Kadang-kadang dalam kereta boleh jadi waktu yang sangat mencabar buat mak ayah yang ada anak 1-4 tahun sebab mereka bukan sahaja aktif malah mereka tak faham bahasa.

Agak susah nak menenangkan mereka ni kalau mak ayah tak tahu teknik tenangkan anak mengamuk ni.

Tip Nak Elak Anak Buat Dalam Kereta, Barulah Ayah Dapat Pandu Dengan Tenang

7 TEKNIK TENANG-kan anak dalam kereta yang mak ayah boleh cuba dan sesuaikan ikut keadaan.

1 – Bawa Bertenang
===========
Pertama sekali bila anak meragam atau tak mahu duduk diam mak ayah kena bawa bertenang. Nak suruh anak bertenang macam mana kalau mak ayah sendiri tak boleh bertenang, menengking dan memarah tak boleh buat situasi tegang jadi tenang.

Susah nak tenang pun cuba buat buat muka relax. Nanti anak yang mengamuk pun pelik “Eh, ni mak aku ke? Selalu kalau aku meragam mak aku lagi kuat meragam”. Ini namanya reverse psychology.

Susah juga nak tenang? Cuba teknik Jin Shin Jyutsu urut jari tengah 2-5 minit untuk tenangkan rasa marah.

2. Pujuk Dengan Lembut
===========
Cuba dulu pujuk guna bahasa yang paling lembut boleh buat, jangan terus naik angin cakap pun kasar je. Bertambah keras hati anak tu nanti. Turuti je permintaan si anak selagi ia tak memudaratkan.

IKLAN

Kalau perlu berhenti kereta berhentilah dan peluk anak serta gosok di bahagian dada dia kerana menurut Dr. Taufiq Razif gosokan di bahagian dada dapat kurangkan kenakalan anak kita. Sambil gosok tu boleh cuba selawat atau baca surah pendek. Insyaallah hati si anak tadi akan lembut.

3. Seni Mengalih Perhatian
===========
Lumrah budak memang kena bergerak, mana boleh nak duduk statik tak buat apa apa, sebab itu dia mudah meragam bila dalam kereta kerana aktiviti yang dia boleh buat sangat terhad. Balik-balik main kejar kereta depan.

Mak ayah kena ada seni mengalih perhatian anak kalau tak nak anak meragam atau nak tenangkan anak yang meragam. Boleh cuba main teka mimik muka, teka barang yang hilang atau bertanya soalan yang menguji minda dia seperti “kereta tu warna apa?”. Selain dapat bertenang dapat juga kita asah thinking skill anak-anak.

Amaran : Elakkan bertanya tentang perasaan ataupun sesuatu yang melibatkan emosi kerana ianya akan membuatkan anak fokus ke dalam dirinya sendiri. Ingat, anak yang sedang fokus pada emosi dan perasaannya sendiri akan mudah meragam!

4. Beri Ganjaran
===========
Kalau semua cara tadi tak berkesan guna cara ‘beri ganjaran’. Boleh juga sediakan kontrak tingkahlaku awal-awal sebelum perjalanan, bagitahu “Rania kalau tak menangis dan tak kacau adik nanti mama belikan patung little pony” (sebab rania suka little pony)

IKLAN

Nak bagi pesanan atau arahan kena spesifik, tak boleh bagi arahan terlalu abstrak contoh,
“Rania jangan nakal tau”. Anak confius kalau arahan macam ni.

Kena bagi arahan spesifik,
“Rania jangan kacau adik, jangan panjat, jangan melompat”. Walaupun arahan tu jadi panjang tapi percayalah anak lebih faham macam ni.

5. Bagi Pilihan
===========
Bila mahu tenangkan anak yang mengamuk dalam kereta boleh bagi dia pilihan. Sebelum tu kena tahu apa yang anak nak sebenarnya. Contoh pilihan “Rania suka makan donut putih ke coklat?” (Sebab rania suka makan donut). Tengok pada situasi perjalanan kita nak ke mana.

Amaran : Jangan sesekali bagi pilihan bentuk mengugut atau warning pada anak sebab cara ini boleh buat anak dapat simptom 3F (freeze, fight, flight).

Contoh pilihan ugut, “Rania nak diam atau anak kena tinggal kat sini?”

IKLAN

6. Sesekali Kena Abaikan
===========
Boleh abaikan anak mengamuk sekali sekala jika punca amukan tu tak serius. Bukan tak pedulikan tapi sebenarnya kita nak sampaikan mesej bahawa dia tak boleh gunakan kemarahan dia untuk menarik perhatian kita dan dia tak boleh gunakan kemarahan tu untuk mendapatkan apa yang dia mahu.

Lengah lengahkan pujuk anak yang sedang meledak marah itu. Kalau kita kelam kabut setiap kali anak mengamuk, percayalah dia akan ulang, ulang dan ulang perbuatan tu untuk menarik perhatian kita.

Jelaskan baik-baik dengan intonasi suara yang tenang dan perlahan bahawa kita datang bukan kerana dia mengamuk tapi kerana kita sayang kat dia. InsyaAllah fokus anak kepada kemarahannya akan beralih kepada dialog kasih sayang kita.

7. Mak Ayah Kena Tegas
===========
Akhir sekali macam mana pun cara didik anak mak ayah kena sentiasa tegas dan jangan mudah kasihan. Kerana sifat kasihan kita itu boleh jadi racun yang anak akan gunakan untuk beri alasan kemudian hari nanti. Tegas kalau anak buat salah melampau mesti kena hukum, jangan di manjakan.

Hanya ada 2 sahaja punca anak mengamuk dan tantrum yang mak ayah kena ambil tindakan segera iaitu apabila anak mengamuk sebab keperluan fisiologi-nya tak dipenuhi dan satu lagi anak yang mahukan perhatian mak ayah.

Lepas ni kalau anak mengamuk nak telifon jangan gelabah, relax sebab itu amukan manipulatif sahaja. Guna 7 teknik tadi insyaallah keadaan kembali tenang.

Sumber: Fb Mohd Fhais

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI