Pernah tak, yakin je pilih bawang kat kedai konon luarannya ok, kiranya bawang tu tak busuk la. Sekali balik rumah nak guna, alah busuk juga rupanya. Alamak makcik terkono!
Haaaa yang mana masih lagi rasa diri failed bab nak pilih bawang tu, meh tengok tip nak pilih bawang oleh Rosie Zam yang sebetulnya. Tak ada la rasa duit tu membazir terbeli bawang yang busuk. Hehe.
Tip memilih bawang yang elok
1. Pangkalnya tidak busuk atau lembik.
2. Baunya tidak berubah. Kadang di luar nampak elok, tetapi di dalamnya busuk.
3. Tidak sedikit pun bahagian bawang itu berair.
Sekarang dah tahu kan. Ini tips pilih bawang bukan membawang tau! Dah alang-alang share pasal bawang, jom tengok cara buat bawang goreng rangup sendiri di rumah!
Petua dan cara yang betul membuat bawang goreng rangup
Ads
PETUA 1: PILIH BAWANG
Pastikan pilih bawang yang segar dan elakkan daripada memilih bawang yang lembik dan hampir busuk.
PETUA 2 : TOS HINGGA KERING
Bila bawang dicuci, pastikan selepas itu ditoskan hingga kering agar ketika digoreng tidak lembab dan dapat digoreng ranggup.
PETUA 3 :HIRIS NIPIS
Pastikan bawang dihiris nipis bagi memastikan ianya dapat digoreng sempurna.
Ads
PETUA 4 : TABURKAN GARAM
Menaburkan sedikit garam akan membuatkan bawang yang digoreng dapat mengekalkan kegaringan selain memberi rasa bawang goreng tersebut lebih enak.
Kuantiti garam jangan terlalu banyak, cukup sekadarnya bagi memastikan keaslian rasa bawang dapat dikekalkan.
PETUA 5 :GAUL BERSAMA TEPUNG
Taburkan tepung pada hirisan bawang juga dapat membantu menjadikan bawang yang digoreng menjadi ranggup dan enak dimakan.
Pilihan tepung pula bervariasi, boleh gunakan sama ada tepung gandum, tepung beras mahupun tepung jagung. Setiap jenis tepung mempunyai tekstur dan hasil tersendiri.
Ads
PETUA 6 : MINYAK YANG BANYAK
Pastikan semasa menggoreng, minyak diisi penuh di dalam kuali. Ini bagi memastikan bawang dapat digoreng sempurna.
PETUA 7 : API SEDERHANA
Kawalan api juga sangat penting. Sebaiknya guna api sederhana dan bukannya api yang besar atau kecil. Bila kekuningan barulah dikaub balik bagi memastikan bawang masak sekata dan sempurna.
PETUA 8 : SIMPAN
Selepas digoreng biarkan seketika hingga benar-benar sejuk. Untuk cara yang lebih berkesan, letakkan bawang goreng di atas kertas tisu agar minyak yang berlebihan dapat diserap sepenuhnya.
Kemudian pastikan bawang goreng disimpan di dalam bekas kedap udara.
Praktis 8 petua ini akan menjadikan bawang yang digoreng terasa begitu enak dan kekal ranggup untuk dimakan pada bila-bila masa. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya bahagian isi ayam kita akan asingkan untuk dijadikan sebagai bahan perencah untuk masak nasi goreng, bihun goreng atau me goreng. Bahkan jika sediakan sayur tumis sekali pun jika dimasukkan isi ayam akan memberi rasa hidangan lebih enak. Atau pun paling tidak, isi ayam ini juga sering dimasak Ayam Goreng Kunyit dan memang mudah disediakan.
Tapi jika keluarga anda suka makan jenis berkuah, alangkah bagusnya jika isi ayam tersebut dimasak Ayam Masak Halia seperti yang dikongsikan oleh Fdlah Ila.
Ayam Masak Halia
Bahan-bahan:
Bawang putih-dicincang
Halia-dihiris memanjang (lagi banyak lagi sedap)
Sos tiram
Isi ayam-dihiris nipis
Bawang merah-dipotong 6
Serbuk lada hitam
Daun bawang-dipotong
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Cara penyediaan :
1.Panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih hingga garing dan kemudian masukkan cili kering dan bawang merah berserta halia. Tumis hingga layu.
2.Kemudian masukkan ayam yang telah dihiris nipis. Kacau rata.
3.Setelah itu masukkan sedikit air dan masukkan juga serbuk lada hitam.
4.Kemudian masukkan pula sos tiram.
5.Masukkan air biar mendidih rasakan garam secukup rasa. Kemudian masuk bancuhan air tepung jagung untuk pekatkan kuah.
6. Akhir sekali masukkan daun bawang dan perasakan dengan garam.
Pastinya setiap ibu-ibu merancang menu harian untuk ahli keluarga. Selain membeli makanan, membuat sendiri makanan pastinya memberikan kepuasan kepada para ibu. Sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Nafsiah Sakmad cara membuat mee dengan cara yang mudah. Paling best,tak ada bahan pengawet. Jom ikuti cara membuatnya.
Teringin nak mkn mee goreng buat je lah, kedai jauh.Bahan-bahan ada dkt dapur. Bahan-bahan yang di gunakan. Semangkuk tepung gandum.Ikut berapa banyak yg kita nak.Semangkuk ni pun boleh dpt berat sekilo.sebiji telur.Garam untuk perasa.serbuk kunyit untuk pewarna.Naf tak gunakan air abu atau air kapur.Satu kan bahan2 tersebut lepas tu bancuh dgn air suam.Uli sampai jadi doh.Lepas tu bahagi2kan doh tu 5 atau 6 biji.Lepas tu canai guna mesin mee.Naf beli mesin kecik saja harga pun murah rm 40 beli 5 thn lepas.Rol kan sebiji2 doh tadi..klu koyak tabur kan tepung .Buat sampai tak koyak.Lepas tu rol bentuk mee.Bila dah siap semua…rebus mee dgn air panas.Bila dah timbul ertinya dah masak.Boleh angkat toskan.Basuh dengan air supaya kanji dkt mee tu hilang.Kemudian boleh goreng ikut citarasa kita semua.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Petai, jering dan kerdas, makanan tiga beradik ni memang selalu jadi makanan penaik selera. Biarpun mempunyai bau yang kurang enak namun rasanya cukup hebat.
Boleh makan nasi bertambah-tambah jika disajikan dengan menu berasaskan ketiga-tiga bahan ini.
Apa lagi jika dimakan bersama nasi panas. Masyarakat kita terlalu sinonim dengan Sambal Udang Petai, Masak Lemak Petai dan sebagainya sedangkan terlalu banyak resipi yang boleh diolah daripada makanan ini.
Jom kita jadi lebih kreatif di hujung minggu ini. Jadikan menu petai, jering dan kerdas sebagai menu special untuk keluarga. Layan 7 resipi kreatif ini.
GULAI LEMAK KAMBING BUAH KERDAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing
100gm buah kerdas
1 biji santan
4 biji bawang merah |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
2sm kunyit hidup |dikisar
1 batang serai |diketuk
2 helai daun kunyit
Air rebusan daging kambing secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging kambing dengan air secukupnya hingga lembut.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga berbau harum.
3. Titikkan serai dan kacau rata.
4. Apabila pecah minyaknya, masukkan daging kambing bersama air rebusannya, buah kerdas dan juga daun kunyit. Biarkan mendidih.
5. Apabila mendidih, tuangkan santan dan kacau sentiasa.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa dan angkat.
AYAM BERLADA MASAK PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam |dipotong kecil
100gm petai |dihiris nipis
4 biji cili merah |dikisar
4 biji cili hijau |dikisar
4 biji bawang merah |dikisar
4 ulas bawang putih |dikisar
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik baunya.
3. Masukkan ayam dan gaulkan sebati.
4. Masukkan petai dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Biarkan masak seketika dan angkat.
ASAM PEDAS DAGING TETEL BUAH KERDAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel |dipotong kecil dan direbus hingga empuk
20ml air asam jawa
100gm buah kerdas |dibuang kulitnya
1 kuntum bunga kantan
1 tangkai daun kesum
1 batang serai |dititik
4 biji bawang merah |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
3 sudu makan cili kisar
Daun limau purut secukupnya |untuk hiasan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik baunya.
2. Tuangkan sedikit air dan ketuk serai bersama bunga kantan, daun kesum serta daun limau purut.
3. Biarkan hingga mendidih kemudian masukkan daging tetel bersama buah kerdas. Biarkan empuk.
4. Masukkan sedikit air bersama air asam jawa. Biarkan hingga mendidih.
5. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya dan angkat.
CARA MEMASAK:
1. Rebus kerang hingga masak dan ketepikan.
2. Satukan kesemua bahan hiris dan gaulkan bersama sedikit garam.
3. Masukakan kerang rebus dan perahkan jus limau kasturi di atasnya.
4. Gaulkan mesra dan sedia dinikmati.
KALIO LEMAK NANGKA BERSAMA JERING
BAHAN-BAHAN:
500gm nangka muda |dipotong kecil
1 biji kelapa |diambil santannya
5 biji jering
4 biji bawang merah |dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
1 batang serai
1 sudu makan cili boh
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus nangka dengan air secukupnya hingga lembut. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam periuk kemudian tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik baunya.
3. Masukkan cili boh dan biarkan hingga cili garing dan pecah minyaknya.
4. Apabila pecah minyaknya, masukkan nangka bersama jering. Biarkan masak seketika.
5. Akhir sekali tuangkan santan dan perasakan dengan garam secukupnya.
6. Kacau sentiasa hingga mendidih kemudian angkat.
SAMBAL HIJAU UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN:
500gm udang
100gm petai
5 biji cili padi |dikisar
4 biji cili hijau |dikisar
4 biji bawang merah |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
Sedikit serbuk kunyit |untuk menggoreng udang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng udang hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar hingga pecah minyaknya.
3. Masukkan udang bersama petai dan kacau sebati.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan angkat.
JERING AYAM RENDANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam |dipotong kecil
100gm jering |dipotong kecil
1 biji kelapa |diambil santannya
2 batang serai |dititik
2sm halia |dikisar
5 biji bawang merah |dikisar
4 ulas bawang putih |dikisar
2sm lengkuas |dikisar
3 sudu makan cili kisar
1 sudu makan gula melaka
1 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit |dihiris nipis
2 helai daun limau purut |dicarikkan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama serai dan cili kisar hingga naik minyaknya.
3. Apabila sudah pecah minyaknya, masukkan gula melaka bersama jering dan juga daun limau purut. Gaulkan hingga sebati selama 10 minit.
4. Kemudian masukkan ayam dan biarkan masak sekejap.
5. Tuangkan santan bersama garam dan juga kerisik.
6. Kacau rata dan biarkan masak hingga kuahnya pekat.
7. Taburkan hirisan daun kunyit dan angkat.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.