Ibu Zara Qairina menangis ketika proses pengecaman, peguam nafi video tular dan kutipan dana. Noraidah Lamat, ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata ketika melihat wajah anak tunggalnya dalam proses pengecaman sebelum bedah siasat dijalankan.
Ibu Zara Qairina Menangis Ketika Proses Pengecaman, Peguam Nafi Video Tular & Kutipan Dana Yuran Guaman
Perkara itu dimaklumkan oleh peguamnya, Hamid Ismail, yang berkongsi perkembangan terkini berhubung proses bedah siasat yang sedang berlangsung di Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).
“Proses bedah siasat masih lagi berlangsung, kita masih menunggu keputusannya. Jadi kita terpaksa bersabar.
“Memang mengambil masa yang lama. Kami tidak boleh masuk untuk tahu peringkat mana, tetapi pasukan peguam, Shahlan Jufri, berada di dalam.
Ads
“Suasana di dalam sayu, ibunya tadi sedih. Dia menitiskan air mata ketika proses pengecaman tetapi dia kuat,” katanya.
Hamid turut menegaskan bahawa beberapa perkara yang sedang berlegar di media sosial ketika ini tidak benar, termasuk sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita menjerit-jerit.
“Saya mahu menyampaikan satu perkara, ada tular di TikTok video wanita menjerit-jerit, itu bukan ibu Zara. Saya harap penonton semua jangan sebar perkara-perkara fitnah. Kita tidak mahu ada orang yang difitnah.
Hamid bercakap kepada pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth. – Foto NSTP/Mohd Adam Arinin
“Kalau boleh, sokonglah ibu Zara yang sekarang ini emosinya dalam keadaan tertekan. Saya harap mereka faham,” jelasnya.
Selain itu, beliau turut menafikan dakwaan kononnya ada pihak mengumpulkan dana untuk membayar kos guaman mereka.
Ads
“Saya baru tahu ini daripada TikTok yang meminta sumbangan bagi bayaran guaman kepada kami. Kami tidak ada membuat sebarang kutipan sumbangan kerana kes ini adalah pro bono.
“Kami tidak ada membuat sebarang sumbangan kerana kes ini adalah pro bono iaitu khidmat guaman percuma. Jika ada pihak membuka tabung untuk tujuan itu, ia adalah palsu dan tidak benar,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I di sini, hari ini.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan daripada kes berkenaan.
Terdahulu, proses bedah siasat terhadap jenazah Zara Qairina bermula jam 9 pagi ini dan dijangka mengambil masa lama. Jenazah akan dibawa ke Sipitang untuk dikebumikan semula sebaik proses itu selesai.
Rita Rudaini dakwa sekolah sorok kes buli ‘bawah karpet’-“Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok..” Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.
Rita Rudaini Dakwa Sekolah Sorok Kes Buli ‘Bawah Karpet’-“Pelajar Senior Pukul, Ikat Pelajar Di Pokok..”
Menurut Rita, insiden itu berlaku ketika anak sulungnya berada di Tingkatan Satu. Pada waktu itu, seorang pelajar junior dipanggil oleh pelajar senior dalam sesi ‘roll call’ sebelum dipukul dan diikat pada sebatang pokok sehingga tidak mampu berjalan.
“Bukan di tempat tertutup tetapi di kawasan terbuka.
“Bila ibu pelajar itu buat laporan polis, sekolah memujuk supaya menarik balik laporan dan akhirnya kes disimpan bawah karpet,” katanya dalam ruangan komen di hantaran Instagram Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Terdahulu, Asyraf Wajdi berkongsi bahawa sejak awal beliau diberi amanah sebagai Pengerusi MARA, banyak maklum balas diterima daripada ibu bapa serta pelajar institusi pendidikan Mara (IPMA).
Ada pihak yang enggan mendedahkan kes buli kerana bimbang merosakkan imej sekolah dan menjejaskan peluang meraih pengiktirafan. Namun, beliau menegaskan sebarang maklumat yang sampai kepadanya pasti akan diambil tindakan tegas terhadap pihak pengurusan, termasuk di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Rita turut menambah, pelajar yang berani mengadu kepada ibu bapa apabila menjadi mangsa buli berisiko menerima layanan lebih buruk.
“Siapa mengadu pada ibu bapa kena lagi teruk, kena palau (dipulaukan) dan menjadi sasaran dengan pelajar lain, warden dan cikgu-cikgu.
“Anak saya mereka tak berani sentuh kerana mereka tahu akan masuk surat khabar,” katanya lagi.
Beliau berkata kejadian itu telah meninggalkan kesan trauma pada anaknya, sehingga menyamakan suasana di sekolah berasrama tersebut seperti penjara, walaupun ia berstatus sekolah agama. Lebih mengejutkan, Rita turut mendakwa ada guru yang bertindak kasar dengan menghantukkan kepala seorang pelajar ke papan tanda di depan mata anaknya.
Sehubungan itu, Rita menyeru ibu bapa supaya tidak takut untuk membuat laporan sekiranya anak terlibat dalam kes buli.
“Sekarang saya dedahkan, saya tahu bila saya buka mulut, pasti ada yang mengecam. Tetapi ada saya peduli? Kalau ada cerita, tolong laporkan sebelum benda jadi lagi teruk,” tegasnya.
Nama-nama hebat dan terkenal seperti Khairul Aming, Che Sayang, Hamdan Mubarak dan ramai lagi content creator dalam dunia masakanmenjadi tumpuan Ramadan kerana perkongsian resipi yang viral.
Namun tidak kurang hebatnya dengan seorang figura istimewa ini, seorang warga emas yang dikenali sebagai Kak Cik Yah.
Gelagatnya ketika memasak dan berkongsi hidangan hasil air tangannya di Tik Tok cukup bersahaja malah mencuit hati ramai.
Persis air tangan nenek-nenek, makanan Kak Cik Yah terus membuatkan warga Tik Tok terhibur. Tidak hanya memasak, bahkan Kak Cik Yah turut mempromosikan tempat-tempat makan yang menarik.
Biarpun memasak menu kampung namun video perkongsian Kak Cik Yah tetap viral malah mula mendapat perhatian beberapa orang selebriti yang mula meninggalkan komen di videonya.
Komen-komen wargamaya pula sentiasa menghiburkan malah turut menyokong perkongsian video-video dari Kak Cik Yah.
Kes Zara Qairina, lima remaja dibenar ikat jamin RM5,000 nafi guna perkataan mencela. Lima remaja yang dibawa ke Mahkamah Kanak-Kanak di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan menggunakan kata-kata menghina terhadap arwah Zara Qairina Mahathir.
Kes Zara Qairina: Lima Remaja Dibenar Ikat Jamin RM5,000 Nafi Guna Perkataan Mencela
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 akta sama.
Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di mana pendakwaan dilakukan terhadap lima remaja yang dikaitkan dengan kes buli Zara Qairina. FOTO Mohd Adam Arinin
Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, kesemua tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin, selain perlu membayar deposit sebanyak RM1,000.
“Tidak ada pengakuan salah, 25 September ini tarikh sebutan semula. Setiap tertuduh dikenakan jaminan RM5,000 dengan RM1,000 deposit dan seorang penjamin,” katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah.
Berdasarkan kertas pertuduhan, kelima-lima remaja itu didakwa bertindak secara bersama-sama dengan mengeluarkan perkataan mencela terhadap mangsa di sebuah sekolah di Papar antara jam 10 hingga 11 malam pada 15 Julai 2025.
Kenderaan yang membawa lima remaja terbabit dalam kes kematian Zara Qairina meninggalkan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu selepas selesai prosiding di Mahkamah Kanak-Kanak. FOTO Mohd Adam Arinin
Nor Azizah menjelaskan hanya maklumat tersebut boleh didedahkan kepada umum kerana perkara lain yang berkait dengan prosiding dilindungi oleh perintah larangan mahkamah.
Terdahulu, suasana di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu dilihat terkawal dengan pemantauan rapi anggota keselamatan. Sebuah van polis yang membawa kesemua tertuduh meninggalkan kawasan perkarangan mahkamah pada pagi tadi dengan kawalan ketat, sebelum menuju ke lokasi yang tidak dinyatakan.