Sungguh beruntung ibu dan ayah bila mana berjaya melahirkan anak-anak yang soleh dan menjadi huffaf alquran. Tentunya kemuliaan ini adalah sebaik-baik pemberian daripada Allah buat ibu dan ayah sama ada di dunia mahupun di syurga kelak.
Dan atas rasa syukur dianugerahkan anak-anak yang mencintai Al quran, Puan Roslin berkongsi apa yang dirasakannya bila mana mengimbau kenangan 10 tahun lalu. Menurutnya, dahulu dia sering membawa anak-anaknya ke masjid, dan hari ini anak kecil itu menjadi imam kepadanya dan telah pun hafal 15 juzuk Al Quran. Subhanallah!
Ayuh kita baca perkongsian penuh daripadanya.
Sejurus selesai solat maghrib malam tadi, mata saya seolah-olah berkaca. Sebagaimana biasa, Jad mengambil alih tugas imam di rumah apabila ayahnya bertugas di luar. Pada malam tadi, Jad telah memilih untuk membaca surah Al-Mulk.
Ads
Semasa di rakaat pertama, bacaan Jad tersilap sedikit. Alhamdulillah adiknya Umar terus membantu, menyambung sedikit ayat tersebut. Sebaknya rasa hati! Terlampau banyak pemberianNya kepada diriku. Rasa syukur. Tapi saya juga rasa malu. Malu di atas kekurangan pada diri saya, kekurangan pada ibadah saya, kekurangan pada ketaqwaan saya. Malu.
Surah Al-Mulk adalah di antara surah kegemaran saya. Jiwa saya mudah tersentuh apabila mendengar bacaan surah ini. Bacaan Surah Al-Mulk oleh Sheikh Mishary Rashid yang sungguh mendayu adalah di antara bacaan surah yang mula-mula menarik balik minat saya kepada Al-Quran setelah bertahun-tahun meninggalkannya.
Sepuluh tahun lepas, saya telah nekad untuk berhenti bekerja sepenuh masa. Akhirnya, saya dapat pergi ke masjid sepanjang Ramadan bersama seluruh keluarga. Bertahun-tahun saya sibuk dengan tugas di klinik sehinggakan nak pergi solat tarawih di masjid pun tidak mampu. Padahal surau hanya terletak di seberang jalan. Begitulah kesibukan dunia melalaikan saya.
Ads
Sepuluh tahun lepas, saya menangis kerana terlampau gembira dapat bersolat tarawih di masjid bersama dengan anak-anak. Merdu sungguh bacaan imam hafiz di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya. Saya lantas berdoa agar anak-anak saya nanti dapat menghafaz dan membaca Al-Quran semerdu imam tersebut.
Ads
Sepuluh tahun telah berlalu. Solat maghrib malam Ramadan yang pertama, saya tidak dapat menahan sebak. Ma shaa’ Allah! Anak kecil yang sering saya bawa bersama ke masjid kini sudah meningkat remaja. Saya dambakan seorang imam hafiz, sungguh saya tidak menyangka begitu cepat Allah makbulkan doa saya! SubhanAllah. Walaupun Jad baru sahaja menghafaz 15 juzuk, saya tetap bersyukur. Mudah-mudahan Allah murahkan rezekinya untuk menghabiskan hafazan 30 juzuk tidak lama lagi, aamiin.
Bulan Ramadan ini bulan yang penuh keberkatan, Ramadan Mubarak, Ramadan Kareem! Marilah kita sama-sama menadah tangan kepadaNya. Pohonlah keampunan dan panjatkanlah doa. Jangan kita sia-siakan walaupun sesaat bulan Ramadan yang penuh berkat ini.
Selain kecantikan, kaum wanita juga sangat peka bab-baba menjaga kesihatan. Nak nak lagi yang sudah berumah tangga. Kesibukan dengan urusan kerja dan ruamh tangga memerlukan kaum ibu sentiasa cergas bertenaga.
Oleh sebab itu, ada baiknya fahami dan ikuti nasihat Dr Hamid Arshat agar kesihatan anda berada di dalam keadaan yang terbaik. Jom baca dan amal tip ini:
1. Makanan
Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilihan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohidrat. Juga makanan yang mungkin mengandungi toksin sebab diawet, diproses, ditambah perisa serta disimpan dalam tin. Jauhkan makanan tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan-bahan yang mentah dan segar – banyakan sayur dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut. Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)
2. Kekacang dan teh hijau
Mulakan makan dengan buah-buahan dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau boleh jangan tambah nasi; tambah lauk(protein) dan sayur jika sajian pertama tidak mengenyangkan. Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.
3. Kurangkan kafein
Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.
4. Madu
Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.
5. Ulam
Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah – sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.
6. Pil hormon
Bila sudah capai umur 50 tahun iaitu umur bagi kebanyakkan wanita capai menopaus atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu. Ketandusan hormon estrogen ketika menopos boleh beri kesan negatif kepada kesihatan. Banyak sayur-sayuran, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan boleh dijadikan gantian. Jika mengalami gejala-gejala teruk akibat menopaus sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.
7. Pantau berat badan.
Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari
8. Amalkan makan multivitamins
Pengalmbilan vitamin seperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.
9. Supplements.
Makanan-makanan tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran. Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.
Sumber : FB Dr. Hamid Arshat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Membesarkan anak-anak agar berjaya di dunia dan akhirat diakui adalah tanggungjawab yang bukan mudah untuk dilaksanakan.
Apatah lagi dengan ujian hidup yang mendatang, semuanya harus dilalui dengan tabah. Walau terkadang terasa sempit namun sebagai ibu ayah, tetap mahukan yang terbaik untuk anak-anak.
Begitu juga kisah perkongsian hidup bagi wanita bergelar ibu ini. Bukan sedikit dugaan yang dilaluinya, namun semua itu dapat diterima dengan sabar dengan bersandarkan kepadaNya Allah yang berkuasa.
Nak tahu lanjut perjalanan kisahnya, di sini dikongsikan moga dapat menyuntik inspirasi untuk yang lainnya.
10 TIPS UNTUK MENJADI WANITA DAN IBU YANG BERJAYA MESKIPUN SEMPIT
Ketika saya perlu mulakan semula hidup saya pada usia 41 tahun, anak lelaki saya ini masih belajar di MRSM Pengkalan Hulu.
Anak lelaki kecil saya pula waktu itu baru berusia 3 tahun. Masih perlu digendong, masih menyusu.
Waktu itu, saya tidak punya pekerjaan, tidak punya wang, jika ada pun sekadar cukup makan kami 6 beranak sahaja. Tidak cukup wang untuk membayar sewa rumah. Hampir setiap hari tuan rumah datang untuk menghalau kami keluar.
Anak-anak masih kecil. Dihimpit dengan banyak tekanan. Namun sebagai seorang ibu, dalam keadaan macamana pun sudah tentu kita semua ingin berikan yang paling baik untuk anak-anak kita.
Menjadi seorang ibu yang baik bukanlah bererti kita adalah yang terbaik, tetapi dengan memberikan yang sehabis baik yang mungkin dan selebihnya adalah dengan bantuan dan keizinan dari Allah kerana kita adalah makhluk yang tidak berdaya.
Memberikan yang terbaik bererti menghantar anak-anak ke tempat pengajian tertinggi dengan semampu mungkin, memberikan bimbingan kepada mereka untuk berjaya jika tidak dalam pencapaian akademik pun sekurang-kurangnya kita sudah mencuba tanpa ada sebarang rasa putus asa.
Saya yakin dan percaya semua ibu mampu untuk melakukan ini dengan mudah. Meskipun berada dalam kesempitan hidup dan sedang dilanda dengan pelbagai ujian rezeki, perceraian, fitnah atau apa sahaja bentuk dugaan hidup InsyaAllah.
Baca 10 tips untuk berjaya ini…
1. Amalkan bangun pagi setiap hari. Saya sangat yakin dan percaya bahawa rezeki datang di awal pagi. Meskipun rezeki itu bersifat infiniti dan tidak akan pernah habis. Saya sendiri akan bangun seawal 4.30 pagi setiap hari. Atau pada jam 6 pagi jika “cuti”.
2. Sulit bagaimana sekalipun hidup jangan tinggal solat. Kerana solat itu adalah ubat bagi hati yang sedih dan kunci bagi rezeki. Pernah seorang wanita mengadu kepada saya dan dengan panjang lebar dia bercerita tentang rumahtangganya. Saya bertanya adakah dia solat? Dia kata tidak. Lalu saya segera minta dia dahulukan itu dulu sebelum hal-hal yang lain.
Buruk lagu mana pun kita… Siapa pun diri kita… Sibuk macamana pun kita, jangan tinggal solat.
3. Bacalah Al-Quran setiap hari. Jika boleh baca 1 mukasurat sehari. Jika tidak boleh bacalah sepotong ayat. Jika tidak boleh, bacalah terjemahan ayat. Semua itu “ubat”.
Dengar ceramah agama setiap hari sekurang-kurangnya satu topik. Boleh buka YouTube dan buat carian untuk topik yang anda mahu. Contohnya “La Tahzan…”. Tambah ilmu setiap hari untuk perbaiki diri.
4. Jangan pernah berkira untuk bersedekah. Bersedekahlah dari mampu beri 50 sen sehingga mampu beri RM50 atau 1K tanpa ada sebarang rasa riak walau sebesar zarah pun. Bersedekahlah dari miskin sehingga kaya. Trust Allah for this. Buat dengan istiqamah.
5. Jangan berkira dengan ibu dan ayah. Saya sudah tidak punya ibu. Hanya punya ayah. Memberi tanpa bertanding dengan adik-beradik yang lain. Tidak perlu tunjuk apa pemberian kita. Cukup Allah tahu sahaja.
6. Usah berkira dengan adik-beradik. Belanja mereka makan. Bagi mereka rasa apa yang anda rasa. Kalau kita susah…kita hidangkan makan cara orang tidak berada. Kalau ada wang jamulah mereka dengan sebaiknya. Belanja adik-beradik dan saudara mara tanpa sedikitpun rasa megah dan jangan disebut-sebut pemberian kita.
7. Selalu ikhlaskan diri dengan anak-anak, keluarga dan orang sekeliling. Buatlah baik dengan semua orang meskipun orang tidak buat baik dengan kita. Jangan sibuk membicarakan hal orang. Fokus pada diri.
8. Sabar selalu. Sabar kalau ada yang mengata (terutama jika kita ibu tunggal). Sabar dengan kerenah anak-anak. Mereka adalah amanah dari Allah untuk kita. Sabar tika diuji dengan pelbagai jenis kesempitan hidup, makan, pekerjaan, tempat tinggal, pakai. Sabar…sabar… Kerana orang yang sabar adalah orang yang tenang dan menang.
9. Jangan ada sedikitpun rasa megah atau riak dalam hati. Terutama ketika memberi. Jangan riak ketika dipinjamkan dengan kekayaan, harta, pangkat, projek yang besar. Jangan. Saya sudah melihat orang yang sangat sangat kaya hilang segala hartanya dengan sangat mudah. Tuhan boleh memberi dengan cara yang kita tidak pernah sangka dan boleh mengambilnya dengan cara yang tidak pernah kita sangka juga. Ingat itu.
10. Usah pernah memburukkan bekas pasangan dihadapan anak-anak. Biar apapun terjadi dia tetap ayah kepada anak-anak kita. Usah menangis dihadapan anak-anak kerana ia akan meruntuhkan kekuatan jiwa anak-anak. Stay strong. Allah tahu…
Istiqamahlah dalam semua perkara ini. InsyaAllah yang sulit akan menjadi mudah bagi mu. Sekurang-kurangnya rezeki tidak akan putus buat mu…
Ketika hari konvokesyen anak saya, saya tidak dapat menahan airmata kerana mengenangkan banyaknya rintangan yang saya perlu lalui untuk pergi sejauh ini.
Kejayaan besar kita mungkin adalah kecil buat orang lain dan itu tidak mengapa.
Sabarlah….Allah sayang.
Sumber : Dzuriasikim Dzulkefli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekolah bukan sahaja sebagai tempat anak-anak kita belajar akademik semata-mata, malah di sekolah ini jugalah anak-anak kita dapat belajar pelbagai kemahiran melalui pelbagai kelab atau pertubuhan yang ada di sekolah.
Antara yang kini kian popular mendapat tempat di hati anak-anak malah ibu bapa turut teruja untuk daftarkan keahlian di dalam kelab seni mempertahankan diri. Ini lain tidak bukan adalah impak positif daripada filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.
Berkongsi cerita dan pengalaman dari kaca mata seorang guru, berkenaan pembabitan anak-anak murid di dalam seni mempertahankan diri di sekolah, nyata Cikgu Mohd Zuraidi Komari ada kisahnya yang tersendiri.
Beliau merupakan Penolong Kanan HEM, SK Bukit kemuning 2 dan juga merupakan penerima Sandang Kehormat, Bintang Mahkota Pelangi, PSSGMK Negeri Selangor. Semoga perkongsian ini dapat memberi input untuk kita semua berkenaan silat sebagai seni bela diri yang wajar dipelajari oleh anak-anak kita.
Bila diajukan soalan berkenaan kenapa memilih sukan silat dijadikan kemahiran seni mempertahankan diri yang perlu dipelajari oleh anak-anak di SK Bukit Kemuning 2 , ini jawabnya.
“Silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri yang telah wujud sekian lama di peringkat sekolah. Belajar ilmu silat dapat membentuk pertahanan diri, meningkatkan keyakinan diri, jati diri, mendisiplinkan diri, cabar kemampuan diri, baik untuk kesihatan, kecergasan dan mewarisi silat ke generasi akan datang.
“Ibu bapa perlu istiqamah dalam memastikan kehadiran anak-anak ke sesi latihan setiap minggu. Kehadiran ibu bapa bersama anak-anak semasa latihan dapat memberikan sokongan, dorongan dan galakan.
“Andai berkemampuan, belikan set pakaian silat agar semangat anak-anak lebih dirasai aura pendekar atau pahlawan. Beri galakan kepada anak-anak untuk sertai pertandingan atau kejohanan pencak silat bagi acara silat seni, tempur atau olahraga agar anak-anak dapat menguji tahap kemampuan diri dan mempraktikkan ilmu silat yang telah dipelajari.
“Kini, silat diperkatakan dipelbagai medium sosial oleh semua generasi malah menjadi ikutan anak-anak muda dengan memakai busana melayu bertanjak jika sebelum ini, tidak begitu menggalakkan dan jarang sekali silat ini ditularkan,” terangnya panjang lebar.
Mengimbas kembali di awal-awal penerimaan pelajar dengan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) di Gelanggang SK Bukit Kemuning 2, difahamkan hanya 60 keahlian sahaja diterima.
Namun siapa sangka kini seramai 300 orang ahli berjaya menguasai ilmu persilatan dan jumlah pendaftaran ahli baharu sentiasa bertambah dari minggu ke minggu.
Guru Besar Padu Menyokong
Setiap perancangan untuk memajukan dan mempromosikan keahlian pelajar tentunya tidak mampu digerakkan tanpa adanya ‘orang kuat’ yang berkerja keras dalam memastikan sukan silat di sekolah terus mendapat tempat di hati pelajar-pelajarnya.
“Usaha memastikan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK), Gelanggang SK Bukit Kemuning 2 dapat dilaksanakan dengan cemerlang perlu sokongan penuh barisan pentadbir sekolah diketuai Cikgu Hamidi Bin Shariff, Guru Besar SK Bukit Kemuning 2 dan Pn Nor Hasmah Bt Md Isa, PK Kokurikulum.
“Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Kemuning 2 juga sentiasa memberikan sokongan dan tajaan bagi memastikan segala fasiliti dan kelengkapan latihan pesilat mencukupi.
“Kerja keras barisan gurulatih juga menjadi nadi kebangkitan kejayaan demi kejayaan pesilat di gelanggang SK Bukit Kemuning 2 yang diketuai imam gelanggang iaitu Cikgu Azizur Rafiz. Barisan gurulatih yang sentiasa menyokong penuh usaha memartabatkan silat ini antaranya Ustaz Amri, Cikgu Zakfuan Shahril, Cikgu Ahmad Puad, Cikgu Norman Effendi, Cikgu Zulfarid, Cikgu Hawary Solihin dan barisan gurulatih jemputan.
“Cikgu Mohd Zuraidi Bin Komari, Penolong Kanan HEM juga adalah salah seorang penasihat gelanggang dan merupakan penerima Sandang Kehormat, Bintang Mahkota Pelangi atas usaha membangunkan dan memartabatkan Pertubuhan Silat Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Negeri Selangor,” ujarnya lagi.
Pencapaian dan kejayaan yang telah dicapai oleh Pertubuhan Silat Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Gelanggang SK Bukit Kemuning 2
-JOHAN KESELURUHAN Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022
-JOHAN Silat Seni Solo Kreatif Bawah 12 tahun (Lelaki) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022
-JOHAN Silat Seni Solo Kreatif Bawah 12 tahun (Perempuan) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022
-NAIB JOHAN Silat Seni Solo Kreatif Bawah 12 tahun (Perempuan) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022
-JOHAN Silat Olahraga Kelas A Bawah 12 tahun (Lelaki) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022
-JOHAN Silat Olahraga Kelas C Bawah 12 tahun (Lelaki) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022
-JOHAN Silat Olahraga Kelas E Bawah 12 tahun (Lelaki) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022
-JOHAN Silat Olahraga Kelas B Bawah 12 tahun (Perempuan) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat DAERAH KLANG 2022
-JOHAN Silat Seni Solo Kreatif Bawah 12 tahun (Lelaki) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat NEGERI SELANGOR 2022
-KETIGA Silat Seni Solo Kreatif Bawah 12 tahun (Perempuan) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat NEGERI SELANGOR 2022
-NAIB JOHAN Silat Tempur Bawah 12 tahun (Lelaki) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat NEGERI SELANGOR 2021
-JOHAN Silat Tempur Bawah 12 tahun (Perempuan) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat Peringkat NEGERI SELANGOR 2021
-JOHAN Silat Seni Solo Kreatif Bawah 12 tahun (Perempuan) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat NEGERI SELANGOR 2021
-NAIB JOHAN Silat Seni Solo Kreatif Bawah 12 tahun (Perempuan) Kejuaraan Sirkit 1 Sekolah 1 Silat PERINGKAT KEBANGSAAN 2021
Melihat kejayaan demi kejayaan yang dicipta, tentunya ada yang tertanya-tanya bagaimana andai anak-anak berminat untuk menyertainya dan ini antara kriteria yang diperlukan.
1.Murid perlu ada keinginan, kesungguhan dan minat untuk belajar. Semangat, keberanian dan keyakinan pesilat boleh dibentuk semasa latihan yang diadakan setiap minggu dengan pelbagai teknik latihan dan kemahiran.
2.Kesihatan pesilat juga perlu diambil kira bagi memastikan segala aktiviti dapat diikuti dengan baik dan selamat.
3.Pesilat perlu mendapat kebenaran ibu bapa kerana aktiviti yang dijalankan semasa latihan melibatkan pergerakan fizikal, sentuhan dan aktiviti yang lasak.
4.Pesilat juga perlu mengikut arahan dan berdisiplin semasa latihan agar pemahaman dan fokus pesilat semasa latihan dapat dipertingkatkan dan dapat mengelak perkara yang tidak diingini berlaku seperti kecederaan.
Harapan & Perancangan Masa Depan
Harapan saya, usaha ini perlu dilakukan bersama semua pihak. Semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan warisan silat ini terus dimartabatkan agar tidak hilang dek zaman.
Pihak sekolah akan memberi sokongan penuh kepada semua usaha yang memberi impak kepada kemenjadian murid untuk menjadi murid yang berbeza, cerdas dan berdikari. Persatuan Ibu bapa dan guru (PIBG) dan komuniti juga turut memberi sokongan berterusan dalam memastikan usaha ini memberi impak yang besar kepada masyarakat khususnya murid-murid di SK Bukit Kemuning 2.
Latihan silat yang diadakan setiap minggu akan dilaksanakan dengan mempelbagaikan latihan serta pesilat turut didedahkan acara silat tanding & silat seni agar semua pesilat mempunyai kecenderungan menyertai kejohanan silat yang diadakan diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Kami juga turut merancang menganjurkan Kejuaraan Silat di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Kami juga sedang melatih pelapis pesilat remaja untuk membimbing pesilat muda agar pesilat remaja ini menjadi sumber inspirasi dan idola kepada pesilat muda untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.
Kami juga turut bercadang menganjurkan Himpunan dan Kem Pendekar Muda dengan pelbagai perkongsian, pendekatan dan pendedahan bagi memberi motivasi dan inspirasi agar pesilat muda ini mampu meneruskan usaha memartabatkan warisan silat ini untuk diwarisi zaman berzaman dan mempunyai matlamat jelas dalam mengembangkan seni warisan ini.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.