Mengurus keluarga dan anak-anak yang ramai tentunya bukan kerja mudah dan tidak dinafikan ianya memenatkan. Merawat kelesuan diri, jangan pernah lupa untuk kita menghargai setiap usaha yang telah dilakukan dengan cara masing-masing. Ini penting, agar dapat menggembirakan diri sendiri dan sekali gus bebas daripada menanggung stress.
Menyentuh tentang hargai diri, wanita anak 5 ini berkongsi caranya. Jom semak.
Hargailah diri sendiri dan "rewards diri sendiri dengan makanan yang sedap-sedap
Pernah dengar tak ayat kat bawah ni bila naik flight. Put your oxygen mask on first before helping others or your children."
So maknanya pentingkanlah kebajikan diri sendiri dahulu supaya dapat jaga insan tersayang dibawah jagaan kita.
Tugas dan kerja jaga hal ehwal dalam rumah, jaga makan minum suami serta anak-anak adalah tugas yang berterusan tanpa cuti dan perlu ada pengurusan masa yang betul supaya tidak berada dalam sebarang tekanan.
Ads
Ambil masa sedikit untuk diri sendiri, contohnya bila anak-anak dah pergi ke sekolah dan suami telah ke pejabat duduk rehat sekejap atas sofa sambil layan rancangan kegemaran, ambil aiskrim ke coklat ke Kek ke, dan makanlah dengan tenang.
Masa ni jangan fikir orang lain dah, hadiahkan diri sendiri dengan makan makanan kegemaran kita sebagai rewards dah bertungkus lumus bangun pagi siapkan semua untuk anak-anak.
Kemudian plan pergi makan makanan kegemaran di luar, biar hepi dan sebagai rewards juga utk diri sendiri, buat sebagai satu refreshment supaya lebih bersemangat lepas tu.
Ads
Selain tu sayangilah kesihatan diri sendiri, lakukan senaman ringan supaya kekal sihat yang ni sangat penting sebab sebagai mak kita walaupun sakit kena juga gagah uruskan keluarga.
Kalau mak yang ada anak kecik tu, kalau anak tidur tu, ikut tidur kejap, tak perlu lama, 10 minit ke 15 minit pun takpa, janji rehat kejap.
Sesekali keluarlah bersama kawan-kawan supaya ada juga komunikasi dengan orang luar.
Ads
Buat lah aktiviti kegemaran juga contoh berkebun atau memasak, membaca novel atau keluar bersiar-siar menghirup udara luar.
PENAT tu pasti ada, namun kena fikirkan diri sendiri, janji pada diri supaya kena ada juga masa rehat, takut nanti badan hantar signal ( jatuh sakit) sebab dah sampai limit.
Gambar ramen sebagai hiasan sahaja, sebab spicy chicken ramen tu adalah makanan kegemaran Ros.
Sekadar coretan dari mak anak 5
13 Disember 2019
8:06 p.m.
Osaka
Pengorbanan seorang guru… Pelbagai kaedah mengajar yang digunakan oleh guru pada masa ini demi pelajar.
Lebih-lebih lagi jika membabitkan pelajar istimewa. Ini bagi memastikan mereka juga mendapat pendidikan dan layanan sebaik seperti mana pelajar biasa yang lain.
Perkongsian oleh Cikgu Wan Muadzam atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azam ini cukup dikagumi ramai. Apa tidaknya dia telah berusaha apabila mencipta satu inovasi bagi membolehkan pelajarnya yang cacat penglihatan untuk berlari.
alat tersebut dimuatnaik olehnya menerusi laman TikTok. Dalam perkongsian tersebut, kelihatan pelajarnya berlari dengan menggunakan alat beroda yang diperbuat daripada PVC.
Sebelum ini, pelajarnya Itu dikatakan pernah menyertai satu acara larian sejauh 5km pada tahun lalu.Menurut Cikgu Azam, alat tersebut dicipta dalam dua versi.Yang pertama disiapkan dalam masa tiga hari saja, manakala versi kedua pula siap dalam tempoh dua minggu.
Menurutnya lagi, pelajarnya yang bernama Alisya sangat gembira ketika pertama kali menggunakan alat itu, dia tidak perlu lagi memegang bahu Cikgu Azam dan menggunakan tali.
Buat anda yang mementingkan keindahan dekorasi rumah pastinya bukan sahaja ruangan dalaman menjadi tumpuan utama malah dari pintu pagar juga akan diberi perhatian khusus untuk mencipta gaya ruangan agar nampak menarik dan bergaya.
Apa yang pasti dalam memilih rekaan pagar di keliling rumah dengan rekaan yang indah akan mencipta gaya yang tersendiri dan ianya nampak begitu ketara.
Umumnya bila dilihat dari sudut kos untuk membina pagar yang menepati citarasa, harganya bukanlah murah. Pun begitu, itu semua telah memberi idea kepada Muhammad Faizal untuk lakukan diy bagi mencipta gaya pagar rumahnya dengan bermodalkan ratusan ringgit sahaja, namun apabila siap nampak seperti pagar berharga ribuan ringgit.
Nak tahu apa bahan yang digunakan. Jom ikuti perkongsian daripadanya. Semoga ianya dapat memberi inspirasi untuk anda upgrade pagar lama menjadi lebih menarik dengan modal yang sedikit. Selamat mencuba!
Ini perkongsiannya:
Alhamdulillah setelah 3 hari siap jugak pagar DIY. Asalnya nak tukar tapi bila pikir balik cost dalam 3-4k jugak. Dengan bantuan skill tukang masa belajar kemahiran hidup di sekolah maka terhasil la nya. Cost rm350 ada balance. Misi utama untuk tertutup supaya lebih privacy. Terus nampak pagar berharga rm 3k.
“Apa yang saya buat semuanya kerana Allah, tidak pernah menyimpan niat untuk mendapatkan balasan.”
Demikian luahan Sabariah Hussein, atau terkenal dengan panggilan Sister Sabria, yang kisah kerja amalnya di Montreal, Kanada, tular di media sosial sebelum ini. Sabariah Hussein, anak Malaysia kelahiran Johor, terkenal dan disenangi rakyat Kanada khususnya di Montreal. Mereka menggelarnya ‘Muslim Mother Teressa’.
Setiap hari Sabariah akan memberi makan kepada 400-500 insan-insan yang memerlukan. Dia juga mengendalikan rumah perlindungan wanita yang dikenali sebagai “Rumah Kedua Kita” (Our Second Home) di rumahnya sendiri. Hebat anak Malaysia ini. Bekas guru pendidikan khas di Montreal Kanada ini mengakui sifat kasih sayang dan empati sudah sebati dalam dirinya. Dia memulakan kerja amalnya di Kanada dengan mengagihkan karipap dalam kuantiti yang kecil kepada masjid berdekatan rumahnya.
Langkah kecil itu telah membuka matanya apabila dia melihat ramai orang yang memerlukan makanan. Ketika itu, Sabariah bukanlah seorang jutawan. Bukan orang terkenal. Dia hanya seorang guru pendidikan khas yang berjiwa besar.
Masak bersendirian
Dari dapur kecil di rumahnya, berbekalkan kemahiran memasak yang ada, dia mula memasak bersendirian. Kemudian dia akan mengagihkan sendiri kepada mereka yang memerlukan. Sungguh luar biasa kesungguhan insan ini membantu orang yang langsung tak punya sebarang ikatan. Sabariah terus menggiatkan usahanya untuk membantu seramai yang boleh. Bayangkan di saat kita sedap menjamu selera, ada insan yang sudah berhari-hari tak menjamah makanan.
Insan-insan ini dijamu dengan air tangan Sabariah. Bayangkan bagaimana perasaan mereka disaat mengunyah makanan yang enak dikala perut sedang kelaparan. Betapa bahagianya mereka ketika itu.
Oleh kerana itu Sabariah disayangi oleh orang sekelilingnya. Sifat mulianya itu telah menjentik hati orang lain tanpa mengira status, agama dan bangsa.
Begitulah rutin Sabariah setiap hari. Tanpa jemu dia menyediakan makanan buat mereka semua. Senyuman mereka menciptakan kebahagiaan dalam hati Sabariah. Keluar berniaga cari dana Pada peringkat awal Sabariah menggunakan keuntungan dari hasil jualan makanan di luar masjid untuk membeli barangan makanan yang hendak dimasak.
Ketelusan dan keluhuran jiwanya terserlah apabila dia keluar berniaga semata-mata mahu mencari dana untuk memastikan tiada insan yang tertidur dalam kelaparan. Betapa mulianya hati insan ini. Ternyata hidupnya adalah untuk kebahagiaan insan-insan lain.
Masak dari hati penuh kasih sayang
Makanan yang disediakan oleh Sabariah juga enak. Dia memasak dari hati dan sesekali tidak memasak dengan hanya sekadar melepaskan batok ditangga. Katanya,
“Saya memasak dari hati dengan penuh kasih sayang. Saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk mereka. Itulah kebahagiaan saya.”
Usahanya itu saban hari mendapat sambutan. Malah kini ratusan sukarelawan pelbagai bangsa membantu Sabariah menyediakan dan mengedarkan makanan kepada mereka yang memerlukan.
Sabariah adalah insan yang rendah diri. Dia membantu tanpa mengira status, agama dan bangsa. Dia membawa contoh akhlak Islam yang baik di kalangan orang bukan islam.
Golongan Islam & gelandangan Sabariah turut membantu memasak makanan untuk 8 buah masjid dan 2 buah gereja di Montreal buat golongan miskin dan gelandangan di sekitar kawasan tempat tinggal beliau, tanpa mengira agama dan bangsa. “Sebagai seorang yang beragama Islam, kita harus sentiasa berganding bahu supaya dapat mencermin masyarakat Islam adalah dalam kalangan orang yang baik-baik.” “Apa yang saya buat semuanya kerana Allah, tidak pernah menyimpan niat untuk mendapatkan balasan,” demikian luahan Sabariah.
Usaha Sabariah ini juga adalah dakwah yang mencerminkan kebaikan islam. Di kala dunia barat digembar gemburkan dengan Islamophobia, Sabariah tampil menjernihkan ketegangan itu dengan makanan masakannya. Sesungguhnya, jalan dakwah itu luas. Apa yang paling penting adalah tindakan kita. Orang melihat apa yang kita lakukan berbanding apa yang kita perkatakan.
3 hari tidur keletihan
Tindakan Sabariah jelas menunjukkan hasil yang baik terhadap persepsi orang barat terhadap Islam. Kebaikannya itu diiktiraf oleh penduduk setempat apabila dia digelar “Muslim Mother Teressa” oleh penduduk non Muslim. Sabariah juga pernah koma 3 hari selepas dia bertungkus lumus mengutip sumbangan bagi korban tsunami di Indonesia.
Ketika itu dia sangka dirinya tertidur selama 3 hari akibat keletihan. Selepas berjumpa doktor, barulah dia tahu bahawa dirinya diserang stroke ringan dan menurut doktor tempoh tiga hari tidurnya itu adalah koma. Allah, sampai sakit dia bantu orang. Alhamdulillah selepas itu dia kembali sihat dan meneruskan kerja amalnya sehingga kini. Sabariah turut membuka rumah anak yatim di Kota Tinggi, Johor dibawah naungan Sister Sabria Foundation. Terima anugerah
Sabariah telah menerima pelbagai anugerah dari kerajaan Kanada dan Malaysia. Sabariah juga dijemput untuk bertemu Perdana Menteri Kanada sebagai tanda penghargaan terhadap usahanya. Sabariah umpama permata berkilauan yang menyinari kehidupan orang-orang di sekelilingnya. Sabariah sedang berniaga dengan Allah. Pasti dia tak akan pernah rugi. Kini usianya sudah mencecah 73 tahun. Tetapi sedikit pun tidak pernah melonggarkan usaha Sabariah untuk terus membantu orang yang memerlukan. Semoga Allah beri kesihatan dan kekuatan buat insan ini terus menyumbang dan berdakwah. Pasti anak cucunya bangga punya ibu dan nenek yang hebat begini.
Kita pula bagaimana? Hidup kita untuk apa? Apa sumbangan kita kepada ummah? Adakah kita hanya memikirkan tentang diri semata-mata. Sebab itu hidup kita sentiasa stres dan serabut.
Kegiatan amal Sabariah boleh diikuti di laman Facebook, Sister Sabria Foundation.
Pelajar terjatuh dari bangunan sekolah di daerah Kinta dilaporkan kritikal dan sedang menerima rawatan di HRPB Ipoh. Pihak polis serta Jabatan Pendidikan sedang menjalankan siasatan lanjut.