Cinta tidak mengenal usia dan sesiapa pun layak untuk memilikinya. Penyanyi otai era 70an, Salamiah Hassan yang juga ibu kepada penyanyi Atilia baru-baru ini kembali bergelar isteri pada usia 71 tahun selepas melangsungkan pernikahan dengan lelaki Inggeris yang dikenali sebagai Gerald Hughes yang berasal dari Australia.
“Kita menerima saudara baru pagi ini, Gerald Hughes Alhamdulilah! And my mother, love of our lives found her happiness too. Couldn’t be there with u today mama but so happy we managed to join in online. Cant wait to hug u both! Yay we are famiglia now! Alhamdulilah. Im so happy eeeeeeep!
“Mama & Gerry Sept 1st 2022 – Jannah!” demikianlah tulis penyanyi Atilia Haron yang meluahkan rasa syukur apabila ibunya yang juga penyanyi, Salamiah Hassan selamat bergelar isteri semula pada usia 71 tahun selepas melangsungkan pernikahan dengan jejaka Inggeris dikenali sebagai Gerald Hughes yang berasal dari Australia.
Atilia yang berkongsi berita gembira tersebut itu memuat naik sebuah video di mana dia menyaksikan majlis pernikahan ibunya secara atas talian. Atilia dalam masa sama memberitahu dia berasa gembira dan bersyukur apabila ibu tersayang bertemu dengan kebahagiaannya.
Ads
Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Tasmania, Australia pada pagi Khamis. Gerald atau mesra disapa Gerry sah bergelar suami kepada penyanyi lagu ‘Gelombang’ itu dengan sekali lafaz selain memberi mas kahwin sebanyak RM320 kepada Salamiah.
Dalam satu sesi video di laman Instagram, Salamiah memberitahu dia sudah mengenali Gerry sejak 15 tahun lalu. Penyanyi itu juga dilaporkan akan terus menetap di Australia selepas ini. Sebelum disatukan sebagai suami-isteri, Gerald terlebih dahulu melafazkan syahadah dan memeluk agama Islam.
Untuk makluman, Salamiah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Raja Haron Raja Aziz dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raja Ahmad Shah dan Raja Atilia.
Hendak memasak kari bukan senang. Jika salah caranya, santan dan minyaknya boleh jadi ‘karam’. Malah kuahnya jadi tidak elok teksturnya.
Apa langkah dan petua terbaik untuk jadikan rasa kari sama seperti yang dimasak oleh mak-mak kita? Perkongsian Puan Fauziah Samad di blognya, www.dapurkakjee.com, boleh kita jadikan panduan untuk masak kari lebih umphh macam mak-mak kita.
Jom ikut cara yang dikongsikannya.
Entri ni bukan nak bagi korang resipi. Tapi untuk turunkan sikit petua camner nak masak kari yang sedap. Eh sedap ke aku masak?
Kak Jee baru tahu cara masak kari yang sebenar kira-kira 13 tahun lalu. Masa tu Kak Jee tinggal di Cheras Perdana. Setiap pagi sebelum pergi kerja, Kak Jee dan Uncle Pali akan singgah satu gerai untuk makan tosei berhampiran apartmen kami.
Kerana mulut Kak Jee yang macam murai cabut ekor peramah, asyik senyum kat customer yang makan situ, satu hari berkenalan lah dengan sepasang suami isteri yang dah pencen. Usia dalam lingkungan lewat 60-an masa tu. Kedua-duanya berasal dari Pulau Pinang. Pindah ke KL ikut anak.
Kak Jee beritahu dia, orang Pulau Pinang mesti pandai masak kari. Nasib Kak Jee baik sebab Uncle tu rupa-rupanya pandai masak. Dia kata kalau nak masak kari, rempahnya mesti cukup garing atau cukup masak. Tapi jangan biarkan hangus.
Dulu-dulu kalau masak kari, Kak Jee mesti bancuh rempahnya dengan air baru Kak Jee masukkan ke dalam periuk setelah tumis bawang bersama halia dan bahan-bahan lain.
“Salah tu, lepas tumis bawang bersama bahan-bahan lain, masukkan rempah kering dan goreng pantas selama 1 atau dua minit. Kemudian masukkan air. Tak boleh banyak sampai banjir. Tapi cukup untuk jadikan rempah itu cair sedikit. Lepas tu perlahankan api hingga rempah terbit minyak.
” Lepas terbit minyak barulah masukkan daun kari ataupun kentang. Kemudian masukkan ayam atau daging. Biar ayam atau daging kecut baru tambah lagi air. Apabila dah masuk air dan santan kalau guna (ada bubuh susu segar), perlahan api dan biarkan lauk kari itu reneh. Kemudian apabila kentang dah empuk, masukkan asam jawa atau asam keping, garam secukup rasa.”
Sejak itu, Kak Jee ikut sebijik-sebijik arahan Uncle tu. Malah masa Kak Jee meniaga Roti Jala dulu, kari ayam kami sangat disukai pelanggan. Mereka kata kari Kak Jee tak ada bau rempah mentah.
Masa tumis tu amat penting. Kena sabar dan jaga api betul-betul. Biar rempah digoreng sempurna kalau mahukan rasa kari yang sedap. Kalau rempah hangus, kari jadi pahit.”
Tak percaya korang cubalah. Begitu perkongsiannya.
5 Tips Ekstra
Berikut merupakan lima langkah yang anda boleh ikuti untuk pastikan kari bertambah enak. Kena tahu lima cara ni.
Kuantiti Minyak
Hendak menumis kari yang anda kena tahu minyaknya kenalah banyak, bukan setakat dua sudu besar sahaja. Tambahkanlah sedikit lagi supaya timbul minyaknya ketika anda masukkan santan. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
Hirisan Bawang
Setengah orang suka kisar atau tumbuk bawang semasa menumis kari. Boleh sahaja kesemua jenis ini namun kalau anda hendak tahu, rasanya berbeza-beza. Yang perlu anda tahu, hirisan bawang merah, bawang putih atau halia perlu ada supaya menaikkan rasanya ketika menumis. Cukup hanya dihiris dan biarkannya layu.
Halba Campur
Sesetengah orang mungkin tidak menggunakan halba campur atau ada juga yang menggunakan serbuk halba dalam tumisan kari ikan. Halba campur adalah bahan terpenting dalam masakan kari ikan. Campuran halba yang terdiri daripada jintan putih, jintan manis, halba dan juga biji sawi ini meninggalkan rasa dan aroma yang cukup hebat untuk kari ikan. Kena ada!
Pecah Minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul dipermukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta santan. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
Asam Jawa & Santan
Pastikan santan digaulkan dengan asam jawa hingga sebati terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Apabila sebati adunannya barulah dituang ke dalam tumisan rempah yang sudah naik minyaknya. Mungkin ini agak janggal namun enak rasanya.
Kacau Sentiasa
Sebaik santan dimasukkan, kari haruslah sentiasa dikacau atau sesekali dikacau sehingga kuahnya mendidih. Ini bagi memastikan santan tidak pecah minyaknya dan struktur kuah juga lebih elok.
Sedikit Masam
Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain. Gaulkan asam jawa secukupnya ke dalam santan dan perasakan. Rasa garam juga harus seimbang. Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘umphh’.
Tambahan Sayuran
Akhir sekali masukkanlah tambahan sayuran. Tidak terlalu penting namun tambahan sayuran seperti kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa berbeza kepada rasa kuah kari.
Kaki komplen secara tidak langsung rewire otak mereka untuk mudah terkena anxiety dan kemurungan. Dua penyakit mental yang merahut bahagia.
Tahukah ada tabiat suka komplen rosakkan otak.? Siapa kata? Pengkaji dari dari Stanford University. Mereka lihat kesan komplen ke atas otak manusia.
Nak tahu lanjut, ikuti penjelasan Pakar Otak Dr Rizal mengenai bahaya tabiat begini. Jadi pada kaki komplen hati-hati jika dah sebati dalam hidup. Asyik tak puas hati je.
KENAPA MESTI JAUHI TABIAT SUKA KOMPLEN?
Pengkaji dapati kaki komplen otak bahagian hippocampus mereka atau pusat memori jadi kecil. Sama seperti mereka yang terkena penyakit alzheimer.
Bukan sahaja kaki komplen. Pengumpat pun sama. Termasuk pengumpat dan pengata digital.
Menakutkan lagi, mereka yang mendengar sekali juga terkena penangan ini. Maksudnya semua yang terlibat dalam aktiviti membawang dapat kesan yang sama – pusat memori jadi kecil. . Bayangkan apa yang akan berlaku apabila otak mengecil. Pusat memori tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. . Bukan itu sahaja kesannya. Kaki komplen secara tidak langsung rewire otak mereka untuk mudah terkena anxiety dan kemurungan. Dua penyakit mental yang merahut bahagia.
Komplen sekali sekali tepat pada isu tidak mengapa. Isunya ialah jadi kaki komplen. Hingga jadi tabiat.
Bagaimana mahu elak? Cara mudahnya kalau perlu menegur, lakukan secara berdepan. Mulakan dengan pujian. Jangan terus menyerang.
Kalau tidak mampu diamkan sahaja. Dalam kajian lain, cara elak komplen ialah bersyukur. Fokus pada perkara yang mahu disyukur. Paling mudah sebut sahaja “Alhamdulillah aku tak buat begitu atau tak jadi begitu.”
Elakkan membawang. Elakkan jadi kaki komplen. Elakkan masuk dalam grup yang sedang lantunkan komplen.
P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti .
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semua ibu bapa di dunia ini mahu setiap anak yang dilahirkan, dapat dididik dan diasuh menjadi orang berguna serta berjaya dalam hidup.
Pun begitu, mengasuh dan mendidik tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah. Sebaliknya kian mencabar dari hari ke hari.
Apatah lagi saat anak sudah meningkat remaja, kehidupan lebih terdedah dengan pelbagai permasalahan sosial dan pengaruh negatif yang sangat merunsingkan ibu bapa.
Memberi kesedaran tentang itu, andai Ibu bapa terjumpa botol macam ni di rumah, jangan tak tahu bahawa ini adalah alat untuk menghisap dadah ‘Batu’, ‘Syabu’, ‘Ice’, ‘Kaca’.
Kalau terjumpa dengan straw yang berisi seakan ‘garam’ ‘gula’ atau straw yang dipotong-potong kosong dalam bilik anak-anak, sila soal siasat anak anda ya.
Jangan pula percaya kalau anak beritahu ni adalah projek sains sekolah atau projek ubah suai botol.
Jangan dibiarkan, jangan ditunggu anak terjebak teruk baru nak dibawa pergi mendapatkan rawatan.
Jangan tunggu anak dah mula mengamuk, mula mencuri baru nak hantar ke pusat pemulihan.
Mencegah kan lebih baik dari mengubati.
Ok ni antara tanda-tanda anak menghisap dadah syabu adalah tak tidur malam 2-3 hari.
Kesannya pada otak anak-anak akan rosak dalam masa yang singkat. Boleh menyebabkan mereka menjadi gila. Dadah sintetik ini nampak biasa-biasa tetapi berbahaya tau !
disclaimer : Tujuan post ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang bahaya dadah.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.