Setelah berusia hampir dua bulan, Datin Almy Nadia memuat naik wajah buah hati kelimanya bersama suami, Datuk Fizz Fairuz.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada lima cahaya mata ini memuat naik wajah puteri comel yang diberi nama, Nur Afrina Alisya.
Puteri kelima itu kini sudah pun berusia dua bulan selepas dilahirkan pada 18 September yang lalu.
“Assalamualaikum semua aunty uncle. Alhamdulillah she princess ke 5 mama papa n adik ke 5 ye.
Ads
“Nama she Nur Afrina Alisya.
“Panggil Alisya ye,” tulisnya ringkas.
Tidak hanya berkongsi wajah dan nama, bahkan kata Almy dia bersyukur bayi kesayangannya itu kini semakin sihat dan membesar malah kenaikan berat badan juga begitu memberangsangkan.
Ads
“Today she dah 2 bulan lebih, saja mama tunjuk pic she atas penimbang sebab she sihat dengan jayanya alhamdulillah” tulisnya.
Melalui entri yang sama juga, wajah comel Alisya yang dikatakan seperti air muka bapanya, Fizz Fairuz turut dikongsikan dalam pelbagai gaya.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya turut berkongsikan hal yang sama, saling tak tumpah wajahnya dengan Datuk Fizz Fairuz.
Terdahulu, Almy Nadia dan Fizz Fairuz turut dikurniakan dengan empat cahaya mata perempuan lain, Nur Afrina Arianna, Nur Afrina Aurora, Nur Afrina Ayra, Nur Afrina Aisyah dan si comel Nur Afrina Alisya.
Bila balik rumah nanti, cuba pergi buka Peti Sejuk. Periksa ada tak kita simpan ubat demam (paracetamol), ubat selsema ataupun ubat batuk dalam peti sejuk?
Mesti ada kan?
Terutamanya bagi yang berkeluarga atau mempunyai anak kecil pasti ada simpan sekurang-kurangnya satu botol ubat demam atau baki ubat demam yang pernah digunakan sebelum ni.
=====
Kenapa kita simpan ubat demam dalam peti sejuk?
=====
Ubat demam yang saya maksudkan adalah apa-apa jenis ubat yang mengandungi bahan ‘paracetamol’. Ada banyak jenis jenama ubat demam yang mengandungi paracetamol ni antaranya Panadol, Axcel Paracetamol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM.
Biasanya, selepas kita ambil ubat demam (cecair) daripada klinik ataupun farmasi. Bila balik rumah, kita terus simpan ubat demam ni dalam peti sejuk dengan anggapan pasti ia tahan lebih lama bila disimpan dalam peti sejuk seperti makanan lain.
Kemudian, selepas demam anak kita sembuh. Ubat demam tersebut masih belum habis lagi, masih ada sedikit baki. Kita pun simpan semula baki ubat demam ni di dalam peti sejuk, mana tahu nanti boleh pakai lagi jika anak demam. Kalau terus buang, rasa macam membazir pula kan?
Persoalannya?
Berapa lama kita boleh simpan demam ini selepas dibuka? Adakah boleh disimpan hingga sampai tarikh luputnya?
Sebenarnya ubat-ubat demam dalam bentuk cecair di Malaysia telah dibotolkan atau dipack sesuai untuk sekali penggunaan untuk seorang pesakit. Sebotol ubat demam biasanya mengandungi 60ml – 100ml ubat sahaja.
Contohnya ubat demam yang mengandungi 60ml, jika diambil 5ml untuk 4 kali sehari. Ubat ini sepatutnya habis dalam masa 3 hari, dan biasanya demam juga akan sembuh dalam masa 3 hari.
Jadi ubat demam ini tidak perlu disimpan.
Jika masih ada ubat demam berbaki selepas digunakan, ubat ini masih boleh disimpan selepas dibuka untuk tempoh 1 – 2 bulan mengikut jenis ubat.
Tetapi, jika kita mahu menyimpan ubat demam untuk kegunaan masa akan datang. Sebaik-sebaiknya kita dapatkan ubat demam yang baru dan belum dibuka daripada farmasi dan simpan di tempat kering tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk.
Apabila anak kita demam, gunakan ubat yang baru, jangan ambil baki ubat demam yang lama yang kita tidak pasti bila tarikh pertama kita buka atau gunakannya.
======
Jangan Simpan Lebih 2 Bulan Ubat Demam yang telah dibuka
=====
Ubat yang dibotolkan di kilang ubat biasanya diisi dengan udara yang bersih (clean air) ataupun Nitrogen. Apabila ubat dibuka, nitrogen ataupun udara bersih akan terkeluar dan udara biasa akan masuk. Udara biasa ini mengandungi wap air, fungi dan juga bakteria.
Cecair ubat dicampurkan dengan bahan pengawet ataupun preservatives seperti methyl paraben dan propylparaben untuk mencegah pembiakan bakteria di dalamnya. Tetapi apabila kita simpan ubat yang telah dibuka di dalam peti sejuk. Suhu peti sejuk boleh menyebabkan wap air terbentuk di dalam botol ubat melalui proses kondensasi.
Wap air yang terbentuk ini tidak mengandungi bahan pengawet dan bakteria atau fungi boleh membiak di dalamnya. Wap air yang banyak kemudian turun dan bercampur dengan cecair ubat di dalam botol.
Kita sangka ubat demam yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama sebaliknya kita mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan merosakkannya.
Jadi, kalau nak simpan ubat demam sebagai spare di rumah. Belilah ubat demam yang baru dan simpan tanpa membukanya terlebih dahulu. Buang sahaja baki ubat demam jika anak kita dah sembuh daripada demam.
Tak perlu simpan baki ubat demam di dalam peti sejuk berbulan-bulan, bertahun hingga sampai tarikh luputnya.
Berbudi kepada tanah walaupun secara kecilan akan dapat juga hasilnya selain menjadi terapi jiwa.
Bercucuk tanam pokok yang digunakan dalam masakan harian seperti serai, cili padi, halia dan lengkuas membantu kita tidak perlu lagi membeli sayuran di kedai.
Namun untuk memastikan pokok kekal subur ada yang menggunakan racun kimia, namun ia tidak digalakkan.
Bagi lelaki ini,Norahim Ibrahim menerusi facebooknya lebih gemar mengunakan cara organik. Hanya menggunakan air rendaman kulit bawang dia mampu mengawal serangan serangga perosak.
Serangga perosak adalah salah satu punca menyebabkan pokok rosak dan tidak membesar dengan sempurna.
Seterusnya ikuti perkongsian lelaki ini.
Kulit Bawang
Inilah di antara baja semulajadi yang saya gunakan untuk membantu pertumbuhan tanaman saya. Saya tidak menggunakan racun kimia di dalam kawalan serangga perosak.
Cara penyediaan:
Betullah tu. Air rendaman kulit bawang je. Xde ramuan istimewa pun. X susah. Cuma kena rajin sikit. Rendam semalaman pun cukup. Esoknya boleh siram. Cuma, kalau rasa air tu agak pekat, cairkan lagi dengan air. Siram hari-hari pun xde masalah. Pokoknya, jangan malas ya!
Tiada siapa wanita yang boleh setanding dan sebaik Saidatina Khadijah yang merupakan isteri yang patuh dan taat kepada suaminya, Rasulullah S.A.W. Hubungan komunikasi inilah yang patut dicontohinya untuk membentuk keluarga bahagia. Bayangkan jika suami mengadu penat setelah pulang dari kerja, isteri pula pula berleter atau kritik yang dirinya juga penat bekerja. Sebaliknya alangkah sweetnya, isteri menawarkan ‘khidmat’ memicit suami. Biarpun sekejap, ia cukup membahagian suami anda.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan dilaman facebook Puan Cahaya Norhaini Sulaiman berkisar bagaimana Saidatina Khadijah melayan dengan baik Rasulullah S.A.W.
Moga para isteri muhasabah diri untuk memberikan yang terbaik buat suami tercinta.
Alhamdulillah, saya pernah hadir ke majlis ilmu komunikasi suami isteri beberapa tahun lalu yang disampaikan oleh Team pengkaji Hadith.
MasyaAllah ilmu-ilmu yang sangat-sangat bermanfaat.
Immediately after class, saya terus aplikasikan pada Tuan Suami.
Salah satu Hadith yang dikongsikan seperti berikut:
Aisyah melaporkan: Setelah itu Nabi pulang ke rumah Khadijah binti Khuwailid (peristiwa setelah Nabi Saw mendapat wahyu pertama)
lalu Baginda berkata, “Selimuti aku! Selimuti aku!” Lantas diselimuti oleh Khadijah, hingga hilang rasa takutnya.
Kata Nabi saw. kepada Khadijah (setelah menceritakan semua kejadian yang baru dialaminya itu)
“Sesungguhnya aku bimbang atas diri ku”
Kata Khadijah, “Jangan takut! Demi Allah! Tuhan sekali-kali tidak akan membinasakan kamu.
Kamu selalu:
1) menghubungkan tali persaudaraan, 2) membantu orang yang kesengsaraan, 3) mengusahakan (mengadakan) barang keperluan yang belum ada, 4) memuliakan tetamu, 5) menolong orang yang kesusahan kerana menegakkan kebenaran.
Setelah itu Khadijah pergi bersama Nabi menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, iaitu Sepupu Khadijah.
Dalam Hadith di atas ada 3 Teknik yang boleh dicontohi oleh para isteri untuk menjadi isteri dambaan suami (Saidatina Khadijah sering disebut-sebut oleh Rasulullah Saw walaupun sudah tiada)
Teknik 1) Apabila Rasulullah menyuruh Khadijah menyelimutinya, beliau akur dan tidak bertanya sepatah pun
Teknik 2) menjadi pendengar yang setia pada Rasulullah dan menyenangkan
Teknik ke 3) Khadijah memberi kata-kata yang baik dan menyebutkan 5 perkara kebaikan Rasulullah kepada orang lain.
Untuk aplikasi pada pasangan, jika pasangan kita dalam keadaan Rasulullah, kita cuba menjadi seperti Khadijah. Jika kita dalam keadaan Rasulullah, mohon pasangan kita berbuat sebagaimana Khadijah buat kepada Baginda Saw.
Contoh:
Apabila suami pulang ke rumah dengan muka tidak ceria/ stress di pejabat atau tekanan dari perkara luar…
Isteri tidak perlu jadi nasi tambah, tak perlu tanya apa dan mengapa.
Abang ni kenapa balik rumah masam-masam? (Berleter- SALAH)
Abang ingat Abang seorang je penat? Saya duduk rumah ni 24 jam lagi penat (Kritik – SALAH)
Terus sahaja buat apa yang suami minta, jika dia minta air, bantu sediakan air.
Jika dia penat mahu terus masuk bilik baring tenangkan fikiran, pastikan katil sentiasa tersusun kemas.
Be a good listener.
Dan sebutkan kebaikan-kebaikan beliau kepada orang lain.
InsyaAllah, jika begini pasti Suami sangat sayang isterinya ? (#ulangkaji dan nasihat untuk diri saya sendiri sebenarnya)
Jadi, pernah terjadi suatu ketika dahulu, on the way pulang ke rumah dari suatu majlis ilmu di dalam kereta, Tuan Suami mohon saya urutkan beliau. Katanya:
“Tolong picit leher Abang. Abang rasa nak demam”
MasyaAllah terus saya aplikasikan ilmu yang dipelajari dan tutup mulut mengikut arahan yang diminta (dengan niat dapat mencontohi Akhlak SaidatinaKhadijah yang indah didambakan Rasulullah saw)
Tidak saya katakan: “Tu lah Abang tak bawa baju tebal, kan dah nak demam” (mengkritik-salah)
“Bilik tu mmg sejuk, tu sebab Abang nak demam” (membebel-bebel -Salah)
Apa yang saya lakukan, hanya ambil tangan dan picit-picitkan bahu/leher suami.
MasyaAllah ilmu #ulangkaji bagi saya, suka saya dapat refresh ilmu dari Puan Guru dan mendapat ilmu baru.
Perasaan saya apabila ikut apa yang Saidatina Khadijah lakukan saya rasa tenang dan bahagia. Allahu Akbar, Allahumasoliala Muhammad
Didoakan kasih sayang kita semua dan pasangan kekal hingga ke Syurga tertinggi. Amin Amin Ya Rabb
Nota: Status ini ditulis pada tahun 2014 sewaktu saya baru belajar ilmu ini.
Alhamdulillah, kini dengan Alquran Allah bantu lagi dan lagi & sangat relevan untuk saya ulangkaji.
Astagfirullahal azim wa atubu ilaih Allahu Akbar, Allahummasoliala Muhammad
Gambar hiasan: Air & Alquran tersedia menunggu Tuan Suami pulang dari Masjid Solat Subuh sebentar tadi.
Satu untuk makanan fizikal dan satu lagi makanan spiritual tadabbur Alquran bersama-sama. Mudah-mudahan tenteram hatinya ?
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.