3 Oktober pastinya meninggalkan memori yang sukar dilupakan buat ibu bernama Che’ Rosmilawati Saidin, 45, ini bila mana anak lelakinya, Mohd Ilham Fahmy Mohd Azzam, 17, dikatakan terjatuh di dalam sebuah lombong.
Lebih memilukan 6 anggota bomba yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa ketika itu terkorban akibat lemas.
Bukan mudah untuk melepaskan orang yang kita sayang pergi buat selama-lamanya. Namun siapa kita untuk mampu menidakkan ketentuanNya. Andai itu takdirnya, kita kena reda dan menerima segalanya dengan penuh istiqamah dan setiap ujian yang Dia berikan pasti ada hikmah disebaliknya.
Semalam, penantian si ibu ini berakhir bila mana mayat anak tersayang dijumpai oleh pasukan bomba dan penyelamat yang tetap meneruskan pencarian biarpun kehilangan sahabat dalam operasi tersebut.
Biar hanya mampu merenung dan memeluk jasad yang sudah terbujur kaku, namun ibu ini pasrah.
Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia yang diketuai Ustaz Rafie Zainal menceritakan detik pilu dan menyedihkan sewaktu menguruskan jenazah pelajar berkenaan.
Ads
Si ibu arwah perlahan masuk dipapah oleh salah seorang ahli keluarganya yang lain. Langkah kakinya lemah dan air matanya tidak henti bercucuran keluar.
Seperti kebiasaan sebelum menutup muka jenazah, kami akan membuka ruang untuk waris melihatnya sebagai tatapan terakhir.
Walaupun jasad jenazah tersebut sudah mula berbau, namun sedikit pun tidak diendah oleh si ibu. Dipeluknya si anak dengan seerat-erat pelukan bagaikan tidak mahu dilepaskannya.
Setelah dipujuk barulah si ibu melepaskan jasad anaknya dengan linangan air mata yang tidak berhenti.
Ads
Begitulah kasihnya seorang ibu kepada si anak walau bagaimana keadaan sekalipun keadaan si anak.
Jenazah mangsa lemas Almarhum Muhammad Ilham Fahmy yang ditemui petang tadi di tepi lombong kawasan Putra Perdana, Puchong selesai dimandi dan dikafankan jam 9:30 malam tadi.
Tambah menyayat hati apabila melihat kawan-kawan arwah seorang demi seorang mengucup wajah arwah tanda kasih setia kawan cukup membuktikan bahawa arwah seorang yang baik dan disenangi keluarga dan rakan-rakannya yang lain.
Ads
Arwah dilaporkan jatuh lemas di lombong berkenaan selepas dikatakan sedang berjalan di tepinya. Ketika operasi menyelamat dilakukan oleh pasukan Bomba & Penyelamat, berlaku pula insiden yang mendukacitakan negara apabila seramai 6 orang anggota Bomba lemas dan maut di tempat kejadian.
Jenazah kesemua anggota Bomba tersebut telah selamat diuruskan petang tadi. Semoga Allah swt mencucuri rahmat kepada mereka semua. Inilah yang dikatakan Tragedi 3 Oktober!”
Anda peminat dumpling tapi nak beli di luar rasa was-was, di tambah harga yang agak mahal. Rasa tak berbaloi kalau beli kan, nak nak lagi kalau ahli keluarga ramai. mana nak cukup kan.
Ha apa kata ibu-ibu buat je sendiri, bukan je jimat malah terjamin halalnya . Jom cuba resipi dari Wany Lifa ini.
Modal bawah Rm10 boleh makan 40 pcs Dumpling
Kalau makan dekat Chicken Rice Shop mau semangkuk RM8-RM9. Ni sekali buat cukup 1 family dapat makan
Tapi modal utama kena rajin & sabar
Tekak nak makan punya pasal gigih buat sampai siap
Confirm sedap Confirm pengsan . Chingg
Ada yang nak cuba resipi ?
Selamat mencuba!
Inti Dumpling
Isi ayam 300g (fillet dicincang)
Carrot (setengah batang sagat)
Bawang besar (1 biji cincang halus)
Bawang putih (4 ulas cincang halus)
Daun sup & Daun bawang (potong halus)
Serbuk lada sulah (2 sudu)
Minyak bijan (3 sudu)
Serbuk maggi cukup rasa (2 sudu)
Garam & gula (1 sudu kecil)
Dumpling pastry (Instant) Dumpling pastry. Kuantiti ada 40 pcs gitu. Harga RM1.80
Isi ayam yang da siap boleh campur sikit 3 sudu tepung jagung untuk sebati kan bahan2 yang dicampur.
Cara membuat:
Campur semua bahan2 kecuali dumpling pastry.
Gaul sebati & perap sekejap 10 minit.
Masuk inti dalam pastry then kelim pastry ikut kreativiti. Boleh try google @ tengok youtube cara lipat dumpling.
Takde mangkuk tingkat buluh macam mangkuk dimsum so susun kita dumpling kat atas pinggan letak dalam pengukus. Kalau direct letak atas pengukus nanti melekat. Da try buat gitu sebab tuh mai habaq awai2 . Jahanam 6 ketui dumpling Rugi rugi Kukus dumpling selama 10 minit.
Dah siap kukus boleh makan dengan sos kicap @ goreng dumpling Dumpling banyak jenis bentuk. Tapi yang ni biasa chinese buat.
Sebab buat sorang so bubuh la inti tuh siap2 & susun atas pinggan.
Letak inti jangan penuh sangat kang tak boleh kelim. Nanti dumpling jadi koyak..
Cara membuat:
Tumis bawang putih & halia sampai naik bau.
Letak 1 mangkuk air dalam periuk.
Masuk bahan2 lain sampai mendidih.
Letak dumpling yang da siap kukus tadi tuh dalam periuk sekali. Biarkan 2-3 minit sekejap.
Then tabur sikit daun bawang.
Last sekali buat sos pakai sos thai campur sikit dengan daun ketumbar yang da cincang halus. Gaul sebati then boleh makan dengan sup.
Ada orang buat sos pakai kicap cair tapi lagi suka sos thai lagi padu rasa nya Jeng jeng jeng.. Hasil kejadian. Confirm sedap confirm pengsan ❤️
Total costing :-
Fillet ayam 500g – RM5.20
Dumpling pastry – RM1.80
Carrot 6 batang – RM1.00
Daun sup & Daun bawang – RM1.00
Bahan yang lain da sedia ada kat rumah
Total = RM9.00
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menarik juga jika kita dapat membuat taugeh untuk dimakan sendiri. Terjamin bersih dan pastinya segar. Memandangkan untuk hasilkan taugeh tidaklah susah mana, dalam tiga empat hari sudah boleh diambil untuk dimasak. Jadi apa kata kita buat projek menanam taugeh ini bersama anak-anak.
Pun begitu, hendak buat taugeh ada tekniknya dan banyak-banyak teknik cara ini paling mudah kerana menggunakan botol mineral sahaja tanpa kita perlu membeli alatan dan perkakasan lain.
Untuk itu, ikuti perkongsian daripada
JOM TANAM TAUGEH DENGAN CARA MUDAH
Tips membuat taugeh ..
Jgn percaya ! buat jer
1. Rendam kacang hijau 4jam (air suam)
2.Tapis
3. Masukkan kacang hijau dalam botol
4.spray kacang hijau dengan air rata rata
5.letak botol berisi kacang hijau dalam kotak ( gelap)
6.spray 2x sehari (melalui lubang yg telah ditebuk)
Membayangkan kemewahan rasa aiskrim berjenama Magnum yang disalut coklat memang enak rasanya. Jadi tidak hairanlah bila harganya juga agak mahal berbanding aiskrim lain.
Pun begitu, alangkah baiknya kita mencuba resipi yang dikongsikan ini untuk menyediakan aiskrim ala-ala aiskrim berjenama tersebut.
Pasti seisi keluarga puas hati bila dijamu dengan aiskrim yang digemari ramai ini. Jom semak cara membuatnya.
Aiskrim Coklat MAGNUM bersalut kacang
Bahan-bahan :
– 500ml whipped dairy cream
– 400ml susu cair full cream
– 200g dark cooking chocolate, potong dadu
– 50g dark cooking chocolate, cairkan
– 150g gula pasir
– 50 gram coklat
– 4 biji kuning telur
– 1/2 sudu teh vanila
– Sediakan kacang cincang sebagai topping
Cara-cara :
1. Masukkan susu cair bersama dengan vanila ke dalam periuk, masak dengan menggunakan api kecil. Tambahkan coklat cair sedikit demi sedikit sambil terus di kacau supaya coklat larut. Diamkan sampai mendidih kemudian angkat.
2. Sementara itu, pukul kuning telur bersama dengan gula pasir sampai kembang. Tuang sedikit demi sedikit susu yang telah dimasak ke dalam pukulan telur td. Pastikan seluruh bahan sebati kemudian masak sekali lagi atas dapur dengan api sederhana hingga adunan susu telur menjadi pekat. Angkat dan biarkan seketika.
3. Dalam periuk yang lain, masak whipped dairy cream sampai mendidih, kemudian masukkan dark cooking chocolate sedikit demi sedikit sambil terus di kacau. Masak hingga coklat larut bersama dengan krim. Lalu Angkat.
4. Tuangkan adunan susu telur kedalam campuran krim coklat sedikit demi sedikit sambil terus kacau. Jika perlu, pakailah mixer supaya kedua adunan sebati dgn sempurna.
– setelah proses mixer-
5. Ambil cetakan agar-agar atau aiskrim stik, tuang adunan aiskrim ke dalam cetakan.
6. Ambil stik aiskrim serta letakkan di tengah-tengah lubang setiap cetakan serta letakkan sebaik mungkin agar tidak bergesel. Kita dapat memakai kertas karton yang di lubangi sesuai dengan letak lubang cetakan. Posisikan sedemikian rupa sampai stik aiskrim bila diselipkan pada lubang karton serta letaknya berada pada bagian tengah.
7. Setelah itu masukkan cetakan aiskrim kedalam freezer sampai adunan padat.
8. Sesudah padat serta beku, keluarkan aiskrim dari cetakan dan celupkan kedalam dark cooking chocolate yang sudah dicairkan terlebih dahulu serta taburi dengan kacang cincang.
9. Masukkan kembali ke dalam freezer supaya lapisan coklatnya mengeras.
Sumber : Amelina Izul via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Murid tahun 1 dirai dengan maskot Bumblebee dan Optimus Prime, hilang gementar pergi sekolah. Murid tahun 1 sudah mula menjejakkan kaki ke sekolah. Mungkin ada yang sudah biasa dengan suasana di sekolah namun tidak kurang juga yang berasa asing bila berada di sekolah.