Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh dengan keharmonian dan cinta sejati. Tapi, kadang-kadang dalam kesibukan harian, kita terlupa untuk menjaga hubungan itu dengan baik.
Jom semak 21 petua yang boleh bantu eratkan kasih sayang antara suami isteri. Dengan langkah-langkah mudah dan praktikal ini, anda boleh pastikan hubungan kekal mesra dan bahagia, walaupun setelah bertahun-tahun bersama. Jangan biarkan rutin harian menghalang cinta, mari kita buat supaya rumahtangga terus bahagia dan penuh kasih sayang!
21 Petua Eratkan Kasih Sayang Suami Isteri
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
Ads
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
Ads
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
Ads
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
21. Sentiasalah berdoa memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri.
Pelbagai cara yang digunakan untuk menyimpan wang untuk kebahagiaan diri dan keluarga.
Selain mengurangkan hutang dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, ada yang sanggup mengikat perut dengan makan seadanya untuk meneruskan kehidupan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Tular video mengenai seorang pekerja asing dari Bangladesh, dia hanya makan berlaukkan bawang, cili dan garam sahaja.
Lebih kagum dia berbuat demikian untuk membuat simpanan wang untuk keluarganya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @pokchek906 di laman TikTok berdurasu 1 minit 6 saat telah meraih 1.7 juta tontonan.
Dia merakam seorang pekerja asing yang sedang menikmati hidangannya yang berkuahkan air putih dan tanpa lauk pauk. Malah sempat bertanya simpanan lelaki berkenaan.
Difahamkan lelaki berkenaan mempunyai simpanannya telah mencecah RM800,00! Katanya hasil simpanan itu telah berjaya memiliki tanah dan rumah.
Meninjau di jengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum kegigihan pekerja asing tersebut . Dia sanggup makan biasa-biasa demi menyimpan wang ringgit ketika bekerja di Malaysia
Kecoh di media sosial mengenai kejadian guruan yang tidak senonoh dan menjadi bualan orang ramai.
Budaya begini seakan menjadi suatu perkara biasa dipaparkan di media sosial.
Tidak mahu ia menjadi budaya dalam masyarakat, penceramah Akhi Fairuz meluahkan rasa terkilan dengan situasi begini.
Ikuti perkongsian beliau.
Saya tak tahu nak mula tulis dari mana, tapi ketahuilah budaya melucah ni dah menyerap masuk dalam pemikiran masyarakat dengan dahsyat sekali!
Semuanya bermula dengan apa yang mereka anggap sebagai gurauan. Ya, walau ia lucah tapi ramai je kata jangan terasa hati sangat, aku buat kawak je, tak boleh gurau duduk surau.
Lama-kelamaan ia dinormalisasikan. Bermula sembang sesama kawan-kawan di kedai kopi dan pejabat, kemudian menjengah ke pentas lawak di televisyen dan kini berebut-rebut manusia hasilkan konten sebegini di media sosial.
Demi secebis konten! Malu ditolak tepi.
Yang menampar punggung tu bukan tak pernah buat kontroversi. Dah banyak kali! Yang ditampar punggung pun sama. Bukan muda lagi, dah tua pun masing-masing. Macam tak ada akal dok layan ‘jenaka’ bodoh begini.
Dah ramai yang tegur, bagi nasihat, tapi tak jalan. Ustazah Asma Harun yang tegur pun kena sound semula. Dia bo layan setiap teguran yang diberi. Bila kena panggil dengan SKMM, baru berubah nada.
Bila marketing seperti itu dilihat mampu menaikkan jualan produk, maka individu ini akan terus melakukan aksi sedemikian rupa.
Kebodohan sebegini seolah-olah tidak ada penghujung hingga muncul pula video beberapa orang lelaki meraikan majlis perkahwinan kawannya dengan menghadiahkan kondom serta item berkaitan kepada pasangan di jinjang pelamin.
Siap rakam video dan sebarkan lagi. Biadap! Tidak ada akhlak!
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika engkau tidak malu maka lakukan apa saja sesuai kehendakmu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan al-Mujahirin.
Sesungguhnya di antara perbuatan mendedahkan dosa itu adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam. Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya.
Lalu dia menceritakan kepada orang lain dengan katanya: ‘Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’. Sedangkan dia telah tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang Allah tutupkan dari dirinya.'” (Riwayat Al-Bukhari. No 6069)
Ini zaman bukan sahaja manusia semakin hilang rasa malu, bahkan mendedahkan aib mereka sendiri di media sosial dengan penuh rasa bangga.
Jauhi video lucah!
Berhentilah menonton pornografi!
Ia barah serta dadah yang akan merosakkan otak!
Sikit-sikit ia masuk dalam pemikiran manusia hingga mengubah cara bercakap, bersembang, melihat wanita, melihat lelaki lain dan akhirnya lahir perilaku tak bermoral.
Semoga Allah selamatkan kita serta zuriat keturunan kita dari kebodohan sebegini. Amin.
Sumber: Akhi Fairuz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Guna Asam Keping Ni Buat Mandi Nak Hilangkan Kecacingan Anak, Petua Turun Temurun Yang Ramai Tak Tahu.
Apabila adanya cacing dalam tubuh boleh mengganggu pertumbuhan dan perkembangan anak.
Alasannya, cacing yang ada di dalam tubuh akan menyerap zat makanan anak yang ada dalam sel-sel darah dan usus.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Biasanya anak yang mengalami masalah cacing ini dikatakan terdedah kepada tabiat harian yang kurang bersih atau sistem sanitasi yang kurang efektif.
Contohnya tidak mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, tidak memakai selipar, atau bermain pasir tanpa pantauan. Makanan atau minum air yang dicemari dengan telur-telur cacing gelang juga boleh menyebabkan jangkitan.
Selain mendapatkan nasihat doktor untuk mengawal kecacingan ini, boleh juga mencuba petua yang diamalkan oleh nenek moyang kita dulu.
Sebagaimana perkongsian ini.
PETUA HILANGKAN CACING PADA KANAK-KANAK
Nak share sikit tips turun temurun macamana nak hilangkan cacing pada kanak-kanak. Boleh la cuba untuk anak- anak. Mana lah tahu dengan izin Allah SWT menjadi. Mudah je caranya, hanya perlu sediakan bahan berikut
1. Asam keping
2. Garam
3. Air
BEGINI CARANYA
Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk. Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut.
Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita 2 kali sehari setiap pagi dan petang.
as
Amalkan selama dua atau tiga hari. Akan ada perubahan pada anak. Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang. InshaAllah selepas amalkannya anak akan lalu makan tanpa dipaksa.
Selamat mencuba.
Sumber: Wan Norma
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.k
Bantuan Awal Persekolahan Mula Diagih 13 Januari. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.