Selepas membanggakan negara dengan kemenangan dalam pertandingan Ultimate VFX Challenge bulan lalu, Sofynak sekali lagi membanggakan rakyat Malaysia apabila memuatnaik video kolaborasi bersama idolanya Zach King.
Video ini ternyata sangat menerujakan semua apabila content yang dihidangkan betul-betul ‘next level’.
Kata Sofyank dalam laman Instagramnya,
Ads
Selepas 8 tahun saya post video di social media untuk hiburan semua, kali ini saya hadiahkan korang satu video special collaboration antara saya dan idola saya, @zachking . Collaboration ini khas untuk semua yang sentiasa bagi sokongan terhadap video kami.
Bagi yang mengikuti perkembangan Sofyank, semenangnya pemuda ini sangat mengidolakan Zach King. Malah setiap video yang dihasilkan sejak dahulu lagi kelihatan seperti idolanya. Malah ramai yang mendoakan agar kerjaya Sofyank ini berkembang seperti idolanya juga.
Ads
Ramai yang berpandangan bahawa kehadiran Sofyank sebagai salah seorang pempengaruh di Malaysia dilihat sebagai inspirasi buat semua terutama golongan muda.
Kandungan yang dipaparkan juga tidak membangkitkan kontroversi seperti yang dilakukan oleh pempengaruh yang lain untuk meraih perhatian netizen.
Cikgu Mohd Fadhli Salleh cukup terkenal dengan kelantangannya dalam menyuarakan pandangan dan kebenaran di dalam sistem Pendidikan Negara. Dek kerana kelantangannya itu, tular di media sosial, guru ini pernah berdepan dengan tindakan tatatertib dan berisiko diturunkan pangkat dan dibuang kerja.
Beliau dikenakan tindakan itu hanya kerana bercakap jujur dan menyatakan kebenaran mengenai sistem pendidikan negara. Guru ini agak terkilan kerana sepanjang bergelar seorang pendidik, beliau bukanlah seorang guru yang bermasalah di sekolah.
Markah prestasi beliau saban tahun melebihi 90%, bahkan mencecah 98%. Rekod kehadiran beliau ke sekolah setiap tahun pun ‘bersih’. Malah ketika guru ini ditukarkan dari Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2 pada 2016, ibu bapa membuat petisyen, kutip tanda tangan, bawa ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) supaya Cikgu Mohd Fadli dikekalkan di sekolah itu.
Berikut Imbasan kronologi teguran yang pernah dibuat oleh Cikgu Mohd Fadli tentang kelemahan sistem pendidikan negara.
1. Isu beg sekolah yang berat. Situasi ini boleh memudharatkan kesihatan murid-murid. Walaupun isu ini sudah lama namun masih belum menemui jalan penyelesaian.
2. Silibus terlalu tinggi dan padat. Silibus ‘syok sendiri.’
3. Bilangan murid yang ramai dalam kelas. Keadaan ini menyukarkan guru-guru untuk memberikan tumpuan kepada murid-murid ketika mengajar di dalam kelas.
4. Subjek yang terlalu banyak. Ini membuatkan murid hilang minat untuk belajar.
5. Masa belajar untuk subjek teras terutamanya Matematik tidak mencukupi.
6. Adanya Little Napoleon dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan rosak.
Pertuduhan pertama, beliau didapati membuat hantaran di media sosial pada 26 November 2021 berhubung jadual waktu dan mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah.
Pertuduhan kedua, beliau didapati memuat naik hantaran pada 30 November 2021 mengenai subjek yang diajar pada murid Tahun 1 di sekolah rendah.
Pertuduhan ketiga pula, beliau dalam sesi Facebook live mengatakan banyak silibus mengarut diajar di sekolah.
Akhirnya Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan memutuskan guru Matematik Cikgu Mohd Fadli tidak bersalah susulan pendedahan mengenai kepincangan silibus pendidikan negara.
Beliau juga dibebaskan daripada tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Guru ini juga tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan (KPM).
Namun siapakah sebenarnya Cikgu Mohd Fadhli Salleh yang nyata cukup berani menyuarakan kelemahan sistem pendidikan Malaysia.
Sedikit info tentang Cikgu Mohd Fadhli Salleh:
1.Lantang dan jujur menyuarakan pendapatnya.
2.Kesan daripada kelantangannya bersuara, Cikgu Mohd Fadli pernah berdepan dengan risiko dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana mengkritik sistem pendidikan negara.
3.Sering berkongsi tentang kisah beliau bersama murid-murid di sekolah.
4.Mempunyai lebih 200,000 pengikut di Facebook.
5.Merupakan anak kepada mantan Pengetua Maktab Perguruan Kota Bharu, Pengetua SMK Hamzah dan Pengetua SMK Tok Janggut.
6. 18 tahun dalam dunia perguruan.
TERKINI: Cikgu Mohd Fadhli Salleh mengambil keputusan untuk bersara awal (berkuatkuasa 1 Mac 2024) dalam usia 41 tahun.
Kita sebagai ibu ayah tentu sahaja mengharapkan anak-anak kita bila belajar di sekolah akan menjadi insan yang bijak dan berjaya. Tipulah kalau tidak gembira dan bangga bila setiap kali peperiksaan anak-anak dapat keputusan yang cemerlang.
Umumnya bila kita lihat ibu ayah seorang anak itu hebat, bagus latar belakang kerjayanya, kita merasakan anak-anaknya juga pasti pintar belajar.
Pun begitu usah merendah diri jika diri kita sebaliknya, hanya biasa-biasa namun percayalah masih mampu melahirkan anak bijak dan hebat berkat usaha yang berterusan. Semua ini boleh berlaku dengan izinNya.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Pengiran M.Nizam Rahman tentang kisah kakaknya yang mempunyai anak-anak yang bijak dan berjaya dalam akademik walau pun kakaknya itu hanya biasa-biasa sahaja.
Nak Anak Bijak, Amalkan Ayat Ini
Aku ada seorang kakak. Akak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah dekat sekolah.
Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kau malas memang tak ke mana laa.
Caranya:
Setiap pagi kau baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. “INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”
*Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.
Bila sampai part “KUN FAYA KUUUN” kau niatkan dalam hati apa sahaja hajat kau untuk anak kau. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja.
Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah.
Menurut Wan, dia mula bekerja sejak berusia 15 tahun selepas keluarganya berdepan sedikit masalah. Keadaan itu membuatkan dia mengambil keputusan yang cukup besar dalam hidupnya, iaitu berhenti sekolah demi membantu keluarga.
“Umur saya sekarang 23 tahun. Saya bekerja sebagai pengutip sampah dah empat tahun.
Saya ada dua kerja. Satu lagi sebagai part time di kedai makan.
Umur 15 tahun saya dah mula bekerja. Keluarga ada masalah sedikit. Jadi, saya ambil keputusan untuk berhenti sekolah dan bantu keluarga.”
Lebih menyentuh hati, Wan turut melakukan dua kerja dalam sehari bagi membantu keluarga. Selain bekerja sebagai pengutip sampah, dia juga bekerja sambilan di sebuah kedai makan.
Rutin hariannya bukan mudah. Dari awal pagi hingga ke malam, Wan mengorbankan tenaga dan masa demi memastikan keluarganya dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Walaupun penat, dia tidak pernah merungut. Baginya, setiap usaha yang dilakukan adalah demi meringankan beban ibu bapa serta memastikan adik-adiknya tidak melalui kesusahan yang sama.
Wan berkata, dia memilih untuk berdepan semua cabaran itu demi keluarganya, terutama tiga orang adiknya yang masih bersekolah.
“Saya memilih untuk hadapi semua ini demi keluarga saya. Saya ada tiga orang adik yang masih bersekolah.
Saya nak mereka habiskan pelajaran. Saya tak habis tidak mengapa.”
Menurut Wan lagi, dia sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan asalkan halal dan tidak mengganggu orang lain. Prinsip hidup ini menjadi kekuatan utama dirinya untuk terus bertahan dalam dunia yang penuh cabaran.
“Saya buat apa saja kerja. Yang penting halal dan tak ganggu orang. Yang penting, dekatkan diri dengan Allah.
Ibu bapa adalah satu semangat dan motivasi untuk saya teruskan kehidupan. Janji boleh ringankan beban mereka.”
Kata-kata ini cukup memberi inspirasi kepada ramai, terutama golongan muda yang mungkin sedang mencari arah dalam kehidupan.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan tersentuh dengan ketabahan Wan. Tidak sedikit yang menjadikan kisahnya sebagai inspirasi untuk terus berusaha walaupun berdepan kesukaran hidup.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.