Seorang pempengaruh wanita, Nur Syahirah, 28, atau lebih dikenali sebagai SchaYang, meninggal dunia malam tadi, dipercayai akibat sesak nafas, hanya seminggu selepas mendirikan rumah tangga.
Kala inai masih merah di jari kerana baru seminggu bergelar pengantin baharu, ajal, maut segalanya di tangan tuhan, tiada siapa dapat menghalangnya jika Allah telah mentakdirkan sesuatu perkara itu berlaku.
SchaYang, yang memiliki 86,200 pengikut di TikTok, menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11 malam.
Ads
Pasangan berkenaan menjadi perhatian ramai apabila suami dan isteri itu masing-masing memiliki ketinggian luar biasa iaitu 195 dan 186 sentimeter (cm) sehingga diumpamakan seperti Menara Berkembar Petronas.
Khabar duka itu dimaklumkan oleh adiknya yang dikenali sebagai Wani.
Ads
“Assalamualaikum. Saya Wani adik kepada Syahirah (owner tiktok) nak beritahu, Scha baru sahaja meninggal dunia pada 6/2/2025 malam Jumaat dalam 11 lebih malam.
“Mohon sedekahkan al-Fatihah dan maafkan segala salah silap Scha, kalau ada Scha berhutang mohon bagitahu atau halalkan,” tulisnya.
Ads
Terdahulu Allahyarham Scha yang mempunyai ketinggian 186 sentimeter (cm) berkahwin dengan jejak yang dikenali sebagai Syahmi berketinggian 195 cm.
Video perkahwinan menjadi viral gara-gara pov yang memaparkan Allahyarham Scha memiliki ketinggian luar biasa.
Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa pada pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, pelajar terbabit, Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin, 16, dikatakan telah berjaya menamatkan acara sejauh enam kilometer itu sebelum rebah tidak sedarkan diri sebaik melepasi garisan penamat di sekolah tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pelajar itu menyertai acara merentas desa peringkat sekolah bersama pelajar lain.
“Sebaik tiba di garisan penamat di padang sekolah, pelajar terbabit yang dikenali sebagai seorang yang aktif bersukan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.
“Guru bertugas bersama pelajar yang merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) kemudian telah membawa pelajar itu ke khemah di situ dan memberikan bantuan pertolongan cemas, namun pelajar itu tidak memberikan sebarang tindak balas,” katanya di sini hari ini.
Katanya, guru terbabit terus menghubungi ambulans Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan ketika dibawa untuk mendapatkan rawatan ke HSAH, pelajar itu meninggal dunia.
“Hasil temu bual pihak kita dengan bapa mangsa mendapati anak mereka itu sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit dan merupakan pelajar aktif bersukan.
“Semakan pihak kita juga mendapati bapa mangsa memberi kebenaran bertulis membenarkan anaknya menyertai acara sukan tersebut,” ujarnya.
Tambahnya, hasil pemeriksaan awal pihak polis ke atas mayat pelajar berkenaan tidak menemui sebarang unsur jenayah atau khianat.
Kredit: Kosmo Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jodoh di tanah perkuburan, Marinah dan Norhisham bina rumah tangga bersama selepas ‘hilang’ pasangan. Siapa sangka lelaki dan wanita ini bertemu jodoh semula ketika menziarahi pusara pasangan masing-masing di tanah perkuburan.
Marinah Mohd Beseri, 48, kehilangan suami pada Mei tahun lalu. Isteri kepada Norhisham Mohd Nor, 64 pula meninggal dunia pada April tahun sama. Kedua-duanya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Negeri Sembilan.
Marinah berkata, sejak arwah suaminya meninggal dunia, boleh dikatakan setiap hari dia menziarahi pusara itu sebelum wujudnya komuniti dalam kalangan waris.
“Kebetulan suami baharu saya (Norhisham) juga baru kehilangan isteri dan dia juga kerap menziarahi kubur isterinya. Apabila kerap berjumpa di tanah perkuburan, beberapa waris mewujudkan kumpulan WhatsApp.
“Daripada situ saya mula kenal waris lain termasuk Norhisham. Selain kerap ziarah kubur, kami turut mengadakan gotong-royong dan tahlil bersama dan semua mulai saling mengenali dan rapat,” katanya.
Marinah yang kehilangan suami akibat kanser pankreas berkata, sepanjang mengenali dan berurusan dengan Norhisham dia mendapati lelaki itu mempunyai persamaan dengan arwah suaminya.
“Selepas enam bulan kenal, Norhisham menyatakan hasratnya dan kami melangsungkan perkahwinan pada November tahun lalu,” kata usahawan produk kecantikan dan kesihatan itu.
Mengulas mengenai pertanyaan beberapa rakan dan saudara mara bahawa dia seolah mencari pengganti terlalu cepat, Marinah berkata, sebenarnya dia mengalami kemurungan lebih sebulan selepas kematian suami.
“Itu antara sebab saya ke kubur suami setiap hari dan kehadiran Norhisham sedikit sebanyak mengubati kehilangan ini. Malah sehingga kini kami masih lagi sama-sama menziarahi kubur pasangan masing-masing.
“Orang boleh cakap apa sahaja, tetapi kena ingat, ini juga aturan Allah, sudah jodoh kami bertemu dengan cara ini, kami terima,” katanya.
Sementara itu, bagi Norhisham pula, matanya mula terpaut pada Marinah ketika kali pertama melihat wanita itu di tanah perkuburan berkenaan.
“Pada waktu itu mungkin dia dalam kesedihan dan sebagainya jadi saya hanya pendam perasaan itu. Selepas beberapa bulan, saya berbincang dengan lima anak dan adik-beradik mengenai hasrat saya.
“Mereka bersetuju dan anak-anak saya rupanya saling kenal dengan anak Marinah. Difahamkan juga saya dapati Marinah juga mempunyai pertalian dengan arwah isteri.
“Bergelar ibu tunggal satu cabaran bagi wanita dalam berhadapan dengan masyarakat dan kehidupan. Dengan adanya lelaki disampingnya, sekurang-kurangnya ada yang membimbing dan melindunginya,” katanya.
‘Check in’ hotel, redah perjalanan dari Johor ke Kelantan untuk tarawih di Masjid Muhammadi. Suasana istimewa sepanjang Ramadan di Masjid Muhammadi, Kota Bharu telah menarik minat seorang wanita untuk mengembara lebih 600 kilometer dari Batu Pahat, Johor ke Kelantan semata-mata untuk merasai pengalaman berbuka puasa dan menunaikan solat sunat tarawih di sana.
Siti Raudhah Nordin, 42, mengakui bahawa perjalanan ke masjid berkenaan bukanlah sesuatu yang dirancang lebih awal kerana bimbang perancangan tersebut mungkin tidak dapat direalisasikan. Namun, setelah berada di rumah saudara di Pahang, dia dan suaminya mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Kelantan dalam minggu pertama Ramadan.
“Oleh kerana kami sudah berada di Pahang, saya rasa tidak salah untuk ‘melencong’ sedikit ke Kelantan. Kami memilih untuk menginap di sebuah hotel berhampiran masjid tersebut selama satu malam bagi merasai sendiri suasana berbuka puasa dan solat di sana,” katanya.
Menurutnya, dia sendiri tidak dapat menjelaskan mengapa hatinya begitu tergerak untuk mengunjungi Masjid Muhammadi, walaupun terdapat banyak masjid lain yang lebih besar dan lebih dekat dengan tempat tinggalnya.
“Saya tidak pernah datang ke sini sebelum ini, hanya melihatnya menerusi media sosial. Mungkin Allah yang menggerakkan hati saya dan suami untuk merasai pengalaman di sini,” ujarnya.
Sebagai seorang guru, Siti Raudhah turut kagum melihat ramai individu yang bermurah hati menginfakkan makanan untuk berbuka puasa.
“Sekitar jam 6.30 petang hingga hampir 7 malam, ramai orang datang membawa juadah berbuka puasa. Pelbagai makanan disediakan dan kami tidak perlu bersusah payah mencarinya kerana makanan terus dihantar kepada jemaah. Kuih-muih dan minuman dalam balang juga tersedia dalam jumlah yang banyak,” jelasnya.
Selain itu, suasana dataran Masjid Muhammadi yang dipenuhi jemaah turut memberikan pengalaman yang sangat bermakna buatnya.
“Memang ramai yang berbuka puasa di sini. Saya yakin bukan hanya penduduk tempatan yang hadir, tetapi juga mereka dari luar Kelantan yang ingin merasai pengalaman seperti saya,” katanya lagi.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.