, kulitnya hijau dan tebal. Dah masak dah ni.Pastikan dia ada muncung dolphin ni.Potong kulit kat bahagian tu. Hati-hati jangan sampai terputus.Macam ni. Toreh kulit di bahagian ni je.Pelawalah isi pisang tu keluar dengan sopan. Hati-hati kat sini supaya bahagian hadapan kulit yang ditoreh tadi tak tertanggal semua.Bahagian hujung picit macam ni.Elok je kan.Isi mix berries dan tuangkan jeli jernih.Tutup balik dengan kulit tadi. Ikat riben-riben gini ha supaya tak tertumpah. Simpan dalam fridge sampai jelly keras.Tara kuchaaaa. Siap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Enaknya menikmati aiskrim lagi lagi waktu cuaca panas kan. Anak-anak yang paling teruja kan. Kalau dulu perisa biasa seperti asam masin, milo dan sebagainya, tetapi sekarang pelbagai perisa boleh dicuba, janji kreatif kan ibu-ibu.
Jom cuba aiskrim Milo homemade ni yang dikongsikan oleh puan Ummu Hanini. Selamat mencuba!
Aiskrim milo homemade..rasanya sebijik sama dgn aiskrim milo yg jual kat kedai tu..menjadi jugak Resepi aiskrim milo :
1 tin susu cair
1 sb ovalette
2 sb susu pekat manis ( kalau rasa kurang manis boleh tmbah smpi scukup rasa)
1 sk esen vanila
Milo secukupnya ( xkesah nak letak banyak mana, kalo xde milo guna koko pon bole)
Kalau tak suka milo bole je tukar perisa lain cm stoberi, jagung, keladi or pape je..hehe Cara membuat:
Campurkan semua bahan2 kat atas tu kemudian pukul guna mixer or blend je smpai sebati n gebu, pastu boleh la tuang dlm bekas n sejukkan semalaman.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mencuba rasa minuman susu yang menyegarkan ini pastinya menambat selera anak-anak. Apatah lagi gabungan bersama bahan seperti gula melaka memberi rasa yang cukup istimewa.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita cuba sediakan menu ini.
Bahan-bahan :
*5 biji Gula melaka
*1/2cawan Gula pasir
Butter
Susu pekat
Susu Full Cream
add on: cincau, biji selasih, black pearl etc
Air susu viralMlm2 minum air susu karamel homemadesedap sgt..1kotak susu blh minum 1keluarga kami.. Susu karamel cincau jer.. Nak tambah black pearl pon blh 🥰
Karamel 1
Masak yang bertanda * degan 1 cawan air. Masak sampai pekat. Sejukkan
Karamel 2
(Sebagai penambah. Letak di dalam keliling gelas)
10 sudu besar gula
5sudu besar susu pekat
2sudu kecil butter
1/2cawan air
Cara penyediaan:
P/s : Kalau nampak pekat sangat tambah air panas sikit-sikit
AMBIL GELAS LETAK KARAMEL 2 letakkan dalam keliling gelas.. letak ais batu penuh gelas, masukkan karamel 1 anggaran 5 sudu besar. Dan last letak air susu penuh krim.
Lepas tu nak tambah cincau @ boba ke boleh jer.. Klu saya suka letak whipp
Sumber : Bai Zura via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mencari keunikan dalam melayan tetamu dan semestinya juga dalam masa yang sama tuan rumah ingin berjimat. Jadi ada baiknya menyediakan hidangan kek yang ringkas ini.
Apa yang lebih menarik, ianya dimasak di dalam bekas yang bersaiz kecil. Jadi mudahlah setiap tuan rumah menghidangkannya kepada tetamu yang datang. Terbaik idea ini dan bolehlah dicuba.
KEK MOIST COKLAT BAJET
Lama tak up resipi, kes demam haritu tak up up resipi tuk follower dan frens Hus.
Hari ini nak share resipi kek moist bajet sikit. Takpe kan. Hehe. Mesti korang gigih buat nanti.
Jom tengok bahan bahan dia,Hus guna gelas IKEA warna warni tuu, senang nak bajet gram dia, dan satu gelas tu 250 gram.
Kek moist ni kurang manis ye, sebab Hus tak boleh makan kalau tersangat la manis, so dah kurangkan gula dan susu tu k.
Tepung gandum mix tepung kek 250g
Telur gred A 2 biji
Serbuk koko 200 gram, guna gelas tu sikit je lagi nak penuh,
Susu cair 1gelas
Susu pekat separuh
Minyak 1gelas
Gula 1gelas
Esen vanila sudu kecik jer
Serbuk penaik sesudu kecik je
Sida bikarbonat sesudu kecik je
Ok, cara cara dia korang buat camni,
1. Mix gula dan telur sampai kembang, pastu letak tepung sikit sikit yer.
2. Dah sebati tu, leh la letak serbuk koko, kacau guna spatula k, jangan mix, nanti bertaburan la debu debu si koko tu.
3.Then baru masukkan yang lain lain, susu cair, susu pekat, esen, soda, serbuk penaik. Mix sampai la takde ketul ketul.
4. Lagi lama mix, lagi gebu kek. Dah siap semua, letak dalam bekas. Ikut korang la ye nak letak dalam bekas camne, asal boleh kukus.
5. Hus letak siap siap bekas kecik, senang nak makan, habiskan satu satu. Hehe. Kukus je sampai masak. Dalam 40 minit camtu.
6. Then kita buat la dia punya topping, topping ni boleh jeel buat manis sikit atau taknak manis pom takpe, ikut korang jugak.
Bahan topping ni Hus guna 3 ni je. Bajet kan, haha
Coklat bar, ikut laa jenama apa, yang mahal coklat ni, lagu best, orang la kata. Hehe
Susu cair lebih dari yang kek tadi, separuh cawan ikea.Minyak atau buttercup, pilihan k.
Yang nii Hus masukkan dalam oven, panaskan kejap je dah cair, hehe, tak perlu water boiled tu, apetah orang panggil.
So, dah siap kek kita, kita tuang je topping atas tu dan letakla ape ape korang suka sebagai hiasan, tak letak pom takpe.
Hus suka makan terus, fuhhhh, sehari 3 bekas tu Hus je makan. Haha. Pagi petang malam, sedap giler. Tak puas makan, anak anak makan 3 4 sudu je g main dan datang balik, kek habis da.
Nota kaki : Pastikan masa kukus jangan buka tutup tudung pengukus, dan api sentiasa sama, nak elak dari kek bantat, bahasa orang luar Hus tak tahu ape dia, maksudnya untuk taknak kek tak naik, gitu laa lebih kurang.
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.