Sebut sahaja bab poligami, ada yang beranggapan kaum wanita tidak boleh menerima hal yang satu ini. Manakan tidaknya, siapa yang sanggup berkongsi kasih sayang seorang lelaki dengan wanita lain.

Biarpun di dalam Islam, hukum asal poligami ialah harus dan dibolehkan seperti mana firman Allah s.w.t :

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ “ Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat.” (Surah An-Nisa’:3).

Walau bagaimanapun, hukum poligami ini boleh menjadi sunat, makruh atau haram berdasarkan suasana dan keadaan individu yang ingin berpoligami.

Dalam menyusun kehidupan berumah tangga kena ‘give and take’, tidak boleh mementingkan diri dan nafsu semata-mata. Sebelum menambah ‘cawangan’ baru, apa kata selak dahulu kemampuan diri sama ada mampu melaksanakannya. Mampu bukan hanya dari segi seks semata-mata, tetapi menyeluruh termasuk masa, wang ringgit dan sebagainya.

Isu ini dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin menerusi laman facebooknya.


Jangan Tanya Kenapa Isteri Tak Rela Bermadu, Tengok Dulu Kemampuan Diri Suami.

“Orang lain cuma melihat pakaiannya yg cantik di luar, tetapi hanya isterinya saja yg tahu kurap kayap di kulit badannya…”

IKLAN

Berpisah atau bermadu…

Rata-rata wanita jika diberikan pilihan ini didalam rumahtangganya, maka dia akan memilih utk berpisah. Bukan kerana tidak boleh berkongsi, tidak boleh bermadu atau ingin mengharamkan poligami, tapi baginya lebih banyak dosa jika berkongsi…

Jangan tanya kenapa isteri tak rela bermadu, tengok dulu kemampuan diri suami…

Lagi banyak pendapatannya lebih banyak dia berhutang. Ada yg menggunakan duit isteri, ada yg ditanggung isteri bahkan ada juga yg tidak menafkahi isteri sebab isteri bekerja, isteri ada duitnya sendiri. Tapi masih berhasrat utk berpoligami? Perangai dan siapa suami itu hanya isteri yang tahu…

Sejauh mana kemampuannya…

IKLAN

Kerana itulah ramai wanita takut bermadu, bukan kerana tamak atau kedekut, tetapi kerana dia tahu perangai suaminya sebenar. Suami boleh buat muka 10 sen tunjuk baik dan minta simpati kekasihnya (org ketiga) tetapi dengan isteri dia jadi harimau ganas dan lapar menunggu masa untuk menerkam mangsanya…

Jangan Tanya Kenapa Isteri Tak Rela Bermadu, Tengok Dulu Kemampuan Diri Suami.
Gambar sekadar hiasan

Banyak suami nk berpoligami tapi permulaan pun dah silap…

Bernikah diseberang, bukan di Malaysia kerana dia tahu jika dia membuat permohonan di mahkamah syariah, pasti sukar utk lulus permohonannya disebabkan kemampuannya… Kemudian bila berkahwin, dia culas dan lepas daripada tanggungjawab dan sebagainya, menyebabkan pelbagai masalah dihadapi oleh isteri pertama lalu isteri pertama rasa di aniaya…

Mereka yg berpoligami tapi tidak mampu ini sebenarnya mereka tidak takutkan balasan Allah…

IKLAN

Mereka telah melakukan sesuatu yang diharuskan, sunnah, tetapi melanggar syarat-syarat yang ditetapkan terhadap keharusan tersebut…

Keharusan ini adalah keharusan bersyarat…

Kerana itu apabila syarat tersebut tidak dipenuhi, maka keharusan tersebut tidak ada padanya. Kerana itu, lelaki atau suami yang bertindak sedemikian, telah melakukan dosa. Atas pengalaman yang banyak berlaku dalam masyarakat seperti inilah maka kaum wanita terlalu takut untuk dimadukan.

Poligami adalah keharusan yang ditetapkan oleh Allah kerana tidak adanya jalan keluar, selain daripada berpoligami atau berkahwin lagi. Seorang isteri contohnya, yang tua, uzur atau sakit yang tidak berupaya melayani kehendak batin suaminya, adalah wajar baginya merelakan suaminya yang masih mempunyai nafsu dan mempunyai sifat adil untuk berkahwin lagi…

Jangan Tanya Kenapa Isteri Tak Rela Bermadu, Tengok Dulu Kemampuan Diri Suami.
Gambar sekadar hiasan

Jika semua sudah dipenuhi, nak anak pun isteri dah bagi, layanan semuanya baik, jadi apakah syarat lagi yg akan digunakan utk berpoligami melainkan utk kepuasan dan kepentingan diri?

Nafsu semata-mata…

Jangan paksa isteri utk berkongsi…tengok balik kelemahan dan kekurangan diri sebelum ada “rasa” nak berpoligami…

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI