Tak lengkap hidangan makan tengahari keluarga jika tidak disertakan dengan sepinggan ikan masin pembangkit selera. Memang bangkit rasanya jika dimakan ketika panas. Pun begitu ikan masin yang hancur dek terlalu lembut buat kita
sukar untuk menggorengnya.
Sudahnya ikan hancur dan tidak sempurna apabila dihidangkan. Tahu tak sebenarnya ada cara untuk mengekalkan rupa dan bentuk ikan sempurna ketika digoreng. Ada baiknya kita cuba petua tradisi yang dikongsikan oleh Norlaili Hashim dari Pekan, Pahang ini. Mudah sangat!
Petua 1
BAHAN-BAHAN:
Ikan gelama masin
Tepung gandum
CARA MEMBUATNYA:
1. Bersihkan ikan dan buang siripnya.
Ads
2. Ambil satu sudu tepung dan letakkan pada ekor ikan masin.
3. Ratakan sapuan pada ekor.
4. Kemudian barulah panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Ads
Petua 2
BAHAN-BAHAN:
Ikan masin
CARA MEMBUATNYA:
1. Setelah dibuang siripnya, basuh ikan masin pada air mengalir.
Ads
2. Elakkan merendam ikan masin.
3. Cara ini buat ikan jadi lembut dan apabila digoreng akan hancur.
Mudah kan? Jom cuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rahsia keenakan rasa popia mini atau pun karipap mini adalah pada intinya. Itu yang buat kita leka menjamahnya.
Jadi jika berhajat untuk sediakan menu ini sebagai juadah untuk tetamu di Hari Raya nanti, bolehlah anda sediakan inti yang dibuat daripada ikan selayang atau pun ikan sardin seperti mana yang dikongsikan oleh Achik ekin.
SERUNDING IKAN SELAYANG @ IKAN SARDIN
Bahan 1
Ikan selayang @ ikan sardin = 1kg
Rebus macam biasa
Bahan tumis
Bawang merah = 7 bji
Bawang putih = 6 ulas
Cili kering = 10 bji
Serai = 4 btg
Halia = sebesar 1 inc
Lengkuas = sebesar 1 inc
Ketumbar = 2 sudu
1 .Bland semua bahan dekat atas kecuali ketumbar. Ketumbar tu saya guna yang serbuk kalau nak guna yang biji pun boleh tapi kena rendam dulu sekejap baru bland sekali dengan bahan-bahan tadi.
2 .Tumis bahan-bahan bland tadi dan masukan serbuk ketumbar. Tumis sampai dia betul-betul kering air .. untuk serunding ni saya tak pakai santan ye.. kalau nak guna santan pun boleh terpulang kalau untuk 1 kg ikan ni kalau santan fresh beli je RM2. Agak-agak bahan tumis tu sudah pecah minyak boleh la masukkan santan kacau sekejap boleh la masukkan gula gram dan perasa aji ,sedap rasa ke ikut cita rasa masing. Kalau tak nak pakai santan lepas je bahan tumis tu dah kering dan pecah minyak boleh masukan perasa.
Untuk inti popia ni dia kena manis ye sebab bila sudah buat popia rasa dia tu jadi ngam sebab kulit popia dia dah rasa masin-masin sikit untuk karipap mini pun sama…ni cara saya buat ye. Selebihnya ikut selera masing.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Agak-agak sudah bederai serunding nampak basah tu boleh la matikan api, jangan kacau sampai kering ye..kering tu maksudnya bila kita penyet-penyet tu dia macam rapuh nanti bila buat popia dia akan rasa macam hangit bila kita goreng.
Petua simpan taugeh supaya kekal segar dan putih. Taugeh adalah sayur yang mudah disediakan dan harganya juga sangat berpatutan. Namun begitu, taugeh mudah layu dan berubah warna jika disimpan terlalu lama, menjadikannya kurang menarik untuk dimakan.
Masalah ini sering dihadapi oleh ramai suri rumah apabila terlupa memasaknya disebabkan kesibukan atau perkara lain.
Jangan risau, ada cara mudah untuk memastikan taugeh kekal segar, putih, dan tahan lebih lama. Petua ini dikongsikan oleh pengguna media sosial, AwisyAlif AlifAwisy dan Cahaya Ara Ixerora.
Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda cuba:
Kadangkala taugeh yang dibeli berubah menjadi lebam kerana disimpan terlalu lama. Jika ini berlaku, jangan buang taugeh tersebut. Anda boleh memutihkannya semula dengan cara berikut:
Rendam taugeh dalam bekas berisi air.
Tambahkan beberapa keping asam keping ke dalam air rendaman.
Biarkan selama beberapa ketika sehingga taugeh kembali putih seperti baru dibeli.
Dengan petua ini, taugeh yang kelihatan lebam akan kembali segar dan sedia untuk dimasak.
Untuk memastikan taugeh kekal segar dan tidak cepat rosak, ikuti langkah mudah ini:
*Masukkan taugeh ke dalam plastik bersih.
*Letakkan sekeping asam keping bersama taugeh di dalam plastik.
*Tambahkan air sehingga taugeh tenggelam sepenuhnya.
*Ikat plastik dengan kemas untuk mengelakkan udara masuk.
Tip tambahan: Tukar air rendaman setiap dua hari sekali untuk memastikan taugeh kekal segar.
Menurut AwisyAlif, dengan cara ini taugeh boleh disimpan sehingga 9 hari tanpa rosak, dan warnanya tetap putih bersih.
Asam keping bertindak sebagai bahan semula jadi yang membantu mengekalkan kesegaran taugeh. Sifat asid dalam asam keping membantu menghalang pertumbuhan bakteria, sekali gus melambatkan proses kerosakan taugeh.
Jimatkan kos: Tidak perlu membuang taugeh yang lebam.
Penjagaan kualiti makanan: Taugeh kekal segar dan menarik untuk dimasak.
Mudah diamalkan: Langkah yang mudah dan menggunakan bahan yang murah serta tersedia di rumah.
Dengan petua ini, anda tidak perlu lagi risau tentang taugeh yang cepat layu atau berubah warna. Amalkan cara ini setiap kali membeli taugeh, dan anda pasti teruja dengan hasilnya. Selamat mencuba!
Berkebun memang seronok kan, tambah lagi jika tanaman kita hidup subur. Tak sabar rasanya nak menuai hasil titrik peluh sendiri. Bagi yang memiliki kawasan yang terhad, biasanya pasu menjadi pilihan utama.
Begitu pun, kena ambil tahu juga apakah jenis tanaman yang sesuai untuk di tanam di dalam pasu. Selain itu, penggunaan tanah juga penting.
Apabila kita berkebun menggunakan pasu, antara perkara penting perlu kita fokuskan adalah pada medium tanaman yang kita gunakan. Ramai yang membeli campuran tanah yang dijual di nurseri pokok dan kedai pertanian.
Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya kita boleh buat sendiri campuran tanah ini?
Saya akan terangkan tiga formula yang biasa digunakan oleh pekebun nurseri dalam menanam tanaman mereka dalam pasu.
Sebelum itu, kita ketahui dahulu bahan-bahan asas yang perlu ada dalam campuran tanah ini.
Tanah atas adalah lapisan tanah yang paling atas di atas tanah (sama seperti namanya). Tanah atas ini berfungsi membekalkan nutrien dan menyimpan air untuk akar pokok nanti.
Kalau kita nak tahu, tanah atas yang terbaik adalah tanah atas yang diambil di pinggir hutan. Tanah yang hitam kaya dengan bahan organik.
Jika tiada, gunakan tanah merah.
Jika tiada juga, boleh guna tanah campuran yang dijual di nurseri.
Bahan organik berfungsi sebagai pemberi nutrien dan kesuburan tanah.
Contoh bahan organik yang ada adalah mana-mana najis haiwan ternakan (ayam, arnab, kambing, lembu, kuda), kompos, dan sabut kelapa halus. Mana-mana bahan organik kita boleh gunakan dalam campuran tanah nanti.
Pasir berfungsi memberi ruang rongga pada campuran tanah. Ruang rongga ini memberi ruang untuk akar berkembang dengan baik. Seterusnya dapat menyerap oksigen dengan baik.
Pasir yang terbaik adalah pasir sungai atau pasir lombong. Untuk mudah, kita boleh gunakan pasir yang dibeli di kedai hardware. Alah, pasir buat rumah tu?
Pasir pantai tidak sesuai digunakan atas sebab pasir pantai terlalu halus dan mengandungi garam yang tinggi. Ini akan merencat pertumbuhan tanaman kita nanti.
Alternatif lain, kita boleh ganti pasir dengan perlit, vermikulit ataupun zeolit. Ketiga-tiga bahan ini sesuai untuk menjaga struktur tanah campuran.
Setelah kita tahu tiga asas dalam campuran tanah, barulah kita masuk ke dalam formulasi campuran tanah ini.
Selain daripada tiga bahan asas yang saya nyatakan di atas, kita boleh menambah sabut kelapa halus, sekam padi, dan sekam bakar sebagai bahan tambahan. Bahan tambahan ini membantu perkembangan bibit dalam pasu.
Formula 3:2:1 paling banyak digunakan oleh pekebun nurseri untuk tanaman pasu. Nisbah 3:2:1 ini dimulai dengan tanah atas, bahan organik dan pasir.
Secara mudahnya, 3 tanah atas, 2 bahan organik dan 1 pasir.
Formula ini sesuai untuk segala jenis tanaman termasuk sayur, buah dan bunga.
Campuran 2:1:1 ini sesuai untuk tanaman sayur. 2 tanah atas, 1 kompos, 1 sabut kelapa halus. Ramuan ini mampu memberi nutrien dan penyerapan air yang bagus untuk pokok.
Campuran tanah 1:1:1 ini sesuai untuk tanaman semaian. Kita boleh gunakan campuran ini untuk menyemai benih sayur dahulu sebelum terus dipindahkan atas batas atau pasu lebih besar.
Setelah kita campurkan semua bahan-bahan di atas, kita perlu gaulkan sehingga semua bahan menjadi sebati.
Apabila kita membuat campuran tanah ini, perkembangan pokok akan lebih teratur dan subur.