Bulan ramadan ni bukan sahaja bulan untuk kita menambah amal ibadat, malah banyak lagi perkara baik yang dapat kita buat. Salah satunya, eratkan lagi hubungan dengan jiran.
Bila masak untuk berbuka, kebanyakan orang akan lebihkan jumlah hidangan untuk diberikan kepada jiran tetangga. Kira adat bulan puasa lah untuk bertukar juadah puasa! Bukan sahaja boleh berkongsi rezeki, tetapi saling bertegur sapa dan eratkan lagi hubungan.
Lain pula bagi kawasan perumahan ini, bukan sahaja bertukar menu berbuka, malah mereka lebih memilih untuk berbuka puasa beramai-ramai di luar rumah di tengah jalan yang dihampar tikar.
Pada awalnya orang ramai menyangka ada individu membuka gerai dengan memacak khemah di hadapan rumah, tetapi jangkaan itu disangkal apabila khemah itu dijadikan tempat untuk mengumpulkan makanan yang dibawa dari setiap rumah.
Bertambah menarik lagi, juadah untuk berbuka dihidang di dalam talam seolah-olah kenduri kahwin dulu-dulu.
Ditanya di ruangan komen tentang kenderaan lain lalu di kawasan hamparan itu, pemilik akaun tiktok ini menjawab memang ada tetapi jarang kenderaan yang lalu.
Meninjau di ruangan komen, orang ramai memuji sifat kejiranan dan hubungan baik antara mereka.
Ads
Sumber : Tiktok @tyy9691
Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.
Bulan puasa ni masa untuk kita tambah pahaladengan membuat amal ibadah. Jom didik jiwa mendekati keluarga sakinah.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tidak menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang untuk berjaya, keluarga ini buktikan andai ada kemahuan pasti akan ada jalannya.
Kisah keluarga ini cukup menarik untuk dijadikan contoh, biarpun satu keluarga mempunyai masalah disleksia, namun itu tidak menjadi batu penghalang untuk berjaya dalam hidup.
Moga kisah ini menjadi panduan buat ibu bapa yang memiliki anak-anak disleksia supaya jangan sesekali berasa anak tidak punya masa depan dan memandang rendah keupayaan mereka untuk berjaya.
Jadikan perkongsian oleh Hajar Abdullah ini sebagai sumber inspirasi.
Abah, orang yang alami dyslexia. Pandai baca pun time darjah 5. Kini Abah merupakan peguam criminal, civil dan syarie. Graduated from Oxford University.
Miliki firma guaman sendiri dan bina Madrasah Baitul Bayan : Tahfiz dan Alim di Batu Pahat, Johor. Baru ada 60++ pelajar di dalamnya.
Don’t be too wow or impress sebab Abah selalu kata semua itu bukan dia yang punya. Allah Maha Hebat yang bagi.
Umi pula guru sains di sekolah menengah dan selalu ada dengar my stories. Dari kiri :
+ Huzaifah@Ridhwan, 18 tahun hafal 30 Juz.
+ Muhammad, 20 tahun hafal 20 Juz.
+ Muaz, 17 tahun hafal 30 Juz.
Percaya atau tidak, mereka ini juga orang dyslexia. Dari segi akademik, mereka kurang terserlah. Namun dari segi kematangan dan skill, they are great enough.
Saya?
Umur 23 and still striving gila bak hang nak hafal walau 1 Juz Amma’. Kalau bicara bab bisnes, laju je. Tengah usaha to upgrade myself better. After all, Allah pandang usaha kan?
How come boleh ada so much differences between us? I mean mereka huffaz, saya tak.
It started saat Imam Muda Huzai mahu belajar agama setelah parents balik dari tunaikan Haji 6 tahun lepas. The first one dalam famili who request jadi Hafiz.
Masa tu saya dah tamat SPM dan tengah tunggu result UPU. Juga the only one yang ikut sistem education Malaysia (UPSR – PMR – SPM – ASASI – DEGREE).
Jauh dari sudut hati lihat Imam Muda Huzai yang terima hidayah lebih awal ketika umur 12 tahun, it is one of the reason my heart open nak tahu in deep what Islam is. If he in such a young age can, why don’t me?
Hidayah Allah bukan ditunggu, namun dicari dan paksakan diri untuk cari. Sama juga dengan peluang dalam bisnes.
2 perkara yang parents saya ajar :
#1 – Belajar hidup susah.
Umi sanggup hantar kami 4 beradik ke Cambodia selama seminggu. Semata-mata untuk rasa hidup susah tu bagaimana. Supaya kami tak gantung harap pada parents.
Pointnya adalah bila dah terbiasa hidup susah, at least ada ujian yang sukar diri boleh tangani dengan sabar dan mudah.
#2 – Usaha sendiri untuk dapat apa yang mahu.
Saya start bisnes umur 18. Until now, tak minta guna duit parents sebagai modal. Mereka hanya bagi ilmu dan modal berbentuk sokongan. Apa-apa yang nak, Abah selalu suruh doa minta kat Allah dulu.
Even nak masuk kelas bisnes, Abah akan cakap “Dah istikharah belum?” Hewww.
Abah punya expectation lebih dari biasa. Hinggakan ada di zon selesa pun tak boleh sebab ada banyak lagi sifat diri yang perlu dibaiki.
When people look at me and my family, perkataan yang keluar dari mulut mereka adalah “how lucky you are. Bestnya jadi macam kau. Bertuahnya itu ini.”
Ingat ini, “ujian yang hebat untuk orang yang hebat.”
Imam-imam muda pun ada cabaran mereka tatkala on the way jadi hafiz. Dengan kena gangguan, orang sinis nak kerja apa kalau takde sijil and so on. Same happen to my parents. Even me too.
Ketahuilah bahawa :
Hebat itu bukan datang saja-saja.
Hebat itu bukan dari goyang kaki semata.
Hebat itu bukan milik orang yang usahanya biasa-biasa.
Malah, proses jadi hebat itu perlukan tawakal, usaha dan masa.
Hajar Abdullah,
Waaa, Kaklong takde dalam gambar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ketika zaman bersekolah rendah dulu boleh dikatakan adalah waktu yang paling bahagia dan menyeronokkan.
Apa tidaknya, sebelum pergi sekolah hari-hari tadah tangan minta duit belanja daripada ayah. Apa yang kita tahu, duit itu nanti boleh beli nasi lemak, aiskrim, jajan dan sebagainya. Senang cakap, tadah tangan je kalau nak duit. Tak fikir pun cara jimat berbelanja untuk ringankan beban orang tua kita, maklumlah kanak-kanak lagi ketika itu.
Namun bila kini sudah menjadi ibu dan ayah, barulah kita dapat rasakan apa yang dilalui oleh ibu ayah Kita dahulu. Bukan senang rupanya mencari sesuap nasi untuk pastikan anak-anak cukup makan pakai.
Ini sebagaimana catatan seorang anak yang rindu akan ayahnya dan membacanya boleh membuatkan terkesan dihati.
Dulu nak pergi sekolah pagi, ayah beri 60 sen untuk setiap anak-anaknya. Petang pula kadang-kadang 20sen kadang-kadang 30 sen. Tapi, kita selalu rasa tak cukup. Siap buli lagi adik untuk 10sen ataupun 20sen tambahan .
Dulu 60 sen untuk beli: 10sen : Air 40sen : Nasi sepinggan 10sen : kacang 10sen : Beli apa-apa di koperasi 20 sen yang di’pau : Beli aiskrim waktu balik
Sekarang nilai 60 sen HANYA untuk parking kereta satu jam pertama. Air pun paling murah RM1.00. Masuk tandas untuk mandi pun 50 sen.
Tapi itu bukan isunya…
Dulu waktu ayah beri duit kita rasa “ala sikitnya… berilah lebih!!!”
Kita tak tahu waktu tu kerja ayah sehari dibayar sekitar RM10-20 sehari. Jadi kalau campur-campur,
4 orang anak : (Lebih kurang RM1x4) = RM4 Beli lauk-lauk untuk mak masak = RM5 Isi minyak motor……… Beli makanan untuk kita adik beradik…. Beli pakaian……… Beli alat kelengkapan rumah…………..
Kita pun tidak tahu berapa baki yang ayah miliki sebelum sampai ke hujung bulan. Tapi yang kita tahu..
Anak-anak ayah tak pernah lapar… Anak-anak ayah tak pernah tak berganti baju… Anak-anak ayah tak pernah tak pakai kasut…
Sekarang bila sudah bekerja, baru kita tahu peritnya nak cari duit….Hari-hari kena fikir berapa banyak nak kena jimat… Berapa banyak nak belanja..
Kadang-kadang kita berharap kita dapat kembali ke masa lalu. Jadi anak ayah yang boleh berlari-lari tak perlu nak fikir ini semua…
Tuhan, terima kasih kerana membesarkan kami dengan seorang ayah yang cukup mengasihi kami adik beradik!! Sungguh kami berbahagia punya ayah dan emak seperti kalian…Tuhan, pimpinlah mereka ke gerbang syurga-mu! Aamiin!!
(Ini adalah catatan anak ayah yang sedang merindu padanya)
Amalan berdoa adalah amat dituntut dalam agama Islam. Selesai sahaja kita menunaikan solat, eloklah untuk kiat berhenti sebentar dan menadahkan tangan untuk berdoa kepada Allah SWT. Antara amalan doa yang boleh diamalkan adalah mempermudahkan urusan seharian, doa untuk ibu bapa dan juga ‘doa pengasih’.
Sebut sahaja doa pengasih mungkin ramai yang memberi tanggapan yang salah. Sebenarnya amalan doa pengasih ini bagus untuk kita menambahkan rasa kasih dan sayang dalam hati sendiri untuk orang lain dan juga orang tertentu terhadap diri kita. Jadi, berikut merupakan cara amalan doa pengasih yang betul dikongsi oleh Ustazah Asma’ Harun.
AMALKAN “DOA PENGASIH” INI AGAR KITA MENCINTAI DAN DICINTAI KERANA ALLAH
Pagi ini kita sama-sama belajar tentang sebuah doa yang sangat indah, diajarkan oleh alim ulama untuk menambahkan rasa cinta dan sayang terhadap ahli keluarga sama ada ibu bapa kepada anak-anak, suami isteri, anak terhadap ibu bapa, sesama kawan, dan lain-lain.
Doa ini mudah dan ringkas, insyaAllah kita boleh hafal dan amalkan setiap hari selepas solat atau bila-bila waktu ketika berdoa. Iaitu:
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Wahai yang Maha Penyayang dan yang Maha Mencintai, jadikan saya/ jadikan kami disayangi di dalam hati __ (nama/panggilan) dengan rahmat-Mu wahai yang paling Maha Penyayang.”
Pada tempat kosong tersebut, sahabat semua boleh pilih untuk sebutkan nama atau panggilan yang diingini, contohnya:
1. Suami/isteri.
2. Ibu Bapa.
3. Anak.
4. Saudara-mara.
5. Kawan.
6. Guru-guru.
7. Orang-orang soleh.
Jangan risau, jika tidak mampu sebutkan dalam bahasa Arab maka boleh diucapkan dalam bahasa Melayu, Allah Maha Mengetahui segalanya. Paling penting kita gembira dan ikhlas dalam berdoa.
MasyaAllah, selain amalkan untuk diri, sama-sama kita ajarkan juga doa ini kepada ahli keluarga agar selalu membacanya. Bayangkan, suasana seluruh ahli keluarga mengaminkan doa ini ketika dibacakan selepas solat berjemaah bersama, diakhiri dengan bersalaman dan berpelukan sesama insan tersayang. InsyaAllah ia merupakan ikhtiar bagi kita membina keluarga bahagia, keluarga Syurga.
Semoga kita dapat beramal dan menjadi insan yang sentiasa berkasih sayang dan mendapat cinta yang Maha Penyayang.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.