Setiap orang wanita tentunya ingin kelihatan cantik setiap masa dan awet muda. Malah segelintir wanita sukar untuk dipisahkan dengan alat solek kerana itu merupakan senjata untuk sentiasa kelihatan menawan.
Wanita ingin tampil cantik untuk keyakinan pada diri dan tampil cantik untuk suami.
Selain solekan, terdapat cara alami mengikut amalan Islam boleh membuatkan wanita itu kelihatan cantik.
Boleh ikuti amalan ini.
*PETUA UNTUK MENJADI WANITA CANTIK*
Ads
1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.
2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut.
3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.
Ads
4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.
5. Selepas solat Isya’, amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan
“Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku”
Ads
6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi.
7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan.
8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT
Sebagai isteri Aliff Aziz, bohonglah andai dikatakan Bella Astilah langsung tidak terusik mendengar pelbagai umpatan diperkatakan oleh netizen terhadap diri suaminya.
Jujurnya, isteri mana yang mahu menahan sabar, mendengar umpatan dan kata-kata yang kurang enak tentang suami tersayang. Demikian juga dengan isteri kesayangan Aliff Aziz ini.
Sepanjang 10 minggu terbabit dalam program Gegar Vaganza musim ke-8, pelbagai reaksi netizen sehinggakan Bella tidak mampu berdiam diri.
“Bukanlah mahu kata nak tutup mulut netizen, tapi dia suami saya. Apa yang orang cakap tak baik pasal dia, sebagai isteri saya pun terasa. Tapi dia sangat positif. Dia yang tegur saya suruh berhenti… jangan layan netizen.
“Aliff marah saya, katanya berhenti daripada menjelaskan kepada mereka (netizen), kalau mereka tak suka, kita tak boleh nak paksa. Asalkan kita tahu niat kita.
“Tapi tak bermakna kemenangan ini nak tutup mulut netizen, rezeki ini Allah beri pada Aliff atas usaha dia. Untuk diri dia juga, alhamdulillah,” katanya.
Tambah Bella lagi, apa yang dikecapi Aliff adalah hasil usaha gigihnya. Sebagai isteri dia melahirkan rasa syukur dan gembira dengan pencapaian suaminya itu.
“Sebagai isteri saya bersyukur Alhamdulillah, inilah dikatakan rezeki anak-anak. Terkejut tapi pada masa sama gembira sebab selama 10 minggu ini, kita stress dan semuanya terbayar. Tak terkata-kata.
“Aliff tak pernah cakap dia perlu menang. Saya bangga melihat Aliff seorang individu yang sangat positif. Dia selalu risaukan kawan-kawan dia… dia selalu tanya saya kalau ada kawan-kawan tengah sakit walau dah ready nak perform.
“Kita tak pernah jangka untuk menang, Aliff cuma nak buat yang terbaik sebab orang ramai tahu dia cuma boleh nyanyi lagu Sayang Sayang saja, padahal banyak lagi boleh explore.
Bella dalam pada itu turut menitipkan ucapan terima kasih buat keluarga mentua yang tidak putus-putus memberi sokongan.
“Keluarga Aliff pun sangat menyokong, ibu dan adik-beradiknya selalu berhubung beri semangat dan tak pernah beri tekanan untuk mesti menang. Kata mereka, menang atau kalah tak kisah mereka akan terus sokong dan doakan Aliff, kalau perform mesti ikhlas,” katanya.
Mengulas mengenai penghijrahan suaminya kini, Bella juga turut mengikut jejak langkah suaminya secara perlahan-lahan.
“Ini membuka mata saya sebab saya nampak perubahan Aliff yang cukup ketara. Dia buat daripada hati dia. Bila dia pilih untuk belajar agama, saya tak larang tapi sebenarnya saya pula yang segan dengan Aliff.
“Sebab itu saya minta dia doakan saya juga, kadang-kadang kita tak sempurna tapi saya nampak Aliff dia cuba yang terbaik. Dia sedang perbetulkan diri dia. Saya pun pastinya turut sama cuba perlahan-lahan berubah.“InsyaAllah… Dia buat kebaikan, yang datang pun baik-baik. Rezeki dapat job dan kemenangan besar malam ini, semua datang daripada diri dia juga. Ini usaha suami dan doa dari ibu dia,” katanya lagi.
Sementara itu, Bella memaklumkan dia bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah pada 9 Februari nanti.
“Kita dah ada tiket penerbangan, kalau ada rezeki dijemput mungkin kita akan berangkat ke Tanah Suci pada 9 Februari ini. Tapi sekarang menunggu lagi apa status daripada pihak yang berkenaan.
“Rancang nak sambut birthday Aliff di sana (Makkah) pada 16 Februari nanti. Ini merupakan umrah pertama Aliff, begitu juga saya,” katanya.
Sebagai ibu bapa pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari sepanjang mendidik anak. Didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.
Moga apa yang dikongsikan oleh Ustaz Mohd Elyas Ismail ini dapat membantu kita menjadi ibu bapa yang baik untuk-anak. Lebih-lebih lagi dalam membentuk anak yang degil dan tak mahu dengar cakap.
Anak degil salah siapa? Tak ada lagi insan di muka bumi ini lahir-lahir terus jadi degil. Lahir terus jadi baik, memang tak ada. Tak boleh tiba-tiba.
Mesti ada yang mendidik dan mengajar. Orang kata rumah tempat membina watak, sekolah tempat membina otak. Samada otak atau watak keduanya ini memainkan peranan yang penting.
Apa punca anak degil dan tak nak dengar cakap? Ada punca dan sebabnya. Pertama sekali puncanya mungkin kerana didikan itu sendiri. Anak belajar melalui apa yang dia nampak.
Seorang suami atau isteri ada bergaduh, anak tengok dan ini mungkin punca buat anak degil. Ini contoh.
Yang kedua mungkin kerana didikan terhadap mereka. Anak-anak ini kalau segala yang dia mahu kita ikut saja semuanya, pun boleh jadi sebab anak degil. Orang panggil besar kepala.
Yang ketiga mungkin juga kawan-kawan dia, atau melalui filem dan drama yang menunjukkan contoh negatif. Jadi pemilihan kawan ini pun penting.
Ada empat perkara untuk kita didik anak, agar tak jadi anak yang degil.
1. Jangan ajar anak berbohong
Apa saja bentuk penipuan, elakkan sama sekali. Bimbang didikan ini beri kesan pada anak.
2. Jangan ajar anak mencuri
Walau sekecil-kecil perkara di sekeliling kita yang menjurus kepada mencuri atau menyalahkan hak orang lain, elakkan. Selalu berlaku tanpa sedar.
3. Larang anak caci maki
Bila anak kita cakap yang bukan-bukan, elakkan sama sekali.
4. Jangan ajar anak tiru benda tak baik
Apa sahaja yang anak tonton di televisyen atau telefon, bantu dia untuk kenal pasti baik dan buruk. Jangan meniru benda yang tak elok. Betulkan kalau anak buat segera!
Sebuah keluarga bahagia adalah peranan pasangan suami isteri yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Peranan seorang suami adalah sentiasa menghargai isteri, membantu rumahtangga itu, sinar bahagia.
Melalui perkongsian pelakon, Idzham Ismail, di instagram menulis tentang isterinya yang melengkapi hidupnya. Antara kapsyen yang begitu inspirasi adalah,
“Aku tak perlukan isteri yang pandai memasak sebelum kahwin kerana memasak boleh belajar sama sama.
“Aku tak perlukan isteri untuk buat kerja rumah setiap masa kerana aku pon ada untuk melakukannya.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...