Ibu Zara Qairina mahu kubur anak digali semula demi cari jawapan punca kematian. “Saya mahu persoalan yang berlegar di kepala berhubung punca sebenar kematian anak saya, Zara Qairina Mahathir, 13, sejak 14 hari lalu bernoktah.

Ibu Zara Qairina Mahu Kubur Anak Digali Semula Demi Cari Jawapan Punca Kematian 

Jadi, demi mendapat jawapan itu dan keadilan untuknya, saya mengarahkan dua peguam menguruskan proses bagi membolehkan kubur anak digali semula untuk melakukan bedah siasat terhadap jenazahnya,” luah ibu kepada remaja malang itu, Noraidah Lamat, 45.

Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah, disahkan meninggal dunia selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya. Tragedi yang berlaku dua minggu lalu itu kini dikaitkan dengan dakwaan kes buli.

Ibu Zara Qairina Mahu Kubur Anak Digali Semula Demi Cari Jawapan Punca Kematian 

Menurut Noraidah yang menetap di Sipitang, jenazah anaknya dikebumikan pada malam 17 Julai lalu tanpa sebarang proses bedah siasat. Ini kerana tiada pihak menyarankan langkah itu ketika kejadian berlaku. Ketika itu juga, Noraidah dan keluarganya masih dalam keadaan trauma dan tergesa-gesa mahu mengebumikan arwah.

Namun keesokan harinya, timbul pelbagai tanda tanya mencurigakan yang menyebabkan keluarga ini mempersoalkan apa sebenarnya berlaku kepada anak tunggal mereka itu.

Ibu Zara Qairina Mahu Kubur Anak Digali Semula Demi Cari Jawapan Punca Kematian 

Berikutan itu, Noraidah kini menuntut siasatan menyeluruh daripada pihak berkuasa dan menegaskan bahawa bedah siasat pertama perlu dilakukan untuk menentukan secara jelas punca sebenar kematian Zara.

“Pelbagai cerita disebarkan berhubung kematian Zara Qairina dan ia mengguris hati saya. Ia bukan keluar daripada mulut saya, jadi saya mahu semua pihak hentikan spekulasi itu.

“Saya akui kesedihan akibat tragedi menimpa Zara Qairina tak akan padam dan banyak persoalan timbul. Saya mahu tahu punca sebenar kematiannya, justeru proses bedah siasat perlu dilakukan dan kuburnya perlu digali semula.

“Apa pun keputusan yang keluar hasil bedah siasat itu kelak dan siasatan polis, saya terima dengan reda kerana ia menjawab segala persoalan yang masih tiada jawapan sehingga kini,” katanya.

Siasatan Diserah kepada Bukit Aman

Ads

Setakat ini, pihak polis telah merakam kenyataan lebih 60 individu bagi membantu siasatan. Mereka terdiri daripada pelajar, ibu bapa serta kakitangan sekolah. Antara yang dinamakan termasuk tiga individu dikenali sebagai ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’ yang disebut mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, memaklumkan bahawa kes kini berada di fasa akhir siasatan dan telah diserahkan kepada Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.

Kronologi Kejadian

Zara Qairina ditemui dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sekitar jam 3 pagi, 16 Julai lalu. Dia kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu, namun disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya. Laporan awal menyebut dia dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama.

Ibu Zara Qairina Mahu Kubur Anak Digali Semula Demi Cari Jawapan Punca Kematian 

Berkongsi kembali detik cemas itu, Noraidah berkata beliau menerima panggilan daripada warden sekolah sekitar jam 10 pagi, memaklumkan anaknya mengalami kecederaan akibat terjatuh.

“Setibanya di lobi wad kecemasan HQE1 pada jam 10 pagi, saya panik melihat sudah ramai pegawai jabatan berada di situ termasuk polis dan pengurusan sekolah.

Ads

“Ketika itu, saya dimaklumkan kes ini sudah menjadi kes polis dan ketika dibawa masuk ke dalam, saya melihat badan dan muka Zara Qairina berselirat dengan wayar tetapi wajahnya tidak cedera langsung.

“Doktor dan kaunselor yang ada di situ memaklumkan kepada saya, jika anak hidup sekalipun, dia takkan sempurna kerana otaknya sudah rosak. Saya terpinga-pinga dengan maklumat itu kerana gagal memahami apa yang disampaikan mereka,” katanya.

Pernah Cerita Diganggu

Meskipun tidak pasti sama ada kematian anaknya berpunca daripada kes buli, Noraidah mengesahkan Zara pernah memberitahu mengenai gangguan seksual oleh seorang pelajar asrama.

“Arwah Zara Qairina melaporkan kes itu kepada guru kaunseling dan dimaklumkan tindakan diambil jika pelajar terbabit mengulangi kesalahan itu. Bagaimanapun, pelajar itu berhenti mengganggu anak saya.

Ibu Zara Qairina Mahu Kubur Anak Digali Semula Demi Cari Jawapan Punca Kematian 

Ibu Zara Qairina Mahu Kubur Anak Digali Semula Demi Cari Jawapan Punca Kematian 

Ads

“Namun, pelbagai cerita buli dikaitkan dengan anak saya dan itu saya tidak tahu kerana saya tinggal lebih 100 kilometer dari sekolah itu,” jelasnya.

Noraidah juga mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang dilihat menyiasat latar belakang keluarga mereka dan sejarah persekolahan Zara ketika di sekolah rendah.

“Saya tidak tahu bagaimana sejarah persekolahan anak saya di sekolah rendah dan kehidupan keluarga kami di Sipitang ada kaitan dengan kematiannya.

“Arwah Zara Qairina seorang yang ceria, dia pelajar yang cerdik hingga dapat masuk ke sekolah asrama penuh dan ramai mengenalinya di Sipitang,” ujarnya pilu.

Sumber: Berita Harian

Baca artikel lain juga: Bekas Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha Nafi Dakwaan Terbabit Tragedi Zara Qairina-Saya Sudah Bersara Ketika Insiden Berlaku

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads