Ikan cenceru sumbat sambal adalah hidangan yang terlajap sedap untuk seisi keluarga. Bagi yang inginkan kelainain menu hidangan di raya ke tiga, apa kata masak hidangan ini. Nasi gerenti bertambah. Anak-anak pun suka.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Ok ni resepi arwah mak. Ikan cencaru belah belakang. Resepi ada setiap gambar.
Ads
Bahan-bahan:
Rebus cili kering
–bawang -cabai kering -serai -daun kunyit -ayax asam jawa -gula -garam
Ads
Cara penyediaan:
Tumbok cabai sampai agak lumat.Sy suka x brapa lumat sgt…Pas tu baru masuk bawang… Hati2 tumbuk nant merecik…Bila cabai dan bawang dah sebati.Masuk kan plak serai. Pas tu tumbuk lagi.Dah agak cabai tu mcm dah nak lumat… Masuk kan plak daun kunyit..Pas tu boh gula dan garam.Garam tu agak la. Gula tu banyak skit x pa.Biar rasa manis2 pedas gitu.Last skali perah asam jawa. Ambik ayax dia saja.Curah dlm tu pas tu gaul.Pas tu sumbat la masuk blakang ikan.Dulu arwah mak jahit ikan tu. tak nak bg cabai dia tekeluar. Sy cucuk dgn pencungkil gigi je. Ok siap dah boleh goreng.Ok ni dah siap goreng…sorang sekor tak ckup ni weh… Mkn dgn nasi panas-panas pulak Kompom tak kalih.Try la hampa.
Ads
P/s kalo hampa dah buat dan kena dgn citarasa hampa.Saya minta sedekah kan Al-Fatihah kat arwah mak saya. Selamat mencuba.
Bila mengingatkan nostalgia raya zaman kanak-kanak, diakui memang cukup indah dan meriah.
Selain suasananya, pasti juga kita terkenang akan beberapa menu yang istimewa dan wajib ada terhidang di atas meja untuk meraikan tetamu yang berkunjung.
Lain tidak bukan, salah satunya adalah agar-agar kering ini. Boleh dikatakan, hanya musim Raya sahaja kita dapat merasa keenakan rasanya.
Jadi untuk yang ingin merasai kembali kuih legend ini, bolehlah dicuba untuk menyediakannya sendiri dan dalam masa yang sama dapatlah kita perkenalkan dan bagi anak-anak merasa kuih-kuih tradisi orang dulu-dulu.
Jom semak perkongsian ini untuk ketahui cara pembuatanya.
Kuih raya legend paling simple tanpa guna oven dan mixer. Semoga sempat kering sebelum raya.
Resepi mak saya :
60 gm agar-agar pek (agar2 tali)
1.4 kg gula pasir
1600 ml air
250 gm gula batu
Pewarna sikit
Nak lagi sedap boleh letak perisa ikut warna sesuai. Macam saya merah (strawberi), putih (laici)
Cara buat :
1. Campur semua bahan, masak sampai mendidih.
2. Tuang dalam bekas, dah keras sikit baru boleh potong. Potong pakai pisau lekuk beli dekat Eco je.
3. Jemur sampai keluar gula
Resepi ni boleh dapat penuh 4 tray.
P/s: Jangan makan banyak2, sebab manis hehehe. Resepi ni memang kena banyak gula sebab nanti tak jadi keras.
Saya dah update gambar yang dah kering. Saya izinkan sahabat2 share resepi. Boleh buat untuk makan raya
Putu Perak antara kuih warisan tradisional negeri Perak yang kekal digemari sehingga ke hari ini. Bagaimanapun agak sukar untuk ‘menemui’ kuih putu perak ini kecuali balik ke kampung. Itu pun hanya boleh didapati pasar pagi.
Untuk membuat putu perak selalunya menggunakan kain kasa. Jika tiada kain kasa, daun pisang juga boleh digunakan. Aroma daun pisang menjadikan kuih putu perak jadi lebih enak dinikmati.
PUTU PERAK
BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung beras
1 cawan tepung pulut
1 cawan air suam
1 cawan gula halus (gula dikisar)
1 sudu kecil garam
BAHAN INTI PUTU
Kelapa parut (putih sahaja)
Garam secukupnya
*Satukan kelapa dan garam. Gaul sebati.
CARA MEMBUAT:
1. Dalam bekas besar, satukan tepung beras, tepung pulut dan garam. Gaul semuanya supaya sebati.
2. Kemudian masukkan air secara sedikit demi sedikiti. Ramas-ramaskan sehingga berketul-ketul.
3. Pastikan tepung peroi dan bukan lembap. Kita akan tapiskan tepung itu.
4. Apabila tepung sudah nampak peroi, masukkan sikit dalam penapis. Tonyoh dengan jari supaya tepung boleh ditapis.
5. Siap ditapis, masukkan gula. Gaul rata. Kemudian tapis sekali lagi.
6. Masukkan adunan dalam acuan. Jangan ditekan. Masukkan sahaja. Mula-mula masukkan separuh dahulu. Kemudian letakkan inti kelapa. Kemudian masukkan adunan lagi sehingga penuh. Ratakan atasnya dan letak daun pisang. Terlangkupkan dalam kukusan.
7. Ulang langkah 6 sehingga habis adunan.
8. Kukuskan putu selama 10 minit.
TIP
– Kalau ketika masukkan adunan tepung itu kita tekan, putu akan jadi padat.
– Kesannya, putu susah untuk dikeluarkan daripada acuan.
– Air kukusan jangan terlalu banyak. Isi air kukusan sedikit sahaja supaya air tidak menitis atas putu.
– Pastikan air kukusan betul-betul mendidih, baru masukkan putu.
Makanan melekat pada kuali ketika menggoreng menyebabkan kita jadi geram kan. Lebih-lebih lagi apabila makanan tersebut contohnya ikan, habis hancur isinya.
Walaupun minyak sudah betul-betul panas tetapi masih lagi melekat. Bukan itu sahaja, kesan tersebut agak sukar untuk dibersihkan.
Untuk menghasilkan gorengan yang cantik dan tidak melekat pada kuali, ikutilah petua-petua berikut yang dikongsikan oleh Pn. Norazmawati Md Yusof dari Terengganu.
Petua 1
Mula-mula masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan. Setelah minyak cukup panas, sebelum menggoreng sama ada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. InsyaAllah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.
Petua 2
Selain daripada garam, anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali.
Petua 3
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.
Petua 4
Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, gerenti tidak melekat.
Petua 5
Perapkan dengan sedikit cuka atau asam limau nipis, insyaallah tidak lekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.