Setiap orang punya cara tersendiri untuk menyambut hari istimewa. Tak kira untuk diri sendiri mahupun orang tersayang. Walaupun simple namun yang penting itu tanda kita mengingati dan yang diraikan turut gembira.
Seperti juga pelakon dan pengacara Che Puan Juliana Evans, yang baru-baru ini berkongsi sekeping gambar meraikan ulang tahun kelahiran suaminya, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah.
Apa yang menariknya, walaupun bergelar isteri kepada kerabat Diraja Selangor, namun dia memilih untuk menyambut secara sederhana bersama cahaya mata mereka, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang dipanggil Milly.
Malah, Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans berkongsi cerita, membeli dekorasi dari kedai MR DIY sahaja bagi menghiasi sambutan tersebut di kediaman mereka.
Ads
This is how we squish Mily everyday 🥰 Surprise birthday for my hubby at home last night worked! 🥳 🎉 Macam biasa la decorations semua beli kat our favourite store Mr DIY je 😜 hope you like the simple celebration syg.
Dalam perkongsian tersebut juga, Juliana turut menitipkan doa buat suami selain berterima kasih kerana menjadi pasangan serta bapa yang baik sekali gus membawa kegembiraan serta kebahagiaan buat mereka sekeluarga.
Ads
Thank you for being such a good husband and especially a good father to our daughter.. you bring us so much joy and happiness 💕 You have come a long way to become who you are today & I am the most proud wife ever! Semoga keluarga kita bertambah besar dan semoga Allah murahkan rezeki syg lagi… Alhamdulillah amin 🤲🏻
Perkongsian Juliana tersebut mendapat reaksi ramai. Namun bukan kerana dekorasi atau ucapan untuk suaminya, sebaliknya rata-rata memberi komen tentang ‘baby bump’ yang kelihatan dalam gambar tersebut. ramai meneka Juliana kini sedang berbadan dua. Namun empunya diri tidak memberi sebarang komen.
Betul ke jadi ibu bekerja lebih banyak cabarannya berbanding ibu suri rumah tangga?
Tolak ke tepi perbandingan itu, setiap wanita bergelar mak-mak pasti mengalami pelbagai liku dalam menguruskan rumah tangga masing-masing.
Apa yang membezakan antara ibu A dan ibu B ialah cara pengurusan masa. Nak tak nak, kerja rumah memang kena buat kerja rumah tak akan pernah habis.
Selagi bernyawa selagi itulah rumah sentiasa “hidup”.
Tetapi kebanyakkan mak zaman sekarang ada dua posisi tau. Berkarir dan juga suri rumah dalam satu masa. Hebat, bukan?
Jadi bekerja atau tidak, masing-masing perlukan pengurusan masa yang sistematik agar tak tertekan bila berada di rumah.
Mak-mak bolehlah ikut tips di bawah ni untuk kurangkan stress…..jom tengok
1. Bangun Awal
Seeloknya mak-mak tidur awal untuk senang bangun di awal pagi. Bila bangun awal pagi, sempat lah siapkan kerja agar tak diganggu oleh anak-anak. Bukan itu je, bangun awal pon sempat untuk mak-mak sediakan bekal untuk anak-anak dan suami. Bekerja atau tidak, mesti boleh buat kalau cukup tidur!
2. Rehat Otak
Bila dah penat buat kerja,cubalelapkan mata kejap dalam 10-30 minit. Bila otak penat, badan pon akan jadi penat. Maka jadi lambatlah kerja nak siap kan. Bila bangun memang automatic rasa segar. Yang kerja janganlah pulak tidur di pejabat ya. Tapi kalau penat sangat mungkin boleh pejam mata waktu rehat. Pandai-pandai lah bahagikan masa.
3. Sediakan Bahan Basah
Setiap kali hujung minggu je dah boleh sediakan bahan basah untuk masak sepanjang minggu yang akan datang. Potong sayur dan bahan mentah dalam bekas dan simpan dalam peti. Lagi bagus, boleh sediakan pes frozen. Nak masak tinggal nak keluarkan dan panaskan je.
4. Jangan Tangguh
Tabiat ‘nanti dulu’ ni biasanya sebab dah selalu amalkan. Tipulah kalau tak pernah lambatkan solat sebab nak siapkan kerja lain dulu. Kita semua manusia ada silap. Kalau dah terfikir buat je terus, cuba jangan tangguh. Mana tahu bila dah tangguh tu tiba-tiba ada kerja lain pula kena siapkan, ditangguh lagi. In shaa Allah semua kerja akan selesai satu persatu.
5. Lipat Kain
Ini paling mencabar, rasa malas sangat nak melipat kain. Tapi jangan risau, boleh je lipat sambil-sambil tengok tv ke, tunggu ikan atas dapur tu masak ke ha kan senang. Kena pandai jugak asingkan jenis-jenis baju barulah tak serabut masa nak lipat. Yang kecik-kecik macam stokin dan pakaian dalam tu boleh buat hujung-hujung. Asalkan yang besar-besar ni dah settle.
6. Kurangkan Screen Time
Masa anak-anak ada kat rumah, elakkan main gadjet. Mungkin ada yang terfikir masa ini lah nak catch up dengan update kawan-kawan di media sosial kan dan berita terkini kan. Cuba luangkan masa bersama anak-anak supaya ada “balance” lah masa bekerja dan masa yang diluangkan bersama anak-anak. Haaa… mak-mak kenalah rajin buat aktiviti di rumah bersama anak-anak. Bila otak anak-anak dah penat, cepatlah diorang tidur. Maka cepatlah kita boleh siapkan kerja tanpa diganggu oleh mereka.
7. Bersenam
Alasan je tak ada masa nak buat senaman, mak-mak boleh buat 10 benda dalam 1 masa. Takkan nak bersenam 30 minit pon tak sempat kan. Boleh je sambil goreng ikan tu sambil angkat dumb bell sebelah haa barulah kuat sikit tangan menggoreng ikan. Bila dah bersenam, barulah segar dan emosi tak cepat penat. Boleh cuba dan biasakan!
8. Solat Sunat
Antara kunci rezeki dalam kehidupan yang orang paling jarang amalkan. Tahu tak kuasa DOA seorang mak-mak sangat luar biasa? Lepas hantar anak ke sekolah boleh buat sunat dhuha. Jadi kalau buat, eloklah selit doa buat suami dan anak-anak serta mak ayah kat kampung. In shaa Allah hidup tu lebih tenang.
9. Bersihkan Sinki
Jangan ajar anak-anak letak dalam sinki selepas makan dan minum. Ajar mereka untuk terus basuh pinggan sendiri selepas makan. Ha ini termasuk untuk anak lelaki. Kerja rumah tak ada “gender roles” sebab ia hanya asas kehidupan yang semua orang wajib buat. Tak kan nak jadi malas kan? Paling penting, sebelum tidur malam pastikan sinki bersih tanpa sebarang kotoran supaya tak ada binatang kotor datang.
10. Reward Diri
Perempuan mana je tak suka dapat hadiah dan manjakan diri sendiri? Jadi andai kata dapat duit poket lebih dari suami, bolehlah guna duit tu untuk keperluan sendiri.
Cuba jangan fikir anak-anak dan suami sebab mereka dah lengkap dengan keperluan memandangkan mak-mak sendiri yang urus pakai minum mereka.
Cuba ‘me time’ dengan kawan-kawan. Bukan selalu pun, kalau dapat merasa mesti rasa seronok!
Sebenarnya kebanyakan isteri bukan tak ada masa, cuma tak pandai uruskan masa. Akhirnya rasa penat dan tak cukup rehat yang kadang boleh buat diri stress sampai menangis. Kalau rajin, buatkan jadual sendiri supaya lebih teratur.
Ayda Jebat syukur anak tunjuk perubahan positif selepas didik ‘No Screentime’, dah mula bercakap & kurang tantrum. Perkongsian pelakon dan penyanyi ini nyata menyentuh hati ramai ibu bapa, terutama yang sedang berdepan cabaran membesarkan anak kecil dalam dunia serba digital hari ini.
Sebagai ibu, sudah tentu setiap perubahan pada anak menjadi sesuatu yang sangat bermakna. Lebih-lebih lagi apabila perubahan itu melibatkan perkembangan emosi, tingkah laku dan komunikasi si kecil. Itulah yang dirasai Ayda Jebat apabila anak keduanya, Aali Mateen, menunjukkan perubahan yang memberangsangkan selepas dia mempraktikkan rutin No Screentime Ayda Jebat secara konsisten.
Menerusi perkongsiannya di Threads, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, mendedahkan sudah masuk hari ke-11 anaknya langsung tidak menonton televisyen. Menurut Ayda, sebelum ini dia perasan anaknya menjadi cepat tantrum, suka menjerit, sukar mendengar kata dan susah untuk fokus setiap kali terlalu terdedah kepada skrin.
Malah, untuk meminta anak duduk diam walaupun sekejap juga bukan sesuatu yang mudah. Ayda sendiri tertanya-tanya sama ada keadaan itu berlaku kerana anaknya terlebih rangsangan atau overstimulate akibat terlalu banyak screentime sebelum ini.
Namun, selepas rutin No Screentime Ayda Jebat diamalkan, Ayda mula melihat perubahan yang sangat ketara pada anak kecilnya itu. Katanya, Aali Mateen kini sudah mula bercakap, lebih mudah mendengar apabila diajak berbual, memberi respon dengan lebih baik dan menjadi lebih senang untuk dikendalikan dalam kehidupan seharian.
Perkongsian ini nyata membuka mata ramai ibu bapa bahawa penggunaan skrin yang berlebihan sememangnya boleh memberi kesan kepada tingkah laku anak. Dalam usia kecil, anak-anak sangat memerlukan interaksi secara langsung, komunikasi dua hala, permainan aktif serta perhatian daripada ibu bapa untuk membantu perkembangan mereka dengan lebih sihat.
Apabila anak terlalu lama terdedah kepada skrin, mereka cenderung mengalami masalah fokus, lambat bercakap dan mudah mengalami perubahan emosi seperti cepat marah atau tantrum. Ini kerana otak anak kecil masih dalam proses perkembangan dan memerlukan rangsangan semula jadi, bukan hanya visual dari skrin semata-mata.
Ayda turut mengakui, kejayaan membiasakan anak dengan rutin tanpa skrin bukan hanya bergantung kepada ibu bapa semata-mata, tetapi orang sekeliling juga memainkan peranan penting. Ini kerana jika ada pihak yang masih memberi telefon bimbit atau membuka televisyen tanpa kawalan, usaha tersebut mungkin menjadi lebih sukar untuk dikekalkan.
Dalam konteks No Screentime Ayda Jebat, konsistensi adalah kunci utama. Tanpa sokongan ahli keluarga lain, usaha ini mungkin terganggu dan tidak memberikan hasil yang maksimum kepada perkembangan anak.
Apa yang dikongsikan Ayda ini boleh dijadikan inspirasi buat ibu bapa lain yang sedang berusaha memperbaiki rutin anak di rumah. Tidak dinafikan, mengurangkan screentime bukanlah sesuatu yang mudah, namun hasilnya mungkin sangat berbaloi jika dilakukan dengan sabar dan konsisten.
Ibu bapa boleh bermula secara perlahan, seperti menetapkan had masa penggunaan skrin, menggantikan masa tersebut dengan aktiviti bermain bersama, membaca buku atau berkomunikasi secara aktif dengan anak.
Dalam membesarkan anak, setiap usaha kecil yang dibuat dengan penuh kasih sayang pastinya memberi makna besar. Semoga perkongsian No Screentime Ayda Jebat ini menjadi pemangkin buat lebih ramai ibu ayah untuk lebih peka terhadap perkembangan anak-anak, demi melihat mereka membesar dengan emosi yang lebih stabil, fokus yang lebih baik dan komunikasi yang semakin berkembang dari hari ke hari.
Sepanjang ramadan ni, selain dari masak menu untuk berbuka, ada juga dalam kalangan para isteri ingin mencabar diri untuk membuat juadah sampingan seperti kuih muih.
Lebih-lebih lagi sekarang ni kuasa di hujung jari. Nak buat apa, tingga google sahaja! Itu baru resipi, belum lagi yang dah siap buat video tutorial step by step. Lebih mudah kan?
Terutamanya video yang dihasilkan oleh pemuda yang dikenali sebagai Khairulaming, resipinya sememangnya menjadi ikutan orang ramai termasuklah seorang wanita ini yang turut terjebak mengikuti selebriti tersebut .
Perkara itu dikongsikan oleh suaminya, Muhd Hafiz di laman Facebook, isterinya telah membuat kuih keria yang mungkin buat kali pertama. Sekilas pandang. juadah itu dilihat sangat cantik sehingga menarik minat si suami untuk menyantapnya.
Namun siapa sangka, kuih tersebut ternyata tidak seperti yang diharapkan serta melekat antara satu sama lain. Lebih melucukan, keria dan pinggan itu seolah-olah bersatu ketika cuba diangkat oleh suaminya.
Moment itu menyebabkan lelaki berkenaan bersama anak-anak tidak mampu menahan tawa. Bagaimanapun, ia tetap habis dimakan oleh kerana rasanya yang enak.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata terhibur dengan perkongsian si suami ini.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.