Berpuasa selain terbukti bagus untuk kesihatan, malah akan dikurniakan ganjaran pahala yang tinggi disisi Allah.
Oleh itu, bersempena bulan Muharram ini, terdapat tarikh-tarikh istimewa untuk kita sekeluarga dapat laksanakan puasa sunat dan ini dikongsikan tarikh-tarikhnya agar tidak terlepas pandang. Jom semak perkongsian Nurul Shahidah ini.
TARIKH PUASA SUNAT BULAN MUHARRAM
Assalaamu’alaikum…Insya Allah, dalam beberapa hari lagi, kita boleh berpuasa sunat yang agak panjang…
30 Zulhijjah = 31/8 Sabtu(juga bersamaan dgn hari Merdeka),
puasa sunat akhir bulan Zulhijjah serta penutup bg tahun masihi 1440H dgn berpuasa…
Ads
1 Muharram = 1/9 Ahad, bermulanya hari pertama puasa sunat 10 hari awal Muharram…
Juga sambutan tahun baru masihi 1441H dgn berpuasa…
Seterusnya kalau puasa 2 Muharram = 2/9 sehingga 8 Muharram = 8/9(termasuk juga puasa sunat 2/9 Isnin + 5/9 Khamis)…
9 Muharram = 9/9puasa sunat hari Tasu’a + Isnin…
10 Muharram = 10/9 Selasa, puasa sunat hari ‘Asyura…
Ads
11 Muharram = 11/9puasa sunat Ba’da ‘Asyura
(kata ‘alim ulama’, Allah itu ganjil dan suka yang ganjil…
Kiyai Sohaili beritahu kalau puasa sehingga 11 Muharram/ambil hingga tarikh ganjil… Ustaz Mohaizan juga beritahu 11 Muharram=11/9 ialah puasa Ba’da ‘Asyura)
12 Muharram = 12/9puasa sunat hari Khamis…
Seterusnya puasa sunat hari2 putih (Ayyamul Bidh) bulan Muharram,
3 hari iaitu: 13 Muharram = 13/9 Jumaat 14 Muharram = 14/9 Sabtu 15 Muharram = 15/9 Ahad
16 Muharram = 16/9puasa sunat hari Isnin
Ads
Pesan ulama’, jika tak boleh buat semua, jangan tinggal semua…
Selamat beramal
In Syaa Allah…Bi iznillah…Aamiin Allahumma Aamiin
P/s: jika ada yang berniat untuk puasa qada’ wajib seperti puasa Ramadhan, masukkan niatnya di awal sebelum niat puasa sunat yang lain…
P/s: wanita yang bersuami, jika ingin berpuasa sunat, sila minta izin dari suami terlebih dahulu.
Sekali pandang pasti ramai yang sangka ia adalah span cuci pinggan. Tapi sebenarnya bukan, inilah kek yang sedang viral di media sosial sekarang. Ramai yang dah cuba, katanya menjadi.
Jadi, admin pun nak kongsikan juga resipi buat ibu-ibu yang belum berkesempatan nak buat. Nah cuba resipi dari puan Zue Wawa ini.
Kek Span cuci pinggan VIRAL
Jenama ‘scotch brite’
Buat loyang 9 x 11 je
Dapat 6 pcs
Hijau tu perisa pandan.
Kuning tu perisa sunquick.
Kalau ikut resepi asal untuk lekatkan kek tu guna madu. Tapi zue guna cream cheese.
Zue sapu nipis-nipis je.
Simpan kek dalam esbok kejap, untuk kek tu melekat.
🔴 RESEPI SPONGE DISH CAKE VIRAL 🔴
A
4 biji telur gred A
15 gm ovellete
180 gm gula halus
B
170 gm tepung kek
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
C
70 gm air
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base
🔴 Cara Menyediakan 🔴
👉 Ayak bahan B
👉Campurkan semua bahan kecuali minyak.
👉 Pukul bahan hingga kembang. Bila dah kembang, tuangkan minyak jagung dan kaup balik jer.
👉 Bahagi adunan ⅔ bahagian letak pewarna lemon yellow. ⅓ bahagian dari adunan letak pewarna hijau. Tuang dalam loyang yang dialas kertas minyak. BAKAR SATU-SATU YE
👉 Bakar hingga masak. SEJUKKAN.
👉 Sapu permukaan kek berwarna kuning dengan madu@krim cheese nipis-nipis je.
Tindihkan dengan kek warna hijau. Sejukkan sekejap.
👉Potong ikut bentuk yang disukai.
Sekian.
Selamat mencuba😘😘
DONE BAKING task harini😜
Tahniah diucapkan buat penyampai radio, Fizi Ali yang telah selamat menimang cahaya keduanya selepas isterinya, Siti Zulaikha melahirkan bayi perempuan mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Fizi menerusi Instagramnya petang semalam.
Bayi perempuan seberat 3.36 kg itu dalam keadaan baik, begitu juga dengan ibunya.
“Syukur alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan kami sekeluarga.
“Yeah, mama dah selamat lahirkan baby girl. Kuat mama tadi, hampir enam jam bertarung untuk bersalin normal,” katanya berkongsi.
Tambah Fizi lagi, kehadiran cahaya mata perempuan itu bagi dirinya tambah membahagiakan.
“So sekarang bertambah la seorang lagi perempuan dalam hidup daddy,” luahnya.
Meninjau diruangan komen, peminat dan wargamaya turut menitipkan ucapan tahniah kepada Fizi dan isteri.
Terdahulu, Fizi dan isterinya, Siti Zulaikha mendirikan rumah tangga Oktober tahun lalu. Pasangan ini turut mempunyai anak menerusi perkahwinan mereka yang terdahulu.
Tiada pasangan yang berkahwin mahukan perpisahan, namun andai sudah takdirnya jodoh tak panjang berusaha sekuat mana sekali pun takkan berjaya. Demikian juga dengan lelaki bernama Ariff Ismail yang berkongsi kisah rumah tangganya putus di tengah jalan.
Walaupun cuba berbaik kembali usai bercerai, namun ternyata anak tidak mampu membuatkan ikatan tersebut menjadi teguh andai hati tidak sepenuhnya menerima. Lalu, pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah buat kali kedua, namun masih berbaik demi anak.
KISAH KU INGINKAN
“Berakhir sudah pencarian dalam cinta…berlagu di ikatan suci kita..”
Kata kata adik sepupu saya bermain di minda. Betul juga budak ni cakap, business dah stabil, hidup dah makin tenang, boleh dah ni nak kahwin.
Pada masa sama masih teringat pengalaman tahun 2013, ku sangka kan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Saya pernah bertunang tahun 2013 dengan gadis pilihan hati, namun putus ditengah jalan.
Tiada jodoh
Wehh bercinta dari 2005 masa form 6 lagi, dah kenal lama. Tapi biasa la lelaki sepanjang dari 2005 hingga 2013 ada je cinta cinta selingan. Nak di jadikan cerita, kami tiada jodoh untuk berumah tangga.
Betul lah cakap orang tua, dugaan bertunang ni hebat. Macam macam jadi, boleh dikatakan lepas bertunang dalam seminggu sehari je kami berdamai. Lagi 6 hari perang dunia. Ada je tak kena di mata cik tunang dan di mata saya.
Selepas kami berusaha sehabis baik, kami buat keputusan untuk tidak meneruskan ke alam perkahwinan. Kami ambik jalan membawa haluan masing masing. Dia pon dah kahwin dan ada anak sebaya anak saya.
Perkahwinan yang dirancang
Bila umur masa tu dah menjangkau 29 tahun, keadaan makin stabil, tekanan soalan perkahwinan semakin memuncak. Nak dijadikan cerita, mana ada masa nak bercinta, hidup saya dengan busines saya. Maka bermulah perkahwinan yang dirancang.
Ibu saudara saya kenalkan seorang gadis kepada saya. Jumpa first time terus jumpa mak bapak dia sekali. Kami pon berkenalan, lepas sebulan berkenalan kami mengikat tali pertunangan. Selepas 4 bulan bertunang, hari yang ditunggu tiba. Berlangsunglah majlis perkahwinan gilang gemilang.
Krisis rumah tangga
Resepsi je 3 kali, maka bermulah hidup sebagai suami isteri. Masa tu, Allahu nikmat nya berkahwin. Lagi nikmat bila baru sebulan kahwin bini dah ngandung. Tembakan pertama menghasilkan benih.
Bermula lah persiapan kami sebagai bakal umi dan ayah. Hari yang cerah makin gelap, langit yang terang makin mendung. Di usia kandungan bini 7 bulan, kami berhadapan krisis rumah tangga kali pertama.
Segala yang indah jadi buruk, segala yang wangi jadi busuk. Benda jadi betul betul lepas raya, saya tak dapat kawal emosi, saya drop je wife kat rumah mak bapak dia, saya terus gerak balik ke KL.
Masa sampai KL, baru sel sel otak berhubung, apa yang bodoh sangat tinggal bini mcm tu. Tapi masalah kami bukan biasa biasa, memang tak boleh nak difikir kan. Nampak kejam tapi itulah jalan terbaik yang kami ada.
Saya memang elak untuk jumpa bini masa tu, sampai lah mak mertua call saya cakap bini nak jumpa nak bincang. Dan disebabkan hati yang panas dan pendek akal, perbincangan yang baik jadi buruk. Maka terlafazlah talak ketika bini sarat mengandung.
Hilang pertimbangan
Saya tahu, memang ramai yang akan kecam dan sama kan saya dengan seorang ” Pencetus Umah ” yang viral lakukan perkara sama. Tapi hal rumah tangga bukan kita boleh nilai brother. Bila tiada pertimbangan itu lah terjadi.
Sampailah masa, bini nak bersalin masa tu, saya tak lepas tangan, tetap ikut seperti yang telah dijanjikan. Sediakan yang terbaik untuk bini dan anak yang bakal lahir. Hati berfikir, nak pergi ke tak nak.
Sampai lah ayah saya call, dia cakap cukup mudah, anak yang nak keluar tu anak kau, yang ada masalah kau dua orang, bukan anak tu. Dari KL saya pecut balik ke kuantan untuk sambut kelahiran anak saya.
Rujuk semula
Hati memang panas masa ni, tapi perasaan nak dapat anak tu lagi menebal. Saya teman gak bini dalam labour room. Brother, bukan mudah nak bersalin induce dari malam membawa ke petang esok nya baru bersalin.
Bila saya nampak je anak saya lahir, masa tu tak fikir dah ego ke, jantan ke, airmata ni memang x boleh ditahan. Berderai meraung tengok anak, masa tu nak azan kan sampai nurse cakap, sabar, relax jangan nangis azan kan anak dulu.
Saya terus datang kat bini, saya minta maaf dan rujuk semula. Bini pon minta maaf kat saya sekali lagi, masa time sakit tu dia dah berkali kali minta maaf gak. Maka berdamai lah kami dan kembali rujuk sebagai suami isteri.
Jaga anak bini dalam pantang
Bermula lah episod saya jaga bini dan anak dalam pantang. Lepas habis pantang saya bawak bini pindah KL. Tak tengok anak sehari rasa tak complete hidup. Kami duduk lah bersama di KL dan happy ever after.
Sebenarnya tidak, kami tetap ada masalah sebagai suami isteri. Masakan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Setiap hari akan terfikir, drama apa yang akan jadi, kami ni jenis ada masalah mesti akan bincang sama sama.
Bila dah bincang pon tetap jadi masalah, dan ada pulak tokok tambah dari orang luar. Kami rasa selama ni kami berbaik hanya untuk anak. Bukan dari hati kami. Masa tu, pilihan yang ada kami duduk berasingan terlebih dulu. Dan bila kami rasa perpisahan jalan terbaik, itu yang kami lakukan.
Berhubung baik demi anak
Mana ada orang kahwin untuk bercerai brother, sama la macam kami. Namun jodoh itu bukan milik kami. Kisah yang kami ingin kan bukan terjadi seperti yang kami impi kan. Kami berpisah secara baik, tidak bergaduh. Dan hingga kini masih berhubung baik untuk anak tunggal kami.
Nasihat saya pada semua, dalam rumah tangga kenalah tolak ansur, saling bantu membantu. Jangan biar orang luar masuk campur urusan family kecil kita. Buat persiapan emosi dan fizikal. Jangan terlalu ego walaupon kesalahan dari pasagan kita. Inshaallah aman rumah tangga.
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang kini hamil anak keduanya mengakui berat badan badannya kini semakin bertambah secara mendadak biarpun kandungannya baru berusia lima bulan.