Petua paling perlu diingat setiap kali membeli ikan tongkol/aya ialah untuk membuang bisanya bagi penderita resdung. Bisa ikan tongkol terdapat pada bahagian ekornya. Jika tidak dibuang bisa tersebut, bila penghidap resdung makan, itu yang boleh buatkan alahan seperti ersin tidak berhenti-henti dan gatal hidung.
Bagi penderita resdung, eloklah masak sendiri sahaja menu ikan tongkol ini bagi mengelakkan alahan. Beli, siang dan masak sendiri. Selepas bisanya dibuang barulah boleh dilakukan langkah memasak ikan.
Cara hendak buang bisa ikan tongkol:
Pulas sedikit ekor sampai rasa longgar sikit dan tarik. Jangan pulas habis takut ekor tercabut terus dan tak sempat tarik bisa itu keluar.
Info tentang penyakit radang sinus atau lebih dikenali dengan resdung.
Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.
Radang sinus?
Ads
Radang sinus adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membrane pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. Ia terbahagi kepada 2 bahagian:
*Alahan
*Iritasi kimia
*ketumbuhan dalam hidung (polyp)
Ads
Apakah tanda dan gejala radang sinus?
Di antara tanda dan gejala radang sinus adalah seperti berikut:
*Hidung tersumbat
*Batuk
*Sakit kepala atau muka
*Jerawat pada muka
*Selesema berpanjangan
*Hidung berbau busuk
*Demam
*Letih dan lesu
*Hilang deria rasa dan bau
*Batuk teruk pada waktu malam
*Bagaimanakah radang sinus menjadi bahaya?
Radang sinus akut boleh menyebabkan:
*Radang sinus kronik
*Sakit kepala kronik
*Bisul pada sinus maxilar
*sinus frontal
*sinus ethmoidal
*otak
*mata
Dapatkan nasihat doktor. Gejala dapat dikurangkan dengan cara:
*Rehat yang cukup
*Bernafas dalam wap panas dari semangkok air ( boleh tambah sedikit minyak angin).
*Makan ubat penahan sakit ( panadol)
*Ubat selsema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung
*Antibiotik sekiranya penyebabnya bakteria.
Bagi radang sinus kronik, rawatan berikut amat membantu:
*Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang)
*Penggunaan Antihistamin dalam jangkamasa panjang
*Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.
Bagaimana cara mencegah radang sinus?
Pencegahan terjadinya radang sinus:
*Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
*Pastikan kelembapan di rumah baik
*Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara
*Berhenti merokok
*Hindari alkohol
*Ambil ubat selsema sebelum berenang/menyelam.
Setiap kali anak batuk atau demam , pasti ibu orang yang paling tak senang duduk. Nak-nak lagi kalau anak-anak jenis yang sakit lambat nak sembuh. Kadang kala memakan masa berminggu-minggu.
Kerana itu, ibu sangat alert dan mengawal pemakanan anak-anak terutama makanan junk food seperti gula-gula dan sebagainya. Nak nak lagi anak jenis yang sukar untuk makan ubat. Puas dipujuk dengan pelbagai cara, ada sahaja alasan dan karenah mereka yang tidak mahu makan ubat.
Untuk ibu-ibu yang ada masalah ini, apa kata buat sendiri candy atau gula-gula untuk anak-anak. Istimewanya candy ini bukan sahaja selamat dimakan malah ia membantu melegakan batuk atau sakit tekak yang dialami anak-anak.
Namun, candy ini bukanlah ubat dan anak-anak tetap perlu mendapatkan rawatan doktor jika batuk berterusan dan tidak baik. Candy ini adalah sebagai rawatan alternatif.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri, jom tengok perkongsian dari AJ Idris ini.
Ini bukanlah ramuan ubat batuk, cuma sebagai alternatif untuk mengurangkan / melegakan sakit tekak dan batuk ringan. Kena juga jumpa doktor, tau.
Bahan-bahan
Sebiji lemon, ambil jus,
1 sudu kecil serbuk halia,
3 sudu kecil gula perang (dalam gambar sesudu je buat contoh). Boleh gantikan dengan gula putih kalau suka.
cara membuat:
Masak semua bahan di atas dalam api perlahan sampai berbuih macam ni. Kaca-kacau ya.
Bila dah berbuih, tutup api. Kacau-kacau lagi sampai buih hilang, dan air tadi jadi pekat dan agak melekit.
Cepat-cepat titiskan, sebab dia akan cepat mengeras. Titislah comel-comel. Kalau ada acuan, sila guna.
Bila dah keras, taburkan gula ising. Tapi di sini saya taburkan serbuk bunga ros sebagai ganti gula ising. Kata pun nak sihat.
Ini, warnanya agak gelap sebab saya gunakan gula merah.
Yang ini, saya campurkan sedikit serbuk bunga ros dalam ramuan.
Dah keras dan sejuk, simpan dalam bekas kedap udara. Siaplah sudah.
Merasa tendangan dan pergerakkan bayi di dalam kandungan buat pertama kali sememangnya nikmat yang paling membahagiakan seorang ibu. Pengalaman yang cukup indah.
Namun pengalaman ini jika dibiarkan tanpa dipantau boleh mengakibatkan kehilangan yang paling menyedihkan. Jangan sekali-kali abaikan pergerakan ini kerana ia cukup penting!
Dr Anisah Latiff, yang kini bertugas di Klinik Dr Alyna berkongsi fakta mengenainya.
Kita sebagai ibu, cara untuk kita kenal pasti baby dalam perut sentiasa sihat adalah dengan cara mengesan pergerakkannya. Dan bila tak ada sebarang pergerakan, sudah tentulah sangat berbahaya.
Ada sesetengah ibu yang rasa baby tak bergerak terutama di hujung-hujung kehamilan perkara biasa dan normal, sedangkan itu tidak patut berlaku.
Biasanya pada minggu ke 28 hamil, ibu sudah boleh merasa pergerakkan bayi dalam kandungan sehinggalah waktu melahirkan iaitu ketika usianya sembilan bulan.
Sepuluh gerakan setiap hari dalam tempoh 12 jam adalah sangat penting untuk diambil kira.
Misalnya dari 9 pagi hingga 9 malam dan gerakan ini ada gerakan lembut, gerakan aktif dan gerakan yang kuat. Semua gerakan ini harus diambil kira.
Kebiasaannya sekitar jam 3 hingga 4 petang, sepuluh kiraan itu sudah pun selesai dikira oleh ibu. Namun jika anak tak cukup bergerak atau tendangannya kurang aktif, ibu perlu rujuk untuk mendapatkan nasihat doktor dan pemeriksaan.
Rangsang bayi bergerak dengan makanan
Pun begitu, bagi memastikan bayi dalam kandungan terus bergerak dan aktif di dalam perut, sebenarnya ada beberapa daya rangsangan yang ibu boleh lakukan.
1. Ibu banyakkan bergerak 2. Makan benda manis 3. Makan dan minum makanan sejuk seperti aiskrim atau air sejuk. 4. Cuba sentuh perut dan bercakap dengan anak.
Jika kesemua cara ini sudah dilakukan tetapi anak masih tidak mahu bergerak, ada baiknya ibu rujuk kepada doktor untuk rawatan.
Bila ibu tidak sihat?
Bila keadaan ibu tidak sihat, seperti demam dan sebagainya, anak juga akan turut sama mengalami kesannya. Anak juga kurang aktif seperti selalu.
Apa yang boleh dilakukan adalah melakukan cara rangsangan yang sama seperti di atas untuk kembali membuatkan anak aktif bergerak. Wajib cuba!
Nasihat untuk ibu, kiraan 10 kali di dalam tempoh 12 jam itu tersangatlah penting. Jangan culas untuk mencatit pergerakan ini di dalam buku pink ibu!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam keadaan situasi yang membimbangkan ini mengenai wabak virus, tentu ibu bapa risau tentang kesihatan anak-anak.
Jika boleh nak pastikan anak atau mencegah anak daripada terkena jangkitan dan mahu meningkatkan imun anak-anak.
Terdapat pelbagai cara nak memastikan anak sihat termasuk menjaga aspek pemakanan. Salah satunya memastikan anak mengambil pemakanan yang berkhasiat.
Sebagaimana perkongsian bermanfaat oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.Boleh kita jadikan panduan bersama.
TINGKATKAN DAYA TAHAN ANAK-ANAK DENGAN PEMAKANAN YANG BETUL
Ramai orang yang berusaha mencari pelbagai suplemen untuk meningkatkan sistem daya tahan (kekebalan) tubuh. Pengamalan suplemen yang banyak dijual di pasaran tidak akan bermakna jika anak-anak kita masih lagi tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Sistem kekebalan tubuh atau sistem imunisasi ini berfungsi melindungi tubuh dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Oleh itu kita akan melihat ada anak-anak yang sihat dan ada anak-anak yang mudah sakit walaupun berada dalam taska dan tadika yang sama.
Saya mencadangkan beberapa jenis sayur-sayuran yang bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan anak-anak kita.
.
1. BROKOLI
Ia mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi. Selain itu juga ia mengandungi vitamin A, C, dan E. Cara terbaik ketika menyediakan brokoli adalah dengan membersihkan brokoli kemudian di stim bersama nasi dalam periuk yang sama.
2. BAYAM
Kandungan antioksidan sayur ini juga tinggi. Cara penyediaannya sama seperti brokoli. Jangan terlalu lama ditumis. Stimkan sayur ini bagi mengekalkan nutrisinya.
3. BAWANG PUTIH
Ia mengandungi sebatian allicin yang bersifat antibakteria dan antivirus. Jadi ia bagus dicampurkan sedikit pada makanan anak-anak kita. Biasakan mereka dengan bawang putih.
4. KUNYIT
Ia mengandungi sebatian cucurmin yang bersifat antiradang. Tambahkan lebih kunyit dalam masakan kita agar ia dapat juga dinikmati oleh anak-anak.
5. BETIK
Betik adalah buah tempatan yang sangat bermanfaat kerana mengandungi sebatian papain, yang berfungsi sebagai antikeradangan. Ia juga mengandung vitamin B, potassium, dan asid folat. Tahap vitamin C dalam sebiji buah betik sangat tinggi.
Banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat bermanfaat. Latih anak kita dari kecil untuk mengambilnya dalam makanan.
Digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, warden penjara maut. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.