
Kegembiraan dan rasa bangga jelas terpancar di wajah Datuk Seri Azalina Othman Said apabila anak perempuannya, Azareena, berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang apabila meraih Ijazah Kelas Pertama University of Essex dalam bidang Penulisan Kreatif.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkongsi detik istimewa tersebut menerusi satu hantaran di Instagram, sekali gus meraikan pencapaian membanggakan puteri kesayangannya yang menamatkan pengajian di University of Essex, United Kingdom.

Azareena Raih Ijazah Kelas Pertama University of Essex
Dalam perkongsian tersebut, Azalina meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT atas kejayaan, kesihatan serta rezeki yang dikurniakan kepada Azareena sepanjang berada di menara gading.
“Selamat maju jaya anakku Azareena. Saya sangat bangga dengan pencapaianmu, terutamanya apabila meraih Ijazah Kelas Pertama dalam bidang Penulisan Kreatif dari University of Essex.
Ibu amat bersyukur kepada Allah atas kejayaan, rezeki dan kesihatan buatmu,” tulis beliau.
Pesanan Bermakna Daripada Seorang Ibu
Selain meraikan kejayaan Ijazah Kelas Pertama yang diraih Azareena, Azalina turut menitipkan nasihat agar anak gadisnya terus berani mengejar impian dan tidak pernah berhenti belajar.
“Saat melangkah ke fasa baharu kehidupan, beranikanlah diri untuk mengejar impianmu.
Percayalah pada diri sendiri, sentiasa rendah diri dan jangan pernah berhenti belajar. Ibu sayang kamu dengan sepenuh hati. Dengan penuh rasa kasih dan bangga, anak gadis kesayanganku!”
Pesanan tersebut bukan sahaja menyentuh hati Azareena, malah menjadi inspirasi kepada golongan muda agar sentiasa yakin dengan kemampuan diri, berusaha bersungguh-sungguh dan mengekalkan sikap rendah diri walaupun berjaya mencapai kejayaan besar.
Warganet Tumpang Gembira
Ruangan komen di media sosial turut dibanjiri ucapan tahniah daripada orang ramai yang tumpang gembira dengan pencapaian Azareena.
Rata-rata warganet memuji kejayaannya memperoleh ijazah kelas pertama serta mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Azalina yang berjaya membesarkan anak dengan cemerlang.
“First class! Tahniah Azareena dan Datuk Seri.”
“Congrats to daughter dan Datuk Seri.”
“Made your mom proud, we love you.”
Kejayaan yang diraih Azareena menjadi bukti bahawa doa ibu bapa, sokongan keluarga serta kesungguhan dalam menuntut ilmu merupakan gabungan yang mampu melahirkan kejayaan luar biasa.
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat kepada lebih ramai anak muda untuk terus mengejar impian, menimba ilmu dan berbakti kepada masyarakat serta negara pada masa hadapan.
Tahniah buat Azareena atas kejayaan membanggakan ini. Semoga terus melakar lebih banyak pencapaian gemilang dalam dunia akademik dan kerjaya.
BACA LAGI : Tengku Zafrul Bangga Anak Raih First Class, Kini Sambung Pengajian Di Oxford
Sumber : Instagram
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di




