Anak-anak ni segalanya buat ibu bapa. Apa yang diminta mesti akan dipenuhi permintaannya meskipun sedar diri tak mampu. Apatah lagi berkaitan dengan perkara yang membanggakan ibu bapa, pasti akan dituruti.

Baru-baru ini tular kisah dari seorang peguam jenayah bernama Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang berkongsi sebuah kes yang dikendalikan beliau dan kisah itu tidak pernah dilupakannya sehingga ke hari ini.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, kejadian itu berlaku pada tahun 1998 di mana beliau menyaksikan seorang wanita berbangsa India dengan tangan digari telah dibawa ke mahkamah atas kesalahan mencuri set lengkap kotak pensel di sebuah pasar raya yang bernilai kira-kira RM18.

Difahamkan, ibu itu bertindak sedemikian kerana dia sudah berjanji dengan anak lelakinya untuk memberi hadiah sebuah kotak pensel jika mendapat nombor 1 dalam pelajaran di sekolah.

Bagaimanapun, ibu tersebut terpaksa mencuri barang yang dijanjikan kepada anaknya kerana kesempitan wang.

“Sekitar tahun 1998, saya bertemu dengan seorang wanita berbangsa India dalam mahkamah. Saya tanya dia, apa masalahnya? Dia menjawab yang dia mencuri satu kotak pensel untuk dijadikan hadiah kepada anaknya yang dapat nombor satu. Katanya, harga  kotak pensel itu sekitar RM18.

“Jadi, saya beritahu majistret yang saya mahu pergi berjumpa dengan guru besar anak wanita itu. Sesampai di sekolah, guru besar telah membuktikan yang anak wanita itu tadi benar-benar dapat nombor satu,” katanya.

IKLAN

Ibu Terpaksa Curi Kotak Pensel, Demi Kotakan Janji Anak Dapat No. 1 Dalam Kelas!

Menurut Ahmad Zaharil yang sudah 31 tahun berkhidmat sebagai peguam, guru besar berkenaan setuju untuk memberi keterangan kepada mahkamah mengenai isu tersebut.

“Selepas mendengar, majistret memberi hukuman berkelakuan baik terhadap wanita itu. Sebelum beredar, saya beri sedikit duit kepada wanita itu. Saya pun dah lupa berapa yang saya bagi.

“Tapi beberapa individu lain turut menyumbang dan saya rasa adalah dalam RM200 untuk dia berbelanja,” katanya.

IKLAN

Mengulas lanjut, setelah beberapa tahun, beliau didatangi seorang lelaki yang telah memerhatinya beberapa hari di kantin.

Rupa-rupanya, lelaki itu merupakan anak kepada kes wanita tersebut dan dia juga telah berjaya menjadi seorang peguam.

“Suatu hari, saya duduk di kantin.. ada seorang peguam asyik tengook saya. Keesokan harinya pun dia asyik tengok saya sambil tersenyum. Pada hari ketiga, dia datang berjumpa dengan saya.

IKLAN

“Dia tanya saya ni Encik Ahmad ke? Saya jawab ya. Kemudian dia kata emaknya kirim salam. Katanya, mungkin saya tidak ingat.. tapi dia adalah kanak-kanak yang mahukan kotak pensel suatu ketika dahulu. Dan kanak-kanak itu sudah menjadi peguam sekarang.

“Berjurai air mata saya. Saya tak tahu apa yang patut saya lakukan.. Itu menjadi kenangan yang saya takkan lupa sampai mati,” tambahnya.

@amzaharil♬ original sound – amzaharil

Perkongsian video itu turut mendapat perhatian netizen, rata-ratanya begitu tersentuh dengan kisah tersebut yang boleh dijadikan pengajaran bersama.

Ibu Terpaksa Curi Kotak Pensel, Demi Kotakan Janji Anak Dapat No. 1 Dalam Kelas!

Sumber : @amzaharil

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI