Berat mata memandang, berat lagi yang memikul. Begitulah yang kesukaran hidup yang tentu dialami oleh segelintir kita ekoran impak covid-19.
Ramai yang dibuang kerja dan perniagaan di tutup. Pastinya mereka kehilangan punca pendapatan. Namun hidup tetap harus diteruskan.
Sebagaimana perkongsian seorang lelaki di facebook bercerita tentang ketabahan seorang yang meneruskan kelangsungan hidup demi keluarga tercinta. Biarpun dulu punya 4 cawangan kedai makan namun kini semua tinggal kenangan.
Apa yang pasti, apa jua kesusahan jangan mudah putus asa. Percayalah rezeki hadir tidak pernah salah alamat. Asalkan berusaha.
Ikuti perkongsian yang bermanfaat ini.
JUAL NASI DARI KEDAI KE KEDAI
Ni salah satu kisah, nak tunjukkan betapa besar kesan Covid dan PKP terhadap orang sekeliling kita.
Semalam balik dari surau, den terserempak dengan salah seorang jiran. Den tahu brader ni berniaga nasi sebab dia selalu update menu dalam group wasap penduduk.
Alang-alang dah jumpa, den pun berbasa-basi dengan brader ni.
“Dari mana bang?” Den tanya brader ni.
“Baru lepas jual nasi kedai ke kedai bang”
“Kena buat macam ni barulah habis, kalau tak memang tak jalan”
Masa tu kami berborak, jam dah pukul 7.40 malam. Baru selesai solat Maghrib.
“Memang full time jual nasi ni ke?” Den tanya lagi.
“Ya bang”
Ads
“Macam mana dengan jualan, ok ke bang?”
“Bolehlah bang. Kena keluar, jalan kedai ke kedai barulah ok sikit, seluar pun dah longgar ni.” Gelak brader ni.
PERNAH ADA 60 PEKARJA & 4 CAWANGAN KEDAI MAKAN
Rupanya brader ni bukan biasa-biasa, dia pernah berada di puncak dan sekarang sedang dalam fasa berjuang untuk menghadapi hari-hari mendatang.
Dari niat nak berbasa-basi, sudahnya kami berborak panjang lebar dan dia ceritakan impak PKP ke atas bisnes dan dirinya.
“Dulu kami buka kedai makan bang, 16 tahun berniaga dan ada 4 cawangan. Memang maju.”
“Tapi disebabkan Covid dan PKP, semua kedai kami terpaksa tutup.”
“Pelanggan tiada, overhead tinggi, kami tak mampu nak bayar sewa dan gaji pekerja bang.”
“Sewa kedai di Bangi RM16k, di Nilai ada dua cawangan RM20k++ dan di Shah Alam pun sewanya RM20k++.”
Ads
“Pekerja ada 60 orang, mereka sampai mengamuk bang, kami tak mampu nak bayar gaji. Sudahnya kami cakap kami terpaksa berhentikan semua pekeja dan tutup terus bisnes.”
“Haritu lepas kerajaan umum boleh bekerja, 3 hari kami berniaga, dapat jual satu pinggan nasi ayam saja bang. Itu pun pelanggan kebetulan lalu dan singgah.”
“Memang saya terduduk terus bang. Pening tak tahu nak buat apa.”
Panjang lebar brader ni bercerita, den yang mendengar rasa syahdu sungguh. Dia bercerita sambil tersengih, nampak kelat dan memang dalam fasa “struggle”.
BUANG PERASAAN MALU
Kemudian den tanyalah tentang bisnes nasi kuning yang sedang dia usahakan.
“Nasi ni asalnya kami plan nak jadikan signiture dish di kedai kami, tiba-tiba PKP dan kedai tutup.”
“Jadi saya ajak isteri untuk cuba jual.”
“Pernah cuba jual depan sekolah, tapi tak laku. Ni saya cuba jual dengan pergi pejabat ke pejabat dan kedai ke kedai.”
Ads
Hebat brader ni, umur den rasa dah nak cecah 40 tahun. Dia sanggup tebalkan muka, mejual nasi macam “direct selling” punya cara.
“Rejection” ni memang dah jadi makanan harian dia dah. Memang den tabik atas kecekalan beliau.
“Dari Bandar Seri Putra, saya cuba pergi sampai ke Nilai bang. Tadi singgah kedai Eco dan workshop. Alhamdulilah, kat kedai Eco dapat jual 2 bungkus nasi, kat workshop dapat jual 2 bungkus lagi.”
“Duit hari-hari memang habis bang. Dapat je duit, beli susu anak, pampers, barang-barang. Terus selesai.”
INILAH IMPAK COVID-19
Den yang dengar, rasa berserabut dan tepu kepala. Kesian, sedih, geram, semua ada. Balik rumah terus luahkan dekat isteri den Farah.
Brader ni, keluarga dia dan bisnes terus jatuh. 60 pekerja hilang mata pencarian.
Nak tahu rantaian impak Covid dan PKP?
Bisnes majikan jatuh. Pekerja kena buang kerja. Mereka tiada duit nak teruskan hidup
Kepala jadi serabut. Balik bergaduh dengan isteri. Anak-anak kena pukul. Sudahnya nanti sampai bercerai. Boleh jadi kemurungan dan bunuh diri
Nampak tak betapa besarnya impak Covid dan PKP, yang kebanyakan orang pandang ringan dan jadikan bahan lawak.
Moga Allah permudahkan urusan brader ni. Berjaya bangkit semula dan berjuang untuk terus menghadapi hidup yang penuh mencabar.
Sumber: Izzat Ismail Irealty
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Amalan makan sayur ni bagus untuk kesihatan badan. Namun kadang kala, ada sayur yang dibeli di kedai mudah layu. Maklumlah kadang tak sempat nak masak, jadi sayur yang dibeli mula lah layu.
Jangan buang sayur ni! Jika sayur dah nak rosak ada caranya nak bagi kembali nampak kembali segar.
Selain petua mengunakan garam atau air sejuk, boleh ikut cara ini sebagaimana perkongsian di TikTok menerusi akaun Muaketom.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak ibarat kain yang putih yang bersih lagi suci. Kita sebagai ibu bapa yang mencorakkannya. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk budi pekerti yang mulia anak-anak.
Juga berperanan dalam mendidik anak-anak semasa mereka kecil lagi dan mendisiplikan diri mereka daripada segala perkara yang dilakukannya bagi melahirkan seorang yang bertanggungjawab dan berdedikasi.
Namun, setiap anak mempunyai keistimewaan dan karektor yang berbeza yang memerlukan pendekatan berlainan untuk membentuk perkembangan dirinya.
Melalui perkongsian Puan Maryam Thoraya Arifin, beliau menyediakan pendekatan special time yang memberi fokus untuk 1 orang 1 aktiviti khas untuknya. Katanya lagi, untuk melakukan aktiviti ‘special time’ ini, ibu bapa harus punya perancangan rapi. Jom semak perkongsiannya.
Setiap anak yang dilahirkan, adalah istimewa & mempunyai karekter tersendiri. Mereka unik dan tidak sama.
Berbeza karekter, bermakna memerlukan pendekatan yang tidak exactly sama. Mungkin cara A, berjaya membuat anak pertama rasa dihargai, tetapi tidak bagi anak kedua. Begitu juga sebaliknya.
Si Abang mungkin Akan amat seronok apabila kita membuat eksperimen dengan alat elektronik. Si kakak, mungkin suka kita spend time untuk membuat glass painting.
Memahami keperluan setiap anak dan bagaimana yang membuat mereka gembira, adalah satu inisiatif yang perlu diberikan perhatian untuk perkembangan emosi anak. Ia bukan hal kecil.
Perkembangan emosi bagi kanak-kanak adalah amat penting. Rasa disayangi dan gembira akan mempengaruhi persepsi mereka terhadap persekitaran, tingkahlaku mereka, bagaimana mereka bersosial bersama Kita, adik-beradik dan orang lain.
Special time memberi ruang mengukuhkan komunikasi kita dengan anak. Wujudkan perbualan dengan bahasa-bahasa yang menghidupkan. Berapa ramai antara kita meremehkan gaya bahasa. Ambillah peluang ini, jadikan ia masa ini untuk anak connect dengan kita. Life is about connecting. Anak gen Z sangat perlu dibantu untuk connect dengan manusia secara lebih bermakna. Cabaran mereka adalah terdedah dengan dunia digital jauh lebih awal dari zaman kecil kita.
Special time untuk satu anak, membantu menampung kekurangan perhatian dan penglibatan kita semasa kita buat aktiviti beramai-ramai. Memang kita sayang semua anak, tetapi bukankan cinta perlu di buktikan, lebih-lebih lagi anak.
Ibu atau ayah perlu buat kerja ini? Ibu dan ayah dua-dua perlu buat. Kita orang pertama yang anak kita kenali. Bantu mereka untuk memahami dan menyantuni lelaki dan wanita melalui kita. Komunikasi keluarga adalah hal yang penting. Ini peluang kita membantu masa depan mereka.
Untuk situasi saya, antara special time yang saya sangat suka ialah painting, drawing atau doodling dengan anak sorang-sorang. Kami menggunakan pelbagai media samada kertas, kaca, canvas, pen, cat air, acrilic paint, brush, sponge, tissue, cotton buds. Masa inilah mereka bercerita tentang kawan, tentang idea dan bertanya macam-macam soalan. Kadang kala boleh dengar mereka bernyanyi. Antara pengakhiran aktivti yang sangat best ialah apabila mendengar mereka cakap Thank you Mama!. Untuk anda dan anak-anak, fikirkan apa yang sesuai ya.
Tak semestinya aktiviti hebat dan complicted sampai tak buat-buat. Betulkan mind setting beraktiviti dan projek perlu gempak, hebat, lama. Tetapi buat apa yang mampu kita kawal. Kalau tengah penat, rehat dulu. Kalau memang ada anak yang perlu perhatian waktu kita penat, jangan pilih yang mendatangkan lebih banyak stress. Baring, dan borak-borang dengan anak itu, mungkin sudah bermakna sekali. Siram pokok bersama seorang anak sambil berbual, ajak anak siapkan air teh untuk makan dengan biskut kering bersama dengan anak mungkin cukup bermakna sekali.
Special time yang fokus untuk 1 orang anak sebenarnya sangat membantu mengurangkan Siblings Rivalry.
Bukan itu sahaja, point pertama yang saya highlight tentang layanan pada anak yang disesuaikan dengan karekter juga adalah salah satu cara mengurangkan perbalahan antara adik beradik.
Tetapi, sempatkah 1 anak 1 waktu? Berapa kerap? Hal ini, memerlukan perancangan masing-masing mengikut kemampuan. Kalau memang tak praktikal 1 anak satu waktu, silakan buat apa yang sesuai tapi jangan tinggal terus. Kita perbaiki dan perlbaiki berdasarkan keadaan semasa.
Moga kita menjadi ibu bapa yang hebat!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap pasangan suami isteri pastinya inginkan hubungan yang erat dan mesra walaupun sudah lama berkahwin. Terdapat pelbagai cara untuk memikat hati suami termasuk melakukan perkara yang disukai oleh suami. Jom semak untuk mengetahui cara memikat hati suami.
Malah usaha ke arah yang diinginkan itu perlu dilaku oleh para isteri agar ia mendapat perhatian suami yang mungkin sibuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Berikut adalah tip-tip yang sebaiknya diamalkan oleh si isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumahtangga:
Berhias, namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar senang dan manis dipandang
Menyenangkan, jangan tidak tahu bergurau. Kebanyakan suami suka mengusik isteri, jangan cepat merajuk, sambut jenakanya dengan tawa
Pandai mendahulukan suami, menghormati pandangannya. Minta izin jika ingin ke mana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumahtangga. Yakini suami sebagai pemimpin
Bersikap sederhana dan jangan meminta suami di luar kemampuannya.
Memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badan jika ia kepenatan
Bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran dan komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumahtangga
Hormati hak peribadinya, jangan terlalu ‘busybody’ seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dsb. Yakini kesetiaan suami
Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan
Pandai menjaga diri apabila ke luar rumah, menjaga maruah suami
Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya sepenuh hati.