Sempat ambil tarikh cantik hari ini 22.2.22, penyanyi terkenal dengan lagu ‘Bukan Hal Aku’, Kaka Azraff, 33, selamat melahirkan cahaya mata lelaki kedua pada pukul 12.05 tengah malam, semalam.
Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Adam Azriff menerusi Instagram Story.
“Alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan,”katanya.
Kongsi Adam, isteri dan putera keduanya berada dalam keadaan baik.
“Ibu bayi dalam keadaan baik dan bayi lelaki kami sihat dan kuat,”katanya.
Ads
Sementara itu, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff juga sempat berkongsi sendiri berita gembira kelahiran anak keduanya dan turut berkongsi gambar di laman Twitter dan Instagram Story.
Terdahulu, Kaka juga berkongsi ketika hamil zuriat kedua ini, dia mengalami alahan sering muntah pada trimester pertama.
Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Aslan yang kini memasuki usia dua tahun.
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Meraikan ulang tahun kelahiran anak-anak biasanya kita sebagai ibu akan teruja untuk membuat persiapan agar majlis dapat berlangsung dalam suasana yang meriah dan istimewa. Bahkan kalau boleh biarlah majlis tersebut menjadi antara momen yang indah untuk dikenang sampai bila-bila oleh seisi keluarga dan tetamu yang hadir.
Jadi tidak hairanlah untuk mendapatkan elemen wow dan unik untuk majlis yang diraikan setahun sekali ini, mak-mak akan memerah idea untuk mencari kelainan. Bukan sahaja pada pemilihan tema, dekorasi, kek hari jadi bahkan lokasi majlis berlangsung juga tidak terkecuali.
Itulah juga yang dilakukan oleh ibu ini apabila meraikan ulangtahun kelahiran anaknya di balai bomba baru-baru ini.
Perkongsiannya di fb Ayu Suhana, berjaya menarik perhatian warganet. Apa tidaknya, siapa sangka rupa-rupanya kita sebagai orang awam boleh mengadakan majlis istimewa di balai bomba! Nak tahu kisahnya, ikuti perkongsian penuh di sini.
Bagaimana Cara Mengadakan Majlis Harijadi di Balai Bomba?
Neno..neno.. jadinya ramai bertanya macam mana Mama organize birthday anak-anak di balai bomba tempoh hari.. di sini dikongsikan panduan untuk rujukan bersama.
Info yang dikongsikan adalah melalui pengalaman sendiri, mungkin berbeza dengan yang lain. Namun kebiasaannya prosedur tidak jauh berbeza.
Yang pertama, pastikan terlebih dahulu lokasi balai bomba mana yang anda nak buat majlis. Telefon dulu bertanya samada balai tersebut membenarkan diadakan majlis harijadi. Janganlah dial 999..kita bukan kecemasan, kita nak buat birthday je pun Boleh google nombor pejabat balai bomba yang kita maksudkan dan bercakap dengan pegawai yang berkenaan. Tanya tarikh yang available utk diadakan majlis harijadi anak anda. Percayakah anda ada balai yang dah fully booked sampai tahun depan? Pastikan anda membuat perancangan awal. Antara balai yang popular ialah Balai Bomba TTDI dan Sri Hartamas. Untung kami buat di Balai Bomba Cyberjaya sebab ada abam bomba influencer yang popular..hai abam Ijat
2.Step seterusnya kena buat permohonan. Tulis surat permohonan memohon kebenaran bagi mengadakan majlis di balai tersebut dan nyatakan butiran-butiran penting lain seperti tarikh, masa dan bilangan tetamu. Surat permohonan tersebut boleh di emel atau dihantar secara serahan tangan.
3.Tunggu kelulusan. Tempoh menunggu kadang kala mengambil masa 1-2 minggu. Kalau masih belum menerima sebarang jawapan, boleh follow up tanya ya. Kena sentiasa beringat yang mereka bomba ya bukan event space
4.Program aktiviti. Banyak aktiviti menarik yang abam bomba ada antaranya fire safety/ fire extinguisher demo, berpeluang menaiki fire truck pusing-pusing sambil siren dibunyikan (Mama paling excited yang ni!) dan jangan lupa remind tetamu anda untuk bawa tuala dan baju extra sebab aktiviti terakhir ialah mandi pili bomba..Dah macam waterpark. Budak-budak suka lah sangat yang ni..Splash..splash. Namun, semua aktiviti ini bergantung kepada keadaan. Sebab abam bomba sentiasa on standby. Sekiranya mereka ada operasi, mereka akan terus berkejar bertugas.
5.Sekiranya permohonan telah diluluskan, maka barulah kita start buat preparation. Bermula dengan buat invitation. Mama buat RSVP invitation guna Canva sahaja. Kemudian tempah makanan, pilih menu ringkas sebaiknya untuk mudah dikendalikan. Jangan lupa portion makanan untuk abam-abam bomba yang ohsem tu ya.
Banner birthday kami tempah tak letak nama, kosong sahaja. Jadi kalau sesiapa nak pinjam boleh roger ya. Kostum bomba nak pinjam pun boleh. Ada 7 pasang semuanya..anak sedara ramai
6. Caj Bayaran. Berapa caj yang dikenakan utk event 3 jam ini? TIADA. Ya tiada sebarang bayaran dikenakan. Namun hulurlah sedikit saguhati selayaknya untuk abam-abam bomba yang sangatlah ohsem, sangat sporting, sangat mesra, sangat cool melayani anak-anak sepanjang majlis berlangsung.
Sekian 6 tips dari Mama Firefighter. Harap membantu semua di luar sana..neno..neno
Penyanyi Hafiz Suip meluahkan rasa terharu Dan syukur usai melihat penampilan terbaru isterinya, Nureffy Jesreel yang kini tampil berhijab
Perasaan tersebut diluahkn menerusi laman Instagramnya. Dalam perkongsian tersebut, Hafiz turut memuat naik gambar selfie bersama isteri tersayang.
“Ya Allah, semangat gila aku nak selfie dengan bini aku Ya Allah. Semoga hidayat ke seluruh alam. Amin, amin ya Rabbal’alamin. Cantik Nureffy,” katanya.
Mungkin dah terlalu lama kami berkahwin. Anak pun dah tiga..jarang sekali nak bermesra dan romantik macam dulu dengan suami. Kadang rasa sunyi. Bila nak manja-manja rasa kekok.
Inilah sebahagian keluhan sesetengah wanita mengenai hubungan suami isteri. Tidak semesra dahulu, ketika mula berkahwin.
Pernah tak anda rasa, pagi-pagi ketika buka mata, rasa sunyi dan sepi memandang wajah suami. Tanpa kata dan tanpa rasa. Pandangan terasa kosong. Tiada lagi usapan mesra atau ciuman hangat melekat di pipi seperti dulu.
Sunyi rasanya bila rumah tangga yang indah dibiarkan sepi begitu sahaja tanpa aura romantik seperti dulu. Bila ini berlaku, jangan biarkan hari-hari anda dan suami terus suram.
Sebaliknya bangkitlah dan ubah corak kehidupan anda sambil pupuk cinta semula bersama suami tercinta. Ikuti tip ini. Rugi kalau tak buat!
1. Imbau Detik Lama
Ingat semula macam mana suami cuba pikat kita dulu. Tapi kali ini bertukarlah, kita pula yang cuba mendapatkannya semula. Tidak salah kan?
Kalau dulu dia berusaha mendapatkan nombor telefon kita melalui teman atau melalui kiriman nota ringkas, buat semula benda sama padanya. Bagi nota kecil kepadanya tanda nak pikat dia. “Boleh saya berkenalan dengan awak”.
Hantar pesanan ringkas menyatakan keinginan kita nak lebih mengenalinya. Pancing lah hati suami dengan ayat pelik yang bikin hatinya cuak seketika. Ayat-ayat ringkas tetapi penuh daya tarikan buat suami ‘turn on’ kembali mood bercinta.
3. Pick Up Line
Ikutlah aliran semasa dengan memberi pick up line paling win buat suami tercinta. Tak perlulah malu-malu kucing. Kan dah lama hidup bersama. Kalau langit tu luas, luas lagi sayang sayang kat b…ehem!
4. Atur Temujanji
Bila hati dah tercuit apa kata ajak suami untuk dating kat luar. Makan malam dengan nyalaan lilin di meja makan pasti buat bangkit semula rasa cinta. Tapi janganlah bawa anak-anak ya..mengganggu waktu berdua nanti. Restoran makanan mewah pastinya menyajikan pemandangan yang cukup selesa untuk anda mengimbau detik manis bersama. Romantik!
5. Bagi Hadiah
Dulu masa nak tackle pasti sanggup belikan hadiah buat suami kan? Buatlah cara yang sama. Sesekali buatlah kejutan paling gempak buat suami tercinta. Hantar kiriman hadiah berbentuk barangan atau apa sahaja ke pejabatnya supaya dia lebih teruja. Usikan teman-teman pasti buat dia rasa bangga kerana memiliki isteri seperti kita. Wow!
6. Pilih Midnight
Jika dahulu ketika bercinta boleh menonton wayang midnight bersama-sama, mengapa tidak selepas berkahwin? Ajak suami untuk kongsi minat ini sekali sekala. Biarkan anak-anak tidur terlebih dahulu dan keluarlah menonton bersama suami. Buatlah kejutan dengan beli tiket terlebih dahulu dan letakkan tiket ini di dalam dompetnya. Surprise!
7. Dating Selalu
Ambil masa berdua untuk keluar dating bersama-sama seperti waktu bercinta dahulu. Sebulan sekali perlu untuk anda suntik semula rasa cinta kat suami. Pikatlah suami sehabis baik. Peganglah tangan ketika berjalan atau paut lengannya. Pasti si dia cukup suka akan perlakuan manja anda ini.
8. Sentuhan Mesra
Setiap kali berdating samada menonton wayang atau ketika makan sekalipun, pastikan akan bersentuhan dengan suami tercinta. Letakkan tangan di atas pahanya atau sesekali suapkan makanan dengan lembut kepadanya. Romantik sekali. Namun yang pasti semuanya halal belaka. Itulah kelebihan anda dan suami.
Tahukah Anda?
Menurut Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, dengan kuasa sentuhan, suami isteri akan dapat mengenang kembali saat mereka bercinta di awal berumahtangga dahulu. Jadikanlah satu kelaziman pada setiap malam, saling berpegangan tangan dan saling memandang antara satu sama lain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.