Bagi sebahagian kaum wanita memasak itu adalah aktiviti yang menyeronokkan, ibarat terapi buat diri. Apatah lagi, jika menyediakan hidangan untuk dijamu kepada keluarga tercinta.

Ikut 3 Cara Ini Untuk Elak Rumah Berbau Lepas Masak
Rasa bahagia menyediakan hidangan untuk famili.

Pun begitu, sering juga terjadi kita berasa tertekan dengan bau yang kurang enak menjengah ke segenap ruang kediaman setelah usai memasak. Malah bau tersebut terus melekat pada sofa, langsir dan sebagainya.

Jadi untuk atasi perkara ini, cuba lakukan langkah mudah ini.

[su_highlight background=”#8bd6f6″ color=”#242121″]Sebelum[/su_highlight] memasak

Tutup pintu (jika dapur anda ada pintu di antara ruang dapur dan ruang tamu) dan pastikan tingkap dibuka.

IKLAN

Pasang kipas untuk melancarkan pengudaraan.

[su_highlight background=”#cee1be” color=”#242121″]Semasa[/su_highlight] memasak

IKLAN

Buang segala makanan yang mudah rosak dan berbau dalam plastik yang berasingan agar mudah dibuang ke dalam tong sampah di luar rumah.

Sambil memasak sambil itulah mengemas seperti mencuci periuk dan kuali yang sudah selesai digunakan daripada membiarkannya berbau di sinki.

IKLAN

[su_highlight background=”#e7c8cb” color=”#242121″]Selepas[/su_highlight] memasak

Rendam beberapa keping roti ke dalam cuka dan letak di tempat yang strategik untuk menyedut bau.

Letakkan mentega, gula dan kayu kulit manis dalam aluminium foil dan letak atas dulang pembakar. Masukkan ke dalam oven bersuhu 200°C selama satu jam untuk dapatkan dapur berbau seperti bakeri.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI