Memiliki emas sebagai perhiasan bagi seorang wanita memang menjadi sesuatu yang diingini.
Bukan sahaja kerana wanita terpesona dengan kilauan emas dan rekaannya yang pelbagai. Malah dek kerana emas mempunyai nilai harga yang tinggi walau telah lama dibeli.
Ini sekali gus menjadikan ramai wanita bukan sahaja membeli emas seutas dua, malah sanggup menggumpul emas dengan membelinya dari masa ke semasa.
Pantang dengar jika ada tawaran emas murah mesti teruja untuk membelinya.
Pun begitu, ada baiknya kita baca perkongsian wanita ini tentang kira-kira harga emas agar kita membeli, benar-benar untung dan tidak terpedaya dengan tawaran harga emas murah oleh penjual.
Ok, ni perkongsiannya.
Jujur la sebelum ni aku memang x penah peduli pun pasal harga atau kiraan jual beli emas ni. Sebab tau jenis x berapa mampu.
Siapa yg tau alhamdulillah anda bagus!
Yg kurang pandai sikit mcm aku ni meh la aku ajar free of cassss kali ni.
Tadi aku dapat kesempatan tolong orang belikan emas kat satu kedai di kawasan Klang.
Kedai yg selalu penuh sebab harga semasa dia murah dari kedai lain. So aku terasa nak main kire kire hari ni. Betul ke murah sgt kedai ni??
Dan balik dari kedai tu aku sempat singgah kedai emas yg berdekatan dengan rumah semata untuk bezakan harga.
Mari kite bermula mengira guyss…
–Kedai A harga Rm225/gm
–Kedai B harga Rm238/gm
Nampak? Korang mesti la pergi kedai A kan.
Ads
Aku beli tadi Gelang Tangan Gajah berat 15gm
Bila staff kira kira tadi selepas aku nego nego nego dan nego dapat total Rm4050 (ikutkan boleh rendah lagi tapi i is belom pandai)
Kemudian aku singgah di kedai B untuk puas kan hati aku dalam sesi perbandingan.
Tanye harga semasa staff jawab je Rm238/gm aku tebeliak. Yelah tadi 225 je kannn… Jauh kan beza. Takpe kite teruskan misi. Maka kat sini aku huraikan ape yg aku dapat hari ni.
Jom mengira!
Kiraan kedai A :-
Harga semasa Rm225/gm
Total harga yg diberi utk gelang seberat 15gm selepas nego adalah Rm4050
Ads
15gm x Rm225 = Rm3375 (harga asal per gm)
Rm4050 – Rm3375 = Rm675 (harga upah barang)
Kedai A upah untuk seutas gelang 15gm adalah Rm675. anda rase murah ke mahal?
Meh cek kedai B pulakk.
Kiraan Kedai B :-
Harga Semasa Rm238/gm
Total harga yg diberi utk gelang seberat 15gm selepas nego adalah Rm3800
15gm x Rm238 = Rm3570 (harga asal per gm)
Rm3800 – Rm3570 = Rm230 (harga upah barang)
Kedai B upah utk seutas gelang 15gm adalah Rm230
Ads
Lg Mahal ke murah dri kedai A??
Sekarang nampak x??
Kedai A Rm4050 (harga semasa Rm225/gm)
Kedai B Rm3800 (harga semasa Rm238/gm)
…………………………………………………….
Ape yg aku tekankan kat sini adalah HARGA UPAH BARANG KEMAS.
Utk 15gm gelang tu harga upah sahaja bermula dari Rm100 hingga ke Rm9++ dan kau sebagai pelanggan BOLEH menurunkan harga upah barang tersebut mengikut persetujuan kedai.
Jadi.. Nak beli emas lepas ni jangan terlalu pandang pada harga per gram.
JANGAN TEREDAYAAAAAAAA TIPAHHHH
Amik tau pasal harga upah. (Upah berbeza ikut jenis dan design emas ye)
Tak semestinya kedai A harga gram lg murah dr kedai B bermakna barang kedai A murah! Masuk dulu buat kira kira.
Dapat ke dapat?? Najib assadokk gitu..
Aku harap mengkome paham lah ye sesi pembelajaran hari ni.
Maaf la kalau belit belit sikit.
Aku cikgu tak berdaftar kat pesbuk ni
Tapi aku cuba share ape yg aku tahu.
Sebab aku tanye mak aku, die x penah amik tau pun pasal upah emas selama ni adehhhh..
Ikutkan harga harga diatas boleh dikurangkan lagi serendahnya2 mengikut kepandaian anda mengayat. Tapi sbb aku belom expert kan….Paham paham je la..
Pelbagai petua atau tip yang kita boleh praktikkan bagi mengelakkan tanaman atau pokok sayuran kita menghadapi serangan haiwan seperti tikus. Saudari Pauline Choi menerusi grup Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri berkongsi petua mudah dengan menggunakan pokok semalu. Jom kita cuba petua mudah ini!
Saya tanam pokok Semalu berdekatan laluan tikus dan dekat tanaman untuk menghalang tikus dtg memakan pokok kubis dan cauliflower saya. Tikus sangat takut pada pokok Semalu kerana ia mempunyai duri tajam yg berbentuk cangkuk.
Tikus binatang bijak dia tak akan makan racun tikus. Pokok Semalu ini juga sangat berkhasiat pada kesihatan (anda cari sendiri di google). Ia tumbuhan meliar ditepi jalan. Banyak didapati dibatas sawah seolah ia tumbuhan penghalang tikus dtg memakan pokok padi pesawah.
Kalau nak tanam dlm pasu pastikan pasu rendah jadi ia dpt menjalar keatas lantai atau tanah. Kucing jiran dah lama tak dtg berak dlm pasu sayur, tau takut dia dengan duri Semalu 😊
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ruang yang sempit pasti membuatkan ibu-ibu rasa pening dan ‘sakit mata’ terutama untuk meletakkan bahan pencuci. DIY barangan di rumah, antara aktiviti hujung minggu yang cukup bermanfaat.
Selain mengemas dan mencuci pakaian boleh juga cuba aktiviti DIY ini menggunakan bakul untuk menempatkan pencuci pakaian dan sebagainya.
Kaedah yang dikongsikan ini menyelesaikan masalah ruang yang terhad serta membuatkan ia nampak tersusun kemas serta praktikal.
Yang penting kaedah ini juga menjimatkan kos kerana barang yang digunakan murah dan boleh dibeli mengikut bajet sendiri tak sampai pun RM30.
Kreatif dan jimat belanja cara yang ditunjukkan oleh puan Nor Suhaida Saiman yang berkongsi idea DIY rak dengan menggunakan bakul.
Mudah sangat dan menjimatkan dengan kaedah ini. Boleh diletakkan barang-barang laundry. jom Cuba tiru cara ini.
Aktiviti diy hujung minggu bsama en.suami😅 br bljr…rs2 wat 5 lubang jer..yg slebih2nya en.suami yg buatkan..hihi.. 🤗🤗🤗🤗
Bakul 3pcs × rm2.30 = rm6.90
Roda 2pek × rm2.30 =rm4.60
Bentuk L(xtahu nm😂)
* 2pek × rm2.30 = rm4.60
Skru (bl kat hardware) = rm12
Total = rm27.80 shj
Barang semua kat ecoshop:
🛒https://shp.ee/rfh98mb
Rak ala troli ini sangat berguna walaupun nampak simple je. Yang penting mudah dan murah.
Ada cara untuk menguruskan wayar yang berselirat ini. Yang penting ruang nampak kemas dan tak sakit mata memandang. Lagi satu dapat elak anak-anak kecil menarik wayar tersebut.
Perkongsian saudara Mazlan Nurul ini boleh dijadikan panduan untuk anda mengatasi masalah wayar berselirat ini.
Wall TV panel bagi menjimatkan ruang. Rujuk post sebelum ini untuk DIY accent wall.Saya nak share DIY Wall TV Panel. Inspirasi dari post sebelum ni dari group ni jugak. Kebetulan ada kayu dan papan lama kita buat laa tv panel. Barang-barang untuk projek ni banyak yang kami pakai barang terpakai saja.
Tujuan utama design ni, nak sorok wayar-wayar yg bersirat-birat dan menjimatkan ruang. Cara-cara sila rujuk gambar ya.
Ini plan dan ukuran yang di buat untuk tv panel. Ada 3 lubang kecil, untuk masuk wayar dan 2 suis.Bahan-bahan yang diperlukan. Sama je macam yang saya post untuk buat accent wall sebelum ni. https://m.facebook.com/groups/129595904555193?view=permalink&id=679556246225820 Addition : – Papan – Shelving unit IKEA Lack (existing) – Kayu – Cat ( Ascort Blue) sama je mcm dinding -Spray paint – sbb ikea lack warna hitam. -Kertas pasir (240 dan 120)Mula2 buat frame dulu, supaya bila tampal kat dinding lurus dan ukuran tak lariTampalkan frame ni kat dinding. Pakai gam kayu saja. Dinding rumah ni tak rata, ada bahagian frame yang tak lekat kat dinding. Jadi potong kayu kecik-kecik dan letak sebagai sokongan antara kayu dan dinding.Papan bawah tebuk lubang untuk masukan TV dan untuk shelve. Tebuk ni pakai pisau je sebab pakai gergaji susah benor nak potong.Papan atas tebuk 3 lubang, untuk keluarkan wayar dan juga dua plug suis.( lubang satu lagi xda gambar, tp tebuk kecil saja, muat2 wayar masuk)Untuk lekat kan papan pada frame kayu, kami pilih untuk pakai skru.(pakai skru sebab incase ada problem dekat barang electrical boleh bukak balik papan ni, kalau gam rosak nak bukak)Untuk kerja finishing: -Papan yang kami ada memang buruk dan banyak lubang, jadi pakai wood filler untuk menutup segala lubang yang ada. Bekas skru pun tampal jugak. – Untuk sambungan papan atas dan papan bawah pun pakai wood filler untuk tutup gap, lepas dah kering gosok pakai kertas pasir. Tempek lagi wood filler sampai papan tu rasa licin bila pegang.-Antara dinding dan kayu pun ada ruang, kita letak latex sealant supaya nampak kemas. -Gosok pakai kertas pasir, mula dengan yang kasar (120) kemudian halus (240). Kena licin, baru cantik bila cat. Bila dah licin, sapu habuk bersih-bersih dan lap.Siap untuk di cat.
P/s: Ramai yang comment/tanya:
1. Habis la TV rosak nanti, haba tak keluar.
– Haba boleh keluar sebab kita buat lubang utk letak TV tu.. TV tu nampak tertanam dalam dinding tp sebenarnya ada ruang antara TV dan Wall Panel.
– Tak perlu, TV attached kat bracket dinding.. kalau ada apa2 masalah boleh angkat TV dr bracket dan repair la apa masalah kat dalam tu dan boleh je nak pasang kabel lain kat TV.
3. Kira TV sentiasa ON la yer, habis la rosak mcm tu.
-Kat atas para ada plug point.. boleh switch on and off bila2 masa nak.