Bagi anda yang suka bau-bauan harum tetapi tidak mahu terlalu banyak bahan kimia digunakan, apa kata buat sendiri pelembut kain. Lebih istimewa lagi, anda boleh memilih haruman yang bagaimana malah ia juga mudah dihasilkan.
Dalam masa yang sama, anda boleh menjimatkan kos memandangkan bahan-bahan yang digunakan ada di dapur anda. Jom cuba!
Baking soda
Ambil ½ cawan baking soda dan cuci pakaian seperti biasa. Baking soda bukan sahaja menjadikan pakaian lebih bersih malah turut menjadi agen pelembut fabrik. Anda juga boleh tambahkan minyak essential bagi memberi aroma yang lebih harum.
Ads
Cuka
Cuka juga boleh dijadikan pilihan untuk digunakan sebagai pelembut pakaian. Caranya cukup mudah, ambil ½ cawan cuka dan masukkan ke dalam air bilasan. Cara yang sama campurkan juga dengan minyak assential untuk memberi aroma yang lebih wangi.
Ads
Baking soda + cuka
Kombinasi kedua bahan ini juga boleh digunakan dan kesannya kain lebih lembut dan lebih bersih daripada biasa. Ambil ¼ cawan baking soda dan campurkan dengan ¼ cawan cuka. Jangan lupa menambah minyak essential untuk aroama yanglebih harum.
Perapi Rambut
Apa yang perlu anda lakukan adalah ambil 6 cawan air panas, 3 cawan cuka dan 2 cawan perapi rambut. Campur rata semua bahan dan ia boleh disimpan. Semasa membilas pakaian campurkan bersama bahan ini.
Antara Pilihan Minyak Esensi Yang Boleh Digunakan :
Minyak Tea Tree
Minyak esensi Rosemary
Minyak esensi mint.
Minyak esensi lemon
Minyak esensi lavender
Tip tambahan:
JANGAN gunakan bahan pelembut ini ketika di awal peringkat cucian kerana ia akan bertindak balas dengan bahan pencuci yang digunakan. Sebaiknya bahan pelembut ini dimasukkan ketika waktu bilasan terakhir.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Angkawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan penghargaan buat isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos bersempena sambutan hari lahir isteri kesayangannya itu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Dr Sheikh Muszaphar di laman Instagramnya, bapa penyayang ini menyambut hari bahagia tersebut di ibu kota bersama tujuh orang anaknya yang lain dengan melakukan beberapa aktiviti.
“Cara yang terbaik untuk menyambut ulang tahun kelahiran adalah raikannya bersama, kami ambil keputusan untuk meluangkan masa di ibu kota.
“Satu hari di hotel, sepanjang hari berada di kolam renang, menaiki LRT dan double decker bus, membeli belah, kek coklat kecil bersama aiskrim. Semua orang menikmatinya,” katanya.
Berkorban besarkan anak
Dr Sheikh Muszaphar turut menzahirkan ucapan penghargaan buat Dr Halina yang telah banyak berkorban dalam menguruskan tujuh orang anak mereka.
“Selamat ulang tahun kelahiran buat Dr Halina.
“Terima kasih kepada isteri tercinta, individu yang telah melahirkan tujuh orang anak yang hebat. Tak pernah penat, tak mengeluh dan beri komited sepenuhnya dalam membesarkan anak-anak kita.
“Dan tak pernah sekali pun complained dan saya tak akan minta lebih daripada ini, syukur sangat..alhamdulilah,” ujarnya.
Sekadar info, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Pasangan itu kemudiannya dikurniakan tujuh anak iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar lelaki dan perempuan, Sheikh Eusoff, Sophea Emilia dan Sheikh Muhammad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Sari Yanti memuatnaik foto berkenaan berserta kapsyen yang mendoakan anak-anak menjadi insan yang membawa kebaikkan kepada masyarakat. Dalam pada itu, dia juga menitipkan doa buat peminatnya yang belum dikurniakan zuriat.
Robbi habli minassholihin 🤲 . Semoga Barr Al Aliy , Baasit Al Haq , Dariya Inara , Muhammad Khidir dan Abu Bakr membesar menjadi anak yang soleh dan membawa kabaikan pada semua. ♥️ Semoga kita semua Allah swt rahmati, dalam redha dan kasih sayangNya selalu 🤲. . Semoga yang belum punya zuriat dikurniakan zuriat yang soleh satu hari nanti
Untuk rekod, Jep mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr bin Mohd. Nadzri.
Sari juga mempunyai dua lagi cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Mohd. Eddy Casmady Che Hussien iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
WARGAMAYA TERHARU
Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan perasaan syukur dengan titip doa pelakon itu. Ucapannya itu membuatkan peminatnya terharu dan berharap dianugerahkan cahayamata sebagaimana Sari Yanti dan Jep.
Sebaik sahaja anak dilahirkan, ibu bapa adalah insan yang amat gembira melihat zuriat yang akan menjadi penyeri keluarga.
Walau apa jua yang berlaku, ibu ayah sanggup melakukan pengorbanan demi anak kesayang dalam apa jua keadaan.
Begitulah yang digambarkan kisah tular yang menyentuh hati apabila seorang ayah sanggup tidur di dalam kereta untuk menemani anak menerima rawatan kesihatan.
Begitulah kasih seorang ayah, Adi Saifullizam Abdul Sani, 40, apabila sanggup tidur dalam kereta di tempat parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini bagi menemani anak bongsunya yang dirawat di hospital itu.
Memetik laporan Harian Metro, anaknya, Muhammad Afeef Mikhail, 8, sehingga kini dirawat di hospital berkenaan sejak menjalani pembedahan bagi pengambilan sampel sel serta memasukkan tiub sekitar tengah malam Sabtu lalu, selepas disahkan menghidap tumor otak sehari sebelumnya.
Video kereta Proton Satria milik bapa itu yang dipasang dengan khemah sambungan belakang kereta dan diletakkan di ruangan parkir HRPB, tular di media sosial hari ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Bapa kepada tiga anak masing-masing berusia 15, 12, dan 8 tahun itu yang mesra disapa ‘Adi’ berkata, Muhammad Afeef kini stabil selepas pembedahan itu namun masih perlu dirawat dan dipantau di Wad Pediatrik HRPB dengan ditemani isterinya, Aminah Othman.
Katanya, keputusan bermalam di ruangan parkir hospital itu diambil kerana ingin sentiasa dekat menemani anak serta isterinya, selain beberapa kekangan lain termasuk kewangan serta kesukaran untuk mencari lot parkir sekiranya dipanggil doktor.
“Isteri menemani anak di wad dan saya ‘menetap’ dalam kereta sebab tidak mahu berjauhan dengan mereka.
“Keputusan bermalam dalam kereta ini diputuskan bersama isteri selepas mengambil kira tahap kemampuan kewangan kami termasuk untuk berulang-alik dari rumah inap dan sebagainya,” katanya dihubungi NSTP hari ini.
Bekerja sebagai operator sebuah kilang di Bidor dan menetap di Trolak manakala Aminah hanya suri rumah sepenuh masa Adi berkata, dia juga mengambil cuti tanpa gaji selama seminggu hingga Sabtu ini untuk bersama-sama isteri memantau anaknya.
Katanya, dua lagi anaknya iaitu anak sulung dan anak kedua kini dijaga sementara oleh saudara terdekat.
“Tidur dalam kereta bukanlah lena mana sekadar baring untuk meregang badan dan hilangkan letih.
“Yang penting saya dapat segera sampai jika ada sebarang keputusan atau permintaan doktor yang memerlukan untuk saya sampai ke atas (wad).
“Memang ada kawan sekitar Ipoh yang menawarkan saya duduk sementara di rumah sewa mereka tetapi lokasinya di Tambun dan Pengkalan Station 18 yang mungkin mengambil masa lebih setengah jam untuk saya sampai ke hospital, tidak termasuk untuk mencari parkir,” katanya.
Adi berkata, Muhammad Afeef pada mulanya didiagnos dengan masalah bengkak pada saluran antara bahagian mata dan tulang belakang di Hospital Slim River sebelum dirujuk ke Hospital Teluk Intan (HTI) bagi menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT scan).
“Afeef menjalani CT Scan di HTI pada petang Jumaat dan keputusannya diperoleh malam sama, dan malam itu juga saya, isteri, dan Afeef dirujuk pula ke HRPB bagi pembedahan mengambil sampel sel dan memasukkan tiub.
“Saya bermalam dalam kereta di HRPB sejak Jumaat lalu pada malam pembedahan dilakukan. Kini keadaannya stabil, makin baik, dan sehingga sekarang tidak menunjukkan kesan akibat pembedahan.
“Pemantauan masih diteruskan termasuk bagi menunggu keputusan ujian makmal yang akan menentukan jenis tumir dihidapi anak sebelum doktor memutuskan rawatan susulan yang bersesuaian,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Adi Saifullizam di talian 013-7922812.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.