Bawang antara bahan mentah yang cepat bertindak balas dan tidak tahan lama jika disimpan terlalu lama. Jika bawang merah atau bawang besar akan menjadi lembik dan busuk jika disimpan lama, bawang putih pula biasanya akan menjadi layu dan busuk luarannya.
Sebenarnya ada cara menyimpan bawang putih ini. Rasanya juga lebih sedap, sebati dan paling penting lebih tahan lama. Bagaimana?
Bukan itu sahaja, malah cara ini juga lebih menjimatkan masa memasak kerana tidak perlu lagi mengupas bawang putih yang sememangnya agak sukar untuk dikupas. Dengan kaedah ini, setiap kali hendak masak, hanya sudukan dan terus ditumis sahaja tanpa perlu mengupasnya lagi. Menarik! Tapi bagaimana?
Caranya :
1. Kupas kulit dan potong dadu bawang putih.
2. Jemur bawang putih sehingga ia agak kering tetapi jangan sampai warnanya bertukar gelap.
3. Masukkan bawang putih ke dalam balang kaca.
4. Tambah minyak masak seperti minyak zaitun, minyak jagung atau minyak masak jenis lain dalam balang kaca sehingga bawang putih tenggelam.
5. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama atau di dapur sahaja. Elakkan dari suhu panas.
6. Keluarkan jika hendak memasak. Tahan sekurang-kurangnya sebulan.
Ads
Kelebihan Bawang Putih Anti Bakteria & Antivirus
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai anti-virus dan anti-bakteria untuk memusnahkan beberapa mikrob. Ia teramat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
Ads
Ads
Kelebihan Bawang:
Mengandungi Banyak Iodin
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih sangat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
Membantu Sistem Pencernaan
Bawang putih akan merembeskan gastric asid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
Meningkatkan Sistem Imunisasi
Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktivitisel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
Sumber : Persatuan Muafakat Johor
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Pelik betullah, setiap kali masak kek mesti tak menjadi. Kadang-kadang tak berapa masaklah, kek tak mahu naiklah dan lebih teruk pernah juga hangit. Walhal, ikut resipi bulat-bulat, tetapi tetap juga tidak menjadi. Kenapa ye, apa sebenar masalahnya ni?”
Rungutan sebegini memang biasa didengar terutama buat kita yang kurang pakar dalam memasak kek. Hinggakan ada yang mengatakan menyediakan hidangan kek atau pastri ini sangat leceh dan tidak semua boleh menyediakannya. Skil memasaknya tidak sama dan perlu dipelajari.
Untuk itu, Shahidan Shuib yang berpengalaman memasak kek telah kongsikan beberapa tip. Semoga ia bermanfaat dan sedikit sebanyak menjadikan kita lebih berilmu dalam penyediaan hidangan pastri ini. Jom cuba!
Walaupun setiap ketuhar/oven kita telah disertakan dengan alat penunjuk suhu ketuhar di luarnya, sebenarnya kita tidak boleh percayakan sangat penunjuk aras ketuhar tersebut. Mungkin, kita sudah membetulkan suhu kepada 170 darjah Celsius tetapi dalam ketuhar tersebut belum lagi sampai kepada 170 darjah tersebut. Atau, yang lebih teruk suhu di dalam sebenarnya melebihi 180 darjah Celsius, terlebih panas.
Oleh itu, letakkan penanda suhu di dalam dan pastikan berada di tengah-tengah. Cara ini mungkin menyelamatkan kek dan pastri anda daripada menjadi terlalu kering ( satu atau dua darjah Celsius memang mempengaruhi tekstur kek sama ada terlebih garing atau kurang masak (underdone).
Apakah itu? Tempat atau lokasi dalam oven yang mempunyai kepanasan yang tidak setara. Untuk menguji di manakah hotspots dalam ketuhar kita, kita uji dengan membakar roti kita. Susunkan kepingan roti. Dalam suhu kepanasan 180 – 190 darjah Celsius, bakar roti kita sekitar 7 minit. Atau, lihat dengan kerap kegaringannya.
Kemudian keluarkan dan lihat kepingan roti yang mana satukah yang terlebih hangit, garing dan yang mana menerima haba yang sekata?
Saya buatkan ujian ini pada oven ‘built in’ saya, bahagian hadapan sebelah kiri nampaknya menerima kepanasan yang lebih daripada tempat lain. Jadi, akan datang saya akan pastikan adunan kek saya diletakkan lebih jauh ke belakang sedikit. Cara ini membantu saya untuk meletakkan loyang kek besar atau kecil berdasarkan pengetahuan saya yang tahu ‘hotspot’ dalam oven saya.
Ekstra tip lagi tentang ketuhar
kredit gambar dan sumber : Shahidan Shuib
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pertama kali berhadapan dengan situasi kemalangan , pasti itu pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang hidup. Apatah lagi melibatkan anak-anak kecil.
Trauma pasti ada bagi mereka yang tidak kuat semangat. Demikian yang berlaku kepada Anita Mohammad yang menjadi saksi seorang pelajar lelaki terlibat dalam satu kemalangan ngeri. Pelajar berkenaan diseret kira-kira 20 meter apabila dilanggar oleh lori 1 tan di hadapan sekolah.
Kemalangan yg menyedihkn.. 20hrbln khamis brsamaan 16syawal1440 jam 4.45pm
Xtau nk mula dr mana.allah pilih sy utk melihat kemalangan sorng pelajar darjah 3 yg menyayat hati didepan mata ??
Sambutan hari raya sklh agama bukit banjar smlm yg sepatotnya smua gembira bertukar duka apabila srng ank muridnya dirempuh sebuah lori 1tan.x pasti ade muatan durian atau x yg pasti mmng penuh dgn bakul dibelakang lori ?
Sy yg kebetulan ade disitu dgn tujuan nk ambil ank² blik sklh menjadi saksi ditmpt kejadian.adik AQEEF HAFIY..berlari² dr pintu pagar sklh bla melihat kereta sy berhenti ditepi jln.smpi di tepi kereta sy dia tiba² berhenti.dr dlm kereta sy tgok muka dia dan dia tgok muka sy.mungkin kereta sy disangkakn kereta ayahnya kerana warna kereta yg sama cuma jenis berbeza membuatkn dia malu dan terus berlari melintas jln mcm tu je dannnnnn lori pon smpi terus merempuh ank kecil tu ????allahu aqeeffff
Didepan mata saya aqeef di seret sejauh +-20mter jauhnya dan berguling² dibawah lori dgn kasut dan songkoknya berterbangan atas jln dgn lengkap berbaju melayu biru hari raya ??
Sy seperti org hilang akal.menjerit² meminta bantuan org awam hantar aqeef segera ke hsptl.mse tu call 999 pn sy dh x blh berkata².seluruh badan menggigil kerana terkejut
Selepas dibawa kehsptl oleh org awam yg kebtln ade disitu..sy pn ke balai polis utk buat laporan mengenai kemalangan trsebut atas arahan guru besar SABB dan ustazah² SABB pn ade turut serta..
Smlm smasa aqeef di zon merah HPSF muar sempat sy pggl dia dan aqeef respon dgn mengangkat tgnnya.aqeef cedera dalaman yg sgt terok.tulang pinggang patah,tulang rusuk patah,tulang tengkok patah,pendarahan paru² dan pendarahan kepala??jam 1.45am aqeef telah dihantar ke hsplt jb utk rawatan lanjut.dan bru dpt perkhabaran aqeef akn dioperation wlu dlm keadaan kritikal sbb pndrahan kepala yg sgt² terok.
Utk pemgetahuan smua jg aqeef bru saja kehilangan ibunya sblm puasa hr tu akibat breast cancer dan akeef ank bongsu dr 4 beradik.abgnya crita smlm aqeef asik sebut nk kekubur ibunya sja sejak akhir²ni ??mungkin dia trlalu rindu dgn arwah sbb dia ank manja allahu
Dihari yg baik ini sy mohon rakan² fb sy smua tolong doakn pembedahan aqeef selamat dan berjaya.moga aqeef diberi kesembuhan olehNya.doakn aqeef kuat..hr ni lepas solat jumaat jgk masjid di 3 kg sy akan adakan solat hajat utk aqeef lepas solat jumaat nnt..sama² kita ttipkn sedikit doa utk aqeef..??
Pemergian adik Aqeef dianggap sebagai pertemuan semula setelah cukup 100 hari ibunya pergi meninggalkannya. Lagi menyedihkan, adik Aqeef meninggal dunia pada tarikh lahir arwah ibunya.
Alhamdulillah.adik aqeef selamat disemadikan jam 10.30am td.dr pg hujan renyai seolah menangisi sama.selesai shja kebumi hujan pn turun dgn lebatnya allahu..mcm tu jg perasaan org yg melihat perjalanan adik aqeef hr ni..
Sy bukan lah sesiapa pd adik aqeef.cuma sy allah swt pilih utk melihat perjalanan ank syurga ini dr awal sampai akhir pengakhirannya..
Hr ini smua menangisi pemergianmu.sgt cantik allah swt aturkn jln ceritamu nakk..semalm genab 100 hr ibumu pergi,dan jatuh pd tarikh lahir ibumu jua.dan pada tarikh tu jgk allah mengambilmu jatuh pulak hr jumaat yg mulia..
Bila difikir sejenak smua yg brlaku allah dah susun cantik utkmu bertemu arwah ibumu disana.ada rasa sarat kerinduan yg kau tanggung dan hya allah yg maha mengetahui apa yg ada dlm hatimu saat kau merindui hangatnya pelukan ibumu
Hari ini aqeef disemadikan bersebelahan kubur ibunya..allahu..sekali lagi airmata ni jatuh ??indah susunan jln ceritamu..rehatlah disana nakk..dakap ibumu sepuasnya.auntie hya mampu kirimkn doa utkmu..sesungguhnya auntie antara org yg beruntung dpt melihat dr awal hgga akhir saat perjalananmu ingin kesyurga??
Buat kawan² fb smua..doakn sy juga kuat.semangat sy juga seperti direntap akn kejadian seumpama ini.saat ini segala urat smua sakit..andailah boleh didelete sgala yg terjadi depan mata akan segera saya delete..biar segalanya jua terkubur..allah sebaik² perancang mana yg terbaik utk hambanya
Jgn kita menyalahi sesiapa.biar polis jalankn siasatan.adik aqeef pn dh gembira disana disyurga yg abadi
Takziah pd keluarga adik aqeef hafiy..moga ayah dan abg²nya tabah dgn 2 kehilangan dlm beberapa bulan ini..sama² kita doakan
Dalam pada itu, Anita mengakui trauma menyaksikan kemalangan tersebut membuatkan dia sukar untuk memandu.
Hr ni hr ke5 kejadian adik afeeq dirempuh lori berlalu….bru ade kekuatan smula berhenti ditmpt kejadian.smlm pn en.suami cuti kerja semata² utk uruskn sklh ank² sbb ibu msih trauma nk bwk kereta..
Hr ni ibu gagahi jgk drive sndr utk uruskn prsekolahan ank²..berhenti dibahu jalan…hati ni sayu..lantas airmata pn jatuh dgn sndr…memory pahit yg akan ibu kenang seuumur hidup..
Dr dlm kereta dan ditempat ini lah smuanya berlaku..pandangan mata sy dan adik aqeef bersatu sblm kejadian hitam itu berlaku..
Sebelum Kepulangannya ke sisi Yang Maha Pencipta, beliau telah meninggalkan nama dalam dunia pendidikan, ilmu hasil dari penulisannya sendiri untuk manfaat orang ramai dan Negara.
Keperibadiannya amat mementingkan pendidikan, sentiasa memberi motivasi, bimbingan dan harapan bahawa semua boleh berjaya dengan adanya ilmu dan pendidikan. Demikian sisi hebat figura bernama Professor Dato’ Dr. Hussein bin Haji Ahmad.
Perjalanan terakhir arwah Professor Dato’ Dr. Hussein sebelum menemui Yang Maha Esa diceritakan oleh dua orang anaknya, Hamizah Farhana dan Haliza.
“Waktu itu, kami ingat tidak ada yang serius, malah ayah sempat menyambut hari lahir yang ke 75 dan juga melancarkan Memoir Pendakian Seorang Pendidik dengan mempamerkan buku-buku penulisan beliau sepanjang hidupnya di Dewan Serbaguna, Masjid Kampung Tunku. Waktu sambutan Hari raya Aidilfitri 2017 juga tiada sebarang petanda.
Cuma, arwah ayah lebih banyak berehat di rumah, kurang aktiviti berziarah, kurang menonton televisyen, lebih banyak ke masjid terutamanya waktu subuh dan menghadiri mesyuarat Pakatan Islam Kampung Tunku. Dalam masa yang sama, arwah selalu bangun awal pagi mengerjakan solat tahajud dan membaca al-Quran.
“Sehinggalah Ogos yang lalu, ayah demam, tak lalu makan dan sangat lemah. Waktu ini, kami adik-beradik memujuknya ke hospital tetapi ayah enggan. Sehinggkan kami terpaksa mendapatkan Pakar Kardiologi Kanan, University Malaya Specialist Centre untuk memujuk ayah ke hospital. Kebetulan doktor pakar tersebut merupakan anak kepada kawan baik ayah. Doktor tersebut juga adalah sepupu sebelah suami. Begitu cantik perancangan Allah, urusan ayah dipermudahkan kerana adanya doktor ini.
“Ayah akhirnya mengalah dan bersetuju untuk pergi ke hospital. Keadaan ayah waktu itu, sangat lemah kerana terdapat komplikasi dalaman yang serius. Doktor yang merawat ayah tidak mengalah walaupun pakar organ dalaman yang lain sudah menyerah kalah dan mengatakan tidak mampu berbuat apa-apa.
“Setiap hari, doa anak-anak yang tidak pernah putus menemani ayah bertarung melawan penyakitnya. Semasa ayah sakit, kami turut sakit, semasa ayah bertarung, kami juga berjuang sehabisnya. Kami berusaha sebaik mungkin lebih daripada pakar-pakar di Hospital, kami menjaga ayah lebih daripada jururawat yang menjaga ayah, kami berdoa lebih dari ustaz-ustaz dan alim ulama.
Pertarungan ayah adalah pertarungan kami semua. Kami bergilir-ganti menemani ayah dan memastikan surah-surah pilihan sentiasa dibacakan kepada ayah bersertakan zikir-zikir mudah untuk diikuti ayah.
“Keadaan ayah yang semakin lemah menyukarkan percakapan. Kadang kala ayah lebih banyak tidur dari sedar. Setiap kali ayah sedar, dia memberikan isyarat untuk kami menyempurnakan hajat-hajatnya.
“Walaupun susah untuk memahami kehendak ayah kerana percakapan ayah juga terganggu kerana keadaannya, kami percaya Allah memberikan kemudahan dalam melalui ujian Allah ini. Intuisi dan gerak hati antara ayah dengan kami sangat kuat.
Kami juga memahami ayah seolah-olah mahu kami menyempurnakan hajat-hajatnya yang lain yang telah dirancang sebelum ini. Satu persatu berjaya kami rungkai dan kami sempurnakan semua hajat-hajatnya secepat mungkin.
Permintaan terakhir
Setiap hari ada cabarannya, kondisi Dr. Hussein tidak menentu. Dalam situasi kesihatan yang semakin menurun, ayah pula menyuarakan kehendak untuk pulang ke rumah.
Sebagai anak, kami berada dalam keadaan yang sangat hiba, keliru dan penuh dilema sama ada ingin berusaha sedaya upaya dan selagi boleh bersama-sama doktor yang mahu menyelamatkan ayah ataupun mengikut kehendak ayah untuk pulang ke rumah dan redha atas kesihatanya yang makin merosot.
“Sebagai anak, kami ingin menghormati permintaan ayah apatah lagi tatkala melihat mata ayah yang seolah-olah merayu untuk dibawa pulang, Walaubagaimanapun doktor mohon supaya kami tidak berputus asa sehingga tiada jalan keluar. Setiap hari kami berada dalam debaran menunggu jawapan dari doktor sama ada sempat atau tidak ayah berada dalam majlis yang dirancangnya sendiri.
“Sehinggalah tibanya raya Aidiladha, kami sambut dengan penuh hiba kerana walaupun sedar ayah berada didalam keadaan tenat. Kami solat subuh berjemaah bersama ayah,dimulakan dengan mengambil wudhu menggunakan renjisan air, dibisikkan niat solat ditelinganya, diimamkan oleh abang dan disudahi dengan takbir raya aidiladha bersama ayah. Kami masih menaruh harapan yang tinggi keajaiban akan terjadi, harapan supaya ayah kembali sihat seperti sediakala
“Namun, takdir mengatasi segalanya, apabila doktor memohon maaf dan mengatakan tidak mampu untuk melakukan apa-apa lagi. Keluarga diberi pilihan untuk mengekalkan ayah dihospital atau membawa pulang. Kami mengambil keputusan untuk membawa ayah pulang ke rumah pada pukul 3 pagi sebelum majlis yang dirancangnya sendiri keesokan harinya. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami’ Jelas Hamizah yang mengatakan cucu saudara ayah yang merupakan seorang jururawat PPUM menawarkan diri untuk menjaga ayah di rumah.
Koleksi al-Quran jadi ‘rebutan’
Biarpun ada yang memantau dan menjaga arwah di rumah, namun Hamizah dan adik beradik yang lain tidak pernah lekang dari sisi ayah mereka termasuklah membantu urusan memandikan dan membersihkan insan kesayangan mereka itu.
“Semua urusan dipermudahkan. Majlis Aidiladha yang dirancang sebelum ini diadakan seperti biasa walaupun penuh sayu dan hiba. Ramai keluarga dan saudara mara sebelah ayah hadir. Walaupun rancangan hanya diadakan untuk keluarga sebelah ayah, rumah kami tetap dibanjiri saudara mara, sahabat handai ayah, jiran tetangga, pelajar dan kenalan-kenalan ayah.
“Kami percaya majlis yang diadakan berjalan penuh barakah. Kerana orang ramai hadir bersama doa yang tidak putus dan diiringi dengan ayat-ayat suci al-Quran. Kami bersyukur kerana segala hajat ayah ditunaikan oleh kami, adik beradik.
Bukan itu sahaja, seorang ustaz dari Syria hadir dan membacakan surah-surah terpilih dan ayat-ayat suci Al-quran iaitu Surah Yasin, Al-Waqiah, Al-Fajr dan diakhiri dengan doa-doa untuk memberikan ayah kebaikan dan dipermudahkan segala urusannya.
Ustaz tersebut mengatakan inshaAllah, ayah mendapat pengakhiran yang baik (husnul Khotimah) kerana terpilih didengarkan surah-surah dan ayat-ayat al-Quran sebelum pergi menemui Ilahi.
“Ayah juga sempat solat berjemaah maghrib yang diimamkan oleh abang walaupun ayah sangat tenat, kami tetap memastikan solatnya dibimbing. Selepas solat maghrib, nafas ayah semakin lemah. Saya mengajarnya shahadah sehingga nafasnya yang terakhir. InshaAllah saya yakin ayah mendapat pengakhiran yang baik.
Ayah diimamkan oleh anak lelakinya sendiri di masjid yang dibanjiri orang ramai, kami juga sempat khatam quran buat ayah pada hari pemergian ayah. Semua anak-anak, menantu dan cucu berada di samping arwah ketika pemergiannya.
Begitu cantik perancangan Allah dan segala aturan yang telah tertulis. Setiap satu kelemahan kami sebagai anak yang mungkin lalai tentang penyakit yang ditanggung ayah, segala kekhilafan dari pihak hospital dan faktor- faktor lain hanyalah asbab untuk ayah kembali kepada Ilahi bertepatan seperti janji Allah, tidak cepat sesaat atau terlambat walau sesaat. Kami redha dengan pemergian ayah, walaupun kami sangat merinduinya.
“Walaupun kami kehilangan ayah, namun ada juga tersirat disebaliknya, selain hubungan kami adik-beradik makin kuat dan rapat, kami juga lebih dekat dengan Allah. Mengaji, solat dan membaca al-Quran zikir dan sebagainya yang dilakukan sepanjang bersama ayah masih kami teruskan. Bahkan, barangan kesayangan ayah seperti koleksi al-Quran menjadi ‘rebutan’ kami adik-beradik dan ia seolah-olah ‘kawan baik ‘ kami kini,”.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di