Bergelar seorang wanita masa kini memang mencabar. Jika dulu, ramai wanita tinggal di rumah sebagai suri hati suami menguruskan rumahtangga sahaja. Kini, wanita bukan sahaja suri hati suami sahaja saja di rumah tetapi mempunyai kerja yang sama turut membantu suami supaya ekonomi keluarga bertambah stabil.

Cabaran wanita sama sahaja sama ada bekerja atau tidak, tetap ada tahap kesukaran yang dilaluinya sehingga menyebabkan emosi tidak stabil sehingga menjurus kepada tekanan perasaan. Sehingga jika tidak dapat dikawal boleh menjejaskan tahap pernafasan dan mudah marah sehingga anak-anak menjadi mangsa.

Perkongsian oleh Taufiq Razif membincangkan terapi yang boleh dilakukan oleh suami jika isteri menujukkan tanda-tanda mengalami tekanan perasaan. Moga jadi manfaat bersama.

Ini 3 Terapi DIY Suami Kena Tahu, Nak Hilangkan Kepenatan Isteri. Barulah Rumah Tangga Makin Bahagia.
Gambar sekadar hiasan

Pagi tadi isteri saya bagitahu dia dah mula rasa berdebar-debar. Rasa macam sesak je dada. Dia juga mengadu jadi mudah marah sejak akhir akhir ni.

Ish! Bahaya ni! Tak boleh pandang ringan dah ni kalau isteri saya mengadu macam ni. Ni dah ada tanda-tanda ringan depresi emosi ni.

Yelah, isteri saya ni kerja kat klinik. Kat sana dia kena hadap karenah pesakit yang tak berhenti. Kat rumah kena pula mengadap karenah anak dan suami. Ni belum jadi surirumah sepenuh masa tu. Tak dapat saya bayangkan betapa penatnya para surirumahtangga yang 24 jam non-stop bekerja di luar sana.

INI TERAPI DIY SUAMI KENA TAHU

Ini 3 Terapi DIY Suami Kena Tahu, Nak Hilangkan Kepenatan Isteri. Barulah Rumah Tangga Makin Bahagia.

IKLAN

Nampak je isteri saya macam tu, terus saya buat ‘ terapi DIY ‘ pada dia tadi. Terapi ni semua suami boleh buat pada isteri masing masing.

Ini 3 Terapi DIY Suami Kena Tahu, Nak Hilangkan Kepenatan Isteri. Barulah Rumah Tangga Makin Bahagia.

Listening Therapy

Pertama saya buat Listening Therapy. Saya mintak sungguh dia cerita pada saya. Saya paksa dia cerita kalau dia ada tak puas hati dengan saya. Rupa rupanya memang ada. Rasa tak puas hati tu dah seminggu lamanya tapi dia pendam! Benda tu benda remeh je tapi sebab dia pendam tu yang benda remeh tu jadi membusuk dalam dada.

Saya biar je dia luah semua tanpa saya jadi ‘judgemental’. Saya biarkan je dia luah semua dan hati saya terima je semua luahan dia. Alhamdulillah tiba-tiba si dia bagitahu saya ‘ terima kasih abang. Boleh luah ni pun dah buat saya lega’.

IKLAN

Ini 3 Terapi DIY Suami Kena Tahu, Nak Hilangkan Kepenatan Isteri. Barulah Rumah Tangga Makin Bahagia.

Hugging Therapy

Tapi saya tak puas hati lagi. Saya buat terapi yang kedua iaitu Hugging Therapy. Perempuan ni kalau stres kebanyakannya sebab stress dalaman. Nak urus stres dalaman ni kena guna cara dalaman juga. Caranya adalah kita betulkan dan bahagiakan dalaman isteri kita dengan cara kita naikkan hormon Oxytocin si dia.

Cara mudah nak naikkan hormon Oxytocin tu adalah dengan pelukanlah. Saya peluk je isteri saya dalam setengah jam juga. Korang akan perasan tiba tiba pernafasan isteri kita tu akan berubah menjadi dalam dan juga teratur masa kita tengah peluk tu. Tu tanda hormon Oxytocin isteri kita tengah meningkat dan si dia dah berada dalam keadaan yang sangat tenang la tu!

IKLAN

Ini 3 Terapi DIY Suami Kena Tahu, Nak Hilangkan Kepenatan Isteri. Barulah Rumah Tangga Makin Bahagia.

Massage Therapy

Selain daripada Hugging Therapy, saya buat juga terapi DIY yang ketiga iaitu Massage Therapy. Ni pun salah satu cara untuk naikkan hormon Oxytocin dan turunkan stress hormone isteri kita. Urut je kat belakang dan belikat isteri kita tu. Tu lah tempat terbaik nak urut isteri yang kepenatan akibat banyak buat kerja rumah yang bertimbun tak siap siap tu. Perlahan lahan otot yang keras dan kaku di bahagian belakang tu akan jadi lebih rileks dan lembut.

Tahu tak apa isteri saya cakap lepas saya buat Massage Therapy tu? Dia cakap ‘Abang. Dah hilang dah! ‘

Rupanya semua depresi emosi ringan dia dan semua kepenatan dia hilang sekelip mata! Semua rasa berdebar, rasa sesak nafas dan rasa penat tu hilang macam tu je! Ni sekarang isteri saya tengah tersenyum senyum gembira macam baru dapat gelang emas gayanya . Kalaulah semua suami tahu dan praktik ilmu terapi DIY ni, alangkah bahagianya rumahtangga!

Moga kebahagiaan suami isteri makin bahagia sehingga akhir hayat.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI